Jumaat, 30 September 2022

PEMANDU BUS MINI KOTA KINABALU MENCABAR 

Oleh. Jopis Anak Lagau

Sabah. Masyarakat dalam negeri ini perlu bersatu menentang pemandu Bus Mini dari Kota KInabalu ke Telipok Ria yang membuatkan Bus Stop sebagai milik perkumpulan mereka tanpa 


 kenderaan lain  mahupun bus mini lain boleh mengambil penumpang diperhentian bus sepanjang Kota  Kinabalu ke Telipok Ria serta Rugading amnya.

Kejadian seumpama berlaku sepanjang tahun walaupun pelbagai aduan orang ramai dibuat namun pemandu bus mini terlibat umpama kebal dinegeri Sabah, selain dari itu pemandu bus berkumpulan ini bagai geng samseng mencabar orang awam yang tidak menaiki kumpulan bus mini mereka dengan perwatakan diri tidak berdisiplin sebagai pemandu ujar penduduk asli Sabah. 

Menurut orang asli Sabah yang ditemui, sepanjang laluan jalan lama Telipok Ria sampai ke Likas semua Perhentian Bus Mini sentiasa dipenuhi Bus Mini menunggu penumpang sepanjang hari bertukar ganti kumpulan mereka dengan perwatakan samseng ujar mereka. 

Berdasarkan saranan orang orang veteran keselamatan Sabah, semua pengguna Bus Mini perlu bersatu memboikot pemandu yang tidak beradab, pemandu yang kaki gaduh boleh diadukan kepada pihak berkuasa kerajaan dan Polis, JPJ dan LPKP supaya golongan terlibat boleh diambil tindakan setimpal dengan kesalahan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

TARIKH PRU KE 15 SUDAH DIMETERAI 

Oleh. Basron Kirwan 

Bangunan UMNO. Top 5 UMNO sudah meterai tarikh pru ke 15 sebagai tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob  Perdana Menteri Malaysia sebagai mengembalikan semula mandat kepada seluruh rakyat bagi memilih kerajaan yang baharu. 

Tarikh yang ditetapkan dalam mesyuarat top 5 umno berkenaan bakal dipersembahkan oleh Perdana Menteri Malaysia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebaik dibawa kepada Kabenit Kerajaan Malaysia masa kini menurut sumber kerajaan pusat masa kini.

Siapakah parti parti yang sudah bersiap siaga mendampingi seluruh rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah?,  masih terlalu awal bagi membuat rumusan persediaan setiap jentera parti politik bersama rakyat jelata berikutan menunggu nama mereka yang disenarai pendek untuk pilihan calon parti masing masing. 

Sarawak dipercayai BN sandarkan kepada Gabungan Parti Sarawak bagi meraih sokongan penuh undi rakyat jelata setempat, sebaliknya Sabah terlalu sukar dibuat penilaian berikutan BN masih bersekongkol dengan Gabungan Rakyat Sabah sehingga berita ini ditulis serta parti lawan juga lebih mendampingi rakyat jelata.

Pakatan Harapan, Amanah, Gabungan Tanah Air Ku, Dap dan WARISAN bakal bertembung dengan Gabungan Rakyat Sabah, Barisan Nasional bagi meraih undi rakyat jelata sebaik pembubaran dibuat secepat mungkin.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

USAHA PASUKAN KESELAMATAN BERJAYA 

Oleh. Huzera Ben

Bangkok. Usaha dan kerjasama terjalin antara Polis Thailand dan Malaysia bertukar maklumat berjaya menyelamatkan wanita ini dalam keadaan selamat. 

Pasukan keselamatan Thailand bersama Malaysia berjaya menyelamatkan Rosnazirah Mohd. Naim (gambar) dengan penangkapan 7 lelaki tempatan serta 1 kenderaan di Kg.Semet Jal Wakaf Baru Kelantan. 

Puan Rosnazirah Mohd. Naim dalam keadaan selamat dan kini telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur bagi pemerhatian pihak polis, malah tidak ada sebarang wang yang dibayar kepada penculik menurut pasukan polis Thailand sehingga berita ini ditulis.

Mangsa culik juga dilaporkan dalam keadaan baik dan tidak ada sebarang kecedraan menurut rekod pasukan keselamatan negara Thailand sehingga berita ini ditulis. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

PEMANDU DAN PENUMPANG TUNJUK HERO 

Oleh. Norsham Tukirin 

Sabah. Jika anda melihat pemandu dan penumpang motorsikal tidak memakai topi helmet mungkin anda kata tak pe dekat saja, namun bagaimana jika golongan terlibat kemalangan dan tercampak jauh diatas jalan raya besar adakah anda kata tak pe ada hospital untuk rawatan.

Ini yang sempat dilaporkan orang Sabah hari ini pemandu Motorsikal dengan pembonceng nya sama sama menaiki motorsikal tanpa memakai helmet ditengah kesesakan jalan raya tanpa pemakaian helmet serta laju dicelah celah kenderaan yang lain tanpa menghirau nyawa jika mereka kemalangan diatas jalan raya.

Lihat lah sikap pemandu motorsikal masa kini langsung tidak menghormati perundangan pemakaian HELMET masa memandu termasuklah pembonceng selamba sahaja memerhatikan setiap lapisan masyarakat memerhatikan gelagat mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini diharapkan semua pemandu dan pembonceng motorsikal mematuhi perundangan agar golongan terlibat sentiasa memakai HELMET demi keselamatan nyawa mereka sendiri. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Khamis, 29 September 2022

RAKYAT TERUS BERSAMA BN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Umno 


dan Barisan Nasional mampu mendapat sokongan penuh seluruh rakyat jelata jika menggandakan usaha berkerja demi rakyat jelata sepanjang masa.  Segala perjuangan terbaik untuk negara dan rakyat berbilang kaum perancangan Datuk Seri Najib Tun Razak tetap akan diteruskan kesinambungan dalam perjuangan UMNO dan BN masa kini dan untuk selamanya.

Misi Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno memperjuangkan parti bersama Barisan Nasional kini memperolehi sokongan padu masa kini namun masih memerlukan gerak gempur diperingkat akar umbi dan segenap lapisan masyarakat supaya kekal memberi sokongan UMNO dan Barisan Nasional dalam pru ke 15 akan datang. 

Gandingan antara Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan dalam memperjuangkan UMNO dan BARISAN NASIONAL harus disertai dengan menggandakan usaha menemui semua lapisan rakyat terutama kepimpinan  bahagian dan cawangan secara berkekalan.  

Sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan sokongan rakyat Malaysia dengan UMNO BN kekal berpengaruh, sehingga hari ini sebaik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  dan Datuk Seri Mohamad Hasan menerajui kepimpinan tertinggi parti sokongan kekal teguh namun perlu diperkasa hubungan pada peringkat rakyat jelata bermula dari sekarang tanpa memberi ruang parti lawan memperdayakan ahli dan penyokong UMNO dan BARISAN NASIONAL  khususnya dinegeri Sabah. 

Menurut sumber maklumat dinegeri Sabah, Umno dan Barisan Nasional pada peringkat akar umbi muda dipengaruhi jentera parti lawan sebaik mereka merasa sukar bertemu dengan kepimpinan bahagian mereka, namun ianya boleh ditangani segera jika ada usaha pemimpin bahagian menemui rakyat jelata disetiap kawasan perumahan, perkampungan serta merta tanpa ada hentinya secara kekal. 

Adalah menjadi tanggongjawab bersama jentera pusat diteruskan kepimpinan bahagian sampai keakar umbi rakyat jelata termasuklah warga kampung demi mengembalikan sokongan berkekalan sepanjang masa tanpa berpaling tadah terhadap parti lawan. 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  


 

Rabu, 28 September 2022

SEBARAN PENCULIKAN MENAKUTKAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Kebebasan laman sosial dan watsap group digunapakai bagi menyebarkan isu isu penculikan kanak kanak dimerata Sabah sejak beberapa bulan lepas namun ianya tidak disertakan dengan rekod Laporan Polis namun terus aktif menyebarkan kononnya terlalu banyak penculikan kanak kanak dinegeri ini. 

Kecendrungan penularan Penculikan Kanak Kanak tanpa penyertaan laporan Polis dilaman sosial bagai tidak terkawal dan semakin berleluasa sedangkan tidak ada repot didalam akbar akbar yang dilesenkan oleh pihak kerajaan sejak sekian lama. 

Ketaksuban orang mengikuti penularan penculikan kanak kanak kecil sejak beberapa bulan lepas sangat menggerunkan, ianya juga ditambah dengan penyebaran watsap group dalam setiap kumpulan tertentu tanpa memiliki rasa serba salah dengan segala perbuatan mereka. 

Sehubungan dengan pendedahan ini, setiap kes yang disebarkan sebagai penculikan kanak kanak perlu dirujuk kepada Setiap Balai Polis Berhampiran supaya boleh mendapat kesahihan  penyebaran tersebut setiap masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Sejak awal september 2022, ramai ahli parti politik diperingkat bahagian dalam Sabah terkejut ketika dihubungi Akbar Media Terkini Malaysia dan mengaku tidak tahu kewujudan akbar ini. 

Antara yang kaget ialah Pemimpin Parti Politik Cina dan India di Sabah namun ada juga pemimpin dikalangan Melayu dan KDM Sabah sengaja tidak mahu tahu dengan akbar ini walau sejak tahun 1998 lagi.

Tahniah dikalangan pemimpin bahagian Parti Cina dan India yang fasih bertutur dalam Bahasa Melayu SLOGAN AKBAR MEDIA TERKINI setiap hari tanpa memilih bahasa lain berhubung dengan akbar ini.

Terdapat Politik KDMR dan Melayu diperingkat bahagian bukan sahaja enggan dihubung telipon malah ada yang menghubungi Media Terkini dengan loghat Bahasa Inggeris umpama mereka sahaja yang boleh berbahasa tersebut.

Untuk REKOD MEDIA TERKINI HARIAN MALAYSIA bersiarah bahasa MELAYU mendedahkan bahawa semua pengeluaran siaran harian adalah semua bahasa Melayu. Oleh yang demikian tidak ada alasan orang ramai mengadu mereka tidak mengenali akbar ini ini walaupun tiap hari ditonton semua lapisan masyarakat dipelusuk negeri ini. 

Sebarang Penyertaan DARI MEDIA TERKINI HARIAN Dail 0194827829 atau 01138554026 masa pejabat sahaja. PENGARANG 




.

Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat turun amnya mencetak berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

KALIMAH ALLAH KEBESARAN DUNIA 

Oleh. Gifkir Aming 

Saban hari pelbagai kejadian ganjil berlaku didepan mata namun terlalu sedikit yang menginsafi segala kejadian didepan mata merupakan petunjuk dari Allah swt agar masyarakat memiliki kesedaran segala kekuasaan Allah swt dipelusuk muka bumi ini. 

Kejadian kejadian ganjil didepan mata terlalu banyak masa kini bagai masyarakat sekeliling kurang menumpukan perhatian melain selamba tersenyum mengimbas apa yang berlaku didepan mereka.

Dahulu objek KALIMAH ALLAH menjelma didalam buah pinang tua namun masa kini yang sangat menakutkan ialah WANITA sanggup membuang bayi baru lahir diatas jalan raya tanpa sedikit pertimbangan serta tanggong jawab menjaga bayi tersebut dirumah mereka sendiri. 

Semakin lama diserata dunia semakin ramai lupa segala petunjuk yang Allh swt turunkan dimuka bumi ini, namun ramai sangat berapi api hendak bercakap soal keagamaan masing masing sehingga fakir miskin didepan mata tidak dihiraukan.

Terlalu ramai orang melaporkan dakwah pelbagai agama diteruskan walau pelbagai cara setiap hari walau sambil bermusafir, namun pada masa yang sama jumpa fakir miskin, kudung kaki, buta mata dan pesakit kronik terus ditinggalkan sahaja masa kini jelas beberapa orang ramai yang ditemui.

Renungkan erti kehidupan beragama yang bersandarkan kepada pelbagai agama masing masing, jika amalan yang harus disunbangkan terhadap golongan yang memerlukan tanpa menunggu suruhan orang lain.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun kepada berita ini, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 
 

WASPADA BROKER POLITIK 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Sejak beberapa minggu lepas wujud TEM BROKER POLITIK  yang menghimpunkan beberapa kumpulan NGO dan SUKARELA sebagai langkah membentuk cawangan parti politik yang dipersembahkan kepada kumpulan penaja parti politik tempatan.

Matlamat kumpulan terlibat hanya lah mengharap dana kewangan dalam himpunan berkumpulan sukarelawan terlibat namun kesetiaan sokongan terletak dipihak parti lawan menurut sumber terdekat Tem Broker Politik berkenaan. 

Kebanyakan pemimpin baharu yang menonjol dalam politik sering menjadi mangsa broker politik terlibat berdasarkan pengalaman kurang mendepani broker politik apa tak lagi mereka yang baharu berjinak didalam dunia politik semasa. 

Beberapa orang didalam kumpulan badan NGO amnya badan sukarela juga sekadar diperalat oleh Tem Broker Politik bagi mendapat pendamping politik sementara mereka bebas memilih sokongan teguh semasa pilihan raya kelak tanpa ada paksaan memilih calon dikehendaki.

Pendedahan golongan rakan Tem Broker Politik bagi mengingatkan orang ramai agar tidak terperangkap dengan janji kata Tem Broker Pitik yang berusaha membawa orang menyertai perjuangan sementaranya..

Semua rakyat perlu bijak memilih setiap pemimpin cawangan dan bahagian parti politik agar tidak terpilih kepimpinan bermusim sahaja tanpa perjuangan menyeluruh berterusan untuk semua kaum dan lapisan masyarakat sejagat.

(GAMBAR SIARAN INI SEKADAR HIASAN)






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Selasa, 27 September 2022

KAMI MEMPROMOSI BUNGA BOTANI BORNEO 

Sesiapa yang berhajat mendapat beberapa jenis BUNGA BOTANI BORNEO YANG CANTIK TERPILIH boleh berhubung dengan George Paulus.

Pelbagai bunga botani borneo yang diusahakan kelab penaja bekas bekas Tentera Tidak Berpencen Sarawak dan Sabah masa kini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi masa pejabat ditalian 01138554026 atau 0194827829 George Paulus 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak memuat turun,  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Oleh. Huzera Ben

COVID 19 DUNIA BELUM BERHENTI 

India. Setelah hampir tiga tahun dunia berdepan dengan virus covid 19 rekod kematian keseluruhan berjumlah 6,541,519 orang sehingga hari ini jumlah kes berjumlah 620,640,348 orang.

Amerika Syarikat terus mencatat kematian tertinggi  sehingga hari ini berjumlah 1,082,030 manakala kes jangkitan 97,959,573 orang manakala India merekodkan kematian berjumlah 528,510 orang sementara jangkitan berjumlah 44,573,789 orang. 

Bagi negara Brazil mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 685,881 orang sementara jangkitan berjumlah 34,681,231 orang manakala negara Francis merekodkan angka kematian berjumlah 154,960 orang dan jangkitan 35,164,535 orang sehingga hari ini.

Menurut pemerhati covid 19 dunia selagi warga penduduk tidak berwaspada bagi mengawal penularan penyakit tersebut selagi itu virusnya akan terus berjangkit dan merbahaya kepada golongan berisiko dan pesakit kronik. 

Sama sama lah kita mengekalkan pemakaian MASK DAN PENJARAKAN DIRI dikhalayak orang ramai setiap hari disamping kerap membersih tangan setiap masa agar terlindung dari virus covid 19 jangkamasa panjang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

BN MAMPU TAWAN KENINGAU JIKA RAKYAT BERMAUFAKAT 

Oleh. Norsham Tukirin

Keningau. Barisan Nasional mampu menawan kerusi Parlimen Keningau bermaufakat mengubah pemimpin mereka yang mesra dan prihatin pada seluruh warga parlimen tersebut. 

Barisan Nasional Sabah yang dianggota UMNO, MCA, MIC dan PBRS mampu membentuk maufakat seluruh lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama jika kepimpinan mereka terus mendampingi rakyat tanpa ada hentinya.

Parti Bersatu Rakyat Sabah dan UMNO outonomi Sabah boleh menyatukan rakyat Sabah walau mendepani parti parti lawan jika mendapat bantuan dari kepimpinan MCA dan MIC Sabah secara berterusan diseluruh Parlimen Keningau.

Dalam membentuk komitmen kepimpinan berwibawa masa hadapan UMNO dan PBRS Keningau serta Tambunan perlu mendampingi segenap lapisan rakyat jelata tanpa jemu agar perjuangan mereka mampu diterima semua rakyat diseluruh parlimen Keningau pada pru ke 15 akan datang. 

Menurut sumber maklumat penduduk Keningau dan Tambunan, gandaan bersama rakyat dikalangan pemimpin UMNO dan PBRS serta MCA wajar diteruskan lebih kerap sebelum pru ke 15 jika mereka (BN) berhasrat mahu menawan parlimen Keningau pada pru ke 15 akan datang.

Media Terkini dimaklumkan penduduk Keningau Tambunan  hanya calon PBRS atau UMNO sesuai diketengahkan calon Parlimen jika berhasrat mahu merampas kerusi tersebut dari tangan kepimpinan GRS STAR masa kini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Isnin, 26 September 2022

 UMNO PERLU 

TURUN PADANG 

Oleh. Gifkir Aming 

Kuala Lumpur. UMNO perlu turun padang keakar umbi  bagi menyatupadukan semula ahli ahli serta penyokong yang diperdaya golongan parti lawan sepanjang pelbagai tuduhan keatas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjalan sehingga lah beliau dibebaskan serta dilepaskan kesemua pertuduhan tersebut baru baru ini. 

Ahli UMNO serta penyokong UMNO dan BN diseluruh negara khususnya dinegeri Sabah perlu mengembalikan sokongan keatas UMNO penuh bermaruah tanpa terpedaya dengan dakyah golongan pemimpin parti lawan yang sekadar memecahbelahkan UMNO dan BN amnya. 

Perjuangan bersandarkan kejujuran dan ketelusan seperti yang diamalkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  berjaya membersihkan nama baik beliau selaku Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional sekaligus wajar seluruh ahli dan penyokong UMNO dan BN bersatu semula mengembalikan kekuatan dalam mengembalikan kerajaan BN Malaysia.

Seluruh penyokong UMNO dan BN Sabah juga perlu seiring dengan langkah Umno dan BN terus berjuang walaupun pelbagai cabaran ditempuhi bagi melemahkan semangat seluruh penyokong mereka dalam jangkamasa panjang.

Malah sebilangan musuh UMNO dan BN diseluruh negara dilaporkan tidak pernah berhenti dengan pelbagai dakwaan demi meracuni pemikiran setiap penyokong mereka agar berpaling tadah menyokong parti politik yang diperjuangkan oleh golongan musuh musuh UMNO dan BN sampai lah masa kini.

Keberanian dan kesungguhan seluruh pejuang UMNO dan BN yang bertahan sehingga kini perlu didokong oleh warga seluruhnya demi tanah air dan kerajaan yang bensr benar berwibawa memajukan setiap rakyat jelata yang miskin, selain dari itu UMNO dan BN berjaya mengimbangi kemajuan pembangunan dan ekonomi Sarawak dan Sabah sejak bermula perjuangan dari Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri sehingga lah masa kini walau tergendala selama 22 bulan yang lalu.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 SISTEM AGIHAN 

PELBAGAI JAWATAN PERLU SEIMBANG 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Barisan Nasional Sabah perlu membantu para pemimpin sekutu mereka dari MCA dan MIC dalam pelbagai agihan jawatan terutama GLC mahupun jawatan dalam kerajaan negari sebagai langkah mengumpul dana parti demi kepentingan ahli ahli disemua peringkat cawangan memperkuatkan sokongan terhadap Barisan Nasional negeri akan datang. 

Langkah tersebut penting jika BN Sabah mahu berusaha mempertingkatkan sokongan semua pengundi Tionghua dan India Sabah dalam setiap kali pilihan raya berikutan kemerosotan sokongan pengundi Cina dan India Sabah sejak beberapa kali pilihan raya yang lalu.

Ini dijelaskan beberapa penyokong MCA yang menghantar suara mereka untuk didengar seluruh kepimpinan BN Sabah mahupun BN pusat menjelang pilihan raya parlimen ke 15 akan datang memandangkan sokongan pengundi tionghua wajar dipulihkan demi kemenangan BN akan datang ujar mereka. 

Penyokong dan Ahli Ahli MCA Sabah sangat memerlukan dana bagi membantu setiap ahli didalam pelbagai pembangunan prasarana, menyediakan pelbagai ruang perniagaan ditempat tempat yang berpotensi memperolehi pendapatan lumayan, selain dari itu banya ahli ahli MCA yang kurang berkemampuan memerlukan bantuan bagi pelbagai cara mempertingkatkan sumber pendapatan mereka terutana golongan bukan peniaga seperti pekerja didalam sektor swasta mahupun tenaga buruh ujar mereka. 

Media Terkini Borneo dimaklumkan kemerosotan sokongan pengundi Cina di Sabah sangat tinggi berikutan mereka (pengundi) rasa tersisih dalam pelbagai sumber agihan pelbagai bantuan kemanusiaan dari pihak kerajaan BN masa lalu dan berterusan juga sehingga hari ini walaupun sudah kerajaan baharu.

Pemimpin BN pusat perlu turun padang ke Sabah bagi menemui seluruh jentera MCA Sabah dalam memulihkan sokongan pengundi Cina didalam Barisan Nasional demi mengembalikan kegemilangan kerajaan BN seperti dimasa lalu.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Berita Ringkas 

SEMUA WARGA PERLU BERTINDAK ISU BUANG BAYI 

Oleh. Gason Dumiri

Tambunan. Semua warga penduduk kawasan Tambunan perlu bertindak memastikan kaum wanita yang melahirkan bayi agar tidak membuangnya ditengah jalan seperti yang tular baru baru ini.

Ketua Ketua Kampung dan seluruh JPKK perlu memastikan warga penduduk mereka tidak melakukan perbuatan membuang bayi walau apa keadaan sekalipun demi menyelamatkan nyawa kanak kanak yang tidak berdosa sehingga dibuang ditepi jalan raya.

Untuk rekod tular bayi dibuang beberapa hari lepas diatas jalan raya dalam daerah Tambunan dan pihak polis dilaporkan masih menyiasat kejadian tersebut disamping meminta orang ramai yang mengetahui kes tersebut menghubungi pihak polis.

Kejadian buang bayi bukan perkara baru malah telah lama berlaku diseluruh negeri ini namun masih ramai golongan yang sengaja tidak menyedari perbuatan mereka melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan.

Antara kes seumpama berlaku dilaporkan menurut sumber maklumat orang ramai ialah, wanita dan lelaki berkerja kilang yang bebas bergaul dibiarkan ibu bapa mereka sehingga bebas pergaulan khususnya berbeza agama sampai berlaku perbuatan sumbang namun terus dibiarkan ibu bapa sumber laporan orang ramai. 

Wanita dan Lelaki Kilang berlainan agama terus bebas berhubungan intim manakala ibu bapa sekadar mendiamkan diri asal sianak tiap bulan hantar duit bebas berikutan dengan lelaki tanpa ditegur ibu bapa mereka jelas orang ramai hari ini.

Sehubungan dengan kejadian kejadian seumpama semua pemimpin kampung yang dilantik kerajaan perlu saling berkerjasama dengan pemimpin kampung lain bagi menangani wanita dan Lelaki kilang bergaul bebas sehingga menimbulkan syak wasangka masyarakat sekeliling  setiap masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

 JELAJAH PARTI 

POLITIK SANA SINI 

Oleh. Norsham Tukirin

Sabah. Kehangatan jelajah parti parti politik Sabahan masa kini menjurus kepada menjelang pru ke 15 yang dilaporkan bila bila masa namun gerakan jelajah setiap daerah dilapor seiring bagi meraih sokongan rakyat tanpa mengira barisan politik memerintah mahupun parti parti pembangkang  saling bersaing mahu meraih sokongan seluruh rakyat dalam negeri ini.

Sehingga berita ini ditulis antara politik yang bersaing panas termasuklah Barisan Nasional UMNO, Pakatan Harapan UPKO, PARTI WARISAN SABAH dan Gabungan Rakyat Sabah pimpinan PPBM saling menemui rakyat jelata bergerak menemui seluruh lapisan rakyat jelata dipelbagai daerah.

Sebaliknya golongan badan ngo dan aktivis masyarakat Sabah mendedahkan rakyat jelata masa kini lebih bijak memilih pemimpin yang benar benar memperjuangkan serta membela seluruh ekonomi rakyat jelata dan bukan nya menyokong mereka yang sekadar memerlukan status wakil rakyat sahaja selepas diberi sokongan undi besar didalam pilihan raya.

Mendengar kepada setiap bait kata kata ucapan dalam menemui rakyat berkumpulan pasti sorakan dan tepuk tangan riuh dan hingar bingar bagi memberi sokongan ucapan bernas, namun selepas bersurai dalam jamuan rasmi bersama dengan orang orang penceramah parti politik majoriti rakyat tersenyum dengan apa yang mereka perolehi didalam himpunan tersebut melainkan makan dan minum pada hari tersebut.

Ini lah pendedahan segenap rakyat yang ditemui kru Media Terkini  sepanjang pertengahan bulan September 2022 bagi merungkai jelajah setiap pemimpin parti politik masa kini, sukar digambarkan keprihatinan sebilangan orang politik masa kini sejauh manakah keprihatinan mereka memberi bantuan terhadap rakyat yang memerlukan pertolongan. 

Harapan gerak jelajah politik mampu membela serta menghulur bantuan pada rakyat jelata yang memerlukan dan bukan sekadar ghairah berucap didepan tontonan warga desa tanpa sebarang bantuan yang ditagih rakyat miskin tegas fakir miskin yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Ahad, 25 September 2022

PENULIS TAMU. Tedung Selar, Helary Sukiono Indonesia, Gifkir Aming, Basron Kirwan, Koijul Hairul,  Norafzah Dollah, Jaitos Dumiri,  Norsham Tukirin,  Gason Dumiri 

WARTAWAN. Huzera Ben Luar Negara, Jasly Dollah, Williem Anak Lagau 

PENOLONG PENGARANG. Jopis Anak Lagau  

PENGARAH URUSAN PENGIKLANAN DAN KETUA PENGARANG. En. Arman Karim @ Doriso 

KETUA PENGARAH PENYIARAN DAN CEO MEDIA TERKINI PRESS. Dato' Azhar Haji Omar 

Akbar Harian Media Terkini, Diurusniagakan Oleh Media Terkini Press Kuala Lumpur.  Tel 0194827829 dan 01138554026 Masa Pejabat Sahaja. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Berita Ringkas 

Oleh. Huzera Ben 

DUNIA TERUS DISERANG COVID 19 

New York. Hampir tiga tahun covid 19 menyerang dunia  belum ada sebarang petanda virus tersebut bakal berakhir malah kes kematian terus meningkat  setiap bulan disetiap negara. 

Sehingga hari ini virus covid 19 telah membunuh lebih kurang 6,539,841 orang sejak tahun 2020 manakala kes jangkitan dalam tempoh yang sama berjumlah 620 juta orang walaupun rekod dunia semua penduduk dunia telah divaksin penggalak 2 dan 3 sehingga hari ini.

Sumber yang masih kekal terpakai seluruh dunia sehingga hari ini ialah terus menjarak diri disamping memakai pelitup muka atau mask setiap kali keluar rumah jika mahu terlindung dengan virus covid 19.

Kelalaian manusia dalam aspek penjarakan diri serta keengganan memakai mask hanya memberi ruang virus covid 19 menjangkiti golongan individu yang berisiko dalam serangan pelbagai penyakit setiap hari.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita,  mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Sorotan Seminggu 

AKTIVITI PROGRAM KEMASYARAKATAN PERLU PENONJOLAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Penduduk negeri ini yang menganjur pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan perlu ditonjolkan sebagai contoh teladan masyarakat sekeliling sepanjang masa khususnya dimusim cuti hujung minggu. 

Membiarkan sebarang program dan aktiviti seumpama sebagai fail penganjur tidak mampu membuka minda masyarakat bagi mencontohi aktiviti yang berguna kepada pelbagai lapisan masyarakat didalam jangkamasa 
panjang contoh generasi muda mudi.

Sepanjang bulan Septembar 2022 lensa kamera penduduk tempatan memaparkan terlalu banyak program bergotong royong penghujung minggu dianjurkan penduduk dan kakitangan kerajaan, namun semua program tersebut sekadar fail golongan penganjur tanpa dihebahkan sebagai tatapan umum serta menarik sokongan masyarakat sekeliling menjayakan aktiviti serupa dipelusuk negeri ini sepanjang tahun musim ada kelapangan.

Mujurlah terdapat lensa kamera masyarakat yang menyalurkan maklumat seumpama sebagai bahan rujukan umum betapa baiknya setiap kampung menganjur aktiviti gotong royong terbuka dihujung minggu bagi pembersihan, malah ianya juga mampu memupuk kerjasama serta perpaduan dan permaifakatan masyarakat sejagat dalam apa juga program yang boleh dianjurkan bersama sepanjang tahun ujar orang ramai yang ditemui. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

AKIBAT TERLALU SAYANG ISTERI 

Oleh. Huzera Ben 

India. Akibat terlalu sayangkan isteri seorang suami sanggup memanjat menara letrik setinggi 75  kaki dari  bumi tanpa diketahui pihak isterinya yang bersembunyi di rumah ibu bapa mertua lelaki berkenaan.

Kejadian ini berlaku di Ganiyani dekat sini tanpa diketahui punca sebenar ibu bapa isteri lelaki tersebut menghalang anak mereka pulang kerumah suaminya sehingga nekad suami memanjat menara tersebut. 

Warga tempatan yang melihat suami diatas menara menghubungi polis Bhilai bagi menyelamatkan suami yang disebut Horilal namun enggan mendengar pujukan polis tempatan.

Setelah pelbagai usaha dibuat pihak polis tempatan akhirnya pasukan polis memberi jaminan akan membawa isteri Hirilal balik kerumahnya jika dia suami turun dari menara berkenaan.

Pujukan polis tempatan berhasil sehingga Horilal turun kebawah dan menurut ke balai polis bagi proses penyiasatan namun tidak ada kenyataan polis berhubung punca isteri dikurung ibu bapanya namun ibu bapa dan isteri juga ditahan polis untuk siasatan lebih lanjut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Sabtu, 24 September 2022

KOTA KINABALU DINIHARI 

Oleh. Koijul Hairul 

Sabah. Pemimpin parti politik silih berganti namun keliling Kota Kinabalu kekal menjadi sarang peminta sedekah umpama warga asing setiap hari dari awal pagi hingga kemalam. 

Peminta sedekah ini juga dalam kumpulan yang ramai  melibatkan kanak kanak kecil serta wanita tanpa sebarang tindakan walaupun memenuhi hampir seluruh bandar ini tiap hari. 

Malah orang ramai yang menonton peminta sedekah ini tidak memerhati sebenar siapa dan darimana asal usul mereka yang dilaporkan kurang memahami bahasa Melayu walau bertahun tahun tinggal dinegeri Sabah namun sokongan orang ramai kepada golongan peminta sedekah sihat ini terus meningkat tiap hari. 

Sebilangan penyumbang derma peminta sedekah sihat ini adalah warga KDM, TIONGHUA dan etnik yang dipercayai sebangsa dengan golongan peminta sedekah bekerja dinegeri Sabah tanpa orang asli Sabahan perhatikan asal usul kumpulan peminta sedekah yang membawa budak kecil sebagai umpan merayu simpati orang Sabahan.

Sehubungan dengan pendedahan ini semua yang datang ke Sabah wajar berhati hati dengan peminta sedekah sihat penuh terancang agar tidak muda terpedaya, selain dari itu pelancong kenegeri Sabah juga perlu menghindari pergerakan peminta sedekah sihat setiap hari agar tidak terpedaya dengan tangisan anak anak kecil sebagai senjata minta duit sedekah pada orang ramai. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

KENALI BAHASA ASLI 
 SABAH 

1. Nokuoh (Kadazan) Ertinya Kenapa  2. Duhia Hamin (Kadazan) Ertinya Sana Rumah  3. Pobohizon (Kadazan) Ertinya Dijual  4. Ouzan Zou (Kadazan) Ertinya Penat Saya  5. Oluoh Tinan Zou (Kadazan) Ertinya Sakit Badan Saya  6. Jomoh Tu Temban Sedi Suang (Samah) Ertinya Orang Tu Tinggal Tepi Sungai  7. Aei Rungei Kendidip Ku (Samah) Ertinya Hilang Macis Ku  8. Nya Alap Jomoh Tu (Samah) Ertinya Orang Tu Tidak Baik  9. Pedih Bana Betis Ku Tegibang (Samah) Ertinya Sakit Betul Kaki Kiri Saya  10. Kalang Samah (Samah) Ertinya Lagu Samah Atau Bajau 

Disusun oleh Norafzah Dollah 
Penyertaan serta Pertanyaan Dail 01138554026 dan 0194827829 Masa Pejabat Sahaja 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


Jumaat, 23 September 2022

KEBENARAN TERBUKTI PEMIMPIN NOMBOR SATU BEBAS 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Kuala Lumpur. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Pengurusi Barisan Nasional Malaysia dibebas dan dilepaskan kepada 40 pertuduhan rasuah hari ini Jumaat 23 September 2022 membuktikan tuduhan kerajaan 22 bulan tidak benar katanya hari ini.

Barisan Nasional terus berjuang bersungguh sungguh dalam memperkasa perjuangan memulihkan sokongan rakyat jelata berdaftar sebagai pengundi agar terus sama sama mengembalikan pengaruh dan kekuatan sokongan rakyat keatas kepimpinan yang mengutamakan rakyat berpendapatan rendah.

Pembebasan dan pelepasan 40 kes yang dipertuduhkan kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia agar semua mereka memahami betapa tinggi cubaan mengaibkan pemimpin tersebut selaku Presiden UMNO merangkap Pengurusi Barisan Nasional seluruh Malaysia hari ini.

Semua penyokong BN seluruh negara harus mengetahuinya serta menyampaikan nya kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah amnya agar seluruh warga Malaysia memahami badan kehakiman yang telus menghakimi Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang dituduh 40 pertuduhan.

Seluruh rakyat Malaysia harus membuka  minda bagi menerima segala ketetapan panel kehakiman negara membebas dan melepaskan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tanpa sebarang pengaruh golongan musuh politik Barisan Nasional sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 



Selamat menyambut hari Kemerdekaan dan hari Malaysia pada 16 September 2022.

Kepada. 

Seluruh ahli ahli Parti MCA Sabah dan Malaysia amnya. Semoga kita terus bermaufakat dan saling berkerjasama amnya bantu membantu, agar mampu mencapai dalam perjuangan bersama dimasa akan datang.

Daripada. 

Mr. Lu Yen Tung             

Pengurusi Parti MCA Negeri Sabah 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

MUKADIMAH 

Paparan berita setiap hari merupakan rujukan dan perhatian untuk setiap pembaca supaya mampu memilih langkah kebaikan jejak yang wajar disertai.

Hari ini dilaporkan banyak pembaca, yang setakat mengetahui namun masih gagal memilih langkah jejak kebaikan sehingga masih berpihak kepada jejak yang menjatuhkan aib orang tidak bersalah. 

Bayangkan pelbagai sebaran berita yang dilesenkan mendedahkan fakta berita kebenaran namun lebih ramai pembaca terus berpihak kepada golongan yang menghukum orang yang dibebaskan oleh badan kehakiman.

Sebagai pejuang pena sebaran am 99.99 peratus berita kebenaran kami mengajak seluruh pembaca menghayati fakta yang benar agar mampu kembali kepada kebenaran, tinggalkan pak turut kepada penyebaran bahan bacaan yang sekadar menurut emosi dan naluri hati mahu menjatuhkan orang lain demi kepentingan sesuatu impian dalam diri masing masing.

Bangkit lah memperbetulkan diri sebelum terlambat menjejaki golongan yang sekadar membuat tuduhan tidak berasas kepada individu yang dijatuhkan maruah mereka sepanjang hayat. Pengarang



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak berita memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

KEBENARAN BERPIHAK ORANG YANG TELUS 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Kemenangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno merangkap Pengurusi Barisan Nasional Malaysia dalam menghadapi empat puluh kes pertuduhan membuktikan beliau telah diaibkan namun semangat ahli ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL seluruh negara kembali bangkit sama sama didalam perjuangan.

Cabaran Presiden Umno dan Pengurusi Barisan Nasional tersebut mendepani segala pertuduhan memberi satu kekuatan dan semangat sehingga terbukti kebenaran yang beliau dibebaskan dan dilepaskan hari ini, oleh badan kehakiman yang perlu digarap seluruh ahli UMNO dan BARISAN NASIONAL supaya berjuang sehingga keakar umbi menjelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia kebenaran yang memihak kepada pemimpin nombor satu berkenaan.

Umno dan Barisan Nasional hari ini mencapai kejayaan besar berikutan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjaya membersihkan nama beliau dengan pelbagai pertuduhan yang ditempuhinya, ianya juga memberi satu kekuatan dalam meneruskan perjuangan meyakini rakyat jelata Malaysia betapa Umno dan Barisan Nasional terus unggul dan perlu kembali diberi peranan memerintah negara Malaysia.

Umno dan Barisan Nasional Sabah dan Labuan juga perlu turun padang membawa mesej kepada seluruh lapisan rakyat jelata bahawa kepimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus didokong tanpa berbelah bahagi sebaik sahaja dibebaskan serta dilepaskan oleh badan kehakiman Mahkamah hari ini.

Amat jelas sekali pemimpin nombor satu Umno dan Barisan Nasional Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terus berdiri memperjuangakan agenda bersama rakyat mengembalikan kekuasan kerajaan Barisan Nasional yang lebih mengutamakan seluruh rakyat jelata tanpa ada yang keciciran. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

SABAH GEMPAR LAGI 

Oleh. Tedung Selar

Kata bicara dipaparkan bergerak diatas JALAN RAYA namun tidak ramai yang memerhati apa tak lagi mengambil maklumat pengertian meluas segala yang dipaparkan pada setiap kenderaan dijalan raya.

Antara pendedahan sebilangan warga asli Sabah melihat sebuah kenderaan yang bergerak sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu yang mencatatkan kata kata yang menakutkan jika ditafsir dalam sudut yang lebih luas tegas mereka.

APA TAKUT MATI TANAM  tertulis dicermin kenderaan dalam kiriman orang asal Sabah beberapa hari lepas entah apa maksud tulisan tersebut dipamer pada kenderaan yang bergerak diatas jalan raya diwaktu siang hari yang menjadi tonton setiap lapisan masyarakat berusia bujang hingga dewasa.

Sama sama kita rakyat Malaysia mempamerkan akhlak yang mulia walau dimana juga berada supaya menjadi teladan baik generasi keluarga Malaysia dalam jangkamasa panjang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Khamis, 22 September 2022

Berita Ringkas

Oleh. Koijul Hairul 

IKLAN TAMPAL LARIS DISABAH 

Pelawat luar negara terpegun dipelusuk negeri ini laris dengan IKLAN TAMPAL serta IKLAN SISIP setiap hari walaupun banyak syarikat pengiklanan berlesen untuk pilihan namun warga Sabah lebih memilih kedua dua pengiklanan tersebut secara bebas dan percuma. 

IKLAN TAMPAL DAN IKLAN SISIP TIDAK BERMODAL melainkan gaji harian individu yang menjalankan pemasangan nya serta pengedaran nya setiap masa tanpa bersusah payah membayar syarikat pengiklanan berlesen ujar orang ramai yang ditemui.

Iklan tampal sentiasa memenuhi pokok pokok kayu ditepi tepi jalan raya seluruh negeri Sabah manakala iklan sisip memenuhi setiap pintu kenderaan, pintu pintu bangunan, pintu pintu kedai dan peti peti surat didepan rumah berhampiran jalan raya.

Ini lah sistem Iklan Tampal serta Iklan Sisipan yang menjadi pilihan oleh sebilangan orang dinegeri Sabah malah lebih 80% menjadi pilihan utama warga berbilang kaum diseluruh negeri ini tanpa berminat iklan dalam media cetak dan media eletronik sebagai rujukan utama.

Berwaspada lebih awal agar membawa kebaikan bersama tanpa sesal tak sudah dihari kemudian sebaik ada kejadian yang tidak diingini berlaku tegas penduduk yang melanggani media massa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

DUA PARTI BERGABUNG 

Oleh. Jopis Anak Lagau 

Sarawak. Hasrat dua parti bergabung tempatan negeri ini mengharap sokongan ramai seluruh pengundi berdaftar bumi kenyalang dalam pru ke 15 akan datang.

Ini impian penggabungan kerjasama antara Parti Sarawak Bersatu dan Parti Bumi Kenyalang dalam persiapan mereka  mendepani pru kali ke15 agar mampu mendapat sokongan undi dikalangan seluruh warga Sarawakvdalam pilihan raya kelak.

Kedua dua parti tersebut berada diluar konsep Gabungan Parti Sarawak dan Pakatan Harapan apa tak lagi parti gabungan tanah airku yang menginiai peluang bertanding parlimen Sarawak, semua impian mereka hanya terletak dengan sokongan rakyat bumi kenyalang khususnya pengundi umur 18 hingga 21 tahun berapa peratus menyokong mereka pada pru ke 15 akan datang. 

Siapakah berpengaruh dalam pilihan raya ke 15 dibumi kenyalang antara  semua parti Sarawak serta parti Semananjung Malaysia bagi merebut 31 kerusi parlimen?, hanya seluruh rakyat Sarawak yang dapat membuat rumusan dan pilihan pengundi bumi kenyalang demi masa depan tanah air dan politik mereka walau pelbagai pengaruh luar tegas warga Sarawak.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Rabu, 21 September 2022

ADA KETUA PARTI ENGGAN DITEMUI 

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Bagaimana mahu disokong rakyat jika tidak mahu ditemui warga Malaysia walaupun memegang jawatan Ketua Parti Politik?, persoalan yang dilontarkan oleh sebilangan pebduduk Sabah dalam lawatan kerja Tem Media Press beberapa hari lepas. 

Antara jawapan diberi beberapa ketua parti politik semasa dihubungi rakyat jelata Sabah ialah, Apa Urusan? Tidak Senang, Banyak Kerja, Nanti Hubungi Semula, membuat rakyat jelata negeri ini menolak kepimpinan parti terlibat apa tak lagi menjelang pru ke 15 akan datang. 

Siapa ketua ketua parti terlibat semuanya ditangan rakyat seluruh Sabah selaku berdaftar sebagai pengundi setiap kali pilihan raya negeri dan parlimen amnya tanpa segan silu rakyat mengaku pembalasan ada pada hari pengundi ujar mereka.

Tem Media Terkini Press dalam jelajah Sabah berusaha menghubungi beberapa pemimpin parti politik Sabahan namun bunyi hampir sama mereka terlalu sibok sehingga tidak mampu bertemu dengan Tem Media Terkini walau kurang sejam dalam temu janji dibuat sangat pelik tapi itu lah kenyataan yang berlaku.

Untuk rekod dari suara rakyat Sabah, orang politik negeri ini silih berganti akibat berpindah pindah parti sebaik ditolak rakyat setiap kali pilihan raya atau pemilihan kepimpinan parti yang tewas dengan pemimpin baru berjiwa rakyat tegas mereka.

Kemana pun pemimpin parti politik  Sabah selagi sukar ditemui rakyat pengundi tidak ada kemenangan penuh diperolehi berikutan sikap anda sekalipun tidak pernah berubah walau silih berganti pemimpin parti politik terus kekal ditolak setiap kali pilihan raya. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

AWAS ADA RAKYAT RAJA BUBAR ? 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Sana sini sebilangan rakyat negeri ini menyebarkan pelbagai berita berkaitan pru ke 15 tanpa merujuk kepada fakta yang sebenar, kebanyakan dengan penyebaran ini berlaku berkaitan pilihan raya ke 15 disamping situasi menyusun calon calon bertanding bagi setiap parti memerintah amnya parti parti pembangkang disetiap kerusi parlimen. 

Kumpulan terlibat lelaki yang gemar menyebarkan berita tarikh pembubaran berpindah pindah, senarai nama nama calon dan kawasan kawasan parlimen, mewakili nama nama parti dan jentera jentera yang disediakan masa pilihan raya. 

Perbuatan ini disebarkan setiap hari dalam watsap group, watsap golongan yang dikenali sehingga tersasar kepada pejabat Akbar Media Terkini sejak lebih sebulan lepas, malah golongan ahli kumpulan penyebar tidak mengenali sehingga tersasar kepada penyiaran Media Terkini Harian Malaysia. 

Sebagai masyarakat yang berakhlak sewajarnya meneliti semua laporan yang diterima sahih kah atau sebaliknya sebelum disebarkan, sedangkan isu warga asing serta peniaga ROKOK SELUDUP terus bebas didepan mata golongan terlibat namun tidak pula dihebahkan kepada penduduk seluruh warga Sabah dan Malaysia amnya. 

Golongan penyebar tulisan berkenaan juga dilaporkan suka membayangkan segala yang belum pasti berlaku sehingga tersilap menghantar segala tulisan nya, jika ini lah yang diguna pakai bahan rujukan seluruh rakyat Sabah sudah pasti segala yang mereka fikirkan untuk jangkapanjang bakal meleset tanpa kejadian.

Media Terkini harian Malsysia terpegun menerima segala tulisan yang disebarkan diseluruh negeri terlalu muda dipercayai segenap lapisan rakyat jelata,  malah golongan rakyat yang menerima tidak langsung melakukan tapisan segala rulisan yang dibaca dalam watsap harian sehingga disebarkan semula pada orang lain.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

BUAT BISING DAN BIADAP

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Pengguna pengangkutan awam Bus Mini  marah dan keciwa dengan pemandu Bus Mini (Gambar Ini) yang bukan sahaja menunggu penumpang berjam malah membunyikan hon bertalu talu bus mini nya di Inanam depan Telikom hari ini.

Pemandu Bus mini ini juga langsung tidak menghormati penumpang diperhentian bus dan dalam bus nya kebisingan hon memanjang memanggil penumpang umpama warga Sabah tidak reti membaca tulisan bus mini mereka tegas orang Inanam.

Sebilangan pemandu berlagak sombong dan biadap terhadap golongan penumpang diperhentian Bus perlu DIBOIKOT JANGAN MENAIKI BUS MINI mereka sepanjang masa supaya mereka  insaf dan memperbaiki  perilaku sebagai pemandu pengangkutan awam Sabah. 

Para pemandu Bus Mini orang asli Sabah tidak perlu takut dengan pemandu bus mini yang biadap, samseng, bongkak dan sentiasa mengugut pemandu lain jika penumpang memilih bus lain dinaiki sekitar perhentian bus yang sama, memandangkan hak memilih pengangkutan awam adalah hak penumpang itu sendiri dan bukan diugut pemandu bus menurut perundangan negara ini.

Untuk rekod, banyak aduan pemandu bus mini diugut pemandu Bus Mini lain jika mereka dipilih penumpang untuk dinaiki, ini menjadi kebimbangan para pemandu orang asli Sabah bila mana mereka lebih kerap mendapat ugutan sepanjang jalan mencari reziki jelas mereka lagi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang