Khamis, 25 Ogos 2022

MASYARAKAT PRIHATIN 

Oleh. Gason Dumiri 

Kuala Lumpur. Kebertanggongjawaban masyarakat Malaysia terbukti berikutan tidak sampai dua hari Datuk Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia didalam Penjara Kajang warga Malaysia sudah menyerah MEMO MEMOHON PENGAMPUNAN terhadap beliau. 

Jauh berbeza dengan orang hanya mahu memungut  tanda tangan tanpa turun padang seiring  berjalan mempersembahkan memo memohon pengampunan diperkarangan Istana Negara seperti yang dibuat NGO dalam gambar tersebut demi bekas pemimpin negara yang dikenang rakyat seluruh negara. 

NGO dalam gambar tersebut siaran ini tidak melibatkan tanda tangan rakyat seluruh negara  namun cukup dengan jawatankuasa NGO mereka  bagi mempersembahkan memo yang terus ditonton bukan sahaja seluruh Asia malah sampai keperingkat dunia amnya ujar orang ramai yang ditemui. 

Kebertanggongjawaban mempersembahkan memo memohon pengampunan keatas Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara oleh badan NGO terus memberi semangat kepada warga Malaysia dimana juga berada yang setia kepada pemimpin serta mantan Perdana Menteri tersebut. 

Kru Media Terkini difahamkan penyokong Barisan Nasional seluruh negara terus tekad bersama sama memperkasa parti agar memperolehi sokongan setiap akar umbi yang menjadikan kekuatan perjuangan mereka walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak masih dalam penjara Kajang sehingga berita ini ditulis.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak, memuat turun, menyebarkan, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan