Rabu, 30 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
PARTI KOMPENAN BN DALAM DELEMA ?
Sabah. Beberapa parti kompenen BN masa kini dalam delema bagi memilih calon DUN yang dipertanggongjawabkan akibat masing masing kekurangan kredebeliti kepimpinan yang menjaga kerusi kawasan yang mereka wakili menerusi perkongsian kuasa, antara yang terlibat Dun Kiulu, Dun Tamparuli, Dun Inanam, Dun Luyang, Dun Kundasang, Dun Kuala Penyu, Dun Dambai dan Dun Kepayan dimana ramai pemimpin mereka berpuak puak tanpa keserasian bersama.
Terdapat juga beberapa bahagian parti kompenan BN yang meminta kerusi setempat diagihkan kepada mereka bagi mengimbangi kerusi baru yang dituntut oleh gerakan para pengundi baru namun sukar terlepas dari genggaman dari UMNO. Ianya melibatkan Dun Membakut, Parlimen Sepanggar, Dun Kerambunai, Dun Dambai, Dun Klias, Dun Tanjung Aru dan Dun Moyog dimana ramai pengundi dan pemimpin bahagian dilapor menjadi ahli politik atas pagar mengalihkan pandangan semua pemimpin parti.
Ada juga sebilangan pemimpin parti kompenan BN yang lebih berseorangan tanpa suka dikaitkan dengan mana mana parti politik dalam Sabah akibat terlalu banyak perbezaan kefahaman politik tanpa ada yang bertolak ansur, tidak hairan lah dalam beberapa bulan yang lepas dilaporkan banyak orang politik BN menyertai perjuangan parti pembangkang cara senyap tanpa dkesan orang orang politik atasan khususnya kawasaan dalam banda
Jelas orang ramai.
Dalam tinjauan Media Terkini kawasan Sabah terlalu banyak isu yang tidak terjawab dikalangan orang orang pemimpin parti politik peringkat bahagian namun kurang diberi perhatian kearah memperkemaskan perjuangan bersama seluruh rakyat, selain dari itu ada juga pemimpin bahagian terus menidak golongan kepimpinan diperingkat cawangan walaupun golongan terlibat berpengaruh seluruh masyarakat namun terus diketepikan oleh pemimpin atasan mereka tanpa diberi peluang bersama.

Selasa, 29 November 2016

Oleh. Jasly Dol
BUAH JURIAT DILAPOR PENEBUS MANDUL ?
SABAH. Gempar BUAH JURIAT menjadi buruan pelbagai suku kaum semata mata membantu setiap pasangan suami isteri yang gagal mendapat anak walaupun terlalu sukar mempercayainya tanpa bukti yang sahi dipelusuk negeri ini, malah sesetengah orang mrngetahui BUAH JURIAT mendakwa inya dari luar negara diimport sebagai buah herba untuk buang panas namun akibat cari untung ia ditokok tambah khasiatnya dengan harganya mencecah RM10.00 sebiji kecil sahaja.
Kerajaan Sabah juga diminta turun padang mengkaji kesahihan BUAH JURIAT mampu memberi anak terhadap suami isteri yang mandul memandangkan ianya melibatkan maruah setiap orang yang membelinya dari mata masyarakat umum, jika ianya dibiarkan dipercayai lebih ramai keluarga MANDUL akan menjadi mangsa tanpa ada sebaramg kesedaran masyarakat sekeliling demi memburu keuntungan walaupun belum ada sebarang bukti sebenar keberkesanan nya.
Kebanyakan penjual BUAH JURIAT adalah terdiri dari masyarakat luar Sabah yang menjalankan perniagaan dalam negeri ini sejak beberapa bulan yang lalu tanpa sebarang pemantauan  dari pihak berkuasa tempatan, ramai juga mendakwa lebih ramai telah mencubanya namun masih gagal mendapatkan juriat seperti yang dijanjikan penjual walaupun telah membelanjakan wang mencecah ratusan dan ribuan ringgit ujar orang ramai.
Antara luahan Mr. Luentis Gadfur semasa bertemu dengan media terkini di Penampang sebagai mendedahkan harga emas BUAH JURIAT yang diburu suami isteri mandul sejak beberapa bulan yang lalu, pendedahan serupa sekadar memberi peringatan semua pihak agar apa juga herba tumbuhan yang dijual harus dikaji terlebih dahulu agar tidak berlaku kekeciwaan dalam memburu impian pasangan keluarga yang tidak memberi kemenangan ujarnya.

Isnin, 28 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
 PAKATAN PEMBANGKANG SABAH JADI TUMPUAN
SABAH. Tindakan beberapa parti pembangkang tempatan dalam negeri ini membentuk kesefakatan dalam meghadapi BN masa pilihan raya akan datang cukup terserlah dan dilaporkan sentiasa bertambah sudut sokongan, ilham membentuk gabungan semua parti tempatan hasil ilham dari Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dan Datuk Haji Mohd. Noor Mansur sebagai membentuk kekuatan parti kearah menyatupadukan masyarakat berbilang kaum agar tidak pecah sokongan parti politik mereka dalam menghadapi pilihan raya akan datang menentang Barisan Nasional.
Antara pemimpin pakatan pembangkang tempatan Sabah yang perlu menggarapkan kekuatan bersama ialah Datuk Wilfred M. Bumburing, Datuk Yong Teck Lee, Datuk. Lajim Ukin serta semua pemimpin pakatan parti pembangkang tempatan Sabah agar tidak berpecah belah bersama rakyat, golongan pemimpin pakatan pembang Sabah juga perlu mendampingi lebih kerap semua lapisan rakyat jelata terutama golongan penduduk bandar dan luar bandar demi memenangkan semua calon parti pembangkang tempatan jika berhasrat mahu berjuang bersama rakyat jelata Sabah.
Semua pemimpin parti pembangkang diperingkat tertinggi dalam Sabah juga wajar turun padang meninjau kerja pemimpin bawahan lebih kerap membela pelbagai keperluan perkampungan rakyat sepanjang menunggu pilihan raya ke 14 akan datang, rakyat jelata berbilang kaum amat penting dijaga serta diberi penerangan perjuangan sebenar pakatan parti pembangkang Sabah yang dituduh parti pembangkang dari Semananjung Malaysia sebagai klon atau pro BN bagi menghadapi parti mereka dalam pilihan raya sedangkan sama sama berjuang membentuk kerajaan.
Sukrin Tianggol dari Kota Belud berkata demikian dalam kunjungan kepada media terkini sebagai mendedahkan perjuangan pakatan parti pembangkang Sabah telus bersama membela masa depan pada generasi orang orang asal Sabah sebenar, pengorbanan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan dalam memperjuangkan orang asal Sabah tidak lagi boleh dipertikai berbanding parti luaran Sabah yang sekadar memperkukuhkan jawatan kemenangan politik mereka namun status masa depan orang asal Sabah tidak ada jaminan jelasnya.
Selamat menyambut Maulud Nabi tahun 2016. Kepada, Semua umat Islam yang mengenali kami dimans juga berada. Semoga kita semua mendapat manafaat dan diberi keampunan dari Tuhan Maha Berkuasa. Daripada, 1. Abd. Naddin Haji Shaiddin 2. Marino Ahmad 3. Yazid Sahjinan 4. Mohd. Latip Tinsong Taysan 5. Kumin Novet Gilou 6. Gisup Giri  7. Daimin Sulukan

Ahad, 27 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jasly Dol
 PENAJA TANAH PERKUBURAN GONTUONG ROSOK PERLU BANTUAN
KOTA BELUD. Umat Islam di Kg. Gontuong Rosok memohon bantuan sumber kewangan dari pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan khususnya pihak Jabatan Agama Islam Sabah bagi membentuk Tanah Perkuburan Islam dari pelbagai keperluan prasarana, inya melibatkan pengaspalan Jalan masuk kekuburan, pemagaran keliling serta pembinaan pondok Jenazah bagi keperluan jika berlaku musibah kematian sebagai tempat betteduh pada musim tengkujuh  agar tidak berlaku kepayahan menjaga jenazah dengan payong mahupun tempat perletakan Jenazah semasa menunggu urusan penggalian tanah perkuburan ujar mereka.
Tanah perkuburan Kg. Gontuong Rosok dilaporkan berjumlah 5 ekar namun masih terbiar tanpa dapat diusahakan akibat ketidak adaan kewangan sebagai membangunkan tapak tersebut seperti semua tanah perkuburan yang telah diguna pakai dalam kawasan Kota Belud, adalah menjadi kesukaran orang orang Islam kampung Gontuong Rosok mengurus jenazah bagi tapak perkuburan tidak memiliki jalan raya serta pondok persinggahan jenazah melainkan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan mahupun Jabatan Agama Islam Negeri Sabah secepat yang boleh.
Demikian ulasan Serikun Singkutung Pengurusi Penaja Pengurusan Tanah Perkuburan Orang Islam Kg. Gontuong Rosok dalam satu pertemuan media-terkini-sabah.blogspot.com dekat sini hari ini, beliau mengharap kepada kerajaan negeri dan para pemimpin kerajaan kawasan Kota Belud membantu masaalah tersebut demi manafaat hampir 50 orang umat Islam kampung tersebut dibawah jagaan KK. Puan Yainah Sandadar jelas beliau penuh harapan.

Jumaat, 25 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. ISU PENCEROBOH MENCULIK DIMANA DALANGNYA?
Sabah. Kes Kes penculikan yang berlaku sekitar perairan pantai timur negeri ini meliputi zon perintah berkurung perlu kajian terperinci dikalangan penduduk yang bermastautin tetap seluruh ceruk rantau zon perintah berkurung yang dipercayai kerjaya subahat cari makan, kemelut penculikan dalam kawasan perintah berkurung juga dipercayai kerja kerja terancang dikalangan bergelar orang dalam bagi mengaut untung dan sabotaj menjatuhkan nama baik pasukan keselamatan khususnya kerajaan negeri Sabah dimata negara luar.
Selain dari itu penculikan dalam kawasan perairan perintah berkurung tidak perlu persalahkan pihak kerajaan memandangkan ada juga pihak penyokong parti pembangkang berkongsi tempat kerja dan tempat tinggal dikalangan warga asing tanpa izin dalam Sabah, tohmahan sebilangan penyokong parti pembangkang bagi menyalahkan pihak kerajan merupakan sekadar politik murahan dimana pandai bercakap tapi tidak serupa bikin orang kata sekadar ingin mencari pengaruh politik agar dipilih menjadi YB supaya tiap bulan di bayar gaji.
Tidak kurang juga hebat sebilangan orang pembangkang disesebuah daerah mengutuk pendatang tanpa izin yang terdapat dalam negeri Sabah namun bila PATI jemput belanja dikedai KOPI kecil tapak tangan baldi cuba dipenuhkan apa juga hidangan, jelas sekali ramai masyarakat Sabah khususnya sebilangan orang parti pembangkang suka salakan orang lain namun duduk kedai kopi PATI korban belanja bagai kata baling batu sembunyi tangan agar tembelang mereka terus tersembunyi sampai pilihan raya.
Pendedahan Georgei Tonukod seorang bekas anggota keselamatan selama 18 tahun dan banyak mengalami asam garam kehidupan menjaga keselamatan negara terutama perairan Sabah yang luas terbentang dan tidak senang melakukan tugas kawalan setiap jam, jika golongan orang pembangkang menuding jari memyalahkan mana mana pihak berhubung kes penculikan dikawasan perintah berkurung sekarang elok lah mereka cuba menjadi pengawal pantai siang dan malam kurang 7 hari agar merasai kepayahan nya ujar beliau.

Oleh. Jasly Dol/Bujie Tukarang
Tajuk. BN PERLU CALON PARTI BERWIBAWA
Sabah. Barisan Nasional (BN) perlu memilih kewibawaan calon dan parti di DUN Darau dan DUN Kadamaian jika mahu menang berhadapan pakatan parti pembangkang tempatan pada PRU ke 14 dijangka tidak lama lagi, jika BN tidak bergerak menemui rakyat pengundi didua kawasan tersebut bagi mendapat sumber maklumat sahi siapa calon berwibawa kemahuan rakyat pengundi kawasan DUN Kadamaian serta DUN Darau ia diramal akan mengalami kekalahan banyak seperti pilihan raya ke 13 yang lalu akibt silap meletak calon yang dicadang suara orang orang mengundi.
DUN Darau dilapor menjadi tuntutan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sejak beberapa bulan yang lalu walaupun mereka belum memiliki cawangan yang kukuh berbanding UMNO, PBS dan UPKO yang telah bertahun tahun berjuang bersama rakyat setempat, bagi DUN Kadamaian pula pengundi setempat menolak pemimpin yang sering bertukar parti semata mata mendapat jawatan yang tinggi tanpa ada perbincangan dengan semua penduduk yang telah memberi undi kemenangan setiap kali pilihan raya demi kesetiaan.
Demikian ulasan Abdul Tapaka seorang aktivis politik veteran di Parlimen Sepanggar bagi krdua dua DUN Darau dan DUN Kadamaian semasa bertemu dengan media terkini demi mempertahankan dua DUN dari tawanan pembangkang pada PRU ke 14 akan datang, tidak ada faedah calon pilihan raya dari golongan segak gaya tampan pada luaran jika seluruh rakyat jelata tidak komited memberi sokongan calon serupa tambahan pula masa kini cabaran pilihan raya dijiwa rakyat cukup mencabar akibat sikap beberapa pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak sebulu sesama sendiri jelasnya.
Abdul Tapaka menambah, tinjauan diantara DUN Darau dan DUN Kadamaian bukan senang mahu BN menang jika tersilap memilih calon serta parti yang mahu mewakili rakyat kawasan setempat apa tak lagi DUN Kadamaian yang telah ditawan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU ke 13 yang lalu, walaupun YB Kadamaian dari PKR lalu namun kini telah menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) masa kini dimana aktif melobi mahu menjadi calon pilihan raya akan datang sedangkan pengundi Kadamaian menunggu BN mencalonkan seseorang tokoh PBS lebih 20 tahun dikawasan tersebut tanpa sebarang kecacatan kepimpinan politik dalam PBS sebagai seorang Setiausaha sepanjang perkhidmatan parti katanya.

Selasa, 22 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Arman Karim
Tajuk.BANYAK KERUSI DUN BERSAING GETIR
SABAH. Kesilapan memilih calon pilihan raya ke 14 akan datang boleh menyebabkan banyak parti akan bersaing getir bagi berhadapan calon parti lawan tanpa mendapat sokongan dari rakyat pengundi kawasan tersebut, ada juga ahli parti yang berusaha melobi menjadi calon dengan pelbagai cara terhadap presiden mereka namun dilaporkan rakyat sedang menanti bagi menghukum calon terjun bukan kehendak rakyat jelata bagi setiap DUN yang diwakili.
Diantara DUN yang dijangka bersaing ialah Tamparuli, Kerambunai, Kiulu, Karanan, Kadamaian, Inanam, Luyang dan beberapa lagi kawasan yang dianggap kerusi panas antara BN dan PAKATAN PEMBANGKANG dimana pemilihan calon sukar dibuat, parti kompenen BN dan Pembangkang setakat ini sukar mencari calon parti mereka dalam pilihan raya akan datang memandangkan setiap ahli masing masing memasang jerat bagi melobi calon walaupun rakyat setempat menolak pihak tertentu yang melobi.
Kusaidin Gandak aktivis politik veteran berkata demikian dalam pertemuan Media Terkini di Dun Kerambunai sebagai mengulas perkembangan politik menjelang PRU ke 14 yang sedang rancak  berkempen pada rakyat agar mendapat undi kelak, malah bagi golongan yang berhasrat menjadi wakil rakyat peluang menjadi calon adalah dipihak parti pembangkang yang banyak kekosongan asalkan mendapat chop pengesahan dari presiden parti  yang disertai ujar beliau.
Menurut Kusaidin Gandak mantan ahli parti BERJAYA menjadi calon pada parti penbangkang yang baru adalah terlalu senang melainkan parti kompenen BN yang sudah sedia pilihan tertinggi pemimpin parti memerintah, sebaliknya hasrat menjadi calon perlu diukur sejauh manakah para pengundi mereka masa kini menerima konsep perjuangan apa tak lagi jika golongan terjun calon memusuhi penyokong parti politik lawan serta kurang berkerjasama pengamal media masa bertaraf nasional anat lah sukar katanya.

Isnin, 21 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
Tajuk. MENGAPA PENYANYI JALAN KAKI JUAL ALBUM ?
Sabah. Peminat industri hiburan dalam negeri ini terkilan dengan sebilangan penyanyi yang sanggup berjalan kaki bagi menjual keset dan cd serta dvd mereka dicelah celah lorong kedai mahupun pasar awam sejak beberapa bulan lalu dalam negeri ini, lebih mengelirukan lagi apabila penyanyi terlibat hanya berseorangan tanpa pengurusan syarikat rakaman mereka yang sepatutnya membantu mempromosi semua album penyanyi berkenaan agar nama baik industri hiburan terus terpelihara sepanjang masa.
Kebanyakan penyanyi yang terlibat bersendirian berjalan kaki menjual pelbagai jenis album mereka ialah golongan penyanyi lagu lagu Dusun Kadazan dan Rungus tanpa ditemani pihak pengurusan syarikat rakaman walaupun perlu berbuat demikian, ini amat menyedihkan malah pihak syarikat rakaman bagaikan lepas tangan terhadap sesiapa juga penyanyi dibawa jagaan mereka menjual semua bentuk album mereka tanpa mengambil kira maruah seorang penghibur berjalan kaki sendirian jual album mereka.
Pendedahan beberapa peminat industri hiburan tempatan Sabah yang menemui media-terkini-sabah sebagai membela nasip penyanyi yang diabaikan oleh pengurusan syarikat rakaman menjadi penjual album jalanan tanpa membantu promosi pengiklanan,  jika ianya dikekalkan berterusan sudah pasti industri hiburan Sabah tidak berkembang seperti apa perkembangan di Semananjung Malaysia yang cukup menjaga nasib para penyanyi dalam syarikat rakaman mereka selagi  kontrak masih berkuatkuasa ujar mereka.
Sehubungan dengan pendedahan ini pihak yang bertanggongjawab dalam industri hiburan turun padang mengkaji penyanyi syarikat rakaman agar nasib mereka terus terbela dengan berhenti menjual berjalan kaki setiap hari, maruah dan nama baik industri hiburan merupakan  aset besar pada tanah air terutama apabila kedatangan para pelancong dari dalam dan luar negara kearah memajukan pendapatan industri pelancongan dalam jangkamasa panjang.

Ahad, 20 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang/Jopis Anak Lagau
Tajuk. WARISAN BERGERAK KAWASAN RANAU
SABAH. Kerusi Parlimen dan DUN kawasan Ranau dirisik cara senyap oleh beberapa penaja parti WARISAN Pimpinan Datuk Seri Mohd. Shafie Haji Afdal sejak beberapa minggu yang lalu bagi mendapat maklumat dari masyarakat bumiputera kawasan tersebut, kumpulan penaja terlibat dilaporkan tokoh tokoh pegawai kanan kerajaan yang telah bersara namun dipercayai mrndapat galakan dari penduduk perkampungan terpencil akibat terabai dalam arus pembangunan serta ketinggalan peningkatan ekonomi semasa.
Beberapa penduduk kawasan  Parlimen Ranau mendedahkan diantara kerusi yang menjadi idaman PARTI WARISAN ialah Dun Kundasang, Dun Paginatan dan Dun Karanan yang menjadi kubu BN menerusi UMNO, UPKO dan PBS setelah mereka menewaskan parti pembangkang pada PRU ke 13 yang lepas dengan kedudukan lebih dari 3 penjuru pembangkang menentang BN, jika perkiraan semua parti pembangkang tempatan Sabah sepakat satu hati menentang BN kawasan tersebut besar harapan kawasan tersebut mampu menggugat siapa juga calon BN bergantung gerak gempur warisan menawan jiwa rakyat ujar orang ramai.
Menurut sumber maklumat orang Ranau setakat ini Parti Warisan belum ada perkongsian dengan parti Solidiriti, SAPP, PCS serta gabungan menunggu dari Parti Harapan yang dilapor sedang menunggu dalam penggabungan dimeterai baru baru ini, Datuk Seri Mohd.Shafie Afdal Presiden Parti Warisan dilaporkan tidak hadir pada majlis permaufakatan gabungan parti tempatan Sabah yang dihoskan oleh Datuk Haji Mohd. Noot Mansur beberapa hari yang lepas demi permaufakatan pengagihan kerusi satu lawan satu dengan BN jelas penyokong gabungan.
Media Terkini Sabah dimaklumkan Parti DAP, KEADILAN, AMANAH dan PAS di Sabah tidak ada tanda tanda mahu bergabung dengan parti parti kecil Sabahan walaupun rakyat Asal Sabah sudah mencadangkan perkara tersebut namun tidak mendapat jawapan, apapun percaturan politik tempatan Sabah dengan parti bertaraf Nasional hanya rakyat jelata yang berhak memilih semasa keluar mengundi pada pilihan raya ke 14 akan datang dinana siapa yang kekal membantu hidup rakyat dalam tempoh tersebut.
Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. PENCULIKAN BAGAI MUSUH DALAM SELIMUT?
Sabah. Kes penculikan diperairan Merabung kawasan Lahad Datu menguji kesabaran rakyat anak asal negeri ini dimana ia amat mengelirukan kejadian terlalu awal sebelum perintah berkurung berjalan golongan terlibat sudah melakukan jenayah tanpa kenal dosa dan pahala, gerak kerja golongan terlibat bagai satu perancangan teratur dan dipercayai memiliki dalang sekerja mereka (nelayan) sekitar kawasan berhampiran kejadian memandangkan tragedi berlaku sebelum perintah berkurung berjalan serta pelbagai aspek lain yang masih dalam persoalan anak asal Sabah.
Kes penculikan golongan pelancong dan nelayan dalam negeri Sabah merupakan kejadian penuh persoalan apabila mereka mampu membaca gerak kerja petugas keselamatan diperairan kawasan perintah berkurung setiap bulan, ini menimbulkan keraguan munasabah dalam setiap minda anak asal Sabah tanpa musuh dalam selimut hargai tugas pasukan keselamatan berdepan dengan pelbagai risiko demi menjaga keamanan serta kedaulatan negara tanpa henti.
Penculikan terbaru diperairan Merabung Lahad Datu perlu dikaji dengan terperinci dan jika perlu gunakan khidmat perisikan negara sedia ada bagi mengetahui kedudukan sebenar tragedi PENCULIKAN tanpa penghujung, dalang sebenar penculikan ini bukan asing dalam negeri ini memandangkan mereka boleh membaca kawasan yang tidak memiliki petugas keselamatan terlatih serta tahu mangsa tidak ada kemudahan perhubungan canggih seperti radio perhubungan rosak disetiap kapal.
Semua keperluan tenaga pakar risikan terlatih perlu digembelingkan dan jika perlu pasukan risikan yang sudah bersara namun masih sihat wajib dikerah cara kontrak agar dapat membantu mencungkil rashia musuh dalam selimut ini, jika kerajaan negeri Sabah komited dalam membenteras kes kes penculikan berpanjangan ini mereka boleh membuat usul dengan Polis serta Tentera betapa perlunya unit risikan dikerah memasuki kawasan Perintah Berkurung  secara sembunyi jelas anak anak asal Sabah.
Mangsa culik terbaru diperairan Merabung Lahad Datu dilaporkan warga Indonesia Saparuddin Koni 43 tahun dan Sawal Maryam 36 tahun manakala 11 yang lain dibebaskan dengan diselamatkan kumpulan nelayan lain, dengan kes seumpama sudah sampai masanya kerajaan Sabah menggunakan khidmat  pakar risikan negara memasuki kawasan Perintah Berkurung secepat yang boleh agar mampu mengekang serta mrnamatkan petbuatan menculik demi nama baik Sabah dimata pelancong.

Khamis, 17 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Bujie Tukarang
Tajuk. KALAU AKU JADI YB?
Sabah. Rakyat jelata berbilang kaum dan agama akan menjadi senang dan muda mendapat segala kemudahan tanpa pilih kasih sepanjang teraju lima tahun sebagai wakil rakyat dimana juga kawasaan dalam negeri ini, malah jika rakyat memilih saya menjadi wakil rakyat (YB) mereka saya tidak akan mengeciwakan segala permohonan mereka demi memperkasa perjuangan politik saya dimasa hadapan selagi diberi mandat.
Kebanyakan janji ini ditabur adalah semasa setiap kali menghampiri bahang panas pilihan raya tanpa seorang pun rakyat jelata memahami sebenar ertikata perumpamaan sebenar
dikalangan orang politik semata mata menabur gula pemanis bibir, namun selepas menang atau kalah dalam pilihan raya semua rakyat jelata yang pernah ditemui tidak lagi di ingati malah perhubungan talian telipon yang dijaga sebelum pilihan raya kini telah ditukar dengan nombor baru demi bersembunyi pada rakyat berbilang kaum.
Sejarah politik ini didedahkan oleh beberapa rakyat anak negeri Sabah sebagai memberi kesedaran betapa licik nya mereka (orang terjun politik) mengaburi hati dan mata rakyat berbilang kaum asalkan jadi pak turut, namun jika terdapat rakyat yang banyak persoalan berkaitan sumber peruntukan melibatkan kewangan pastinya orang terjun politik mengelak dari berurusan dengan rakyat berkenaan apa tak lagi rakyat berpendidikan.
Demikian penjelasan Woujis Gountilid veteran politik dari Tuaran sebagai mengulas pembohongan sebilangan pemimpin baru terjun politik bagi mendapat suara sokongan ramai rakyat jelata tanpa keiklasan yang sebenar membela rakyat yang memerlukan, selain dari itu sesetengah mereka juga suka cakap tidak serupa bikin apabila rakyat yang mahu minta bantuan seadanya pun diarah menunggu tak sudah ini kah yang mahu dipilih mahu menjadi wakil rakyat bagi kawasan yang memerlukan pembangunan dan membantu rakyat jelata ujar beliau.
Woujis Gountilid menambah, sebagai rakyat jelata anak negeri Sabah tidak gemar sesetengah orang terjun politik ini sekadar memperalatkan sokongan dan kerja rakyat mempromosikan politik mereka tanpa balas ehsan, dalam menjelang PRU ke 14 kali ini orang orang yang sudah terjun politik sudah lama bergerak minta sokongan orang orang kampung petani dan nelayan namun semua keperluan rakyat tak pernah diberi bantuan dengan menanti sampai jadi wakil rakyat katanya.

Oleh. Bujie Tukarang/Arman Karim
Tajuk. PBS PERLU PENASIHAT KENANG JASA
Sabah. Seluruh ahli PBS yang setia dalam perjuangan perlu sebulat suara melantik Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai PENASIHAT KEHORMAT Parti Bersatu Sabah bagi mengenang jasa perkhidmatan dalam parti selama ini, malah teraju kepimpinan PBS gandingan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili (Pemangku Presiden) Datuk Dr. Yee Moh Chai (Timbalan Presiden) Datuk Hajah Jamilah Sulaiman dan semua AMT parti.
PBS juga perlu mengenang jasa Huguan Siou dengan melantiknya sebagai Penasihat parti sepanjang masa kearah memperkasa perjuangan PBS bagi menghadapi cabaran politik alaf baru yang amat mencabar, tidak salah seluruh ahli PBS dalam Malaysia sepakat membuat usul bertulis bagi melantik Huguan Siou sebagai Penasihat PBS sebaik sahaja beliau bersara dari Presiden PBS agar semua ahli mampu bersedia dari sekarang.
Tuan Egol Onsim Basintal mantan Ketua Bahagian PBS N.24 Membakut berkata demikian dalam satu sidang media dengam media terkini sabah sebagai penghargaan dalam perjuangan menerajui PBS sejak mula ditubuhkan, kini generasi baru perlu mengenang jasa Huguan Siou demi tunggak perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Sabah dan Malaysia amnya supaya akan menjadi contoh teladan baik dikalangan generasi akan datang ujar beliau.

Selasa, 15 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
Tajuk. PERUNDING PELANCONG MEMBOHONG?
SABAH. Beberapa orang perunding pelancongan sanggup memperdaya orang ramai menyertai program pelancongan serta menjanjikan pekej umrah terhadap sebilangan pelanggan mereka dalam kempen bergerak tamu mingguan, tidak ada jaminan bertulis perunding berkenaan keatas beberapa mangsa yang diperdaya menerusi meja kedai kedai kopi berbincang memakan masa berjam jam tanpa mengira bangsa dan agama asalkan senang menjadi pak turut dalam pujuk rayu.
Agent Perunding terlibat juga kerap menjual cara bergerak dimana sebilangan barang dagangan diberi pada pelanggan terpakai atau tiruan demi mengaut keuntungan tanpa mengira kerugian orang lain, kes ini berlaku sejak setahun lalu dan majoriti yang menjadi mangsa setakat ini adalah tergolong orang melancong banyak wang dan tidak kisah sangat  setakat rugi seribu ke dua ribu ringgit seorang.
Bagi masyarakat yang melihat perbuatan seumpama adalah terlalu memalukan mengaut keringat orang lain tanpa pengetahuan mangsa apa tak lagi golongan mereka yang beragama tentunya menyakitkan hati, ada juga pakar pakar adat dan pelbagai agama mendakwa perbuatan seumpama membohong dan menipu adalah salah dan dikira pada adat keagamaan adalah haram jika pelaku sedar perlu memohon maaf cara terbuka pada mangsa mangsa beliau.
Gereford Tusibih seorang pemandu kereta sapu mendedahkan peristiwa ini sebagai bahan pengajaran masyarakat yang melawat Sabah sepanjang masa terutama golongan pelancong yang baru sampai kenegeri ini, tidak ada niat melibatkan mana mana agent perunding lain dalam Sabah melainkan mereka yang bersalah sahaja tentunya melenting panas telinga namun baik dijadikan pengajaran ujar beliau dengan rasa geram.
media-terkini-sabah.blogspot.com group

Isnin, 14 November 2016

MINDA PENGARANG.
PAHIT GETIR TERAJUI AKBAR KERDIL
SABAH. Sejak September 16 pelbagai cabaran telah dilalui pahit getir menghidupkan akbar persendirian tanpa ada yang membantu walaupun banyak yang dihubungi termasuk tokoh peniaga, orang orang politik, pengurusan pelancongan dan banyak lagi namun semua menyepi diri tanpa bicara kata, golongan individu pula gemar meminta siaran suara peribadi secara perlukan bayaran dan bila tidak dilayan mereka mula meminggirkan berita media disamping menghebahkan tohmahan tidak berasas sehingga ramai pembaca menemui kru media terkini melapor apa yang telah mereka perolehi dari pihak terlibat dengan rasa geram.
Cabaran media-terkini-sabah juga adalah kakitangan yang serba kekurangan berbanding dengan akbar akbar tempatan yang sudah berpuluh tahun dengan ratusan kakitangan serta gaji yang lunayan atas sebab kewangan syarikat sudah kukuh dan tidak bermasaalah, semua ini mampu dilalui dengan tabah oleh peneraju media-terkini-sabah. di bawa naungan Azom Productions House Malaysia dimana menjadi tulang belakang nya Dato' Azhar Omr, Arman Karim, Jopis Anak Lagau dan beberapa lagi kakitangan lain.
Dengan cabaran perit media terkini pada Maulidurrasul kali ini akan membuka minda serta keprihatinan semua pihak menghulur bantuan berupa iklan sebagai tabungan media dalam meneruskan media seiring dengan bahan bacaan yang lain tanpa hentinya, talian kami urusan pengiklanan boleh mendail 0138574659  0146783479  01138554026  namun perlu  melakukan tempahan bagi jangkamasa panjang agar dapat disiarkan pada masa yang dikehendaki serta beroleh ruangan terbaik. Pengarang

Ahad, 13 November 2016

Oleh. Bujie Tukarang
Tajuk. PELUANG DIKATA JANGAN DILEPAS
Sabah. Selepas diberi peluang menuntut hak negeri ini menerusi perbincangan maufakat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak para pemimpin Sabah membuat usul menerusi Dewan Undangan Negeri agar dapat dikemukakan diperingkat Parlimen kearah perbahasan, peluang seumpama tidak harus dibiarkan oleh para wakil wakil rakyat dalam negeri ini apa tak lagi hak hak ekonomi pengurusan sistem kerajaan negeri mahupun hak mutlak kuasa pentabdiran penuh pada kerajaan negeri ysng dipilih rakyat jelata berbilang kaum dalam negeri Sabah.
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa hak hak Sabah boleh dubincang secara maufakat semasa perhimpunan Parti Upko di Penampang beberapa hari lepas dimana memberi satu peluang baru pada semua ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bersuara secara maufakat menuntut hak hak sebenar negeri demi melaksanakan mandat diberi oleh rakyat jelata, jika peluang yang diberi oleh pemimpin nombor 1 Negara masih di abaikan oleh wakil wakil rakyat (ADUN) maka masa depan mandat yang rakyat berikan itu bakal dituntut semula menerusi pilihan raya cara demokrasi dan jauh sekali melakukan demontrasi jalanan seperti perbuatan baju kuning mahupun baju merah yang rancak bertembung di Semananjung Malaysia.
Luahan seorang penulis politik veteran Jopis Anak Lagau sebagai memberi pandangan terhadap hak hak Sabah yang disuarakan oleh rakyat jelata serta pemin pemain parti politik terutama pembangkang sehingga membuka minda dan mata seluruh rakyat berbilang kaum dalam negeri ini, sebagai rakyat dalam borneo sudah tiba masa nya memberi kesedaran terhadap ahli ahli Dewan Undangan Negeri supaya membuktikan ketelusan mereka dalam menyampaikan amanat rakyat jelata setiap kali bersama wakil rakyat yang melawat perkampungan kawasan tanggongjawab dan terabai pembangunan ujarnya.
Jopis Anak Lagau yakin seluruh rakyat Borneo Sarawak dan Sabah amat mengharap peluang yang diberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mampu diusahakan oleh semua Adun agar dapat dikemukakan kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat ini agar rakyat mampu melihat usaha YB mereka pilih, isu perbezaan kefahaman parti politik dikalangan YB yang rakyat pilih harus diketepikan dalam kes menuntut hak Sabah dan Sarawak menerusi Perjanjian Pembentukan Makaysia pada 1963 yang sudah dilaungkan sejak berpuluh tahun yang lalu oleh golongan pemimpin terdahulu katanya.

Jumaat, 11 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. JENAYAH RENTAS SEMPADAN MENGAPA SEPI?
Sabah. Pengumuman Komender Esscom Datuk Wan Bari Wan Abdul Khalid sedang memburu 23 suspek jenayah rentas sempadan merupakan langkah semua badan NGO dan
ahli ahli politik bersatu merisik pergerakan mereka tanpa mengira bangsa dan agama, namun semua badan NGO ahli ahli politik tempatan (Sabah) masih tidak nampak sebarang suara mereka bersama apa tak lagi rancangan anak anak watan dalam negeri ini kearah membuat risikan kedudukan dan pergerakan kumpulan terlibat apa tak lagi dengan jumlah badan NGO yang terlalu ramai.
Jika dilihat seluruh negara khususnya Sabah badan NGO dan penyokong pelbagai parti politik sememangnya terlalu ramai namun musuh negara bagai terlepas pandang berbanding perkara remeh didepan mata terus diperbesarkan, selain badan NGO pasukan Angkatan sukarelawan juga mencapai ratusan ribu orang disetiap negeri namun pelaku jenayah rentas sempadan puluhan orang sahaja tak mampu mereka menbantu memberi maklumat kepada pihak keselamatan negeri serta negara amnya.
Mamai Kuriding Gajibas bekas pasukan keselamatan berkata demikian sebagai mengulas pelbagai tragedi berkaku cara yang mengerikan namun semua menyepi diri tanpa menampilkan diri dengan kerja untuk negara dan masyarakat,  ada juga ahli ahli NGO dan parti parti politik tempatan suka cari nama sahaja berbanding merisik penjenayah rentas sempadan kearah melakukan kemudaratan pada negara namun NGO masih dengan perkara saling bertelagah sesama sendiri sedangkan talibarut penculik bebas keluar masuk dalam negara jelas beliau.
Dalam konteks penculikan dalam Sabah tak ada penghujungnya semua badan NGO apa warna baju sekalipun termasuk lah badan badan sukarela berkerjasama mengintip gerakan kumpulan termasuklah talibarut mereka demi nyawa dan harta wang ringgit orang berada di Sabah, selain dari itu tak perlu lah saling mencabar berhimpun ditengah jalan antara kumpulan mereka baju merah atau baju kuning memandangkan masa Lahad Datu diceroboh dahulu tak ada pun suara apa tak lagi kelibat kedua dua kumpulan tersebut jelas beliau.

Khamis, 10 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. PENCULIKAN RENTASI SEMPADAN BILA BERAKHIR?
SABAH. Bilakah "Penculik Rentas Sempadan" berakhir dalam negeri ini boleh terhapus berikutan Presiden Filipina Rodrigo Duterte membenarkan Malaysia kejar Penculik jika melarikan diri memasuki perairan  negara Filipina, persoalan ini menjadi perbualan hangat
dikalangan rakyat Sabah sejauh manakah keberkesanan pemantauan dan penjagaan terhadap kumpulan PENCULIK yang tidak pernah berhenti sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan niat menuntut wang tebusan.
Tragedi PENCULIKAN merupakan kerja orang orang tidak bertamadun serta hilang pegangan agama masing masing akibat harta dunia namun tidak banyak yang sedar bagaimana kumpulan terlibat melaksanakan kerja mereka jika tidak ada jurupandu, selain dari itu jika kumpulan PENCULIK ini tidak mahir membaca laluan laut dan pusat peranginan amnya perkampungan kawasan pantai timur Sabah adalah mustahil mereka (PENCULIK) dengan muda meloloskan diri masuk pulang ke Filipina tanpa masaalah.
Demikian pandangan beberapa bekas ahli politik veteran semasa ditemui media-terkini-sabah.blogspot.com sebagai memberi ulasan tragedi PENCULIKAN DAN PEMBUNUHAN jika tidak mendapat wang tebusan dari keluarga mangsa atau berkuasa dalam negara, semua ini harus diperhalusi bagi merungkai punca sebenar penculilk berleluasa tanpa henti terutama kawasan pantai timor dalam negeri ini apa tak lagi jika setiap culikan boleh dapat wang ringgit berjuta juta dalam sekelip mata namun sentiasa terlepas tegas mereka.
Sementara itu beberapa bekas anggota keselamatan yang tidak mahu disiar nama mencadangkan pada kerajaan Malaysia agar memperkasa unit risikan bagi mengesan semua dalang agar tragedi PENCULIKAN dapat dihentikan, jika kawasan dalaman Sabah khususnya pantai timur maka usaha menghentikan pasti gagal.
Apapun Isu pendedahan PENCULIKAN terpulang lah kepada pihak kerajaan Sabah dan Makaysia amnya bagi memperkasa risikan dalaman negara agar tidak berlaku GUNTING DALAM LIPATAN atau MUSUH DALAM SELIMUT dimasa akan datang, seluruh rakyat asli Sabah juga boleh menjadi mata dan telinga kerajaan jika berlaku sesuatu rancangan menculik supaya rancangan seumpama mampu dipatahkan oleh pihak berkuasa tempatan deni keselamatan rakyat setempat.

Selasa, 8 November 2016

Oleh. Jasly Dol
Tajuk. WARGANIAGA DIRAGUI BEBAS BERJUALAN
Tamparuli. Setiap rabu merupakan tamu mingguan pekan Tamparuli yang terbaik dimana majoriti penjual hasil tani merupakan penduduk bumiputera anaknegeri suatu masa dahulu namun kini telah berubah jauh sama sekali, semua penjual ditamu Tamparuli masa kini telah dikuasai masyarakat yang meragukan asal usul mereka namun semua penjual dikalangan anak negeri masih diam seribu bahasa walaupun mereka sudah tersepit ditengah kemelut serba salah.
Tamparuli merupakan terletak dalam kawasan Parlimen Tuaran dimana tamu mingguan nya pada hari rabu cukup menarik era kegemilangan 70 an dahulu namun kini telah banyak berubah dipenuhi penjual meragukan, sebagai contoh terdapat juga menjual rokok seludup jual herba tradisional termasuklah ditulis ubat tradisional dan ubat gosok tanpa dipamer kelulusan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia namun semua anak anak negeri berlumba lumba membelinya sampai ratusan dan ribuan ringgit.
Beberapa penduduk Tamparuli ketika ditemui masa tinjauan hari ini melaporkan pada dasarnya warga setempat bijak bercakap atau berdebat etnik mereka sendiri namun pada orang asing kelihatan bagai hilang suara tanpa sepatah kata, ini menimbul pelbagai persoalan dimana keberanian masyarakat anak negeri bagi mempertahankan lot perniagaan mereka dari diambil oleh orang asing tanpa sijil kelulusan bagi ubat yang dijual pada tapak tamu mingguan setempat jelas mereka.
Apapun pendedahan ini sekadar menjadi perkongsian bersama agar semua perkara yang berkait menyelahi undang undang wajib didedahkan supaya boleh dipantau serta diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan, sikap malu atau takut berhadapan warga asing perlu lah diketepikan demi masa hadapan para peniaga anak anak negeri ini dalam jangkamasa panjang serta mengawal bersama kebanjiran digelar pendatang tanpa izin secara berleluasa tanpa berharap pihak berkuasa semata mata jelas mereka.

Isnin, 7 November 2016

Oleh. Buji Turakang/Jasly Dol
Tajuk. NIAGA BARANG SELUDUP BADAN NGO MEMBISU?
KOTA KINABALU. Semua pengunjung bandaraya terunggul dalam negeri ini pasti akan terperanjat melihat ratusan orang penjual rokok seludup memenuhi pelbagai ceruk sepanjang deretan kedai tanpa ada yang menghiraukan perbuatan mereka melibatkan kerugian negara setiap jam tanpa lesen apa tak lagi cukai, anehnya ratusan pertubuhan NGO Sabah maha mengetahui kes ini namun tidak ada seorang pun berani bertindak untuk membuat laporan terperinci kepada pelbagai pihak berkuasa tempatan bagai baling batu sembunyi tangan seolah olah terlepas pandang akibat ghairah debat politik pembangkang dan parti memerintah.
Sarang rokok seludup siang dan malam, keliling Pasar Besar Kota Kinabalu, Sinsuran, Segama, Kg Air, Likas, Inanam, Menggatal dan Telipok tanpa sembunyi malah berani bersuara rokok....rokok.....rokok kepada siapa juga lalu lalang, orang ramai yang media terkini sabah temui merasa hairan dimana kah semua badan NGO dalam Sabah yang lantang bersuara menuntut hak sedangkan dipercayai orang asing jual rokok seludup masih diam membisu tegas mereka.
Kes seumpama bukan perkara baru malah telah berleluasa berpuluh tahun yang lalu namun sampai November 2016 masih lagi bebas malah bertambah banyak sampai beberapa kedai berlesen jual rokok terpaksa bungkus tak balik modal,  sudah sanpai masa nya semua badan NGO turun padang ternasuk lah penganjur Bersih dan Baju Merah Malaysia membantu pihak berkuasa memantau jual rokok seludup Sabah agar mampu mencapai wawasan sifar rokok seludup dalam kawasan tersebut pada tahun 2020 akan datang.
Oleh. Jasly Dol
Tajuk. GERAKAN BERSIH 5 TIADA PESAING?
Sabah. Gerakan baju kuning penganjur Bersih 5 nampaknya senang hati berikutan tidak ada pesaing yang digelar Baju Merah yang tidak mempunyai sebarang rangkaian dinegeri ini bagi bersaing dengan bersih baju kuning, ketiadaan pasukan Baju Merah juga menyenangkan tugas pihak berkuasa keselamatan agar tidak memudaratkan semua pihak yang bebas menganjur seumpama walaupun tidak mendapat permit.
Jika Bersih mendapat saingan seperti Baju Merah di Semananjung Malaysia pasti akan ada sedikit pesaing dimana mungkin golongan bersih boleh membisu seketika tanpa taksub dengan perjuangan mereka, selain dari itu progran Bersih 5 juga banyak dipengaruhi parti
politik pembangkang yang berusaha mendapat sokongan undi bonus dari rakyat berbilang
kaum dan agama agar mampu menang dalam pilihan raya ke 14 akan datang.
Menurut sumber maklumat kumpulan Bersih 5 akan mengadakan gerakan himpunan aman dalam masa terdekat dikawasan tanan tropika berhampiran Jabatan Arkib Sabah walaupun tidak memperolehi permit dari pihak berkuasa tempatan, malah Bersih 5 di Sabah juga cukup berani memandangkan tidak ada badan NGO seperti baju Merah di Semananjung Malaysia bersaing menghalang segala pergerakan baju kuning jelas penduduk Sabah yang
ditemui.
Apapun langkah gerak pasukan Baju Kuning Bersih 5 terpulang lah pada rakyat sebagai menilai sesuai dijejaki atau sebaliknya memandangkan kebanyakan masyarakat hari ini sudah  dewasa dan berfikir sendiri, kata orang yang baik membentuk perpaduan dan keamanan disamping menjauhi permusuhan dan sengketa adalah lebih baik dari berpuak puak demi kepentingan peribadi tanpa kaji perasaan masyarakat sekeliling jelas anak anak negeri Sabah.

Sabtu, 5 November 2016

Oleh. Jasly Dol/Jopis Anak Lagau
Tajuk. AGENDA 63 MAMPUKAH DIREALISASIKAN?
Sabah. Gerakan ceramah agenda 63 kerapkali dijayakan pelbagai kefahaman parti politik di pelusuk negeri ini oleh pelbagai badan NGO serta beberapa ahli politik tempatan dalam beberapa mini dewan hotel hotel tempatan, agenda tersebut dipercayai menjadi hak rakyat asli Sabah untuk memilih menyokong atau membantah jika benar ada pemimpin NGO atau ahli ahli politik Sabah iklas turun padang bagi mendapat suara sebenar rakyat asli dalam negeri ini secara jelas.
Agenda perjanjian Malaysia 1963 juga sememangnya wajar dirujuk pada seluruh rakyat jelata berusia 21 tahun keatas serta tulen Sabahan agar mendapat kata penentu disokong atau ditolak oleh mereka (rakyat) agar tidak terus menjadi teka teki sepanjang masa, jika agenda perjanjian Malaysia 1963 sekadar ditonton oleh bilangan kecil 100 orang setiap kali meting dijalankan ianya tidak mampu dilaksanakan tanpa sokongan suara ramai kearah merealisasikan agenda tersebut untuk masa depan anak watan Sabah.
Demikian luahan beberapa peserta pada Public Meeting Malaysia Agreement 1963 & Federal Constitution Article 1 (2) di Mini Dewan sebuah Hotel dekat Kota Kinabalu pada 5 Nov 2016 lalu, turut hadir pada majlis tersebut ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Simon Sipaun Datuk Liew Vui Keong YBGH. Mr. Patrick Anak Uren YBGH. Ms. Lina Soo YBGH. Mr. Adrian Lasimbang Datuk Laurentius Nayan Ambu dan YB. Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan.
Dalam jemputan khas tersenarai nama Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin namun tidak kelihatan pada awal ketibaan para jemputan VIP sehingga pertengahan para penceramah menyampaikan hujah hujah bernas untuk dihayati semua anak negeri Sabah, para tetamu yang hadir bersetuju agenda tersebut disampaikan pada seluruh anak anak asli Sabah bagi mendapat sokongan tanpa berselindung sepanjang masa apa tak lagi menghimpunkan antara 100 hingga 200 orang kearah meluahkan agenda sebesar yang dihajatkan oleh para pemimpin NGO dan ahli ahli politik tempatan Sabah.
Hanya anak anak asli Sabah lingkungan 21 tahun keatas mampu membuat keputusan agenda tersebut disokong penuh sebulat suara atau dibantah perjuangan tersebut dalam
negeri  ini, tidak ada sebarang unsur paksaan dalam agenda tersebut melainkan menyerah pada kuasa suara rakyat memilih mengembali agenda asal perjanjian pembentukan Malaysia atau kekal sekarang ujar penceramah terlibat.

Jumaat, 4 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau/Jasly Dol
Tajuk. MISUARI PERLU SIASATAN TERPERINCI
Sabah. Kenyataan Misuari menuduh pemimpin Malaysia terlibat dalang penculikan di Sipadan tahun 2000 perlu disiasat terperinci dalam pelbagai sudut agar dapat mengheret orang yang bersalah kemuka pengadilan bagi mendapat hukuman setimpal, sebagai satu negara yang memiliki kerajaan berdaulat sewajarnya mencari langkah bagi mengheret Nur Misuari kemuka pengadilan agar terbukti siapa sebenar dalang yang dimaksudkan dalam kenyataan tersebut.
Nur Misuari akan terus membuat pelbagai pertuduhan selagi tidak diseret kemuka pengadilan sehingga berani mengugut memutus perundingan kerajaan Malaysia umpama beliau seorang pemimpin negara berdaulat tanpa  rasa bersalah, Nur Misuari juga tidak menghormati kedaulatan negara jiran yang memiliki sistem kerajaan berperlembagaan dengan tuduhan yang amat sirius dimana mahkamah sahaja yang boleh memutuskan kebenatan tuduhan Nur Misuari tersebut.
Demikian pendedahan Gilbert Fauzi Abdullah seorang bekas keselamatan veteran dari Inanam sebagai mengulas kenyataan Nur Misuari di Manila bagi menggambarkan kes penculikan di Sipadan pada tahun 2000 tanpa menghormati kerajaan Malaysia yang berdaulat, jika Nur Misuari dibebaskan bercakap dari luar beliau akan terus menuduh pemimpin Malaysia terlibat dalang penculikan bila bila beliau rasa sesuai untuk membuat tuduhan walaupun terlalu sukar untuk mendedahkan bukti segala tuduhan yang dihujahkan tanpa menghormati orang lain jelasnya.
Sementara itu Datuk Louis Rampas mantan wakil rakyat DUN Kiulu menyokong Nur Misuari disiasat akibat membuat tuduhan melampau tanpa berfikir perasaan rakyat Malaysia terutama etnik asal Sabah dan Malaysia amnya dimana masih memiliki pertalian etnik keturunan dari negara Nur Misuari, jika benar Nur Misuari memiliki bukti sahih penglibatan pemimpin Malaysia keatas penculikan Sipadan tahun 2000 sila tampil kepejabat kehakiman negara Malaysia bagi membuktikan dakwaan jika tidak tolak dakwaan Misuari yang tidak benar demi nama baik Sabah dan Malaysia amnya ujar beliau.
Dalam tinjauan media-terkini-sabah.blogspot.com majoriti rakyat dalam negeri ini mengutuk kenyataan Nur Misuari di Manila Istana Presiden dengan angkuh dan tidak ada perasaan hormat negara kejiranan, perbuatan seumpama merupakan sikap bukan pemimpin disegani malah boleh dibenci oleh negara negara sekeliling dalam jangka panjangjika tidak dihentikan oleh pihak berkuasa negara Philifina jelas masyarakat Sabah

Rabu, 2 November 2016

Sekalong Ucapan Tahniah Diatas Kelancaran Konvensyen MOMOGUN Di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu Pada 29 Oktober 2016 Yang DiSempurnakan Oleh Datuk Seri Panglima Bernard G. Dompok. Semoga Mencapai Misi Dan Visi Demi Etnik Asli Sabah. Daripada. 1. Daimin Sulukan  2. Jasly Dol 3.Egol Onsim Basintal .

Selasa, 1 November 2016

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. PENGAWAL KESELAMATAN PERSENDIRIAN MEMALUKAN?
SABAH. Orang ramai keciwa dengan perwatakan pengawal persendirian yang tidak beretika disamping ada yang dilapor panjang tangan dengan bersubahat menjadi talibarut pencuri dalam kawalan mereka sendiri tanpa rasa takut pada undang undang, sebilangan pengawal keselamatan persendirian pula banyak terlibat kaki botol sepanjang bertugas namun bila habis wang menggelabah mencari rakan subahat mencuri barang dalam kawalan mereka demi mencari nafkah wang belanja sebulan sampai menerima wang gaji hujung bulan.
Kisah benar ini dialami oleh beberapa bekas tentera yang menjadi pengawal keselamatan dipelusuk negeri ini sejak beberapa bulan lalu namun security manager tidak berpengalaman terus melindungi pelaku dipercayai menjadi dalang rakan subahat, sesiapa petugas yang menegur pihak terlibat pasti akan diarah security manager letak jawatan demi melindungi kegiatan mereka agar tidak pecah tembalang segala keburukan orang orang terlibat.
Sehubungan dengan pendedahan ini semua lapisan masyarakat dalam negeri Sabah terutama pengguna kawalan keselamatan agar berwaspada dan membuat tapisan pihak berkuasa dalam melantik security manager serta pengawal keselamatan supaya terpilih yang terbaik, muka bersih dan sekolah tinggi bukan mencerminkan kebaikan jika rekod peribadi tercacat diperingkat awal apa tak lagi bersubahat kaki pemabuk dan kaki pencuri masa menjalankan tugas setiap hari hingga kemalam tanpa rasa bersalah setiap perbuatan mereka.

Oleh. Jopis Anak Lagau
Tajuk. ETNIK KAUM TIADA BERTUKAR GANTI?
Sabah. Semua etnik kaum asal dalam negeri ini seperti dusun, kadazan, rungus, murut, lotud, tobilung, tombonuoh, kimaragang, tatanah dan beberapa lagi etnik lain yang kekal dalam negeri ini tak mungkin setuju diubah suku etnik mereka secara peribadi, masing masing suku kaum etnik berkenaan mempunyai hak bersuara mempertahankan hak suku etnik mereka sepanjang masa agar tidak hilang bertukar kaum etnik generasi baru mereka dalam jangkamasa panjang terutama bahasa bagaikan pupus.
Perkataan Momogun bererti Orang Tinggal dan hampir sama dengan POGUN rumah atau kampung yang ditinggalkan para penghuninya beberapa lama tanpa ada penggantinya sampai jadi hutan atau rumah roboh menyembah bumi tanpa ada penghuni cara kekal,
oleh yang demikian isu MOMOGUN tidak harus mempengaruhi semua etnik suku kaum asli semata mata meraih sokongan dari semua etnik kaum diseluruh negeri ini walaupun setiap individu berhak mengekalkan etnik sebenar mereka demi warisan generasi baru setiap kaum.
Pendedahan En. Kumin Novet Gilou dalam wawancara media-terkini-sabah.blogspot.com dekat sini sebagai pandangan peribadi kewujudan MOMOGUN yang cuba menghimpun semua etnik kaum asli dalam negeri ini sejak beberapa bukan lepas, kebanyakan individu etnik terlibat kurang menyertai ahli MOMOGUN bertujuan lain sampai ada yang keliru dari mana asal usul suku momogun sebenar dalam negeri ini memandangkan tidak ada yang tahu dari mana sebenar kaun MOMOGUN itu wujud.
Kumin Novet Gilou menambah, bukan menidak kewujudan Momogun dalam negeri ini namun perlu dihayati lebih mendalam apakah kesan dalam jangkamasa panjang agar tidak menjejaskan seluruh etnik asli Sabah demi warisan anak anak watan asli dipelusuk negeri ini, semua etnik kaum dalam negeri ini bebas memilih sama ada menukar suku kepada momogun atau kaum etnik asal mereka sebagai warisan keturunan generasi masa depan mereka tanpa halangan atau paksaan asalkan semua suku kaum sedia ada berpuas hati dengan pilihan mereka ujar beliau.