Khamis, 1 September 2022

BERLATIH DARI KECIL ?

Oleh. Basron Kirwan  

Sabah. Pelik tapi benar kanak kanak kecil berusia 5 hingga 7 tahun ini sudah berlatih melakukan kerja kerja ringan memungut tin aluminium serta kota kertas dimana juga tong sampah yang ditemui namun tidak menarik perhatian warga asli Sabah. 

Sebaik kanak kanak ini berjaya mengumpul banyak tin aliuminium sert kotak kertas seorang dari mereka memanggil wargatua mereka bagi membantu mengangkat  hasil carian mereka untuk dijual kepada pembeli yang bersesuaian harga dan ini lah rutin kehidupan mereka setiap hari dimerata daerah dalam negeri Sabah.

Kanak kanak ini sememangnya tidak pernah terfikir bersekolah melainkan membantu semua orangtua mereka mencari duit halal demi kehidupan masa depan mereka sebagai perantau sungguh bijak generasi mereka belajar menguasai semua bidang kerjaya bermula dari usia kecil.

Berapa ramaikah kanak kanak seumpama ini membanjiri seluruh Sabah bagi memungut Tin Aluminium dan Kotak Kertas malah ini pun tidak ada yang mengetahuinya walaupun taburan mereka berjalan sekadar 4 hingga 5 orang satu kumpulan jauh sekali mengetahui jumlah pendapatan harian mereka.

Dengan adanya sedutan paparan ini pelbagai penduduk Sabah boleh lah berkira kira  membuka mata melihat wawasan mereka bukan sahaja orang dewasa malah turut dilatih sejak usia sekecil ini. 







Nota. Dilarang membuat ulasan  berita, mencetak memuat turun dan menyebarkan amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan