Rabu, 24 Ogos 2022

MAMPUKAH LDP MERAIH SOKONGAN RAKYAT? 

Oleh. Koijul Hairol 

Sepanggar. Masyarakat parlimen Sepanggar mendedahkan terdapat penyokong LDP bergerak mencari sokongan parti mereka  dikalangan KDMR, MELAYU dan CINA sebagai persediaan menghadapi pilihan raya ke 15 akan datang.

Kumpulan terlibat dalam kelompok kecil namun bergerak kawasan pekan dan bandar namun tidak mendampingi perkampungan jauh terpencil akibat kurang pergaulan dengan warga desa serta tidak memiliki jentera setiap kampung. 

Beberapa penyokong LDP juga mendakwa parti tersebut sedang dalam proses penantian menyertai Gabungan Rakyat Sabah yang dipimpin oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia  di Sabah serupa juga dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional yang berpusat di Semananjung Malaysia namun UMNO Sabah ada kelebihan memiliki SIJIL OUTONOMI bagi negeri Sabah untuk rakyat Sabah kearah agenda MA 63. 

Kru Media Terkini yang cuba menjejaki beberapa penyokong LDP Sabah gagal sehingga berita ini ditulis dengan kesibukan mereka meraih sokongan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama sebagai undian dalam pilihan raya kelak antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang. 

Mampukah LDP Sepanggar dan Sabah amnya meraih sokongan pengundi Mmelayu, KDMR dan Cina amnya menjelang pru ke 15 akan datang?, semua ini terletak dijari seluruh rakyat Sabah yang berdaftar sebagai pemilih bergantung jentera parti tersebut menawan hati rakyat Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan