Ahad, 4 September 2022

SITUASI DILAMPU ISYARAT 

Oleh. Gason Dumiri 

Kota Kinabalu. Pemandu kenderaan terutama Lori Berat perlu memperlahankan perjalanan disetiap Lampu Isyarat pada musim hujan bagi mengelak pejalan kaki basah kuyup akibat terjahan takungan air dijalan raya  oleh tayar lori yang laju tanpa menghirau pejalan kaki menyeberangi jalan raya berkenaan.

Kebanyakan pejalan kaki yang menjadi mangsa basah kuyup semasa menyeberangi jalan raya dilampu isyarat tidak mampu menahan marah dengan LORI BESAR yang tidak menghormati pejalan kaki dalam situasi hujan lebat tegas mereka.

Pejalan Kaki yang kerap menjadi mangsa basah kuyup mendakwa sewajarnya pemandu yang berhenti dahulu bagi memberi laluan pejalan kaki dahulu namun pemandu yang melanggar lampu isyarat tanpa memberi ruang pejalan kaki melintasi terlebh dahulu jelas  orang ramai yang ditemui. 

Dalam kes seumpama para pemandu kenderaan berat  perlu menghormati golongan pejalan kaki dimusim hujan  agar mereka juga terlindung dari diterjah air banjir akibat dilanggar Tayar Kenderaan berat yang melintasi jalan raya berkenaan. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan