Jumaat, 23 September 2022

MUKADIMAH 

Paparan berita setiap hari merupakan rujukan dan perhatian untuk setiap pembaca supaya mampu memilih langkah kebaikan jejak yang wajar disertai.

Hari ini dilaporkan banyak pembaca, yang setakat mengetahui namun masih gagal memilih langkah jejak kebaikan sehingga masih berpihak kepada jejak yang menjatuhkan aib orang tidak bersalah. 

Bayangkan pelbagai sebaran berita yang dilesenkan mendedahkan fakta berita kebenaran namun lebih ramai pembaca terus berpihak kepada golongan yang menghukum orang yang dibebaskan oleh badan kehakiman.

Sebagai pejuang pena sebaran am 99.99 peratus berita kebenaran kami mengajak seluruh pembaca menghayati fakta yang benar agar mampu kembali kepada kebenaran, tinggalkan pak turut kepada penyebaran bahan bacaan yang sekadar menurut emosi dan naluri hati mahu menjatuhkan orang lain demi kepentingan sesuatu impian dalam diri masing masing.

Bangkit lah memperbetulkan diri sebelum terlambat menjejaki golongan yang sekadar membuat tuduhan tidak berasas kepada individu yang dijatuhkan maruah mereka sepanjang hayat. Pengarang



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak berita memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan