Ahad, 18 September 2022

KESUNGGUHAN BN MENGUTAMAKAN RAKYAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Bukit Jalil. Berdasarkan suara semua lapisan rakyat yang komited menyokong Barisan Nasional Perdana Menteri Malaysia kekal Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika menang majoriti besar dalam pru ke 15 akan datang.

Ini diumumkan oleh Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO pada Majlis Pelancaran Bregid MIC hari ini yang juga disempurnakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia yang mengumumkan peruntukan Dana Yayasan MIC berjumlah Dua Juta Ringgit dekat sini.

Dengan kesungguhan BN dalam mengutamakan keperluan rakyat Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengharap pemuda MIC diseluruh negara bergerak memastikan jentera mampu memberi kemenangan terhadap Barisan Nasional pada pru ke 15 pada bila bila masa. 

Pengumuman Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO mahu mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas pru ke 15 juga merupakan satu perjuangan yang telus dan saling berkerjasama antara kepimpinan BN serta mengutamakan seluruh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Sarawak dan Sabah khususnya. 

Atas kesefakatan ini semua parti kompenen BN seperti UMNO, MIC, PBRS dan MCA serta mana mana parti yang berkerjasama dengan BN seperti GPS Sarawak harus menggandakan usaha bagi memastikan kemenangan majoriti besar didalam pru ke 15 akan datang. 

Gandingan mantap Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO, perlu dicontohi seluruh ahli ahli parti kompenen BN diperingkat akar umbi kearah mendepani seluruh rakyat jelata demi meraih sokongan padu tanpa berbelah bahagi, supaya Barisan Nasional kembali dipercayai seluruh rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dalam pru ke 15. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan, Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan