Jumaat, 12 Januari 2024

WARGA ASING KUASAI BARANG BERSUBSIDI

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Semua barangan bersubsidi dalam negeri ini dikuasai warga asing dan mungkin ada PATI yang menyelinap berbaris bagi membelinya demi mengaut keuntungan

yang banyak,  ianya dapat dilihat anak anak dan orang tua warga asing sanggup berbaris sehingga hampir 100 orang dalam sehari walaupun hanya 2 bungkus seorang. 

Seandainya 2 bungkus diperolehi seorang dalam sehari jika Orang asing ada 70 orang mereka sudah memperolehi sebanyak 140 bungkus dalam sehari,  ini lah peluang orang asing membuat perniagaan dikawasan kloni rumah rumah setinggan dengan menaik harga barang bersubsidi untuk rakan mereka khususnya PATI yang berlindung.

Antara barangan bersubsidi yang dikuasai orang asing di Sabah ialah Minyak Masak Pek Plastik 1 Kg, Gula,  Beras Tempatan dan beberapa lagi barang bersubsidi lain, semua barang terlibat  mampu warga asing beli cara yang banyak dengan maufakat mereka berbaris sehingga hampir 100 orang dalam sehari ujar orang ramai. 

Menurut beberapa orang Sabah yang ditemui, mereka tidak mampu bersuara dengan isu tersebut berikutan mereka adalah kumpulan kecil sahaja membuat bantahan, manakala lebih banyak orang Sabah yang berdiam diri disamping ada pula orang Sabah menyokong warga asing membeli barangan bersubsidi untuk dijual semula tegas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan