Selasa, 9 Ogos 2022

RAMAI MASIH TERJERAT AJARAN SESAT 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Isu ajaran sesat yang dipantau oleh pihak berkuasa agama diseluruh negara masa kini dilaporkan berasal dari negara jiran yang berusaha menyusup didalam negara bagi mencari penyokong mereka seberapa ramai mungkin namun kurang disedari masyarakat sekeliling.

Ajaran yang dilaporkan sesat oleh pihak jabatn agama dalam negara ini digelar Hadi Minallah namun segelintir orang didalam negara ini sanggup menjadi pengikut ajaran tersebut entah mengapa terlalu muda tertarik dengan amalan tersebut.

Menyingkap ajaran tersebut warga Malaysia hanya perlu menolak dan tidak payah menyertai semua program rombongan mereka  dari negara jiran supaya kehadiran mereka dinegara ini sekadar pelancong dengan menabur wang mereka seberapa lama mereka berada didalam negara ini.

Kebergantungan pengawalan ajaran sesat ini terhadap jabatan agama Islam Malaysia sahaja tidak berkesan jika masyarakat didalam negara ini masih memperhambakan diri mereka secara senyap menjadi pengikut  ajaran HADI MINALLAH lapor penduduk Kuala Lumpur yang ditemui. 

Pencinta agama Islam Kuala Lumpur mengingatkan semua penganut ugama Islam diseluruh negara supaya berwaspada dengan kumpulan yang mengaku penyebar ugama Islam, supaya bertindak merujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri berhampiran jika dikunjungi kumpulan yang meragukan penyebar ugama agar tidak terpedaya dengan pelbagai ajaran sesat masa kini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, menyebarkan dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan