Isnin, 26 September 2022

 SISTEM AGIHAN 

PELBAGAI JAWATAN PERLU SEIMBANG 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Barisan Nasional Sabah perlu membantu para pemimpin sekutu mereka dari MCA dan MIC dalam pelbagai agihan jawatan terutama GLC mahupun jawatan dalam kerajaan negari sebagai langkah mengumpul dana parti demi kepentingan ahli ahli disemua peringkat cawangan memperkuatkan sokongan terhadap Barisan Nasional negeri akan datang. 

Langkah tersebut penting jika BN Sabah mahu berusaha mempertingkatkan sokongan semua pengundi Tionghua dan India Sabah dalam setiap kali pilihan raya berikutan kemerosotan sokongan pengundi Cina dan India Sabah sejak beberapa kali pilihan raya yang lalu.

Ini dijelaskan beberapa penyokong MCA yang menghantar suara mereka untuk didengar seluruh kepimpinan BN Sabah mahupun BN pusat menjelang pilihan raya parlimen ke 15 akan datang memandangkan sokongan pengundi tionghua wajar dipulihkan demi kemenangan BN akan datang ujar mereka. 

Penyokong dan Ahli Ahli MCA Sabah sangat memerlukan dana bagi membantu setiap ahli didalam pelbagai pembangunan prasarana, menyediakan pelbagai ruang perniagaan ditempat tempat yang berpotensi memperolehi pendapatan lumayan, selain dari itu banya ahli ahli MCA yang kurang berkemampuan memerlukan bantuan bagi pelbagai cara mempertingkatkan sumber pendapatan mereka terutana golongan bukan peniaga seperti pekerja didalam sektor swasta mahupun tenaga buruh ujar mereka. 

Media Terkini Borneo dimaklumkan kemerosotan sokongan pengundi Cina di Sabah sangat tinggi berikutan mereka (pengundi) rasa tersisih dalam pelbagai sumber agihan pelbagai bantuan kemanusiaan dari pihak kerajaan BN masa lalu dan berterusan juga sehingga hari ini walaupun sudah kerajaan baharu.

Pemimpin BN pusat perlu turun padang ke Sabah bagi menemui seluruh jentera MCA Sabah dalam memulihkan sokongan pengundi Cina didalam Barisan Nasional demi mengembalikan kegemilangan kerajaan BN seperti dimasa lalu.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan