Isnin, 19 September 2022

ORANG DESA GUNA TENAGA 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah.  Dalam konteks tahun 2022 sebilangan warga desa mempergunakan tenaga tulang empat kerat mereka bagi membersihkan jalan raya tanpa nampak kelibat pemimpin parti politik walaupun sudah menjelang pru ke 15. 

Kebanyakan orang politik dibeberapa bahagian juga dilaporkan gagal mendampingi rakyat dalam kawasan mereka namun merayu rayu meminta diundi jika parti mereka terpilih menjadi calon dalam pru  ke 15 akan datang.

Satu kesedihan orang didesa terpencil ialah meminta diundi jika terpilih calon namun tidak pernah datang melawat orang orang kampung selama terpilih menjadi pemimpin parti politik bahagian ujar rakyat yang ditemui. 

Rakyat didesa terpencil juga mempersoalkan pemimpin parti politik bahagian besar sangat kah jika tidak ada rakyat yang menjadi pengundi mereka jika terpilih calon pilihan raya tegas mereka.

Sehubungan dengan pendedahan ini, rakyat didesa terpencil meminta pemimpin ahli politik diperingkat bahagian supaya turun padang dengan kerap mendampingi rakyat tiap masa agar sentiasa dipandang orang kampung mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan