Rabu, 30 September 2020


RAKYAT TAMPARULI SOKONG PENGAGIHAN JAWATAN 

Oleh. Koijul Hairul 

Tamparuli. Penyokong perikatan nasional dan gabungan rakyat Sabah memberi penghormatan penuh kerajaan negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor berserta tiga Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato' Sri Bung Mokthar Radin, Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dan Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang memberi mandat Datuk Jahid Jahim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah memperjuangkan khidmat keatas negeri Sabah sebaik sahaja sokongan besar warga Tamparuli memberi kemenangan calon PBS walaupun ditentang beberapa calon parti parti politik lain yang bersaing meraih undi rakyat Dun Tamparuli pada 26 September 2020 lepas.

Demikian kenyataan En. Paranting Lipayan Ketua PDM Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kg. Gaya Ratau dan Kg. Ratau Baru Tamparuli dalam pertemuan Media Terkini sebaik Datuk Jahid Jahim Wakil Rakyat Tamparuli dari PBS diumum Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah selasa lalu.

Paranting Lipayan yakin seluruh rakyat Tamparuli tanpa mengira kefahaman politik berlapang dada menerima keputusan perlantikan tersebut agar bukan sahaja memajukan Dun Tamparuli malah berbakti pada seluruh rakyat dipelusuk negeri Sabah yang melibatkan pelbagai program di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah katanya.

Setinggi Ucapan Tahniah Kepada YB. Datuk Jahid Jahim Wakil Rakyat Dun Tamparuli (PBS) Diatas Perlantikan Menterii Pembangunan Luar Bandar Sabah Pada 29 September 2020. Semoga Sentiasa Memanafaatkan Seluruh Khidmat Bakti Keatas Seluruh Rakyat Tamparuli Malah Seluruh Sabah Amnya.

Daripada, En. Paranting Lipayan Pengurusi Bersatu  PDM Gaya Ratau dan Ratau Baru Dun Tamparuli Sabah.








Nota. Dilarang mencatat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

 



 Oleh. Jasly Dollah 

PEMIMPIN BERWAWASAN DEMI RAKYAT DAN TANAH AIR 

Sabah. Dua tokoh pemimpin yang perlu dicontohi ahli ahli politik serta seluruh rakyat dalam negeri ini yang jelas tidak tamak dengan jawatan didepan mata demi permaufakatan parti politik sama sama menerajui kerajaan Sabah agar tidak berlaku kumpulan berpuak yang muda dipecahbelahkan pihak pemimpin parti politik lawan bagi mengurangkan kekuatan mereka didalam jangkamasa panjang, ini terbukti apa yang diterjemahkan bersama Dato' Sri Bung Mokthar Radin Pengurusi Umno dan BN Sabah serta Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan Presiden Parti Star Sabah yang telah memberi laluan pada Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah walaupun mereka berdua memiliki oengalaman dan kelayakan sama memegang jawatan tersebut namun demi mempertahankan kesefakatan sebaik memenangi bersama pilihan raya negeri Sabah mereka berdua berkorban termasuklah pemimpin PBS tidak bergolak merebut jawatan seperti permainan pemimpin parti politik parti lawan bagi mengundang pergolakan berkenaan.

Antara luahan sebilangan rakyat Sabah yang ditemui kru media terkini Malaysia sebaik perlantikan Ketua Menteri Sabah ke 16 Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor diumum di Istana Negeri Sabah pada 29 September 2020.

Rakyat Sabah yakin gandingan setia kawan UMNO, STAR, PBS, PAS, SAPP, MCA jika berkhidmat terus memberi perkhidmatan berterusan tanpa henti terhadap seluruh rakyat jelata diperingkat bawahan tanpa ada keciciran pasti rakyat jelata akan mengundi mereka semula pada pilihan raya akan datang tegas warga Sabah yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor 


 Sidang rediaksi media terkini online edisi Sabah 

Penulis Tamu. Koijul Hairul, Bujie Tuekarang, Gifkir Aming, Helary Sukiono, Jaitos Dumiri, Norafzah Dollah, Norzaitie Kirwan 

Wartawan. Williem Anak Lagau, Huzera Ben, Jasly Dollah, Marjomi Noh Wartawan Kanan. Basron Kirwan Penolong Pengarang. Jopis Anak Lagau Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang Kumpulan. Tuan Arman Karim @ Doriso 

Ketua Pengarah Penyiaran Dan CEO Azom Productions House. Dato Azhar Haji Omar 

Diurusniagakan oleh Azom Productions House Kuala Lumpur. Tel 01138554026 atau 0194827829





Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 

Setinggi ucapan tahniah kepada YB. Datuk Jahid Jahim Adun Tamparuli keatas perlantikan jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah pada 29 September 2020.

Semoga sokses dalam menjayakan khidmat masyarakat sepanjang tempoh perkhidmatan yang diamanahkan berpandu sokongan seluruh rakyat Tamparuli mahupun Sabah amnya. 

Daripada Juanis Tulah warga prihatin Kg. Ratau Baru Dun Tamparuli Sabah.


Selasa, 29 September 2020


 Setinggi ucapan tahniah diatas perlantikan  Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor Sebagai Ketua Menteri Sabah Ke 16  Dihadapan Tuan Yang Terutama Yang Adu Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin Pada  29 September 2020.


Semoga Datuk Seri Panglima Ketua Menteri Sentiasa Diberi  Sokongan Seluruh Adun Sabah Terutama Warga  Parlimen Tuaran  Dari Pemimpin Umno, Bersatu, Star, PBS, SAPP, MCA, MIC, PAS, PBRS Setiap Masa.

Daripada, En. Rosli Kopit Pegawai Perhubungan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Kiulu.






Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit.


Setinggi ucapan tahniah diatas perlantikan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah Ke 16 oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri Sabah pada 29 September 2020.

Semoga Datuk Seri Panglima sentiasa berkekalan sokongan seluruh Ahli Ahli Dewan Undangan Negeri para pemimpin dan penyokong parti BERSATU, UMNO, STAR, PBS, SAPP, PAS, MCA, MIC dan PBRS demi keselamatan, kemajuan dan peningkatan ekonomi  seluruh negeri Sabah. 

Daripada,  Mr. Yanam @ Martin K. Gunsud Setiausaha PDM Bersatu PPBM Gaya Ratau Tamparuli Sabah.

 


 Setinggi Ucapan Tahniah Diatas Perlantikan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd. Noor Sebagai Ketua Menteri Sabah Ke 16 Oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin. 
Datuk Seri Bung Mokthar Radin Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Kerjaraya Sabah 
Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan Timbalan Ketua Menteri  11 Merangkap Menteri Pertanian & Perikanan Sabah 
Datuk Dr. Joachim Gunsalam Timbalan Ketua Menteri 111 Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah 
Daripada. Jabatan Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Malaysia Dan Azom Productions House Kuala Lumpur Tel.01138554026 Dan 0194827829 Masa Pejabat Sahaja.


Oleh. Huzera Ben 
GURU BERTATU PENUH DIHALANG AJAR MURID SEKOLAH 
Paris. Seorang guru bertatu penuh dihalang mengajar kanak kanak sekolah dibawah umur 6 tahun akibat bantahan ibu bapa kanak kanak terlibat  dibeberapa sekolah tempatan.
Pengakuan guru terlibat Sylvain Helaine (gambar) 35 tahun yang memiliki tatu seluruh badan tanpa menyedari bahawa ianya telah menakutkan ibu bapa kanak kanak pelajar dibawah umur 6 tahun jelasnya.

 

Setinggi Ucapan Tahniah Diatas Perlantikan Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Mohd. Noor Sebagai Ketua Menteri Sabah Ke 16 Oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin Di Istana Negeri Kota Kinabalu Pada 29 September 2020.

Semoga Terus Berkekalan Sokongan Seluruh Adun Dan Para Pemimpin BERSATU, UMNO, STAR, SAPP, PBS, MCA, PBRS, PAS, MIC, Sepanjang Mengetuai Kerajaan Negeri Sabah Agar Mampu Memajukan Kepentingan Masyarakat Serta Ekonomi Luar Bandar Sepanjang Menerajui Kepimpinan Yang Lebih Pencapaian Yang Dinantikan Seluruh Rakyat Warga Sabah.

Daripada, Encik Paranting Lipayan Pengurusi Pusat Daerah Mengundi BERSATU Gaya Ratau Tamparuli Sabah.



 

 




RAKYAT SANJUNG LANGKAH TAN SRI MUSA AMAN 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Langkah Tan Sri Musa Haji Aman bagi membawa 33 ADUN mengadap ke Istana Negeri sebagai mengangkat sumpah jawatan ketua menteri Sabah bagi menggantikan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal  adalah berani demi mempertahankan suara rakyat Sabah sebenar kearah memilih penjawat mereka disamping menuntut menyerahkan perpaduan memilih kepimpinan negeri Sabah menerusi proses pilihan raya yang berlaki pada 26 September 2020.

Antara perjuangan Tan Sri Musa Haji Aman Mantan Ketua Menteri Sabah adalah berjaya menekan Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie  Haji Apdal bagi membubarkan kerusi DUN Sabah pada awal bulan September 2020.

Luahan hati Gosibin Yosundang aktivis dari Dun Melalap  serta Rusli Kopit aktivis dari Dun Kiulu sebagai menyusun langkah  membentuk kerajaan Sabah sebaik menang besar dalam pilihan raya ke 16 menerusi parti parti yang tercatat nama ujar mereka berdua sebentar hari diperkarangan Istana Negeri hari ini. 






Nota. Tidak dibenarkan membuat ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak  penerbit. Editor 



Isnin, 28 September 2020

 


SABAH MEMILIKI KETUA MENTERI BARU 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Rakyat negeri ini berbangga memiliki Ketua Menteri Baru Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor bermula hari ini 29 September 2020.

Rakyat Sabah juga sebulat suara menyokong gandingan mantap Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan, Datuk Seri Bung Mokthar Radin, Datuk Dr. Maxsimus J. Ongkili dan Datuk Yong Teck Lee yang berjuang memberi kemenangan kepada UMNO, PBS, STAR dan BERSATU disamping sokongan dari tiga Adun Bebas yang menang dalam prn pada 26 September 2020. 







Nota. Tidak dibenar mencatatkan ulasan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit. Editor 






 KOMBINASI GANDINGAN MANTAP SABAH 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Gandingan UMNO, STAR, BERSATU, PAS, PBS, SAPP, MCA dan PBS berjaya menewaskan PH, UPKO dan WARISAN dalam prn 26 September 2020.  

Kemenangan ini membuktikan rakyat Sabah jelas mahukan pertukaran kerajaan dan peneraju Ketua Menteri Sabah demi mentabdir negeri kearah yang lebih terbaik.

Pengumuman Tuan Yang Terutama Yang Diprttua Negeri Sabah Tun Juhar Haji Mahiruddin melantik Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu mendapat sokongan daripada Datuk Seri Bung Mokthar Radin Pengurusi BN Sabah, Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan Presiden Parti Star Sabah, Datuk Jahid Jahem Setiausaha Agong Parti Bersatu Sabah penuh kesefakatan tidak berbelah bahagi seperti yang tersebar dalam viral tidak bertanggongjawab beberapa hari lepas.

Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang pengumuman senarai nama jawatan timbalan ketua menteri seperti yang diviralkan golongan cyber net sebagai mensensasikan bahan bahan sebaran yang banyak mengelirukan rakyat berbilang kaum dipelusuk negeri Sabah. 




 

 SEBARAN BERITA TIDAK BERASAS MENGELIRUKAN 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Warga Sabah dinasihatkan agar berhati hati menerima sumber berita dari WATSHAP GROUP dan LAMAN SESAWANG TIDAK BERLESEN agar tidak keliru dengan fakta tidak berasas.

Terkini tersebar meluas bayangan penjawat Ketua Menteri dan Timbalan Timbalan Ketua Menteri tanpa pengesahan dari pihak Istana Negeri Sabah.

Kes seumpama perlu disiasat pihak berkuasa dalam negeri Sabah agar pelaku boleh dibawa kemuka pengadilan.

JANGAN PERCAYA SEBARAN GAMBAR INI TANPA PENGESAHAN PIHAK ISTANA NEGERI.









Nota. Tidak dibenarkan membuat ulasan didalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Editor 



 PERARAKAN DEPAN MAHKAMAH LAMA MENJADI TANDA TANYA 

Oleh. Bujie Tuekarang 

Kota Kinabalu. Wargakota gempar timbul perarakan sekitar bangunan Mahkamah Tinggi Lama hari ini sehingga berlaku kesesakan jalan raya berhampiran.

Wargakota berharap pihak berkuasa tempatan khususnya pasukan keselamatan menghalang perbuatan seumpama dalam situasi kerajaan Sabah belum ditubuh demi mengelak sebarang perkara tidak di ingini berlaku serta menjaga nama baik negeri dimata pelancong asing.






Nota. Tidak dibenarkan membuat sebarang ulasan dalam akbar ini tanpa kebenaran dari pihak penerbit.

Ahad, 27 September 2020

BERSATU TAMPARULI KERJA KERAS PADA CALON PBS 
Oleh. Gason Dumiri 
Tamparuli. Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  PDM Gaya Ratau telah bertungkuslumus sehabis mungkin berkempen bagi memastikan Datuk Jahid Jahem memenangi kerusi Dun Tamparuli pada 26 September 2020 lalu, walaupun pelbagai rintangan ditempuhi jentera BERSATU Tamparuli mampu mengatasi dengan usaha sendiri tanpa merujuk calon PBS setempat demi  memastikan nama baik BERSATU Sabah sehingga menawan kerusi Dun Tamparuli dengan majoriti undi yang cukup lumayan.
Demikian  pengakuan En. Paranting Lipayan selaku pengurusi PDM Gaya Ratau Tamparuli dalam pertemuan kru Media Terkini sebagai mengulas kemenangan PBS Tamparuli dalam PRN Sabah minggu lepas walaupun calon parti lawan bukan muda jentera mereka  untuk ditandingi, selain dari itu gandingan dengan STAR, UMNO juga merupakan satu jentera terbaik meraih sokongan seluruh pengundi Tamparuli sepanjang musim betkempen dalam Dun Tamparuli ujar beliau..

 

 SAMPAH MELAMBAK TIDAK DISELABGGARA 

Oleh. Helary Sukiono 

Parlimen Tuaran. Masyarakat meminta pihak berkuasa  agar bertindak menjaga lambakan sampah setiap hari termasuklah hari kelepasan agar tidak bertimbun sampah ditonton pelancong asing sehingga menjejas nama baik pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan amnya.

Demikian luahan warga Tamparuli sebaik selesai pilihan raya negeri Sabah pada 26 September 2020 sabtu yang lepas.

Kru media terkini yang bergegas ke Pekan Tamparuli melihat timbunan sampah berkenaan terkumpul


meninggi menggunung tanpa mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.



Oleh. Gifkir Aming
KEYAKINAN RAKYAT MANDAT KEMENANGAN 
Sabah. Suara rakyat yang telah diterjemah didalam kertas undi memberi  semangat terhadap 
kemenangan yang mengembalikan kegemilangan BN Bersatu agar semua ahli dewan undangan negeri tidak lagi timbul demi masa depan rakyat .

Sungguhpun belum ada  lantikan Ketua Menteri Sabah rakyat berharap tidak lagi berlaku melompat parti dikalangan adun adun yang mewakili sesebuah parti yang diundi rakyat dikawasan masing masing.

Selain dari itu rakyat Sabah juga yakin kedua dua calon yang sesuai menjadi Ketua Menteri antara Datuk Seri Bung Mokthar Radin dan Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Mohd. Noor dapat bertolak ansur mengenai jawatan ketua menteri berkenaan demi kestabilan politik negeri Sabah.



Oleh. Helary Sukiono 

RAKYAT MENGHARAP KETUA MENTERI MAJORITI KERUSI BANYAK 

Sabah. Mandat rakyat negeri ini memberi kemenangan kepada UMNO, PBS, STAR dan BERSATU perlu diambil kira bagi melantik Ketua Menteri secepat mungkin agar isu pembangunan dan ekonomi seluruh penduduk Sabah dapat dimulakan perkhidmatan wakil wakil rakyat yang dipilih pengundi dibawah naungan Ketua Menteri yang baru.

Antara pilihan rakyat menjadi Ketua Menteri ialah Datuk Seri Bung Mokthar Radin, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Mohd. Noor  jika semua Adun dari PBS dan STAR menyokong salah satu diantara mereka.

Peranan STAR dan PBS dibawah kepimpinan Datuk Dr. Jefferi G. Kitingan serta Datuk Dr. Maxsimus J. Ongkili harus didahulukan demi agenda memajukan rakyat negeri ini jelas rakyat Sabah yang ditemui.
 

Sabtu, 26 September 2020


 KEMENANGAN 38 KERUSI SUDAH DIJANGKA

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Ramai aktivis masyarakat negeri ini sudah menduga kemenangan BN Perikatan Nasional termasuklah  PBS dan STAR sejak mula bergerak kempen pilihan raya pada 12 September 2020 sehingga 25 September 2020. 

Menurut beberapa aktivis masyarakat Sabah  beberapa calon parti tempatan Sabah yang bertanding banyak secara bersendirian tanpa gabungan tewas teruk berikutan tidak mahu berkongsi bersama mana mana parti politik disamping ada unsur unsur kekitaan Sabahan walaupun ramai dikalangan calon calon mereka berurusniaga dengan peniaga peniaga di Semenanjung Malaysia dan luar negara amnya.

Beberapa penulis bebas dari Semananjung Malaysia sepanjang yang meninjau proses PRN Sabah juga mengakui keciwa dengan beberapa calon dan pemimpin parti Gagasan dan PCS yang mendabik dada tidak perlu media luar memandangkan mereka memiliki CYBER NET DAN WATSHAP GROUP bagi memberi sebaran am terhadap seluruh rakyat Sabah tanpa sidang pengarang yang memberi tapisan kenyataan yang berkualiti untuk difahami rakyat berlandaskan peruntukan undang undang sebaran am dinegara Malaysia.

Apapun kejadian sepanjang pilihan raya negeri ini rakyat Sabah terus bermuhasabah diri meneliti kualiti sebaran am yang bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi golongan calon tertentu ujar mereka yang ditemui.

Sementara itu beberapa calon LDP yang ditemui berlapang dada dan menerima kekalahan mereka tanpa menyembunyikan hak pemilihan bijak dari rakyat jelata  mengundi calon calon yang lebih berwibawa dalam jiwa rakyat jelata yang mengundi.

 BN UMNO PERTAHAN DUN KERAMBUNAI  

Oleh. KZ. Razlan 

Masyarakat Dun Kerambunai tekad mempertahankan perjuangan Umno BN menerusi YB. Datuk Haji Yakubah Khan sebagai wakil rakyat mereka. 


 Sepanjang kempen pilihan raya Datuk Haji Yakubah Khan cukup tertib dan bersopan santun dan bersikap terbuka dalam berhadapan calon calon parti bertanding dikawasan tersebut.

 TUAH TIGA DUN TEGUH 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sabah. Kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag, Sulaman dan Tamparuli terus dipertahankan oleh seluruh rakyat setempat menerusi Datuk Seri Bung Mokthar Radin, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Mohd. Noor serta Datuk Jahid Jahim.

Seluruh rakyat ditiga Dun terlibat membuktikan mereka tidak tunduk dengan pengaruh PH WARISAN dan UPKO  bagi mempertahankan kuasa kerajaan mereka. 

Rakyat mengharapkan semua adun yang menang benar benar mengutamakan pembelaan terhadap semua kepentingan rakyat Sabah.





 PRN SABAH PENGUNDI TAKUT KELUAR 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Masyarakat negeri ini mengakui pusat mengundi lengang sedikit berbanding dengan situasi setiap kali pilihan raya lepas malah warga emas terlalu sedikit yang kelihatan dibeberapa kawasan tempat mengundi.

Dalam tinjauan kru media terkini dibeberapa pusat pengundian prn Sabah warga emas kurang berbanding golongan muda mudi jelas  orang ramai dipusat pengundian tempatan.










Nota .Dilarang membuat ulasan dalam  Akbar  ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit 

 ALAMAT MYKAD DICELUP KAMPUNG ORANG ASAL 

Oleh.Jasly Dollah 

Inanam. Pusat pengundian SK. Kokol gempar dengan kehadiran pengundi menggunakan Kad Pengenalan beralamat Kg.Natai Baru Menggatal namun tidak diduga orang terlibat merupakan bukan penduduk setempat ujar orang kampung Batai Baru yang turut bertugas dipusat pengundian Sekolah Kokol ujar orang ramai. 

Sehubungan dengan kejadian ini pihak berkuasa tempatan negeri Sabah harus menyiasat semua Kad Pengenalan yang menggunakan alamat Kampung orang asal Sabah disiasat apa tak lagi dengan berbeza suku kaum orang setempat perlu disiasat terperinci agar tidak berulang kejadian sama ujar warga kampung Natai Telipok.




 RAMAI CALON PRN KERJA KERAS TAPI? 

Oleh. Gason Dumiri 





 
Sabah. Sepanjang kempen prn negeri ini pelbagai ragam calon calon bertanding menghadapi rakyat jelata yang diyakini berdaftar sebagai pemilih agar mendapat sokongan setiap pengundi yang ditemui.

Ada golongan calon yang mesra rakyat tanpa memilih suku kaum dan agama namun ada juga individu calon yang melintasi rakyat umpama tidak kenal walau didepan mata mereka ujar rakyat yang ditemui.

Kru media yang bersama rakyat cuba mendampingi beberapa calon yang berusaha memilih rakyat didampingi terkejut calon memilih didekati malah ada rakyat yang tidak langsung ditegur walaupun melintasi didepan rakyat terlibat.

Hari ini bakal meenentukan sokongan dari rakyat terhadap calon calon bertanding dalam 73 Dun Sabah yang pihak calon calon abaikan masa berkempen lalu akui rakyat yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan dalam akbar ini tanpa kelulusan dari pihak penerbit.