Oleh. Koijul Hairol
Sabah. Cabaran rakyat jelata mendepani masa depan adalah samar berikutan terlalu sedikit yang berani bersuara dengan pelbagai masaalah yang ditempuhi didalam bersaing urusniaga dengan orang luar , golongan peniaga luar bukan sahaja duduk memenuhi kawasan tapak tamu sebaliknya mereka juga bergerak berjalan kaki menjual produk jualan mereka dengan segenap lapisan masyarakat setempat.
Kes orang asli dalam negeri ini sering tersisih didalam industri perniagaan tamu mingguan akibat terlalu ramai orang luar yang sudah mendapat kemudahan tapak tamu penjualan mereka entah bagaimana memperolehinya jelas orang asli yang ditemui.
Menurut sejarah dahulu, Tamu Mingguan Tradisi hanya untuk orang asli Sabahan sahaja namun hari ini semua sudah berubah berikutan penganjuran tamu silih bertukar ganti pengurusan nya apa tak lagi ada usaha golongan tertentu menabur budi pihak penganjur jelas orang asli Sabah yang ditemui.
Hanya orang asli Sabahan yang mampu mengubah corak hidup mereka kearah yang lebih baik penuh semangat tanpa tunduk pada nasib serta kekuatan semangat yang berwibawa serta berwawasan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita mencetak memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan