Rabu, 30 Ogos 2017

Oleh. Bujie Tukarang
CORETAN SEPANJANG OGOS 2017
Sabah. Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian En. Daimin Sulukan merupakan seorang pemimpin aktif bersama rakyat jelata setiap masa mendampingi  rakyat jelata khususnya di Dun Kadamaian dan Parlimen Kota Belud amnya setiap bulan tanpa mengabaikan tanggongjawab sebagai Pemimpin Pembangunan Masyarakat di DUN Kadamaian tanpa mengira fahaman politik parti kompenan BN.
Antara yang menjadi agenda utama PPM Kadamaian ialah menumpu perhatian meninjau apa juga masaalah rakyat setempat dengan mengotakan pengagihan jika ada peruntukan kerajaan bagi rakyat yang memerlukan bantuan setempat walau apa juga kefahaman politik, tidak hairan lah jika PPM Kadamaian sentiasa bergerak meninjau seluruh 74 perkampungan bersama sama para pemimpin parti kompenan BN lain agar mampu meraih sokongan seluruh rakyat jelata dikawasan Kadamaian mahupun Kota Belud dengan kerjasama semua parti kompenan BN yang juga seiring mendampingi rakyat jelata setempat.
Gambar ahli ahli PBS sentiasa datang berurusan dipejabat UPPM Kadamaian yang diketuai oleh PPM Daimin Sulukan walaupun Ketua Bahagian PBS Kadamaian dipegang oleh Dimis Rumantih

Oleh. Jopis Anak Lagau
JANGAN KETEPIKAN BAHASA MALAYSIA DIBORNEO
Sabah. Rakyat Sarawak dan Sabah perlu mencontohi rakyat Australia yang mengkagumi dan mengharap menjadi rakyat Malaysia atas kecintaan beliau terhadap Bahasa Malaysia tanpa membanggakan Bahasa English dari tanah airnya, jauh berbeza dengan segelintir wanita dalam negeri ini yang sesama sendiri pun lighat berbahasa English walaupun mahir berbahasa Malaysia bak kata orang bagai lupakan bahasa ibunda tanah air sendiri.
Sebilangan wanita wargakota anak negeri kita umpama tidak lagi mengerti bahasa Malaysia berikutan sesama anak Sarawak dan Sabah mempamerkan bahasa English mereka dalam apa juga perbualan semasa tanpa memilib orang yang dibawa berbual asalkan terlepas percakapan import mereka setiap hari. Tenung tenung lah sekeliling kita betapa dihormatinya bahasa Malaysia dimata warga luar negara jika orang anak negeri terus menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan bangsa kita setiap masa.



GAMBAR PETIKAN D E AKBAR TEMPATAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan