Rabu, 31 Ogos 2022

SERAGAMKAN HARGA DALAM KELUARGA MALAYSIA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Dalam konteks keluarga Malaysia masa kini penduduk Sabah dan Sarawak meminta penyeragaman harga Di Malaya dengan negeri mereka masing masing. 

Antara keperluan utama ialah Ayam Daging (Malaya RM9.40)  manakala Sabah dan Sarawak melebihi RM10.80 sekilogram dikedai kedai penjual, turut kadar harga ialah Telur lebih RM16.80 satu tray 30 biji manakala minyak masak juga turut harga tinggi  menyebabkan tekanan kehidupan rakyat miskin luar bandar Sabah sangat tinggi ujar mereka hari ini.

Minyak Masak 1 kilogram pek plastik juga tidak sampai pada penduduk asli warga kampung berikutan kedai kedai penjual lebih diserbu orang asing yang sentiasa duduk menjual rokok seludup sekitar pekan setiap hari berbanding penduduk kampung hanya seminggu sekali sahaja turun kepekan berhampiran. 

Keluarga Malaysia di Sabah dan Sarawak harus ada langkah pemantauan oleh kerajaan persekutuan memandangkan pekerja asing setiap hari membanjiri setiap pekan dan bandar, barangan bersubsidi semua pekerja asing dapat sebab peniaga kedai tidak pun minta my kad para pembeli bersubsidi lapor orang asli Sabah Sarawak.

Dengan paparan khas kru Media Terkini hari ini, isu barangan bersubsidi untuk bumiputera keluarga Malaysia perlu dipantau  bagi Sabah dan Sarawak supaya tidak jatuh ketangan pekerja asing apa tak lagi pendatang tanpa izin yang berlindung dengan pihak pekerja asing  dikedua  dua negeri tersebut ungkap penduduk bumiputera tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan