Selasa, 13 September 2022

LAMPU ISYARAT SUDAH MENYALA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Seluruh jentera UMNO dan BARISAN NASIONAL perlu menggandakan usaha meraih sokongan dikalangan rakyat jelata akar umbi bermula dari sekarang bagi menghadapi pilihan raya ke 15 jika mahu kemenangan besar dalam parlimen.

Isyarat lampu sudah dinyalakan para pemimpin tertinggi UMNO agar semua jentera BN diperingkat bahagian dan cawangan terus berkerja mendampingi rakyat tanpa mengira kefahaman parti politik, undi semua rakyat yang berdaftar sebagai pemilih sangat penting diberi penjelasan keatas perjuangan UMNO BN agar rakyat tidak terpedaya dengan pelbagai dakyah yang dilemparkan para pemimpin musuh politik BN khususnya UMNO masa kini. 

Umno BN yang ada diseluruh Semanannung Malaysia, Labuan dan Sabah amnya perlu bijak menangkis segala tohmahan musuh politik seperti apa yang disebarkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hassan Timbalan Presiden Umno sehingga kini mampu menepis segala tohmahan musuh politik BN sebagai meyakin kan rakyat jelata dalam negara.

BN Labuan dan Sabah harus mempergunakan kepakaran dalam menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh musuh politik setiap hari agar rakyat semua kembali menerima perjuangan BN yang sangat mengutamakan kemajuan dan ekonomi seluruh lapisan rakyat setiap masa.

Kru Media Terkini Borneo kerap mendengar musuh politik UMNO BN diperingkat akar umbi sanggup memperlekeh petugas petugas BN dengan pelbagai tohmahan, namun golongan terlibat hanya mengharap sagugati yang diberi oleh ketua ketua mereka tanpa menghirau rakyat jelata dipelusuk tempat yang susah mencari nafkah berbanding BN Sabah masih aktif mendampingi rakyat tiap masa. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan