Oleh. Williem Anak Lagau
Kuching. Langkah mempertahankan pemakaian pelitup muka seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Kuching wajar dicontohi semua lapisan masyarakat didalam negara, ini penting
selagi Virus Covid 19 belum sifar diseluruh negara Malaysia walaupun telah dilonggarkan oleh kerajaan Malaysia namun nyawa lebih utama berbanding kebebasan.
Pengumuman Datuk Wee Hong Seng selaku Datuk Bandar Kuching yang terus mengekalkan kakitangan nya memakai pelitup muka bertepatan demi memelihara nyawa masing masing dari dijangkiti Covid 19 setiap kali mendepani orang awam yang berurusan dengan jabatan mereka.
Berdasarkan rekod harian jangkitan Covid 19 diseluruh negara masih tinggi dan belum turun kepada angka kurang 20 orang sehari seharusnya warga masih mengutamakan pemakaian Pelitup Muka setiap kali berada ditempat awam, ianya sangat penting demi menjaga nyawa masing masing dari serangan virus covid 19 apa tak lagi golongan warga emas, individu pesakit kronik dan berisiko disamping mereka yang mempunyai pelbagai gejala lain.
Dalam memelihara nyawa masing masing elok lah mencontohi Majlis Bandaraya Kucing yang terus mengekalkan pemakaian Pelitup Muka sampai hari ini tanpa menanggong risiko jangkitan virus Covid 19 ujar orang Kuching hari ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga dialam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Pengiklanan dan Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan