Khamis, 31 Ogos 2017




Oleh. Media Terkini Press
YB. DR EDWIN BOSI WELCOME TO LOCAL PARTY ?

Sabah. Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) President Datuk Henrynus Amin has described YB. Dr. Edwin Bosi former DAP state Assembleman for Kepayan as a close friend with shared visions and an axemplary oppositions political leader dedicated to the cause of Anak Negeri Sabah and Sarawak. He said Dr. Edwin was the face of Anak Negeri Sabah within DAP Sabah and he has champimed relentlessly the cause of Keningau Oathstone for many years as an Anak Negeri Sabah DAP leader.
He said there are many critics of YB. Dr. Edwin Bosi as an opposition state Assemblyman for Kepayan but we sec him as a true Anak Negeri fighter who stood the test of time and temptations. "As an opposition leader, he has no allocations or the executive power to meet local demand for physical services but he delivered to his constituent  t,what he has in his hands which is his yo ice, tlent and integrity".
"We in Anak Negeri is proud of this exemplary Penampang leader for his faith and dedications to the oppositions cause he has dedicated himself or this life many yers".
" We see Dr. Edwin as a man who realized the suifferings of his peole and envisioned the fight for their rights an dignity as Anak  negeri when he first joined politics".
"He stayed on course as an opposition leader till today in spite of temptation to go the easy way out by joining the BN government".
" Datuk Henry said Dr. Edwin's departure form DAP was a personel decision due protractel leadership differences within DAP Sabah. He said the fact Dr. Edwin Bosi lesleft DAP is a sad development but wasexpected and expressed confidence it would not affect DAP as on  opposition polictcal party in Sabah.
He said DAP is a mature political  party with a very strong ideology and leadership at national level, Datuk Henrynus comprimed Parti Anak Negeri was in close contact with Dr. Edwin Bosi but added the  party has not received any apllication from him. He said Dr. Edwin Bosi would be an asset to any Sabah based political party that he many decide to joint.
He said Party Anak Negeri Sabah welcomes the support of any individual who subscribe to the party a ims an objectives to fight for the rights and dignity of the Anak Negeri Sabah and Sarawak. "We have no problem to favorably consider Dr. Edwin Bosi if hewere to apply joining Parti Anak Negeri", he said.





Rabu, 30 Ogos 2017

Oleh. Bujie Tukarang
CORETAN SEPANJANG OGOS 2017
Sabah. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian En. Daimin Sulukan merupakan seorang pemimpin aktif bersama rakyat jelata setiap masa mendampingi  rakyat jelata khususnya di Dun Kadamaian dan Parlimen Kota Belud amnya setiap bulan tanpa mengabaikan tanggongjawab sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat di DUN Kadamaian tanpa mengira fahaman politik parti kompenan BN.
Antara yang menjadi agenda utama PPM Kadamaian ialah menumpu perhatian meninjau apa juga masaalah rakyat setempat dengan mengotakan pengagihan jika ada peruntukan kerajaan bagi rakyat yang memerlukan bantuan setempat walau apa juga kefahaman politik, tidak hairan lah jika PPM Kadamaian sentiasa bergerak meninjau seluruh 74 perkampungan bersama sama para pemimpin parti kompenan BN lain agar mampu meraih sokongan seluruh rakyat jelata dikawasan Kadamaian mahupun Kota Belud dengan kerjasama semua parti kompenan BN yang juga seiring mendampingi rakyat jelata setempat.
Gambar ahli ahli PBS sentiasa datang berurusan dipejabat UPPM Kadamaian yang diketuai oleh PPM Daimin Sulukan walaupun Ketua Bahagian PBS Kadamaian dipegang oleh Dimis Rumantih

Oleh. Jopis Anak Lagau
JANGAN KETEPIKAN BAHASA MALAYSIA DIBORNEO
Sabah. Rakyat Sarawak dan Sabah perlu mencontohi rakyat Australia yang mengkagumi dan mengharap menjadi rakyat Malaysia atas kecintaan beliau terhadap Bahasa Malaysia tanpa membanggakan Bahasa English dari tanah airnya, jauh berbeza dengan segelintir wanita dalam negeri ini yang sesama sendiri pun lighat berbahasa English walaupun mahir berbahasa Malaysia bak kata orang bagai lupakan bahasa ibunda tanah air sendiri.
Sebilangan wanita wargakota anak negeri kita umpama tidak lagi mengerti bahasa Malaysia berikutan sesama anak Sarawak dan Sabah mempamerkan bahasa English mereka dalam apa juga perbualan semasa tanpa memilib orang yang dibawa berbual asalkan terlepas percakapan import mereka setiap hari. Tenung tenung lah sekeliling kita betapa dihormatinya bahasa Malaysia dimata warga luar negara jika orang anak negeri terus menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan bangsa kita setiap masa.



GAMBAR PETIKAN D E AKBAR TEMPATAN.

Selasa, 29 Ogos 2017

Oleh. Bujie Tukarang
JAWATANKUASA PEMANTAU ADAT ISTIADAT HARUS TEGAS DAN AMANAH

Sepanggar. Setiap penjawat dalam sesuatu badan agensi kerajaan wajar telus jujur dan tidak pilih kasih semua masaalah dalam tanggongjawab mereka tanpa memilih status kedudukan dan darjat golongan masyarakat dibawah tanggongjawab setiap pemimpin menerusi perkampungan yang diduduki tanpa berlaku pengabaian tanggongjawab, malah keseluruhan pemegang jawatan yang diberi sokongan orang kampung juga wajar mendalami ilmu pengetahuan dikalangan mereka yang berpengalaman walaupun dilihat sekadar manusia biasa namun ilmu pengetahuan tidak siapa yang mampu melebihi golongan berpengalaman mempelajari nya dimasa lampau.
Sikap sesetengah pemimpin kampung yang enggan menerima teguran serta pandangan dari masyarakat sekeliling mereka merupakan satu sikap yang tidak memberi keuntungan pada semua masyarakat setempat apa tak lagi melibatkan kebuntuan daya fikir kearah mempertingkatkan pembangunan dan ekonomi masyarakat kampung terlibat yang amat memerlukan perubahan mendesak, sejajar dengan situasi yang kerap berlaku dipelusuk negeri haruslah berbincang dengan baik keatas semua pihak dalam kampung tanpa menolak suara ramai terutama sekali bekas Tentera dan bekas Polis yang terlalu banyak pengalaman sepanhang berkhidmat dalam pasukan mereka dahulu namun mungkin masih tidak digemari sebilangan penjawat dalam kampung tertentu.
Antara senario yang berlaku dibeberapa kampung dalam negeri ini menyebabkan terlalu banyak perkampungan yang jauh ketinggalan dalam arus pembangunan serta ekonomi walau pun telah dirangka pihak kerajaan namun jika pemimpin kampung gagal membentuk usaha menggarap ilmu semua lapisan masyarakat setempat pasti kemajuan dapat diperolehi cara bersama, sebagai orang berpengalaman adalah baik kepimpinan diperingkat kampung tekad bersatu menggarap ilmu mereka secara maufakat kearah penyatuan ilmu dalam diri masing masing supaya semua idaman disetiap kampung mampu dicapai  secara berperingkat.
Sebilangan agenda yang hasilkan bagi penubuhan Jawatankuasa Pemantau Adat Istiadat di Jampung Kebayau Tamalang Telipok sebagai memantapkan pelbagai suara suara orang kampung bagi memajukan perkampungan tersebut walaupun jarang dicontohi masyarat setempat, dengan ada nya usaha pemantau adat jika mahukan sesuatu boleh berubah khususnya sikap bersatupadu kearah memajukan perkampungan mereka  sama sepert kemajuan lain dinegeri negeri yang sudah merangka menggapai kemajuan disekitar pelusuk negeri.

Isnin, 28 Ogos 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
AHLI PBS KELIRU CALON BN ?
Tamparuli. Ahli ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan DUN Tamparuli terus keliru dengan tidak ada bayangan calon pilihan BN mewakili PBS walaupun terlalu banyak suara ahli ahli PBS setempat disamping mendapat sokongan dikalangan kepimpinan BN setempat terutama UMNO namun PBS pusat masih membisu, majoriti ahli PBS DUN Tamparuli mencadangkan En. Madin Anak sebagai Calon PBS Tamparuli bagi berhadapan calon pelbagai parti pembangkang yang berhasrat mahu menjadi wakil rakyat DUN Tamparuli pada pilihan raya kali ke 14 akan datang.
Diantara nama nama yang disebut menjadi calon PBS DUN Tamparuli ialah  Dr. Jimmy J. Ongkili, Datuk Jahed  Jahem serta beberapa ahli parti kompenan BN yang lain demi mereka meraih kemenangan pada pru kali ke 14 akan datang apa tak lagi dilaporkan parti pembangkang semakin kuat mendampingi rakyat minta sokongan, namun sebilabgan rakyat kawasan Dun Tamparuli memaklumkan setakat bercakap manis pada masa kini tanpa menghulur bantuan pelbagai prasarana kampung tidak mampu menawan semua hati orang orang kampung apa tak lagi rakyat terbiar sejak sekian lama.
Demikian pendedahan sekumpulan badan Ngo kawasan Tamparuli yang menemui media twrkini bagi menggesa PBS mengenukakan calon muka baru yang telah lama berkerja kuat dalam PBS agar rakyat jelata mampu menilai perjuangan tanpa mengira kedudukan darjat pada pru ke 14 akan datang, diharapkan semua pemimpin tertinggi PBS mengenali keupayaan  para pemimpin parti politik setempat agar menahan perjuangan pembela rakyat jelata tanpa membelakangkan rakyat yang memberi sokongan agar tidak ada rakyat yang keciwa dan dilupakan sepanjang 5 tahun penggal pembubaran DUN  setiap penggal semula berakhir dimasa akan datang.
Sumber yang boleh dipercayai Datuk Seri Panglima Dr. Naxsimus J Ongkili juga dijangka akan bertanding di Dun Tamparuli jika ada keperluan menggugat kekuatan parti pembangkang di Dun Tamparuli, malah sumber dari parti pembangkang sedang berusaha mempromosi beberapa calon dari Gabungan Sabah termasuklah wakil dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Star, Harapan disamping PKR dan Warisan berebut DUN Tamparuli.


Ahad, 27 Ogos 2017

OLEH. JASLY DOL
SEPTEMBER HARI KEMENANGAN UNTUK HAJI

Sabah. Perayaan Hari Raya Haji atau Aidiladha disambut pada 1 September 2017 dimana setiap umat Islam pasti meraihkan perayaan tersebut walaupun dengan cara berbeza beza berdasarkan pada mazhab agama masing masing, tidak hairan lah jika pelbagai etnik diseluruh negara mempunyai pelbagai pandangan berhubung sambutan Aidiladha walaupun sesama beragama Islam dimana wajar memahami segala mazhab mereka yang diamalkan setiap etnik.
Sambutan aidiladha tahun 2017 bagi Sabah dan Sarawak amat bersejarah dimana hampir bertepatan Sambutan Kemerdekaan 16 September setiap tahun dan sempena September 2017 ini sahabat handai beragama Islam di Sarawak dan Sabah mampu merealisasikan erti kemerdekaan tanpa terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang tidak bertanggongjawab, sambutan Hariraya Haji juga tidak terhad malah boleh diraih bersama walaupun terdapat pelbagai  pegangan agama  namun yang jelas tidak berlaku kekangan merayakan perayaan tersebut asalkan bersama dengan masyarakat Islam demi menjaga ketertiban sambutan berlandaskan sunnah huwaljamaah.
Sambutan Aidiladha dalam negeri Sabah dan Sarawak sememangnya dilaporkan terlalu unik berikutan terlalu ramai keluarga berlainan agama sejak moyang mereka lagi disamping duduk berjiran sekampung penuh bermaufakat demi menjauhi sengketa, diharapkan masyarakat  Sarawak mahupun Sabah amnya mampu realisasikan permaufakatan seperti satu keluarga bahagia dan lenuh kemajuan tanpa persengketaan  seperti masyarakat dinegara jajahan kuasa kuasa besar penuh permusuhan tanpa kesudahan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDULADHA (HARI RAYA HAJI) TAHUN 2017,  KEPADA, SELURUH LAPISAN MASYARAKAT BERAGAMA ISLAM DIMANA JUGA BERADA KHUSUSNYA GOLONGAN YANG MENGENALI KAMI DI SARAWAK SABAH SERTA MALAYSIA AMNYA. SAMA SAMA LAH KITA MEMUPUK PERPADUAN AGAR BERSATU DALAM KEMAJUAN PEMBANGUNAN DAN EKONOMI BERSAMA SEPANJANG MASA.
DARIPADA,  1. DAIMIN SULUKAN  2. MEJAR (K) ARMAN KARIM 3.JOPIS ANAK LAGAU 4. WILLIEM ANAK LAGAU  5. BUJIE TUKARANG 

Sabtu, 26 Ogos 2017


GAMBAR HIASAN KEPIMPINAN PARTI POLITIK ANTARA UMNO DAN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN SEPANGGAR
Oleh. Williem Anak Lagau
PARLIMEN SEPANGGAR TERUS MENJADI REBUTAN?
Menggatal  Kerusi Parlimen Sepanggar panas menjadi rebutan pemimpin parti pembangkang dan BN UMNO menjelang pilihan raya kali ke 14 dijangka tidak lama lagi berdasarkan kepada gerak kerja semua pemimpin parti politik setempat sejak beberapa bulan yang lalu, kerusi parlimen tersebut masa kini masih dipegang oleh YB Datuk Jumat Idris dari parti UMNO yang dilaporkan para penyokong beliau masih tidak berganjak selagi kerajaan BN Malaysia amnya Sabah tidak memberi pengampunan kesalahan kecil Datuk Jumat Idris yang gagal dipertimbangkan sehingga hari ini.
Diantara parti parti politik yang bersaing mendekati rakyat kawasan Parlimen Sepanggar ialah Gabungan Sabah STAR, HARAPAN, SAPP, PERPADUAN, bagi BN ialah UMNO, Pembangkang lain, Pakatan Pembangkang dari Semananjung Malaysia seperti KEADILAN, DAP, AMANAH, BERSATU dan serpihan pembangkang Sabah ialah PCS, WARISAN, PKS, USNO BARU dan beberapa lagi parti kecil tempatan Sabah tanpa berselindung lagi jika ada kenahuan mahu bertanding kearah menjadi wakil rakyat di DUN Inanam, DUN Kerambunai dan DUN Darau masing masing ada kemahuan menjadi wakil rakyat mahupun wakil parlimen jika mendapat undian terbanyak dari seluruh pengundi kawasan tersebut, malah para pemimpin parti pembangkang setempat mencanangkan jika Datuk Jumat Idris UMNO tidak dibebaskan dari penggantungan jawatan Ketua Bahagian Umno Sepanggar bermakna senang berhadapan dengan sesiapa juga calon UMNO BN kawasan Sepanggar pada pilihan raya ke 14 yang dijangka boleh berlaku bila bila masa apa tak  lagi jika wujud  parti parti baru golongan pemimpin baru dan bersih dari pelbagai rekod politik tidak sihat impian menang memiliki harapan cerah tegas mereka.
Dalam tinjauan media terkini sekitar kawasan Sepanggar tidak senang berhadapan parti pembangkang jika semua pengundi bersatu menyokong hanya satu calon dari parti pembangkang menghadapi calon BN setempst pada PRU ke 14 akan datang tambahan Datuk Jumat Idris MP setempat masa kini masih lagi menjalani hukuman penggantungan selaku Ketua Bahagian Umno, namun apapun senario politik dalam kawasan tersebut semuanya bergantung kepada kemahuan seluruh rakyat setempat tanpa sebarang paksaan apa tak lagi jika sebilangan pemimpin kerajaan diperingkat kampung banyak menyakitkan hati orang kampung sudah pasti mampu menjejaskan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN dimana pemimpin kampung lantikan kerajaan berbaik dengan rakyat dan bukan nya angkuh dengan jawatan senipis kuku jelas orang setempat.
EDITORIAL. HARAP HARAP ORANG KAMPUNG YANG DILANTIK JAWATAN DIKAWASAN MEREKA MEMENTINGKAN SUARA RAMAI DAN BUKAN NYA MENGHUKUM ORANG LAIN NAMUN ANAK ANAK SENDIRI DIBIARKAN BERBUAT SESUKA HATI WALAUPUN SUMBANG DARI PANDANGAN ORANG RAMAI.

Khamis, 24 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol
RAKYAT TIDAK DIABAI JIKA DISENARAI LAYAK TERIMA BANTUAN KERAJAAN
Kota Belud. Rakyat berbilang kaum serta berbeza kefahaman politik tidak diabaikan oleh kerajaan BN selagi mereka disenarai penerima bantuan kerajaan asalkan Pengurusi JKKK menyenaraikan nama mereka disetiap kampung meneresui kelayakan penuh yang (JKKK) rasai layak menerima, mana mana rakyat jelata penduduk setiap kampung tercicir dari menerima pelbagai bantuan kerajaan tidak perlu merasa tercicir sebaliknya berusaha merujuk semula dengan JKKK setiap kampung mereka agar dapat disenarai semula pemohon keperluan mendesak supaya dapat pertimbangan secepat yang boleh dari pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri supaya tidak merasa tercicir dalam semua projek kerajaan untuk rakyat diseluruh Kawasan Kota Belud.
Media Terkini dimaklumkan dalam pengagihan TANGKI 1 MALAYSIA terhadap 73 Pengurusi JKKK DUN Kadamaian telah disampaikan oleh PPM Daimin Sulukan dengan CDO Haji Ruslan bertempat di Mini Dewan Sorob serta bersama sebilangan penduduk sekitar bagi menerima sumbangan tangki air mereka pada masa diperlukan.
Gandingan PPM Daimin Sulukan dan Haji Ruslan CDO Kadamaian mampu menyalurkan pelbagai bantuan yang disalurkan oleh kerajaan pada rakyat DUN Kadamaian secara berperingkat peringkat dan bukan nya boleh dilakukan dalam sekelip mata tambahan pula sekarang bukan senang memiliki peruntukan kerajaan tanpa mengagihkan sama adil semua keperluan rakyat jelata setempat.
PPM DAIMIN SULUKAN DAN HAJI RUSLAN MENGAGIHKAN TANGKI AIR 1 MALAYSIA DI MINI DEWAN KG. SOROB BERSAMA SEBILANGAN PENDUDUK SETEMPAT. 

Rabu, 23 Ogos 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
BN MASIH RELEVAN TERHADAP RAKYAT
Tamparuli. Kerajaan BN masa kini masih releven dalam menyumbang kemajuan pembangunan dan ekonomi rakyat jelata yang jelas gagal diwarisi para pemimpin pelapis parti pembangkang diperingkat bawahan yang diharap mampu membawa rakyat merebut peluang maju kehadapan dalam pelbagai bidang yang disediakan oleh pihak kerajaan, namun disebalik wawasan maju kehadapan Kerajaan BN masa kini ada lagi sebilangan pemimpin pelapis dikalangan parti pembangkang peringkat bawahan masih tidak reti membuka berita bahan bacaan disetiap daerah menggunakan IT dengan mengingatkan rakyat tak perlu itu semua sebab sudah cukup membeli media bercetak (tempatan) disebabkan mereka sendiri gagal menguasai bidang IT zaman dunia berubah bersaing maju pada masa kini.
Kerusi DUN Tamparuli sewajarnya ditebus semula oleh Kerajaan BN dari tangan parti pembangkang demi mengajak rakyat bersaing maju kehadapan merebut segala peluang yang disediakan oleh Kerajaan BN tanpa terpedaya dengan dakyah pemimpin pelapis parti penbangkang yang sekadar mahu mempertahankan kerusi wakil rakyat, sebaliknya terus bercakap membidas kerajaan namun rakyat jelata diperkampungan masih terus memperolehi pelbagai bantuan dari kerajaan BN secara betperingkat peringkat mengikut peruntukan wakil rakyat amnya wakil parlimen setiap tahun tanpa ada yang dianaktirikan selagi senarai permohonan danya syarat kelayakan diterima oleh pihak pegawai kerajaan setempat.
Antara lain pandangan para penyokong kerajaan BN DUN Tamparuli dalam tinjauan media terkini dikawasan DUN Tamparuli sebagai mengulas beberapa orang kuat pembangkang yang mahu berusaha rakyat menolak undi dalam pilihan raya ke 14 akan datang namun rakyat miskin mohon pelbagai bantuan puluhan ringgit pun sebilangan pemimpin pertengahan pembangkang pun tak berupaya, sebaliknya jika mereka menanh kelak semua kepentingan rakyat jelata akan diutamakan yang jelas dipersoal rakyat jelata bila golongan pemimpin pembangkang menang sedangkan semua parti pembangkang Sabah dan Semananjung Malaysia berlawanan sesama sendiri bagi merebut kerusi DUN dan PARLIMEN tanpa persefahaman agihan kerusi yang dipertandingkan ujar mereka.
Bagi Madin Anak Merangkap Timbalan Ketua Bahagian PBS DUN Tamparuli kerja menyatupadukan rakyat  tanpa mengira kefahaman politik tetap diteruskan agar kembali bermaufakat demi keperluan peningkatan pembangunan dan ekonomi rakyat dikawasan luar bandar yang masih terlalu banyak keperluan demi merubah kehidupan anak cucu mereka terutama dalam arus pendidikan seperti negara negara maju, sehingga kini ramai penyokong kerajaan BN yang memberi undi parti pembangkang pada PRU ke 13 yang lalu telah menyesali kesilapan mereka memandangkan BN terus memerintah sebagai Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah amnya walaupun pembangkang menjadi wakil rakyat di Tamparuli namun BN juga yang terus membentuk pelbagai perlaksanaan projek pembangunan disamping menyalurkan bantuan ekonomi terhadap golongan yang berkelayakan tegas beliau.
KAKITANGAN KERAJAAN TIDAK BERPOLITIK NAMUN SOKONGAN MEREKA TERUS RASHIA TERUTAMA BAGI PENGUNDI POS.
YB. DATUK JAHED JAHIM DAN EN. MADIN ANAK DALAM GAMBAR GANDINGAN MANTAP KEPIMPINAN BN TAMPARULI MENERUSI PBS DENGAN HUBUNGAN BAIK SEMUA PARTI KOMPENAN BN SETEMPAT.

Isnin, 21 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol 
BADAN NGO PEMANTAU ADR PARLIMEN TUARAN DITUBUH
(SUARA RAKYAT DAN ISU POLITIK)
Tuaran. Atas kesedaran masyarakat berbilang kaum dalam kawasan Parlimen Tuaran satu jawatankuasa penaja pemantau keupayaan calon yang bertanding  pada PRU ke 14 telah ditubuh 22 Ogos 2017 sebagai jentera memantau segala permasaalahan kawasaan sekitar termasuklah DUN Kiulu dan DUN Tamparuli terutama memastikan jentera usul mencadang calon yang diyakini mampu memenangi kerusi kawasan tersebut boleh dimenangi semasa pilihanraya ke 14 akan datang, badan ngo terbabit akan bergerak melalui setiap gerakan daerah mengundi (GDM) berdasarkan jumlah keahlian didaftarkan lebih 70 orang bergerak secara sukarela mendengar suara hati rakyat  menilai kewibawaan setiap calon yang menawarkan diri menjadi wakil calon sesebuah parti mampukah diterima seluruh suara rakyat jelata apa tak lagi dalam situasi masa kini ramai bergerak sendiri menawarkan diri mewakili parti menjadi calon pada pru ke14 akan datang.
Badan NGO yang ditubuhkan tersebut sebulat suara semua ahli melantik Mr. Kumin Novet Gilou sebagai Pengurusi Penaja. En. Jahem Giaron Naib Pengurusi Penaja. Mr. Edward Lipaun Setiausaha Penaja. Mr. Duaim Salunda merupa seorang AJK Pusat Penaja yang diberi sokongan suara ramai bagi menerajui Badan Pemantau Pemantau Calon Dan Aktivis Masyarakat pembela Rakyat Jelata, antara matlamat gerak kerja mereka lebih 70 orang semuanya adalah bergerak mendekati semua rakyat jelata melihat apa kepentingan rakyat jelata turut menyuarakan pandangan sebagai pemilih utama calon yang berkebolehan serta tidak membelakangkan rakyat jelata walau dimana juga berada apa tak lagi jika pemimpin menawarkan diri sebagai calon tergolong sikap kuku besi dan tidak  pernah menghubungi rakyat setempat melalui Gerakan Daerah Mengundi setiap kampung.
KRU Media Terkini yang menyaksikan pembentukan Badan NGO tersebut dimaklumkan setakat ini telah ramai mendesak mereka membentuk Badan NGO  bagi memastikan semua calon calon yang berhasrat menjadi pemimpin setempat memerlukan sokongan suara dari rakyat jelata tanpa menonjolkan kepentingan peribadi, tidak hairan lah golongan penaja Gabungan Pemantau Penuh senarai pemilih calon dibentuk lebih awal agar panjang masa lagi melakukan penilaian semua kehendak masyarakat setempat agar pemimpin tertinggi semua parti politik mampu menilai semua usul rakyat siapakah kemahuan mereka menjadi calon kelak menerusi setiap Gerakan Daerah Mengundi setiap kampung jelas NGO tersebut.
Desas desus terkini Badan NGO pemantau calon sudah memilih salah seorang Jurutera Awam wanita telah diusul sebagai calon orang baru bagi Parlimen Tuaran dan kebolehan bakal cadangan calon mampu memenangi kerusi Parlimen Tuaran dalam usia muda berdasarkan cadangan dan sokongan seluruh rakyat berbilang kaum di Parlimen Tuaran.
Semua orang orang kawasan Parlimen Tuaran tertanya tanya siapakah Calon Wanita pertama diusul sebagai calon PRU ke 14?, namun badan NGO tersebut setakat ini sengaja merashiakan namanya didedahkan pada umum demi menjaga nama baik parti yang diwakili agar terus meningkat sokongan jelas mereka.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN  OGOS 17 HINGGA 16 SEPTEM BER 2017.
KEPADA SELURUH WARGA SABAH BAGI KAWASAN PARLIMEN TUARAN. SEMOGA KITA SALING MEMUPUK PERMAUFAKATAN DEMI KEJAYAAN PEMIMPIN YANG KITA KETE NGAHKAN. KAMI AKAN TERUS BERSAMA WARGA SABAH DIPARLIMEN TUARAN BERSAMA SETIAP MASA SELAGI KHIDMAT BADAN NGO KAMI DIPERLUKAN.

DARIPADA,  KUMIN NOVET GILOU, JAHEM GIARON,  DUAIM SALUNDA DAN EDWARD LIPAUN
Oleh. Jasly Dol
MEMBENTUK KESIHATAN TERBAIK PRASARANA PERLU PEMBAIKAN.
Kota Kinabalu. Komuniti Sihat Perkasa Negara terbaik jika dilaksanakan disetiap rumah khususnya penduduk luar bandar dalam negeri ini apa tak lagi golongan petani pastinya amat memerlukan kesihatan yang lebih terbaik, namun bagaimana nasib orang kampung memelihara kesihatan jika laluan jalan raya mereka bagai era tahun 70 an cukup mengeciwakan seperti dianaktirikan tanpa pembaikan jalan yang menjadi kepentingan golongan petani bagi memasarkan hasil tanaman mereka setiap minggu.
Dalam program Kospen di Kg. Kebayau Telipok pada 20 Ogos 2017 Media Terkini terkejut apabila penduduk kampung memaklumkan jalan raya mereka telah terbiar sejak tahun 2003 lagi melibatkan Kg. Tamalang sekali dibawah pengawasan Wakil Rakyat DUN Inanam dan Wakil Parlimen Sepanggar, kakitangan Pejabat Kesihatan Klinik Telipok yang turut merasai betapa teruk jalan berkenaan untuk dilalui juga mungkin kurang berpuas hati namun apa daya tak dapat berkata sepatah dua kata sebagai pegawai dan kakitangan kerajaan yang patuh dan taat setia terhadap pemerintah sesebuah negeri. Pendedahan ini sekadar memaklumkan luahan penduduk Kampung Kebayau Tamalang agar pemimpin kerajaan BN Inanam amnya Sepanggar membantu mengurus semula agar dipercepatkan pengaspalan semula jalan raya tersebut sebelum berlaku pilihan raya ke 24 akan datang ujar penduduk setempat.

LIHAT LAH KEADAAN JALAN RAYA MENUJU KE SRK. KEBAYAU SERTA KE KG. TAMALANG ASPAL ERA TAHUN 2000 SUDAH HILANG DAN PERLU DIASPAL SEMULA.
GAMBAR PENDUDUK MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN MENERUSI KOSPEN DAN JABATAN PERUBATAN KLINIK KESKEBAKARANIHATAN TELIPOK.

Jumaat, 18 Ogos 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
GANDINGAN UPPM KADAMAIAN MISI MEMAJUKAN RAKYAT
Kota Belud. Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat  setempat sedang berusaha memajukan seluruh rakyat terutama kearah pembaikan rumah dengan bergotong royong demi menjimatkan kos perbelanjaan kewangan terhadap golongan sasar yang memerlukan disamping telah menghantar permohonan terlebih awal lagi, selain dari itu UPPM Kadamaian juga mendapat kerjasama yang erat dikalangan Jabatan Jabatan Kerajaan Negeri mahupun Persekutuan dalam memajukan rakyat jelata diseluruh kawasan Dun Kadamaian agar tidak ada rakyat jelata terpinggir dalam menikmati plan pembangunan Kerajaan Persekutuan kearah mencapai rakyat maju seiring 2020.
Kepimpinan UPPM Kadamaian gandingan PPM Daimin Sulukan dan CDO Tuan Haji Ruslan jelas mampu diterima oleh seluruh rakyat jelata setempat dianggarkan 74 Perkampungan dan dipercayai boleh meraih kemenangan jika BN memilih PPM Daimin Sulukan sebagai calon pada PRU ke 14 hasil bantuan seluruh pemimpin parti kompenan BN tanpa ada yang bersikap hasad dengki demi menewaskan parti lawan,  namun jika ada dikalangan pemimpin parti kompenan BN yang memiliki sikap hasad dengi bagi mensabotaj pengundi sememangnya amat sukar bagi menawan semula kerusi tersebut dari pengaruh parti pembangkang sebab diserapi dengan musuh dalam selimut seperti apa yang berlaku dalam pilihan raya kali ke 13 lalu dimana pembangkang juga tidak mampu memajukan kawasan yang mereka menangi.
Kelihatan PPM Daimin Sulukan bergambar bersama penduduk penerima bantuan pembaikan rumah kesil kesilan dari pegaeai pembangunan persekutuan cawangan Sabah bertempat di Kg. Kinasaraban Kadamaian Kota Belud hari ini 19 0gos 2027, adalah menjadi harapan seluruh penduduk DUN Kadamaian bersata memberi sokongan pada kerajaan BN agar segala masaalah rakyat dapat ditangani dan dibaiki setiap masa tanpa ada seirangpun yang disisihkan walaupun pelbagai tohmahan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang namun mereka juga tidak mampu merubah segala kemelut kemiskinan rakyat jelata Sabah yang pembangkang tawan.
BERBAJU PUTIH MERAH TUAN HAJI RUSLAN CDO DUN KADAMAIAN
PPM DAIMIN SULUKAN DUN KADAMAIAN  BERBAJU KOT BERTALI LEHER

Khamis, 17 Ogos 2017


Oleh. Jasly Dol
KEMERDEKAAN PERLU PENGHAYATAN LEBIH MENDALAM
SABAH. Sebagai masyarakat anak anak negeri yang berbilang bangsa dan agama wajar mengkaji sistem penghayatan sebenar Hari Kemerdekaan mereka setiap Ogos dan September setiap tahun bagi Sarawak dan Sabah demi kefahaman sebenar makna HARI KEMERDEKAAN, masyarakat berbilang kaum tidak seharusnya melupakan sejarah bagaimana perjuangan terdahulu memerdekakan tanah air mereka sehingga kegenerasi muda mudi masa kini diseluruh Sabah  dan Sarawak yang sudah mencapai kemajuan dibandar namun sedang mengimbangi kemajuan pembangunan diluar bandar.
Kemerdekaan Sabah dan Sarawak terdapat perbezaan dalam beberapa laluan pemimpin terdahulu khususnya di Semananjung Malaysia Tanah Melayu namun kini bagai telah dilupakan segelintir masyarakat generasi muda mudi masa kini apa tak lagi golongan yang sengaja melupakan nya walaupun amat penting sejarah diperkasa sebagai rujukan semua  orang Sarawak dan Sabah, selain dari itu Hari Kemerdekaan juga wajar dinilai dalam semua aspek terutama bagi negeri Sabah yang memiliki flug BATU SUMPAH sejak tahun 1963 namun ianya bagai kurang diminati sejarah orang orang muda mudi masa kini terutama penghuni
kota dalam serba kemodenan dengan pelbagai IT tersedia sebagai bahan rujukan setiap hari.
Flug BATU SUMPAH dengan lima terma perjanjian yang tertera mengikut sejarah masyarakat didaerah Keningau terutama yang mengetahui keturunan G.S. Sundang mengaku bahawa BATU SUMPAH (Asal) masih releven jika ada orang yang berusaha mempertahankan nya pada masa akan datang, tidak hairan lah masyarakat hari ini kekal memelihara hari bersejarah Kemerdekaan sehingga 16 September setiap tahun bagi Sabah dan Sarawak penuh kedamaian serta seribu kebanggaan dengan para pejuang tergolong pahlawan dahulu kini dikecapi  penuh permaufakatan.
Kata kata coretan ini diperolehi dari wargatua dari daerah Keningau sepanjang tahun 2017 semasa jelajah media terkini dikawasan tersebut meliputi Tambunan, Ranau dan Kundasang sebagai tatapan pembaca akbar ini di Borneo kearah peningkatan ekonomi serta pembangunan pesat dimasa hadapan.

SELAMAT MENYAMBUT BARU KEMERDEKAAN SEPANJANG BULAN OGOS HINGGA 16 SEPTEMBER TAHUN 2017, KEPADA SELURUH RAKYAT KAWASAN KUNDASANG, RANAU, KARANAAN DAN PAGINATAN SERTA SELURUH SABAH AMNYA. SAMA SAMA LAH KITA MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN AGAR KITA MAMPU MEMBENTUK PERPADUAN YANG SEPAKAT SESAMA RAKYAT SABAH TANPA MENGIRA KETURUNAN DAN AGAMA KEARAH MEMAJUKAN PEMBANGUNAN SERTA EKONOMI DIRI SETIAP MASA. DARIPADA, DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN PRESIDEN PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH.

SYABAS DENGAN KERJASAMA PRESS MEDIA TERKINI SABAH DAN SARAWAK
INGATAN DARI DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN.


Rabu, 16 Ogos 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
MASAALAH DISANA SINI?
Sabah.  Kemelut kumpulan kanak kanak berkeliaran terlalu ramai tanpa halatuju yang sempurna melibatkan kebimbangan orang ramai jika mereka (kanak kanak) ini diperalat pihak tertentu kearah sesuatu tujuan yang tidak sihat demi kepentingan orang orang tertentu tanpa disedari masyarakat sekeliling, selain masaalah kanak kanak berpeleseran timbul lagi beberapa masaalah terhadap beberapa pemandu Bus Pengangkutan yang sesuka hati meletak harga tambang ikut suka hati tanpa mematuhi notis dari LPKP yang bertanggongjawab menentu sahkan kadar tambang pengangkutan awam.
Kedua dua kes seumpama diminta pihak bertanggongjawab bagi menyelesaikan permasaalahan ini agar tidak menjejaskan imej negeri apa tak lagi melibatkan diri sendiri menaik kadar tambang pengangkutan awam sebelum LPKP atau kerajaan meluluskan nya, bagi kanak kanak jalanan berkeliaran dalam kumpulan yang ramai perkara mustahil ibu bapa kanak kanak terlibat kurang mengawasi anak anak mereka (warga asing/pati) sehingga mencemarkan pemandangan dikalangan orang asing berpanjangan.
Antara pendedahan Galdoven Mofikin dari Menggatal dalam pertemuan media terkini sebagai mengulas apa yang berlaku disekitar Bandar Raya Kota Kinabalu sejak beberapa tahun yang lalu namun ianya bagai tidak berpenghujung malah semakin bertambah setiap bulan terutama dikalangan mereka yang status kerakyatan meragukan, kanak kanak jalanan dan pemandu pengangkutan awam seperti Bus Bus Mini sesuka hati menaik kadar tambang juga bagai tidak ada langkah langkah pengawalan terutama para pemandu sendiri yang menulis notis kadar kenaikan tambang dan bukan daripada LPKP  termasuklah kanak kanak jalanan yang bagai tidak terdapat kawalan sehingga berlarutan salahlaku sepanjang tahun tanpa sekatan bergerak dipelusuk negeri ini.
Sama sama lah kita bersuara demi masa depan nama baik tanah air kita bersaing status terhadap seluruh negara yang telah lama mengecapi kemajuan pembangunan dan ekonomi tanpa terdapat golongan rakyat yang ketinggalan pada masa kini.


Selasa, 15 Ogos 2017


        
Oleh. Jasly Dol
CORETAN PENDEK POLITIK SABAH
Sabah. Siapakah pemimpin parti pembangkang dalam negeri ini yang mampu mampu menawan seluruh jiwa rakyat jelata setakat ini terutama parti parti pembangkang tempatan Sabah terutama berhadapan dengan parti kompenan BN yang ditunjangi oleh UMNO, PBS dan UPKO, PBRS, LDP dan beberapa parti kompenan BN yang lain sebelum pru ke 14 akan datang?, persoalan ini terlalu sukar jika dinilai sambutan rakyat Sabah keatas parti parti yang tercatit seperti STAR, SAPP, PERPADUAN, HARAPAN RAKYAT memandangkan mereka ini bergerak senyap hanya sekali sekala sahaja mendedahkan program terbuka mereka bersama rakyat jelata diseluruh negeri ini berbanding dengan program parti parti pembangkang di Semananjung Malaysia yang memiliki Cabang Cabang didalam negeri Sabah sejak sekian lama.
Antara politik pembangkang dari Semananjung Malaysia terdapat di Sabah ialah KEADILAN, DAP, AMANAH, BERSATU
dan PAS disamping beberapa parti pembangkang tempatan bersendirian menjejaki rakyat jelata memberi sokongan pada mereka ialah WARISAN dan PCS pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing yang dilaporkan bergerak sendirian mendekati rakyat jelata.
                                                   Parti kompenan BN pula terus mempamerkan kekuatan mereka dalam Sabah dan Sarawak sehingga kini dengan pelbagai cara bagi mempengaruhi seluruh rakyat jelata khususnya kawasan perkampungan terpencil bagi melemahkan jentera parti pembangkang yang nekad berlawan dengan kerajaan BN mahu mempertahankan kekuasaan tampuk kerajaan pembangkang.

Dalam perkembangan lain ramai pemimpin parti tempatan mahu membentuk satu pakatan gabungan sebagai langkah menewaskan BN UMNO semasa pilihan raya ke 14 yang diramal selewat lewatnya tahun  hadapan 2018, namun dalam usaha penulis cuba menghubungi semua peneraju parti politik pembangkang terlalu sukar bagi menemui mereka disebabkan mendakwa sibuk mengatur perjumpaan dengan rakyat jelata yang mungkin meraih undi untuk menang dalam pilihan raya berbanding BN yany sentiasa memerlukan media masa.
Terdapat juga beberapa parti pembangkang tempatan Sabah yang sedang berurusan dengan media terkini kearah jentera persediaan menjelang pilihan raya ke 14 dijangka tidak lama lagi sumber maklumat orang ramai yang menceburi bidang  politik

Isnin, 14 Ogos 2017

Oleh. Jasly Dol
BANJIR KILAT AKIBAT PERPARITAN TIDAK SEMPURNA
Sabah. Masaalah banjir kilat yang melanda beberapa kawasan dalam negeri ini dilaporkan berpunca dari pelbagai saliran perparitan yang tidak sempurna dan banyak lagi tersumbat tanpa diselanggara dengan betul walaupun ianya berlaku sejak puluhan tahun dahulu tanpa sebarang perubahan sehingga kehari ini, selain dari itu masyarakat awam juga melaporkan terdapat kilang kilang tepi jalan raya besar yang membuat jalan raya memasuki kilang mereka dengan menggunakan calbot kecil bagi menyeberangi perparitan induk besar sehingga air banjir tidak mampu melintasi lorong calbot kecil menyebabkan ianya melimpah memenuhi seluruh jalan raya sekitar.
Kes seumpama tidak disedari para pegawai pihak berkuasa tempatan walaupun setiap musim hujan pasti akan berlaku banjir terutama dikawasan tanah rendah walaupun sudah lebih lima puluh tahun merdeka khususnya dalam negeri Sabah, yang amat menyedihkan apabila setiap musim banjir pasti ada tanah runtuh, kenderaan dihanyutkan arus deras, rumah runtuh, pokok pokok sekeliling rumah kediaman juga ada yang tumbang bagi menimpa sebahagian rumah kediaman sampai rosak namun orang orang yang berjawatan bagi mengendali masaalah bencana banjir gagal membuat tinjauan sebenar punca kebanjiran jelas orang ramai.
Demikian pendedahan beberapa penduduk anak negeri sepanjang jalan raya lama dari Menggatal menuju kekawasan Tuaran semasa kejadian banjir pada 14 Ogos 2017 sebagai rasa tidak puas hati merekaberikutan lihat terlalu ramai terkandas ditengah jalan raya hingga kelewat malam sepanjang jalan raya yang ditenggalami air besar yang berpunca dari hujan kuat tak henti henti, tragedi seumpama setiap tahun berlaku namun beberapa pihak berkuasa tidak jelas apa kakitangan mereka buat bagi meringankan beban masyarakat sekeliling menempuh banjir besar tidak kira siang atau malam ditengah jalan atau dalam rumah jika berhampiran dengan Sungai pasti air bah sampai kerumah masing masing jika
tidak berwaspada.
Sama sama lah kita beringat dengan pelbagai masaalah banjir terutama perumahan diatas bukit tepi jalan raya tanah rendah khususnya mereka yang gemar berumah ditepi sungai vesar, jangan terlalu yakin dengan jiran tetangga yang mengatakan kawasan kawasan yang disebutkan dalam pendedahan ini terlalu utuh dan tidak perlu berpindah rumah dikawasan yang lebih selamat

Jumaat, 11 Ogos 2017


Oleh. Aki Gonipis
PENGHAYATAN KEMERDEKAAN DAN HARI PAHLAWAN PERLU DISEMAI DALAM DIRI
Sabah. Sejarah Ogos tahun ini (2017) merupakan satu kenangan abadi yang jarang sekali berlaku secara serentak namun ianya tidak diduga pada tahun ini berjalan serentak bagi mengimbau hari pahlawan dan hari kemerdekaan disambut seluruh rakyat anak negeri ini penuh penghayatan terutama pengorbanan para pejuang keselamatan yang kini boleh digelar sebagai pahlawan mempertahankan keselamatan tanah air kita keutamaan mereka berbanding kesanggupan mereka berjauhan dengan isteri dan anak anak demi berjuang terhadap nosa dan bangsa, pejuang pahlawan dahulu dan masa kini hanya dibezakan dengan  ilmu pengetahuan disamping peralatan yang dipergunakan amat lah jauh berbeza dalam aspek kecanggihan namun semangat kental dan kekuatan semangat fizikal mereka dengan peralatan yang dibekalkan mampu mengimbangi keupayaan para pejuang pertahanan keselamatan negara masa kini yang berteknologi moden dan dilengkapi alat pengesanan yang terbaik berbanding para pahlawan terdahulu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN SERTA HARI KEMERDEKAAN TAHUN 2017, KEPADA SELURUH PASUKAN BERUNIFORM, SAUDARA MARA, SAHABAT HANDAI DANVRAKAN TAULAN TERMASUK LAH SELURUH PESARA PASUKAN BERUNIFORM DISELURUH NEGARA DAN SABAH KHUSUSNYA. SAMA SAMA LAH KITA SALING MENGHAYATI PETJUANGAN PARA PAHLAWAN DARI DAHULU DISAMPING SAMA SAMA MEMELIHARA KEMERDEKAAN DENGAN MEMUPUK PERPADUAN KEARAH KEAMANAN DAN KEMAJUAN SERTA PENINGKATAN EKONOMI BERSAMA SEPANJANG MASA.  DARIPADA, LT. MUDA MARITIM AWIL KAMSARI SERTA KELUARGA
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
BERHATI HATI PEMUNGUT DERMA BERKELIARAN DISELURUH KAWASAN BANDARAYA KOTA KINABALU.
Oleh. Bujie Tukarang
SENANG CARI WANG KUTIP DERMA?
Sabah. Kebanjiran pemungut derma untuk badan badan amal kebajikan sangat mengelirukan terhadap seluruh penduduk anak negeri Sabah sejak bertahun lamanya, kebanyakan dikalangan pemungut derma amal berkenaan tidak menunjuk surat dari mana mana Jabatan mahupun Kementerian Kerajaan semasa mereka berjalan memungut wang derma menyebabkan ramai rakyat anak negeri Sabah merasa ragu serta tak yakin perkara tersebut.
Pemungut derma terlibat saling bertukar ganti dengan membaw buku rekod nama ( buku teks kedai) berserta sekeping gambar risalah didakwa anak anak yatim dalam dua kumpulan berbahasa Melayu serta kumpulan berbahasa English sebagai teknik minta simpati semua lapisan masyarakat menghulur derma tanpa  mengira suku kaum termasuk lah pelanggan dari luar negara, jika kes tersebut dibiarkan oleh seluruh masyarakat dan pihak berkuasa tempatan sudah pasti para peminta derma ini akan tumbuh bagai cendawan meraih keuntungan besar jika tidak sampai kepada badan badan tertentu khususnya anak yatim yang dikaitkan tanpa surat rasmi yang ditanda tangani pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya.
Pendedahan Cik Seiloa Malujik (Enggan Disiar Gambar) dalam pertemuan media terkini Sabah semasa ditemui sekitar kawasaan Inanam bagi mengingatkan masyarakat sekeliling agar tidak senang terpengaruh dengan peminta derma jalanan setiap hari sekitar bandaraya Kota Kinabalu, Likas, Inanam, Menggatal, Telipok, Tuaran dan Tamparuli, malah dilaporkan juga sampai ke luar Kota Kinabalu, pemungut derma ini juga bergerak cara berkumpulan 4 hingga 6 orang dalam setiap pergerakan mereka dengan membahagi lokasi barisan kedai yang dikunjungi dengan berlagak penuh sopan namun ada sesuatu unsur paksaan seperti, "tuan/puan tidak kasihan anak anak yatim sampai tak menderma ke?", bait kata kata pemungut derma jika sedikit menghulur derma pada mereka dalam setiap hari tegasnya.
Cik Seiloa Malujik menambah, kebanyakan dari mereka yang diminta menderma tidak banyak bertanya melainkan menghulur sahaja antara RM1.00 hingga RM5.00 sebagai niat memberi kepada anak anak yatim namun sukar dipercayai adakah derma tersebut sampai pada anak yatim atau kocek pemungut derma yang meragukan, jika kerajaan tidak turun padang membenteras kegiatan tersebut sia sia lah keiklasan masyarakat dalam Sabah menghulur derma terhadap anak anak yatim yang menanti sumbangan orang ramai demi kesinambungan hidup mereka dari masa kesemasa terangnya penuh sayu.
Diharap masyarakat Sabah peka dengan tingkah laku para pemungut derma anak anak yatim yang betgerak vebas dalam negeri ini,  jika terasa ragu dengan mereka yang memungut derma ini boleh merujuk pada Jabatan atau Kementerian bertanggongjawab kesahihan para pemungut derma anak yatim yang bergerak bebas seluruh Sabah tegas jelas orang ramai.
GAMBAR EHSAN ORANG RAMAI. PEMUNGUT DERMA KELIHATAN SEDANG LIGHAT DALAM KEDAI MAKAN BERGERAK MEMINTA DERMA UNTUK ANAK ANAKVYATIM TANPAVMENUNJUK PERMIT KELULUSAN MENGUTIP DERMA SEKITAR INANAM KOTA KINABALU.

Khamis, 10 Ogos 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
KEBAKARAN RESTORAN BANDUNG MASIH DISIASAT
Inanam. Jabatan Bomba dan Polis masih menyiasat kes kebakaran Restoran Bandung kawasan Taipan yang berlaku dibahagian dapur lebih kurang jam 12.00 tengahari semasa pekerja restoran tersebut keluar menunaikan sholat Jumaat hari ini 11 Ogos 2017, pengawal keselamatan Kawasan Taipan yang melihat kepulan asap dari bahagian pintu belakang dapur bangunan Restoran terbabit segera menghubungi Balai Bomba dan Balai Polis bagi meminta bantuan agar tidak merebak kepermis bangunan kedai berhampiran apa tak lagi lokasi kejadian amat terdekat dengan bangunan Bank Kewangan.
Sebuah Lori Bomba dan sebuah Van Forensik Bomba bersama beberapa orang anggota dan Pegawai Bomba serta Polis DiRaja Malaysia turut melakukan pemadaman serta siasatan punca utama kejadian kebarakan tersebut yang dipercayai bermula dari bahagian dapur Restoran terlibat, semua pejalan kaki yang yang melihat kejadian tersebut terkedu disamping memuji usaha beberapa pengawal keselamatan yang bertindak membuka pintu belakang Restoran tersebut bagi memudahkan operasi pemadaman Jabatan Bomba walaupun para pekerja Restiran berkenaan belum sampai dari Masjid berhampiran malah berpuluh orang juga mengambil kesempatan melakukan rakaman gambar serta vedio untuk fail malah mungkin ada juga yang sudah melakukan viral cara terbuka.
Kru Media Terkini yang mendapat maklumat jam 12.05 tengahari bergegas ketempat kejadian dan didapati api sudah mula membesar dan ramai sudah pejalan kaki mula rasa tidak keruan apabila melihat  api mula membesar apa tak lagi barisan belakang Restoran Bandung sentiasa penuh dengan kenderaan kenderaan mewah dan masih baru, anggota Bomba dan Pihak Polis yang ditemui mengingatkan para pekerja mahupun pengusaha Restoran sentiasa berwaspada terutama dapur Restoran agar sentiasa mematikan apa juga sumber api semasa setiap kali meninggalkan Restoran mereka bagi menghindari segala kemungkinan kejadian kebakaran tegas pasukan terlibat yang ditemui.
Media Terkini yang melakukan tinjauan tidak melihat orang orang politik dan pemimpin masyarakat kawasan Dun Inanam sama ada politik BN mahupun Politik Pembangkang berdasarkan maklumat para pekedai berhampiran yang ditemui, namun jika bercakap soal politik minta sokongan semua lapisan rakyat jelata berbilang kaum tak perlu dipanggil pasti datang sendiri namun bila musibah kebakaran rasa prihatin pada mangsa tidak wajar diabaikan asal tiba ditempat kejadian jelas orang ramai.
KEBAKARAN DAPAT DIPADAMKAN KURANG DARI SEPULUH MINIT, KELIHATAN GAMBAR KENDERAAN BOMBA YANG MEMADAM API BERSAMA BEBERAPA PENGAWAL KESELAMATAN ANAK WATAN SABAH  BERUSAHA MEMADAM API AGAR TIDAK MEREBAK KEDERETAN KEDAI BERDEKATAN, KEBAKARAN TERSEBUT HANYA KEMUSNAHAN KECIL TIDAK ADA KECEDERAAN MAHUPUN KEMALANGAN JIWA BERLAKU.
AZOM PRODUCTIONS HOUSE MALAYSIA PENERBIT AKBAR MEDIA TERKINI, MEDIA MISTERI DAN KUGIRAN MEMBUKA BIRO PENGIKLANAN AKBAR KAMI DI BORNEO YANG DIURUS TABDIR OLEH ANAK JATI SABAH. RANGKAIAN SIARAN BERITA BORNEO JUGA BOLEH TERUS KEPADA NEGERI DIBAWAH BAYU BAGI MEMUDAHKAN PELANGGAN DISARAWAK DAN SABAH BERMULA DARI OGOS 2017. AKBAR KAMI DIBORNEO TIDAK TERHAD. PELANGGAN AKBAR KAMI JUGA BOLEH MERUJUK PELBAGAI PENGIKLANAN BAGI SARAWAK, SABAH DAN BRUNEI JIKA PERLU MAKLUMAT LEBIH LANJIT SILA DAIL TALIAN. 01138554026   0145748469  HANYA WAKTU PEJABAT SAHAJA. TERPANTAS media-terkini-sabah.blogspot.com
Jopis Anak Lagau (KETUA REPOTER)
Bujie Tukarang       (JURU GAMBAR)
Williem Anak Lagau  (WARTAWAN)
Jasly Dol        (WARTAWAN)
Aki Gonipis    (WARTAWAN)
A. KARIM  PENGURUS KETUA BIRO CAWANGAN BORNEO AKBAR TERPANTAS DAN PANAS SELURUH NEGARA TANPA SEMPADAN.



Oleh. Williem Anak Lagau
KUAT KAH KEADILAN PERTAHAN PARLIMEN TUARAN?
Sabah. Rakyat dalam kawasan Tuaran merasa masih ada yang dalam teka teki senario politik setempat antara BN UMNO dengan jumlah parti pembangkang yang terlalu banyak mewakili pelbagai suku kaum yang terdapat sekitar Parlimen Tuaran termasuklah DUN  Kiulu, DUN Tamparuli dan DUN  Sulaman dimana kumpulan parti pembangkang berebut rebut menawarkan diri sebagai calon pilihan raya ke14 akan datang, kes seumpama tidak disedari para pemimpin tertinggi parti sama ada parti pembangkang mahupun parti kompenan BN sehingga ramai rakyat jelata berpuak puak mencari parti yang mampu memberi mereka perlindungan berserta sedikit saguhati  tugas politik rakyat jelata seharian dan jika berlaku disebaliknya rakyat akan boikot dan pulau para pemimpin parti politik berkenaan sampai hilang penyokong dipelusuk kawasan perkampungan terpencil dalam kawasan tersebut.
Semua parti pembangkang kawasan Parlimen Tuaran mendakwa kekuatan pengaruh mereka mendapat sokongan majoriti besar dari rakyat jelata kawasan tersebut tanpa mengira kerusi DUN mahupun PARLIMEN memandangkan kepimpinan parti kompenan setempat sudah mengabaikan tanggongjawab memajukan pembangunan serta taraf ekonomi rakyat jelata berbilang kaum, antara parti yang aktif jelajah mendekati seluruh rakyat jelata seluruh PARLIMEN serta DUN sekitar kawasan berhampiran termasuklah KEADILAN, WARISAN, GABUNGAN SABAH, PCS, BN UMNO, PKS serta beberapa parti pembangkang yang lain dilaporkan jelajah menemui rakyat jelata diperingkat luar bandar bagi meraih sokongan dalam pilihan raya ke 14 akan datang namun tidak ada sebarang sumber cendera hati untuk tatapan seluruh rakyat yang ditemui ujar warga Parlimen Tuaran yang ditemui.
Pertembungan BN khususnya Ahli Parlimen Tuaran masa kini Datuk Madius Tangau dengan beberapa pemimpin kuat Parti Pembangkang jika calon  masih dikekalkan pada pilihan raya akan datang namun tidak mungkin UMNO Tuaran membiarkan parti parti pembangkang menawan kubu kuat mereka apa tak lagi parti pembangkang saling berebut calon sesama sendiri, turut merasa kemelut pergolakan dalaman parti parti pembangkang kawasan Parlimen Tuaran adalah rakyat jelata yang mereka temui setiap hari disamping gagal menghulurkan pelbagai keperluan rakyat dalam apa juga program kampung semasa lawatan para pemimpin parti parti pembangkang yang silih berganti berkempen menawan hati rakyat agar
memberi sokongan pada perjuangan mereka.