Rabu, 17 Ogos 2022

KATA BERAPI DIDALAM KUMPULAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Laungan permaufakatan saling mengingati bantu membantu bicara lunak didalam watsap keluarga, rumpun watsap sahabat namun tidak pernah saling berhubung jika perseorangan diseluruh borneo umpama asing secara individu.

Jejak langkah Media Terkini menerusi maklumat ahli kumpulan group watsap borneo sebagai merumus fungsi Watsap Group Persaudaraan yang dilaporkan tidak memberi manafaat secara khusus terhadap seluruh pesertanya sehingga kini. 

Sesuatu yang pelik dalam group watsap Borneo adalah semangat berkata kata saling bantu membantu, bermaufakat pada semua group dalam apa juga keadaan namun bila dalam talian persendirian ada pula  langsung tidak memberi jawapan akui beberapa ahli group ujar mereka yang dihubungi. 

Ada juga ahli group watsap Borneo mendakwa hanya segelintir sahaja ahli wanita yang menjadi tumpuan limpahan bantuan segala urusan mereka berbanding group lelaki sememangnya tidak dihiraukan kumpulan ahli group tegas mereka.

Tidak hairan lah terdapat segelintir wanita yang dilaporkan ahli group watsap menggunakan ruang tersebut meraih urusniaga mereka dengan sokongan lebih ramai ahli namun urusniaga kaum adam langsung mereka (wanita) tidak beri sokongan lapor ahli group terlibat. 

Untuk rekod semua laman sebaran am sangat baik apa tak lagi laman sesawang jika benar benar maufakat namun jika hanya golongan tertentu ambil kesempatan tanpa kerjasama lelaki dan wanita urusan perniagaan tidak bermakna segala saluran yang diperkenalkan oleh mereka.

Ubah minda saling kerjasama bertukar urusniaga jika benar mahu keluarga dan bangsa maju bersama, jangan sekadar pentingkan urusniaga sendiri sedangkan saudara dan bangsa lain juga yang berniaga langsung tidak dibantu.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita serta menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan MEDIA TERKINI Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan