Jumaat, 19 Januari 2024

PARTI BAHARU BAGAI GORENG PISANG?

"Parti Baru Bagai Goreng Pisang Menjadi Buruan Orang Ramai Masa Kini Jika Parti Berkenaan Memiliki Kemampuan Dalam Semua Kepentingan Rakyat Berdaftar Sebagai Pemilih"

Oleh. Kalajengking 

Sabah. Pertumbuhan pelbagai parti politik baharu yang diterajui orang Sabah  sendiri  kini menjadi pilihan warga berdaftar sebagai pemilih disetiap kawasan DUN Negeri ini demi meraih sokongan menjelang setiap pilihan raya.

Anehnya beberapa parti baharu yang mendakwa telah lulus parti mereka ketika cuba dihubungi kru Media Terkini Harian didalam negara ini langsung tidak memberi jawapan yang tepat, kebanyakan golongan terlibat enggan menjawab mesej pesanan mahupun panggilan rasmi setiap hari bagi mengetahui parti mereka walaupun diperkenalkan nama akbar menghubungi mereka. 

Pemimpin parti politik baharu ini juga dilaporkan hanya memilih orang yang muda mereka pengaruhi disamping  ada sedikit asas kepimpinan parti politik demi meraih sokongan rakyat, namun golongan terlibat lupa semua rakyat hari ini mahu menerima sesuatu tugasan diperingkat parti memiliki sesuatu imbuhan gaji pada tugasan diberi.

Untuk rekod terdapat maklumat rakyat bahawa ada yang berusaha orang parti politik baharu mengumpan golongan warga yang berminat politik membantu mereka namun secara sukarela, sebaik parti terlibat tersebar meluas diseluruh negara semua jawatankuasa bahagian ditukar serta merta bagi mereka yang mempunyai sumber kewangan dan berpengaruh disetiap negeri demi mendapat sokongan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan