Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Rakyat negeri ini terus menunggu bagaimana BN menerajui setiap kerusi parlimen yang hanya 25 kerusi dengan dianggotai UMNO, PBRS, MCA dan MIC masa kini, mereka dilaporkan berdepan dengan Pakatan Harapan UPKO, PARTI WARISAN SABAH yang dilaporkan akan dibantu oleh Gabungan Tanah Airku serta Gabungan Rakyat Sabah pimpinan PPBM dan sudah pasti akan bertembung sesama sendiri.
Dato Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO pasti sudah mempunyai agenda bersama Datuk Seri Bung Mokthar Raden Pengurusi UMNO Sabah memperkasa perjuangan UMNO BN bagi mendepani setiap kerusi parlimen didalam negeri ini.
Cabaran UMNO BN dalam pru ke 15 ini adalah jika PPBM, PBS, STAR, SAPP, USNO, PAS dan KDM bermaufakat didalam GRS kemungkinan mereka BN tidak ada pilihan bagi mempertahankan 25 kerusi parlimen diseluruh Sabah.
Musuh politik BN UMNO juga terdiri dari Pakatan Harapan UPKO serta Parti WARISAN SABAH yang jelas dilaporkan mdndapat bantuan dari Gabungan Tanah Airku berpusat di Semananjung Malaysia sememangnya cukup mencabar namun hanya rakyat berdaftar sebagai pengundi sahaja yang boleh menentukan kedudukan undi mereka kelak.
Menurut beberapa aktivis politik tempatan hanya gerakan turun bersama rakyat sahaja mampu memberi keyakinan kepada pengundi disamping berwaspada dengan Sikap Talam Dua Muka sebilangan Ketua Ketua Parti yang mengurus diperingkat cawangan kelak angin beralih arah tegas mereka.
Untuk rekod setakat berita ini ditulis, bukan senang mahu meramalkan siapa yang berpengaruh dihati rakyat, namun terdapat beberapa kelebihan didalam Parti Warisan Sabah dengan pengaruh mereka tersendiri, BN UMNO juga masih mempunyai penyokong tegar mereka dikawasan pengundi umat Islam seluruh Sabah sehingga masa kini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak memuat turun menyebarkan amnya memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan