Rabu, 31 Ogos 2022

Media Terkini Press Kuala 
 Lumpur sedang mempertingkat kualiti siaran setiap hari di Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia. 

Untuk Makluman kami yang bersiaran setiap hari sejak tahun 2016 akan terus mempersembahkan penyiaran berita dan pengiklanan yang lebih berkualiti disetiap negara terlibat.

Sebarang pandangan dan cadangan boleh dihantar kepada Sidang Pengarang ditalian 01138554026 atau 0194827829 Masa Pejabat Sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pemgurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur

BAGAIMANA PERCATURAN BN PARLIMEN SABAH 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Rakyat negeri ini terus menunggu bagaimana BN menerajui setiap kerusi parlimen yang hanya 25 kerusi dengan dianggotai UMNO, PBRS, MCA dan MIC masa kini, mereka dilaporkan berdepan dengan Pakatan Harapan UPKO,  PARTI WARISAN SABAH yang dilaporkan akan dibantu oleh Gabungan Tanah Airku serta Gabungan  Rakyat Sabah pimpinan PPBM  dan sudah pasti akan bertembung sesama sendiri.

Dato Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO pasti sudah mempunyai agenda bersama Datuk Seri Bung Mokthar Raden Pengurusi UMNO Sabah memperkasa perjuangan UMNO BN  bagi mendepani setiap kerusi parlimen didalam negeri ini. 

Cabaran UMNO BN dalam pru ke 15 ini adalah jika PPBM, PBS, STAR, SAPP, USNO, PAS dan KDM bermaufakat didalam GRS kemungkinan mereka BN tidak ada pilihan bagi mempertahankan 25 kerusi parlimen diseluruh Sabah.

Musuh politik BN UMNO  juga terdiri dari Pakatan Harapan UPKO serta Parti WARISAN SABAH yang jelas dilaporkan mdndapat bantuan dari Gabungan Tanah Airku berpusat di Semananjung Malaysia sememangnya cukup  mencabar namun hanya rakyat berdaftar sebagai pengundi sahaja yang boleh menentukan kedudukan undi mereka kelak. 

Menurut beberapa aktivis politik tempatan hanya gerakan turun bersama rakyat sahaja mampu memberi keyakinan kepada pengundi disamping berwaspada dengan Sikap Talam Dua Muka sebilangan Ketua Ketua Parti yang mengurus diperingkat cawangan kelak angin beralih arah tegas mereka. 

Untuk rekod  setakat berita ini ditulis, bukan senang mahu meramalkan siapa yang berpengaruh dihati rakyat, namun terdapat beberapa kelebihan didalam Parti Warisan Sabah dengan pengaruh mereka tersendiri, BN UMNO juga masih mempunyai penyokong tegar mereka dikawasan pengundi umat Islam seluruh Sabah sehingga masa kini. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini  tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

SERAGAMKAN HARGA DALAM KELUARGA MALAYSIA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Dalam konteks keluarga Malaysia masa kini penduduk Sabah dan Sarawak meminta penyeragaman harga Di Malaya dengan negeri mereka masing masing. 

Antara keperluan utama ialah Ayam Daging (Malaya RM9.40)  manakala Sabah dan Sarawak melebihi RM10.80 sekilogram dikedai kedai penjual, turut kadar harga ialah Telur lebih RM16.80 satu tray 30 biji manakala minyak masak juga turut harga tinggi  menyebabkan tekanan kehidupan rakyat miskin luar bandar Sabah sangat tinggi ujar mereka hari ini.

Minyak Masak 1 kilogram pek plastik juga tidak sampai pada penduduk asli warga kampung berikutan kedai kedai penjual lebih diserbu orang asing yang sentiasa duduk menjual rokok seludup sekitar pekan setiap hari berbanding penduduk kampung hanya seminggu sekali sahaja turun kepekan berhampiran. 

Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak harus ada langkah pemantauan oleh kerajaan persekutuan memandangkan pekerja asing setiap hari membanjiri setiap pekan dan bandar, barangan bersubsidi semua pekerja asing dapat sebab peniaga kedai tidak pun minta my kad para pembeli bersubsidi lapor orang asli Sabah Sarawak.

Dengan paparan khas kru Media Terkini hari ini, isu barangan bersubsidi untuk bumiputera keluarga Malaysia perlu dipantau  bagi Sabah dan Sarawak supaya tidak jatuh ketangan pekerja asing apa tak lagi pendatang tanpa izin yang berlindung dengan pihak pekerja asing  dikedua  dua negeri tersebut ungkap penduduk bumiputera tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

DIMANA JOH LOW BERADA ? 

Oleh. Huzera Ben 

Australia. Sejak Joh Low menghilangkan diri tidak ada satu pun berita berhubung penemuan beliau dimerata dunia malah tidak diketahui bagaimana beliau meneruskan empayar perniagaan nya disetiap negara sampai masa kini. 

Sedihnya bagi warga Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sudahpun menjadi penghuni penjara Kajang yang dikaitkan 1MDB namun Joh Low terus bebas bagai dunia tak mampu menemui beliau dimana berada pada masa sekarang apa tak lagi menjadi saksi utama dengan kes yang berprofile tinggi tersebut. 

Benarkah Joh Low  telah menjadi golongan orang ghaib atau ada negara didunia sengaja melindungi beliau bagi mengelak memasuki negara Malaysia?, ini lah persoalan yang cukup sukar dijelaskan memandangkan sehingga hari ini tidak ada satu pun berita mendedahkan pernah menemui beliau semasa bersembunyi sekitar pelusuk negara seluruh dunia.

Terdapat rumusan bahawa Malaysia boleh meminta khidmat golongan Penyiasat Antara Bangsa Dari Amerika Syarikat atau kuasa kuasa besar dunia mencari Joh Low bagi merungkai sebenar kes yang dihadapi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga menjadi penghuni penjara Kajang masa kini. 

Sesungguhnya sepandai pandai Tupai Melompat Akhirnya Suatu Masa Ianya Jatuh Ketanah juga, demikian juga Joh Low pada suatu masa nanti akan diketahui juga kemana ianya bersembunyi selama ini menurut badan badan penyiasat bebas dirantau ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sabah Ke 59 Pada 31 Ogos 2022. 

Kepada. 

Seluruh Lapisan Masyarakat Kawasan Parlimen Sepanggar Dan Sabah Amnya. 

Semoga Kita Mampu Maufakat  Didalam Perjuangan  Membangun Pembangunan Dan Ekonomi Negeri Khususnya Rakyat Negeri Sabah Amnya. 

Daripada. 

Mr. Jimmy Lai Ketua LDP Kawasan Parlimen Sepanggar 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Pada 31 Ogos 2022 Kali Ke65 Malaysia Dan Kali Ke 59 Sarawak Dan Sabah. 

Semoga Seluruh Warga Didalam Negara Sentiasa Bermaufakat Penuh Perpaduan Disamping Menjauhi Sengketa Demi Negara Berdaulat. 

Buat Seluruh Pelanggan Kami DiMalaysia, Singapore, Indonesia Dan Brunei Kami Berharap Mampu Mengikuti Siaran Kami Setiap Hari Dengan Jayanya. 

Daripada. Unit Penyiaran Media Terkini Harian Press Didalam Dan Luar Negara Kuala Lumpur. Tel 01138554026 Dan 0194827829 Masa Pejabat Sahaja 






Nota. Dilarang Membuat Ulasan Berita, Mencetak Memuat Turun Menyebarkan Dan  Memuat Iklan Niaga Didalam Akbar Ini Tanpa Kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang 

 

TARAP MUDA ULAM GULAI SAYOR 

Oleh. Gason Dumiri  

Sabah. Kebanyakan 


 warga asli dipelusuk negeri ini mengenali BUAH TARAP MUDA boleh dibuat sayor gulai dicampor pelbagai jenis ikan namun kemahiran dalam mengendali masakan sangat diperlukan jika mahu kelazatan luar biasa.

Selain dari itu ada juga  buah tarap muda yang tidak boleh dibuat gulai sayor dilaporkan KALAT PAHIT dan sukar untuk ditelan malah ramai yang mendakwa tidak boleh dihilangkan.  

Menurut beberapa warga asli Sabah yang ditemui, Buah Tarap Muda harus dipilih yang sesuai untuk dibuat sayor dan tidak semua jenis tarap sesuai  dibuat gulai sayor terang mereka memberitahu. 

Kebanyakan penjual Gulai Sayor Tarap membungkus heresan buah tarap muda dengan plastik atau tapau dengan sukatan tertentu berharga RM2.00 hingga RM3.00 sebungkus atau setapau melainkan terdapat golongan tertentu menjualnya hingga RM4.00 setapau atau sebungkus ujar mereka. 

Penggemar Gulai Sayor Tarap juga dinasihatkan betwaspada memilih penjualnya golongan orang asli Sabah memandangkan ramai yang tidak mahir memilih buah tarap yang sesuai dijadikan Gulai Sayor yang sedap kelak terbeli dengan KALAT DAN PAHIT tegas penduduk asli Sabah hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak menyebarkan amnya memuat turun  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sabah Yang Ke 59 Tahun Pada 31 Ogos 2022. 

Kepada Seluruh Rakyat  Malaysia  Di Sabah. Bersama Kita Doakan Agar Allah Yang Maha Berkuasa Memberi Keamanan Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Yang Dikasihi. 

Daripada.

Datuk Herbert Timbun Lagadan Mantan Wakil Rakyat Dun Kadamaian Dan Seluruh Keluarga.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

SIAPA TAWAN PARLIMEN KENINGAU? 

Berita Ringkas 

Oleh. Jasly Dollah

Keningau. Penduduk parlimen Keningau berhak memilih pemimpin parlimen mereka pada pru ke 15 tanpa terpengaruh kesukuan nama atau pangkat sekalipun asalkan berwawasan untuk seluruh warga parlimen tersebut sepanjang masa. 

Matlamat rakyat memilih pemimpin parlimen mereka adalah memerlukan pemimpin yang senang dihubungi atau ditemui pada bila bila masa walau dimana juga berada, sebaliknya pru ke 15 kali ini merupakan tekad seluruh penduduk parlimen Keningau dari Dun Liawan, Dun Bingkor serta Dun Tambunan  sepakat hanya memilih satu sahaja ahli parlimen yang berjiwa bersama rakyat dalam apa juga situasi. 

Perpecahan undi dengan membahagikan sampai 6 hingga 7 calon parlimen hanya merugikan seluruh warga parlimen Keningau dalam jangkamasa panjang apa tak lagi memberi ruang kemenangan terhadap calon yang sukar ditemui rakyat apa tak lagi sukar dihubungi talian telipon mereka pastinya rakyat keningau yang menanggong risiko pemimpin jauh pada rakyat. 

Antara suara yang sempat ditemui kru media terkkni sepanjang jelajah parlimen Keningau minggu lepas dimana warga desa bukan semua dapat bersemuka dengan MP mereka sepanjang 5 tahun memimpin dikawasan mereka sejak sekian lama dan ini lah masa pru ke 15 rakyat memastikan pemilihan mereka tepat jelas beberapa aktivis masyarakat setempat yang ditemui.

Parlimen Keningau dilapirkan bakal pertembungan dengan GRS terajui PPBM, Pakatan Harapan teraju UPKO, Parti WARISAN SABAH dan Barisan Nasional autonomi UMNO Sabah dimana sehingga hari ini belum memiliki sebarang kerjasama yang jelas perkongsian mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
  

Selasa, 30 Ogos 2022

SEMANGAT WARGA DIAMBANG MERDEKA 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sambutan Kemerdekaan sekitar lokasi terpilih tempat Bumi Panglima  Rentap menghimpunkan masyarakat Betong di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Stephen Kalong Ningkan malam tadi. 

Tidak diduga warga Betong membanjiri lebih 2000 orang dimajlis Sambutan Kemerdekaan  Malaysia ke 65 tahun memberi semangat pelbagai lapisan masyarakat setelah 2 tahun tidak meraihkan Hari Kemerdekaan berikutan pandemik covid 19.

Selain dari itu ada juga warga Betung teruja menyambut Kemerdekaan tahun ini dengan semangat aura Kebilangan Panglima Rentap di Bumi Betung ini tegas mereka penuh sayu mengenang pahlwan mereka dahulu. 

Turut hadir pada majlis Sambutan Hari Kemerdekaan kawasan Betung malam tadi ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak bersama Isteri Datin Amar Doreen Mayang.

Acara kemuncak sambutan kemerdekaan Bumi Panglima Rentap di Betong ialah persembahan Bunga Api yang sangat meriah dan dikawal ketat pasukan keselamatan  bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang majlis tersebut. 

Ramai menteri negeri Sarawak yang hadir serta para pegawai kanan kerajaan sekitar yang membanjiri sepanjang majlis sambutan hari merdeka berkenaan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

JUALAN MERDEKA 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan hari ini laman sesawang berlumba lumba mempromosikan pelbagai perniagaan mereka, namun yang menarik perhatian adalah ayam kampung bulat bersih dengan harga RM25.00 sekilogram tinggal potong potong masak bagi peminat ayam kampung wangi hidangan hari merdeka.

Mengimbas pelbagai perniagaan dilaman sesawang banyak produk yang ada  namun kadar harga semuanya dilapor tinggi tanpa merujuk kadar harga sebenar yang dikuatkuasakan oleh kerajaan didalam negara ini ungkap rakyat yang ditemui.  

Semangat menceburi pelbagai perniagaan dilaman sesawang sememangnya baik kearah menambah sumber pendapatan keluarga, namun para peniaga jarang merujuk kawalan harga sebenar pelbagai produk jualan mereka asal mendapat keuntungan tinggi sehingga isu harga dikira nombor sepuluh tegas warga prihatin ditemui. 

Sehubungan dengan paparan  hari ini,  masyarakat peniaga dan pembeli perlu memiliki situasi menang menang tanpa berlaku bebanan antara satu sama lain, biar lah harga produk jualan seimbang mengikut harga pasaran yang ditetapkan oleh pihak kerajaan disetiap negeri yang diduduki masyarakat setempat. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus  Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

 Media Terkini Press masih membuka IKLAN UCAPA HARI KEMERDEKAAN SELURUH NEGARA MALAYSIA sehingga hari ini dengan penghantaran teks dan gambar terus ke unit penyiaran khas kami.

Semua harga boleh disalurkan kepada unit penyiaran kami sebaik menghantar teks dan gambar pada akbar ini.

Sebarang tempahan boleh berhubung dengan Media Terkini Harian Press  Kuala Lumpur. Tel 0113855r026 atau 019482u829 masa pejabat sahaja. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga dalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

JUALAN MERDEKA 

Oleh. Norafzah Dollah 

Sabah. Hari ini 30 Ogos 2022 pasaran iklan bilis halus kering mencecah RM30.00 sekilogram didalam laman sesawang dipercayai harga Sambutan Kemerdekaan penduduk dekat sini. 

Dalam perkembangan lain iklan bilis halus kering dilaporkan harga berbeza beza  mengikut lokasi 


penjualan dan kualiti bilis yang dijual kepada setiap pelanggan pasti ada tawar menawarnya. 

Ikan Bilis Kering sangat disukai ramai diseluruh negeri Sabah sehingga harga nya sudah tidak menentu dengan pelbagai gred nombor yang sering ditetapkan golongan penjual setiap hari walau dimana pun seluruh pelusuk negeri ini ujar orang ramai yang ditemui. 

 Kebanyakan penggemar bilis kering tidak lagi mengira harga asalkan memperolehi bekalan keperluan mereka terutama sepanjang hari menyambut kemerdekaan pasti keutamaan adalah tetamu yang berkunjung kerumah penggemar bilis kering ini.

Berapa pun harga bilis kering ini terpulang lah antara penjual dan pembeli bagi menang menang harga supaya wujud keseimbangan harga tanpa wujud ada yang termakan dan ada juga yang mampu berbuat sedemikian.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, Mencetak memuat turun menyebarkan serta  memuat iklan niaga didalam akbar  ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Sabah Ke 59 Pada 31 Ogos 2022. Kepada, Seluruh Lapisan Masyarakat Kawasan Parlimen Sepanggar Dan Sabah Amnya. 

Semoga Kita Mampu Maufakat  Didalam Perjuangan Membangun Pembangunan Dan Ekonomi Negeri Khususnya Rakyat Negeri Sabah Amnya.

Daripada, 

Mr. Jimmy Lai.  Ketua LDP Kawasan Parlimen Sepanggar 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

PERIKSA KESIHATAN SEBELUM KERJA 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Dalam apa juga tugasan harian orang pemimpin harus menjaga kesihatan kendiri baharu muda mendampingi seluruh rakyat jelata dipelusuk negeri ini.

Cabaran seorang Menteri Sabah yang pengsan didalam tugasan baru baru ini perlu disedari semua menteri dan wakil rakyat Sabah agar tidak berulang tragedi yang sama dimasa depan.

Menurut laporan kerajaan Sabah Datuk Jahid Jahem Adun Tampaluri tumbang pengsan masa berucap dalam satu Majlis di Pitas dipercayai terlalu keletihan didalam tugasan harian beliau selaku seorang menteri dalam kerajaan Sabah masa kini. 

Perkara seumpama harus disedari sesiapa juga menteri, pemimpin parti politik didalam negeri Sabah agar tidak memudaratkan setiap empunya diri dalam setiap tugasan mereka sama ada didalam atau luar negara berbeza beza.

Apapun berjaga setiap waktu bermakna berbanding merawat selepas pengsan jatuh pasti memudaratkan jika tidak memiliki pasukan pengiring setiap pergerakan kerja ungkap warga Sabah. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Isnin, 29 Ogos 2022

SEKSA PENDERAAN WAJAR DIHINDARI 

Oleh. Huzera Ben 

Kemboja. Kumpulan menyeksa warga Malaysia akibat buruh paksa boleh dijauhi jika seluruh penduduk negara tersebut menjauhi laman sosial Agent yang menawarkan gaji besar dengan kerja senang bermula dari hari ini. 

Ini komen golongan aktivis masyarakat dan para pegawai bersara pemerintah Kemboja semasa ditemui hari ini bagi mengulas pekerja buruh paksa dinegara ini berikutan perbuatan Agent Pekerjaan tidak bertanggongjawab, golongan terlibat juga memberi peringatan bahawa mencari kerja dinegara Kemboja mesti merujuk Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan negara masing masing sebelum memasuki negara Kemboja demi mengelak golongan pemangsa tegas mereka.

Setiap rakyat dimana juga negara jangan bagi ruang Agent Pemangsa sehingga menjadi buruh paksa sehingga dikurung sedangkan banyak cara yang selamat memasuki negara Kemboja  tanpa menjadi buruh paksa ujar mereka. 

Media Terkini dimaklumkan aktivis masyarakat tempatan bahawa semua yang didera rakyat Malaysia adalah masuk menggunakan Agent Gelap kenegara tersebut, setibanya lepas pemeriksaan dilapangan terbang buruh paksa ini akan disambut Agent Lain untuk dihantar kepada Agent Kurungan dengan bayaran lumayan, sebaik sampai Agent Kurungan rakyat Malaysia tidak lagi dapat keluar sehingga Agent Pekerja Paksa mengambil mereka dengan membayar Agent Kurungan cukup tinggi membuatkan rakyat Malaysia mereka perlakukan sebagai buruh paksa jelas warga Kemboja.

Warga Kemboja mendedahkan semua Agent buruh paksa dari kumpulan 1,2,3,4,5,6,7 dan 8 sentiasa berpindah pindah bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa Kemboja, selain dari itu buruh yang memasuki negara tersebut dipercayai gelap tanpa rekod pekerjaan nya sehingga mereka membahayakan diri jika sampai kepada kumpulan 7 dan 8 yang ganas tidak berperikemanusiaan.

Setiap warga dari mana negara sekalipun perlu berwaspada jika mahu bekerja dinegara Kemboja agar melengkapkan diri dengan melaporkan diri kepada Pesuruhjaya Tinggi atau Kedutaan Negara masing masing terlebih dahulu sebelum mencari kerja dinegara Kemboja ini ujar mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

MASYARAKAT DUNIA BUKA MATA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dengan rekod jutaan kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini diseluruh dunia semua warga pelusuk dunia wajar buka mata kearah menjaga jangkitan penyakit tersebut. 

Sehingga hari ini Amerika Syarikat Brazil dan india masih tertinggi kes kematian serangan virus covid 19 walaupun negara terlibat mendahului dalam suntikan vaksin berbanding negara negara membangun diseluruh dunia.

Dalam konteks penularan covid 19 dunia hari ini kebanyakan warga tidak lagi memakai MASK TIDAK JUGA MENGAMALKAN PENJARAKAN DIRI namun bila terjangkit lalu meninggal dunia sesal tidak berkesudahan didalam hati. 

Penularan virus covid 19 bergantung pada diri masing masing tidak termasuk kedai kopi dan kedai makan dimana jika pekerja tidak memakai MASK pasti pelanggan muda dijangkiti kepada yang lebih teruk sekali sehingga boleh membawa maut  jelas warga dekat sini. 

Saban hari sebilangan negara negara maju dilaporkan masih terus meningkat kematian covid 19 namun sehingga hari ini belum ada laporan dibuat semua yang menganbil vaksin penggalak satu dan dua tidak dijangkiti virus covid 19. 

Sehubungan dengan paparan kali ini warga seluruh dunia perlu berfikiran terbuka bagi mengamalkan pemakaian Mask serta mengamalkan penjarakan diri diantara satu sama lain demi mengelak jangkitan covid 19. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun, menyebarkan serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Ahad, 28 Ogos 2022

MANGSA PENIPUAN KERJA AKIBAT IKLAN TIDAK RASMI 

Oleh. Huzera Ben 

Kemboja. Isu warga Malaysia yang tertipu dengan pekerjaan disini akibat menggunakan iklan Ejen Tidak Rasmi di laman sosial dan watsap group yang berleluasa hari ini sehingga mereka terlupa golongan Ejen sedang mencari mangsa dengan habuan tinggi. 

Seperkara yang perlu warga Malaysia ingat termasuk lah orang parti politik ialah mengingatkan seluruh warga supaya mencari kerja menggunakan saluran benar dengan mendaftar dengan PesuruhJaya Tinggi atau Duta Malaysia disetiap negara luar jika mencari kerja dikawasan negara terlibat.

Apapun kecanggihan dibuat oleh kerajaan Malaysia jika warganya memasuki negara Kemboja melalui Ejen Petualang semuanya tidak mampu dikesan pantas berikutan terlepas sahaja pemeriksaan dilapangan terbang negara ini Ejen sudah main peranan mengurung atau menyembunyi warga terlibat secara berpindah pindah bagi mengelak mereka dikesan.

Sebagai peringatan pihak berkuasa Kemboja jangan sesekali terpedaya dengan tawaran kerja Bergaji Besar DiKemboja oleh Ejen Petualang sebab ianya semua permainan mereka memerangkap warga negara Malaysia berpendapatan rendah demi menjadi PEKERJA PAKSA dinegara ini. 

Kami di Kemboja sudah masak dengan pengaruh Ejen Petualang dengan KERJA MUDA GAJI RM5,000 dan keatas sebulan tetapi semuanya daya penarik sebagai BURU PAKSA sehingga masuk dalam kurungan mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, menyebarkan amnya memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Penulis Tamu. 

Tedung Selar, Helary Sukiono Indonesia, Koijul Hairol, Gason Dumiri, Norafzah Dollah, Gifkir Aming, Jaitos Dumiri, Basron Kirwan 

Wartawan. 

Huzera Ben Luar Negara, Williem Anak Lagau, Jasly Dollah 

Penolong Pengarang. Jopis Anak Lagau 

Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang. Arman Karim @ Doriso 

Ketua Pengarah Penyiaran Dan CEO Media Terkini Press. Dato' Azhar Haji Omar

Diurusniagakan oleh Media Terkini Press Kuala Lumpur. Tel 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak menyebarkan, memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang

 

Oleh. Koijul Hairol 

Berita Ringkas 

PERTANDINGAN BURUNG MURAI DIKEKALKAN 

Tawau. Penduduk Kg. Merotai dekat sini mengekalkan tradisi  Pertandingan Suara Burung Murai dan Kecantikan Ekornya setiap tahun yang dihadiri dari dalam dan luar negeri ujar mereka. 

Acara tersebut sangat meriah dengan kicauan bunyi pelbagai jenis burung Murai serta hiasan badan dan ekor burung yang menyertai pertandingan tersebut. 

Menurut penduduk setempat lumrah pertandingan pasti ada pemenang namun bukan sekadar hadiah yang dinantikan para peserta sebaliknya kepuasan menyertai pertandingan seumpama ujar mereka.

Sesiapa yang berminat menyertai pertandingan seumpama boleh berkunjung disekitar Kg. Merotai Tawau bagi mendapat penjelasan lebih lanjut setiap tahun.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, Memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media  Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

KELUARGA MALAYSIA TAPI HARGA JAUH BERBEZA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Dalam pengumuman harga ayam Keluarga Malaysia di Kuala Lumpur lebih kurang 

RM9.40 sen sekilogram orang Sarawak dan Sabah melaporkan Ayam Daging mereka antara RM10.80 hingga RM14.00 sekilogram.

Selain harga ayam beberapa harga barangan lain bagi Sarawak dan Sabah dilaporkan penduduk tempatan tinggi berbanding di Semananjung Malaysia namun harga getah pula Sabah hanya mencatatkan RM3.40 sekilogram umpama tiada Keluarga Malaysia ujar mereka. 

Roti dan Kueh kering di Sabah juga terlalu tinggi antara RM2.00 hingga RM6.80 sen sedangkan Semananjung Malaysia antara RM1.30 hingga RM4.80 sen bayangkan perbezaan harganya keluh penduduk Sabah dan Sarawak hari ini.

Benarkah Sarawak dan Sabah tidak memiliki Reban Penternakan Ayam Daging serta Kilang Kilang Roti sebagai menampung keperluan warga dikedua dua negeri tersebut?, jika memiliki Reban Penternakan Ayam Daging dan Kilang Kilang Roti mengapa kadar harga tidak sama dengan harga RM9.40 sekilogram di Semananjung Malaysia ujar warga tempatan. 

Sehubungan dengan pendedahan ini keluarga Malaysia di Sarawak dan Sabah meminta kerajaan pusat menyeragamkan harga ayam daging dan pelbagai jenis barangan diseluruh negara bermula hari ini demi keselesaan rakyat keluarga Malaysia jelas mereka. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak, menyebarkan memuat turun dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

SEMAKIN TERPENCIL SEMAKIN TERTEKAN HIDUP 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Penduduk kampung terpencil kini tersepit dalam pembelian barang barang makanan terutama IKAN DAN SAYOR berikutan dibandar dan pekan lebih murah berbanding dikampung mereka sendiri. 

Ini didedahkan beberapa pesara kakitangan kerajaan yang terkejut dengan IKAN DIPEKAN RM16 DAN RM10 SEKILOGRAM namun dikampung RM24 DAN RM14 SEKILOGRAM ujar mereka penuh kesal.

Hendak berniaga sekalipun biarlah mengambil untung RM1 hingga RM2 sekilogram demi membantu warga kampung yang berpendapatan rendah disamping beramal dengan masyarakat sendiri yang hidup didalam serba kekurangan dan bukan mengaut kekayaan diri sendiri. 

Dalam konteks ini semua pemimpin kerajaan diperingkat pertengahan dan bawahan perlu mencari langkah membantu rakyat miskin dan bukan nya membiarkan orang mampu berniaga mengaut keuntungan berlebihan tanpa memikirkan kesusahan warga miskin diluar bandar.

Media Terkini borneo dimaklumkan peniaga dibandar dan pekan dikawal ketat oleh pihak kerajaan, namun peniaga yang memasuki setiap perkampungan mengaut keuntungan berlebihan bebas tanpa diberi perhatian oleh kerajaan ujar penduduk yang menghubungi Media Borneo.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

 Selamat Menyambut Hari 

Kemerdekan Sabah Yang Ke 59 Pada 31 Ogos 2022, Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Di Sabah.

Bersama Kita Doakan Agar Allah Yang Maha Berkuasa Memberi Keamanan Dan Kesejahteraan Seluruh Rakyat Sabah Yang Dikasihi.

Daripada.

Datuk Herbert Timbun Lagadan  Mantan Wakil Rakyat DUN Kadamaian Serta Seisi Keluarga.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran Dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

GABUNGAN GTA BERSAING SENGIT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur.  Parti didalam gabungan tanah airku bertekad mahu meraih sokongan dikalangan penyokong pengundi Melayu, India dan Cina diseluruh tanah melayu namun dilaporkan berkawan dengan parti Warisan bagi negeri Sabah sebagai persediaan dalam pru ke 15 pada bila bila masa sahaja. 

GTA juga bersaing dengan Parti Perikatan Nasional pimpinan PPBM, Parti Pakatan Harapan Harapan dan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke 15 dimana sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang perbincangan mereka mempunyai kerjasama diantara satu sama lain. 

Percaturan politik GTA, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dengan tunjang Barisan Nasional dari UMNO terus meraih sokongan rakyat dengan pelbagai kata ditabur padar seluruh rakyat Malaysia yang sedap didengar namun rakyat banyak mengharap bantuan berterusan untuk rakyat berpendapatan rendah. 

Slogan Anti Rasuan, Tolak Rasuah, Musuhi Rasuah tidak menarik bagi rakyat orang kampung atau rakyat berpendapatan rendah memandangkan mereka tidak langsung melihat apa itu rasuah didalam hidup mereka sepanjang hayat. 

Warga kampung dan rakyat miskin hanya mahu pemimpin kerajaan yang berupaya memberi kepelbagaian bantuan untuk rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah sepanjang masa  dan rakyat tidak mahu campur hal dengan pihak yang memberi dan menerima rasuah disebabkan mereka tidak nampak kes serupa yang berlaku. 

Para pemimpin tertinggi parti politik saling meminta sokongan rakyat jelata namun bila sudah sudah jadi YB terlalu sedikit yang mengingati golongan rakyat miskin pengundi mereka apa tak lagi menghulur bantuan memang jauh sekali. 

Apapun percaturan politik yang ada masa kini seluruh rakyat Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah bijak berfikir memilih pemimpin prihatin pembela rakyat memandangkan kami yang berhak memangkah undi setiap kali pilihan raya jelas mereka yang ditemui hari ini. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya menyebarkan dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Sabtu, 27 Ogos 2022

Berita Ringkas 

MAMPUKAH GPS DIGUGAT 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sarawak. Tekad lima parti pembangkang negeri Sarawak bergabung dalam menghadapi pilihan raya kali ke 15 berharap memperolehi sokongan setiap pengundi dinegeri mereka. 

Tekad ini disertai PSB, PBK, PARTI SEDAR, PBDSB dan ASPIRASI  namun adakah mereka mampu menggugat kekuatan Gabungan Parti Sarawak yang menerajui kerajaan negeri masa kini.

Seandainya gabungan parti pembangkang sepakat dalam agihan kerusi dalam pru ke 15, bagaimana dengan Pakatan Harapan seperti PKR, AMANAH dan DAP serta PPBM yang berpusat di Semananjung Malaysia mampukah membentuk gabungan bagi mendapat sokongan pengundi Sarawak.

Berdasarkan jentera persediaan semua parti politik Sarawak masa kini mereka yakin bahang pilihan raya sudah menghampiri  dan perlu bersiap siaga mendekati rakyat agar memperolehi sokongan padu semasa pilihan raya. 

Siapapun bertanding dan parti mana sekalipun mahu merebut kerusi parlimen negeri Sarawak yang jelas hanya rakyat jelata sahaja yang berhak memilih calon yang diyakini rakyat boleh memperjuangkan nasib dan masa depan rakyat Sarawak tegas penduduk yang ditemui.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

COVID 19 DAN DUNIA HARI INI 

Oleh. Huzera Ben

Brazil. Masyarakat seluruh dunia masih tertanya tanya sebaik divaksin pertama, kedua, penggalak 1 dan penggalak 2 namun kematian serangan virus covid 19 terus meningkat sejak tahun 2020 sehingga hari ini mencecah 6,521,557 orang, kes jangkitan dalam tempoh yang sama juga mencecah 601,532,490 orang dan kes tengah dirawat dalam hospital masa kini diseluruh dunia berjumlah 23,362,582 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatat kematian sejak tahun 2020 sampai hari ini berjumlah 1,068,111 orang disusuli negara Brazil dalam tempoh yang sama berjumlah 683,328 orang manakala negara India dalam tempoh yang sama berjumlah 527,556 orang. 

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini Negara Rusia juga mencatat kematian serangan covid 19 berjumlah 383,910 orang, dalam tempoh yang sama juga negara Mexico mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 329,289 orang dan negara Peru dalam tempoh yang sama mencatat kematian berjumlah 215,514 orang.

Semua negara maju diseluruh dunia telah pun menggunakan vaksin penggalak 1 atau 2 namun negara United Kingdom sejak tahun 2020 sehingga hari ini merekodkan kematian covid 19 berjumlah 187,761 orang, disusuli negara Itali dalam tempoh yang sama berjumlah 175,127 orang, negara Sepanyol dalam tempoh yang sama berjumlah 159,605 orang dan negara Indonesia dalam tempoh yang sama berjumlah 157,478  orang. 

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini ialah negara Perancis  berjumlah 153,806 orang, negara Jerman berjumlah 147,003 orang, negara Iran berjumlah 143,612 orang, negara Colombia berjumlah 141,519 orang, negara Argentina berjumlah 129,646 orang, negara Poland berjumlah 117,007 orang, negara Ukraine berjumlah 108,803 orang, negara Afrika Selatan berjumlah 102,084 orang dan negara Turki berjumlah 100,400 orang. 

Langkah utama yang harus dipatuhi dalam memerangi covid 19 ialah menjarak diri lebih 3 kaki diantara satu sama lain dan sentiasa memakai MASK semasa berada ditempat awam serta tumpuan kunjungan orang ramai. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak menyebarkan, memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur.    

 

Jumaat, 26 Ogos 2022

Berita Ringkas 

Oleh. Jaitos Dumiri 

BANYAK ISTIMEWA JIKA ADA KEMAHUAN 

Kota Merudu. Tekad dan kemahuan perlu seiring jika mahu dunia mengenali sesuatu produk yang berkualiti tinggi sampai kepersada dunia luas terbentang. Sebaliknya jika produk tertentu sekadar dilanggani dalam daerah sendiri  pasti warga setempat lebih banyak kemahiran yang lebih berkualiti dan daya tahan luar biasa jika dipasarkan keperingkat seluruh dunia dalam jangkamasa panjang.

Suara beberapa penduduk pengunjung tamu Kota Merudu bagi mengulas kepelbagaian produk yang dipasarkan sekitar Tamu  yang menarik dan jika terpilih berkualiti tinggi ketahanan nya mampu menembusi pasaran seluruh dunia dengan harga yang berbeza beza ujar mereka. 

Sungguhpun Kota Merudu kawasan terpencil namun terlalu banyak kepakaran warganya jika didedahkan sehingga kepersada antarabangsa dengan penelitian mutu dan kualiti semua aspek produk yang mereka hasilkan dari masa kesemasa. 

Semoga ada usaha bersama orang kampung dengan pemimpin setempat membawa promosi produk mereka yang bermutu serta berkualiti agar mempunyai pembeli dipersada  antara bangsa dalam jangkamasa panjang. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarang 

 


 Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 2022. Kepada seluruh pembaca, pengiklan Akbar Media Terkini Di Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia. 

Semoga tahun 2022 ini mampu mempertingkatkan daya usaha, diberi kesihatan sempurna disamping saling berkerjasama dalam semua bidang diceburi. 

Kami juga berharap agar dimana juga pelanggan kami berada mampu mengikuti siaran akbar kami setiap masa. 

Daripada.

Seluruh Kakitangan dan penulis tamu Media Terkini Press Malaysia, Luar Negara yang berusaha menghidupkan akbar ini sampai hari ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga diakbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Press Kuala Lumpur. PENGARANG 

LANGKAH MU SAMPAI KE KG.PADAS 

Coretan sekilas pandang namun itu suratan pertemuan tidak berkenalan dari sini (gambar) semobile berarak sehingga terpisah dititik Kg. Padas Bandar Seirra. 

Sedih terasa duduk bersimpuh namun tidak sempat bertegur sapa  sehingga melangkah pergi mereda langkah sehingga menghilang di Kg. Padas entah bila lagi dapat bersua.

Dari sini ku semai kenangan abadi  tak mampu ku lupakan kiranya teman empunya diri menghayati bait bait bicara ini pasti mengerti siapa gerangan perantau jauh ini yang ku bawa sampai bila bila. 

Kupaparkan nota ini agar tidak dianggap Kacang Lupakan Kulit dengan orang berbudi pada kita apa tak lagi Cik Intan Payung di Desa Padas Labau Estate Tebobon didalam Ogos 2022. 

Perjumpaan dibandar Inanam namun sekadar berpandang muka tak bertegur sapa dan berpisah di Desa Padas Tebobon akibat saling membawa haluan diri namun pasti intan payong  empunya diri tersemat dalam ingatan nostalgia ini. 

Dini hari jika terpandang bait bait nota ini, hamba perantau doakan semoga Cik Intan Payong sokses didalam kehidupan sentiasa, moga barakah sentiasa ada dimana segala keiklasan mu disaksikan pak sopir disepanjang jalan. Nukilan Norafzah Dollah 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Khamis, 25 Ogos 2022


 PARTI MANA BERPENGARUH 

Oleh. Tedung Selar

Sabah. Percaturan parti politik negeri ini panas berikutan sebanyak 25 kerusi parlimen bakal direbut menjadi wakil parlimen namun berpuluh parti yang berhasrat mahu mengintai peluang  dalam semua kerusi parlimen tersebut.

Percaturan parti politik berkenaan juga bergantung kepada jentera diperingkat cawangan sejauh manakah pengaruh pemimpin dan keupayaan diperingkat akar umbi bagi meraih sokongan rakyat mengundi parti politik mereka kearah kemenangan pilihan raya kelak. 

Ramai pemerhati politik meramalkan perebutan kerusi parlimen negeri Sabah pada pru ke 15 sememang cukup panas dan dijangka melebihi 6 penjuru setiap kerusi parlimen yang akan dipertandingkan ungkap beberapa pemerhati politik yang ditemui hari ini.

Diantara parti yang panas ialah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui PPBM,  Barisan Nasional yang diterajui UMNO autonomi Sabah, Parti WARISAN Sabah dan Pakatan Harapan yang diterajui UPKO  parti Sabahan disamping beberapa parti kecil kecil Sabahan yang bergerak senyap masa kini. 

Media Terkini Malaysia yang cuba menjejaki beberapa pemimpin tertinggi dari GRS, BN, PH dan Warisan gagal dan tidak ada jawapan semua yang dihantar bagai belum bersedia untuk mendepani media massa melainkan LDP Sabah yang sudah beberapa kali suai kenal dengan Media Terkini Malaysia Borneo.

Jentera pergerakan pemuda LDP Sabah muda mesra dengan rakyat jelata tanpa mengira bangsa dan agama dimana tanpa rakyat pengundi calon mewakili parti tidak mampu memenangi mana mana kerusi yang bakal ditandingi dalam misi beberapa pemimpin pemuda LDP yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

NOTIS 

Tanah NT untuk dijual khas untuk KDM sahaja yang belum ada tanah persendirian tapak pembinaan rumah sendiri. 

Kadar harga berpatutan dan mampu milik sahaja bagi masyarakat yang memerlukan dalam lokasi tanah rata dengan harga RM50,000

Tempahan cepat hubungi GEORGE PAULUS ditalian 0194827829 atau 01138554026 masa pejabat sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun, menyebarkan dan memuat urusniaga iklan perniagaan tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 
 

MASYARAKAT PRIHATIN 

Oleh. Gason Dumiri 

Kuala Lumpur. Kebertanggongjawaban masyarakat Malaysia terbukti berikutan tidak sampai dua hari Datuk Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia didalam Penjara Kajang warga Malaysia sudah menyerah MEMO MEMOHON PENGAMPUNAN terhadap beliau. 

Jauh berbeza dengan orang hanya mahu memungut  tanda tangan tanpa turun padang seiring  berjalan mempersembahkan memo memohon pengampunan diperkarangan Istana Negara seperti yang dibuat NGO dalam gambar tersebut demi bekas pemimpin negara yang dikenang rakyat seluruh negara. 

NGO dalam gambar tersebut siaran ini tidak melibatkan tanda tangan rakyat seluruh negara  namun cukup dengan jawatankuasa NGO mereka  bagi mempersembahkan memo yang terus ditonton bukan sahaja seluruh Asia malah sampai keperingkat dunia amnya ujar orang ramai yang ditemui. 

Kebertanggongjawaban mempersembahkan memo memohon pengampunan keatas Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara oleh badan NGO terus memberi semangat kepada warga Malaysia dimana juga berada yang setia kepada pemimpin serta mantan Perdana Menteri tersebut. 

Kru Media Terkini difahamkan penyokong Barisan Nasional seluruh negara terus tekad bersama sama memperkasa parti agar memperolehi sokongan setiap akar umbi yang menjadikan kekuatan perjuangan mereka walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak masih dalam penjara Kajang sehingga berita ini ditulis.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Media Terkini  terbuka siaran mana mana parti politik yang memerlukan penyiaran kami setiap hari.  

Setiap berita  politik yang perlu siaran hendaklah disediakan oleh pemimpin parti politik tertentu dan mestilah status asli  tanpa disiar kepada akbar lain demi menentukan keaslian berita yang disiarkan. 

Kami berhak membatalkan siaran berita yang telah dihantar keakbar lain terlebih dahulu bagi mengelak mencelup berita akbar lain dari masa kesemasa serta memelihara etika penyebaran am.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan SIDANG REDIAKSI MEDIA TERKINI PRESS KUALA LUMPUR.  Tel 0194827829 dan 01138554026 masa pejabat sahaja.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak menyebarkan memuat turun beritaserta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Rabu, 24 Ogos 2022

 RAYUAN PENGAMPUNAN KE ISTANA NEGARA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Badan NGO yang memulakan langkah menyerahkan memo bagi permohonan pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia yang sedang menjalani Hukuman Penjara di Penjara Kajang  wajar dicontohi seluruh rakyat dalam negara ini.

Badan NGO yang sendiri hadir kepintu Istana Negara juga merupakan warga Malaysia yang telus iklas mengenang jasa baik pemimpin negara agar mendapat pengampunan sewajarnya mengikut budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Rakyat Malaysia tidak perlu digunakan sebarang tanda tangan bagi sebarang NGO yang mahu menghantar memo ke Istana Negara atas sebarang tujuan tertentu malah sebaiknya cukup AJK tertentu NGO berdaftar rasmi membuat dan menghantar memo kepada Istana secara rasmi jika perlu, ulas ahli pesara pesaraTentera Borneo Sarawak Sabah hari ini. 

Kumpulan Pesara Pesara Tentera Sarawak Sabah menolak cara meminta tanda tangan rakyat Malaysia dengan tujuan tertentu oleh badan badan  NGO semata mata dipersembahkan kepada Istana Negara yang mungkin tidak jelas bagi segenap lapisan rakyat jelata dalam menurun sesuatu tanda tangan dalam kertas tegas mereka. 

Pesara Pesara Tentera Sarawak Sabah  meminta AJK Tertinggi mana mana NGO sahaja yang menghadirkan diri ke Istana Negara bagi menyerahkan memo sejujurnya matlamt mereka  tanpa memungut tanda tangan sebagai memelihara kedaulatan negara Malaysia ujar mereka. 

Memohon Pengampunan mahupun Menolak Permohonan Pengampunan itu merupakan hak individu pars pemimpin tertinggi NGO sebagai kebebasan namun tidak perlulah menggunakan tanda tangan seluruh rakyat Malaysia bagi kepentingan setiap badan NGO itu sendiri jelas rakyat Malaysia yang ditemui hari ini. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang