Rabu, 28 September 2022

KALIMAH ALLAH KEBESARAN DUNIA 

Oleh. Gifkir Aming 

Saban hari pelbagai kejadian ganjil berlaku didepan mata namun terlalu sedikit yang menginsafi segala kejadian didepan mata merupakan petunjuk dari Allah swt agar masyarakat memiliki kesedaran segala kekuasaan Allah swt dipelusuk muka bumi ini. 

Kejadian kejadian ganjil didepan mata terlalu banyak masa kini bagai masyarakat sekeliling kurang menumpukan perhatian melain selamba tersenyum mengimbas apa yang berlaku didepan mereka.

Dahulu objek KALIMAH ALLAH menjelma didalam buah pinang tua namun masa kini yang sangat menakutkan ialah WANITA sanggup membuang bayi baru lahir diatas jalan raya tanpa sedikit pertimbangan serta tanggong jawab menjaga bayi tersebut dirumah mereka sendiri. 

Semakin lama diserata dunia semakin ramai lupa segala petunjuk yang Allh swt turunkan dimuka bumi ini, namun ramai sangat berapi api hendak bercakap soal keagamaan masing masing sehingga fakir miskin didepan mata tidak dihiraukan.

Terlalu ramai orang melaporkan dakwah pelbagai agama diteruskan walau pelbagai cara setiap hari walau sambil bermusafir, namun pada masa yang sama jumpa fakir miskin, kudung kaki, buta mata dan pesakit kronik terus ditinggalkan sahaja masa kini jelas beberapa orang ramai yang ditemui.

Renungkan erti kehidupan beragama yang bersandarkan kepada pelbagai agama masing masing, jika amalan yang harus disunbangkan terhadap golongan yang memerlukan tanpa menunggu suruhan orang lain.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun kepada berita ini, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan