Isnin, 12 September 2022

JENTERA PENGGERAK KERJA PBRS TERUS DISOKONG 

Oleh. Gason Dumiri 

Inanam. Ketua penggerak kerja PBRS N. 18 Inanam En. Paul Paut terus disokong oleh penduduk Kg. Dambai Pemotodon 

dalam siri lawatan beliau bersama beberapa pemimpin pusat PBRS dan ahli ahli penggerak parti tersebut seluruh Inanam hari ahad lepas.
Penduduk Kg. Dambai Pemotodon terharu sangaat dengan kunjungan rombongan Ketua Penggerak Kerja PBRS N.18 Inanam, serta berkesempatan mengagihkan bungkusan makanan sumbangan ngo dan individu prihatin keatas warga desa yang memerlukan akibat terkesan dengan pandemik covid 19 ujar penduduk setempat.

Gerak kerja PBRS ini hasil ilham En. Paul Paut bersama ahli ahli yang berkerja menyokong beliau mendampingi semua rakyat yang bernaung didalam kerusi Dun N. 18 Inanam dengan mendapat restu dari pemimpin pusat agar rakyat jelata terus menyokong perjuangan PBRS kawasan tersebut. 

Menurut penduduk Kg. Dambai Pemotodon, kesemua yang hadir adalah penduduk tempatan dari Dusun, Sino dan Samah yang tinggal dikawasan kampung tersebut. 

Penduduk setempat juga mengajak seluruh warga N. 18 Inanam agar komited memberi sokongan kepada penggerak kerja PBRS didalam BN sebagai meneruskan legasi perjuangan prihatin dan bertanggongjawab pada rakyat jelata dimasa akan datang jelas mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan