Jumaat, 31 Mei 2019

Petikan Watshap
ISU PERARAKAN MEMBANTAH SESUATU MASAALAH MANA ARAHNYA?
Oleh. Jopis Anak Lagau
Hampir setiap hari diviralkan berlaku perarakan membantah sesuatu yang memudaratkan masa depan anak negeri mahupun bumiputera Malaysia namun tidak langsung menggunakan saluran yang wajar,  pelbagai saluran jabatan kerajaan sebagai mengemukakan aduan masaalah yang rumit disamping negara memiliki rangkaian penyiaran yang dilesenkan namun saluran pena naluri juga dipilih wadah siaran tanpa halatuju yang sebenar.
Isu pemberian dokumen Pendatang Asing Tanpa Izin diviralkan baru baru ini sangat mengelirukan dan jika benar salurkan maklumat kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

Oleh. Basron Kirwan
TRAGEDI 13 MEI 1969 SIAPA SIASAT?
Kuala Lumpur. Kehangatan politik semasa masa kini memohon suara siasatan secara menyeluruh pemimpin terdahulu berserta ketua ketua jabatan terdahulu umpama semua golongan terlibat sudah ada bukti melakukan kesalahan, namun mengapa tidak ada yang kemukakan persoalan tragedi 13 Mei 1969 dimana dilaporkan wujud satu satunya bandera parti berkibar dalam kumpulan perarakan panas terlibat atau golongan politik masa kini sekadar menjaga kes kes terbaru tanpa berpijak jelas dan nyata berdasarkan kemelut suara warga emas terdahulu.
Antara lain suara masyarakat yang masih hidup dalam tragedi 1969  yang menyanyat hati ujar masyarakat setempat.
Sesetengah warga tua yang melihat tragedi 13 Mei 1969 mendakwa ianya boleh disiasat jika ada ketelusan bagi melakukan siasatan terperinci  tegas veteran politik dan keselamatan yang masih ada pada masa kini.


UCAPAN KHAS INI DIAWALKAN DARI ASAL 4 JUNE 2019. SEBAB RUANGAN TERHAD.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Kepada Seluruh Yang Mengenali Kami Dimana Juga Berada.
Salam Bermaafan Diatas Segala Kekilafan Sepanjang Tahun 2019.
Daripada,
1. Juanis Tulah (Tamparuli)
2. Daimin Sulukan (Kadamaian)
3. OKK.  Marino Ahmad (Kota Kinabalu)
Oleh.  Basron Kirwan
PERIUK KERA DIPERCAYAI MANGKUK TANDAS HAIWAN TERPILIH?
Kalimantan. Beberapa warga desa dekat sini melaporkan terdapat haiwan kecil mempergunakan Periuk Kera sebagai tandas sehingga tumbuhan terlibat kuat dan tahan tidak reput dengan cepat, namun tanggapan sesetengah masyarakat mempergunakan Periuk Kera berkenaan sebagai tempat menghidang makanan tidak sesuai berikutan Tupai Kecil dan Kelawar kerdil menggunakan Periuk Kera pembuangan najis cukup meloyakan orang ramai.
Oleh. Jasly Dolah
FACEBOK SANA SINI
Sabah.  Penayangan gambar sana sini dalam facebok dan watshap group sememangnya terbaik dan boleh diterima tontonan ramai setiap hari, namun apa kah misi tayangan gambar sahaja jika aspirasi rakyat jelata tidak diberi penerangan semua misi dan perjuangan yang dilaksanakan orang orang kerajaan sehingga membelakangkam akbar akbar berlesen Di Sabah dan Malaysia amnya.
Dalam konteks terbaru paparan gambar dalam watshap group berleluasa bagai mereka tidak lagi menggunakan syarikat akbar berlesen namun dalam kancah politik semasa sesekali juga orang kerajaan memerlukan khidmat akbhar berlesen walaupun tidak bermakna dengan orang lain khususnya dalam menjelang pilihan raya akbar berlesen lah jadi pilihan mereka.
DBKK DIMINTA SIASAT KEDAI MAKAN DAN MINUM
Oleh. Hujera Ben
Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu diminta menyiasat pekerja menjual minuman segelas kecil TEH O (dalam gambar)  dijual pada harga RM1.90 yang sepatutnya kadar harga RM1.30 sahaja, pekerja dikedai terbabit juga amat meragukan status kerjaya mereka berikutan dari loghat percakapan mereka memberi karaguan terhadap pelanggan yang melanggani kedai berkenaan.
Luahan rasa kiriman seorang pembaca media terkini di Kota Kinabalu hari ini sebagai rasa tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.
Oleh. Williem Anak Lagau
TADAU KAAMATAN 2019 HAMBAR
Sabah. Sambutan Tadau Kaamatan tahun 2019 hambar dikawasan luar bandar kecuali anjuran pihak pemimpin kerajaan sahaja nampak meriah bersama penjawat awam dan ahli perniagaan, bagi pekerja swasta dan petani nelayan amat terasa Tadau Kaamatan tidak semeriah dengan kerajaan terdahulu dimana mereka tidak diberi peluang bersama merayakan bersama disetiap pekan mahupun kampung sebagai mana dilakukan kerajaan terdahulu.
Pendedahan ini disuarakan oleh Paulus Muyibi dari Ranau sebagai mengulas isu kemeriahan Tadau Kaamatan yang terasa hambar pada kawasan pekan dan perkampungan seperti sokongan kerajaan terdahulu namun kini hanya orang kaya sahaja mengecapi Pesta Menuai, kerajaan terdahulu akan memberi TIONGGOM kepada warga KDM yang kurang berkemampuan bagi meraihkan Pesta Menuai namun kerajaan Sabah masa kini bukan sahaja melupakan TIONGGOM pada orang miskin malah turut tidak memberi sokongan peruntukan penganjuran perayaan tersebut ujar beliau.

Khamis, 30 Mei 2019

Oleh Basron Kirwan
KERA HITAM RATUSAN EKOR BERKELIARAN
Jakarta. Pekebun Kopi cemas berikutan ratusan ekor KERA HITAM berkeliaran dalam perkebunan kopi mereka sejak kebelakangan ini, anehnya kera kera tersebut terlalu jinak walaupun didekati penduduk setempat bagaikan tidak takut sehingga berkumpul disatu satu dahan kupi atau berkumpul dibawah rimbunan dahan dahan kupi masyarakat kampung.
Sehingga berita ini ditulis tidak ada petunjuk mengapa ratusan Kera Hitam memenuhi perkebunan kupi di Trans Sulawesi Indonesia secara tepat tegas masyarakat setempat.
Oleh. Jasly Dolah / Williem Anak Lagau
KUASA PENIAGA ASING MELAMBAK
Sabah.  Isu peniaga asing sebenarnya bukan hendak dipersalahkan namun mengapa ia boleh berlaku dalam konteks daya fikir masyarakat anak negeri Sabah sedangkan dalam sudut fizikel sama status kesihatan dan daya fikir tanpa cacat celah nya, namun dalam aspek lain terlalu banyak perbezaan yang tidak terungkai secara terbuka dimana permaufakatan antara peniaga asing cukup kukuh berbanding masyarakat anak negeri jelas masing masing dengan haluan diri tanpa menoleh kesusahan derita etnik mereka sendiri dalam sejarah terbaru cukup merisaukan dalam jangkamasa panjang.
Status perniagaan anak negeri yang kelihatan kontraktor, kedai, sub kontraktor, dilaporkan 5 peratus sahaja keseluruhan namun peniaga asing cukup terkenal dan dapat dilihat diseluruh Sabah, bagi industri kecil kecilan pula penjajah bergerak dan tamu mingguan serta pasar malam harian pun amat jelas anak negeri terus ketinggalan dibelakang peniaga asing yang kental semangat dari pagi hingga kemalam selagi ada ruang.
Dalam industri persuratkabaran dan penyiaran di Sabah pula berapa ranai bumiputera anak negeri menguasainya berbanding kaum Cina India dan lain lain dari luar negeri Sabah tentu sekali sukar diterima akal mengapa ini semua terjadi, namun ini lah hakikat yang tidak pernah dirungkai malah langkah kehadapan generasi anak negeri masih terlalu perlahan masing masing dengan status tidak mahu bersatu merebut peluang apa yang telah kerajaan sediakan untuk mereka sehingga sanggup diambil oleh peniaga asing.
Dalam konteks ini isu kerajaan tak bantu bukan pokok utama malah yang menjadi persoalan ialah mengapa anak negeri tidak mampu keluar dari kepompong kurang kesatuan bersatu dan berkerjasama merebut peluang yang kerajaan berikan pada mereka sebelum diambil oleh peniaga asing dalan negeri ini dan bila ianya terungkai!?.
Jawapan persoalan ini hanya ada dalam dada anak anak negeri tanpa melibatkan bangsa lain atau peniaga asing itu sendiri, jika anak anak negeri terus berada dalam kepompong masing masing tidak bersatu merubah kefahaman maufakat merebut peluang perniagaan istilahnya jangan salahkan orang asing membina empayar perniagaan pelbagai bidang dinegeri Sabah.
Oleh. Jopis Anak Lagau
LAGENDA SUNGAI BAGAI HILANG ?
Sejarah di Sungai Mongkobung Telipok (Gambar Disiar) bagai hilang tanpa ada usaha menghidupkan nya sebagai kawasan tadahan air mahupun pusat riada pelancongan, ternyata masa kini sungai tersebut menjadi saliran pembuangan air kumbahan najis terawat (dilaporkan) haiwan penternakan khinzir disamping lubuk permandian Kerbau disepanjang Sungai Mongkobung dimana bersejarah besar suatu masa dahulu.
Pandangan masyarakat berbilang kaum dikawasan Mukim Telipok semasa kunjungan kru media terkini dikawasan tersebut hari ini, malah Sungai Mongkobung Telipok juga dilaporkan berlaku kesilapan pemasangan nama Sungai berkenaan berhampiran satu laluan jambatan kenderaan simpang Kg.  Tamalang Bawah dengan Jalan utama Laluan Logkou Baru menuju Pekan Kiulu menerusi kontraktor yang melakukan kerja dalam kerajaan terdahulu.
Masyarakat masa kini dimukim Telipok berharap kerajaan baharu dapat menjaga masaalah pencemaran Sungai Mongkobung Telipok demi dijadikan pusat tadahan air disamping industri pelancongan kepentingan seluruh masyarakat anak negeri setempat dalam jangkamasa panjang tegas mereka.
Gambar sepanjang Sungai Mongkobung menjadi permandian sekumpulan besar penternakan Kerbau akibat tidak memiliki pemantau setiap hari.

Rabu, 29 Mei 2019

AZOM PRODUCTIONS HOUSE MALAYSIA MENGUCAPKAN SELAMAT MERAYAKAN TADAU KOKOTUAN TOUN 2019 KEPADA SELURUH PELANGGAN MEDIA TERKINI ONLINE EDISI SABAH TERMASUK LAH RAKAN DI BRUNEI SINGAPORE INDONESIA DAN MALAYSIA. SEMOGA BEROLEH KEBAIKAN DALAM PERAYAAN TERSEBUT, JAUHI MUSIBAH YANG MEMUDARATKAN KESIHATAN KELUARGA.
Daripada,
Sidang Pengarang Media Terkini Online Edisi Sabah. Tel 01138554026 Atau 0145748469 Waktu Pejabat Sahaja.
GAMBAR DIPAPAR SEKADAR HIASAN
Oleh. Jopis Anak Lagau
PATI KINI SEMBUNYI KAWASAN SEMAK
Sabah. Rentetan operasi memburu PATI kini mereka merubah teknik dari bangunan perumahan kepada kawasan semak samun termasuk pembinaan halan jalan baru sebagai langkah selamat mereka pantas melarikan diri kedalam hutan ujar warga anak negeri
Sabah juga menjadi lubuk reziki mereka warga asing berikutan permintaan terlalu tinggi penggunaan tenaga pekerja asing yang sebenar tanpa terhitung dihujung jejari orang penduduk anak negeri memcari kiraan sebenar kes seumpama.
JUAL HERBA DIKATA UBAT
Oleh. Mutirin Ak Hujiri
Telipok. Pelik tapi benar herba rumpai laut dijual namun disahkan ubat tanpa kelulusan KKM dengan propaganda penjual sendiri yang mengakui ianya ubat dan bukan lagi herba, selain dari itu golongan penjual juga memaksa setiap orang ramai lalu lalang mencuba ubat mereka dengan minum dan menggosok luaran sebelum dipaksa membeli produk dengan kadar harga tidak munasabah tegas orang ramai yang telah menjadi mangsa.
Menurut penduduk mukim Telipok setiap khamis tamu mingguan pekan Telipok antara lain tumpuan penjual produk yang meragukan namun tidak ada penguatkuasa yang memantau dari 5.00 pagi hingga 12.30 tengahari,  bayangkan lah jika sepanjang masa penjualan produk meragukan berleluasa tanpa pengawasan pihak penguatkuasa tempatan sudah jelas sepanjang hayat juga warga tempatan menjadi pengguna produk meragukan dan natijahnya orang tempatan yang teraniya jelas mereka.
KEGEMILANGAN MEDIA TERKINI MASA BERCETAK
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Syarikat Azom Productions House Malaysia pemilik Media Terkini News menjadi bualan hangat suatu ketika masa bercetak lagi, bukan sahaja dikalangan ahli politik malah ianya turut digemari pakar akedimek disamping golongan generasi muda mudi dalam pelbagai kedudukan bandar mahupun didesa pasti ada membawa naskah akbar tersebut.
Dalam perkembangan dunia penyiaran masa kini tanpa sempadan mungkin belum ramai yang tahu bahawa Media Terkini telah mengorak langkah setapak lagi mengikut jejak menerokai alam ONLINE seperti akbar akbar dunia, namun adalah dibanggakan pemilik media terkini online edisi Sabah Dato' Azhar Haji Omar mampu menaik status dalam konsep seorang kakitangan menjadi pelopur penyiaran online ini yang kini diterajui bersama Arman Karim Pengurus Pengiklanan dan Ketua Pengarang hasil kerjaya nya selama lebih 17 tahun tanpa dipengaruhi oleh mana mana parti politik setempat.
Ini lah antara yang perlu disokong meneruskan legasi penyiaran terpantas setaraf dengan media antara bangsa Jems Gunting menjelaskan.
Oleh. Basron Kirwan
ISU BERBUKA PUASA DIKUIL SIASAT PEMEGANG KUNCI?
Johor. Pihak berkuasa KUIL boleh menyiasat pemegang kunci pintu masuk kuil berkenaan jika benar tidak mendapat kebenaran penganjuran terlibat kepada AJK Pusat Kuil terlibat, isu ini tidak munasabah penjaga mahupun pemegang kunci tidak melaporkan kepada atasan nya bagi membenarkan umat Islam berbuka puasa dalam bangunan kuil berkenaan lebih lebih lagi melibatkan agama berbeza jelas beberapa penganut Islam serantau.
Kes ini diharapkan tidak berpanjangan demi menjaga pelbagai perasaan penganut agama lain agar mampu menghindari perbelahan kaum terutama  daya pemikiran muda mudi yang berdarah panas dan muda tersinggung.


TERGEMPAR HARI INI
Singapore Cucu Lee Kuan Yu dilaporkan bernikah dengan pasangan GAY diluar negara Singapore, apa sudah jadi dunia didalam negara Asia sekarang LELAKI SAMA LELAKI BERKHAWIN bagai dunia tanpa sempadan dan kuasa pemerintah tak mampu menghalang kes seumpama.
Adakah wanita hari ini sudah tidak mahu lelaki suami mereka? Kita dedahkan sebagai renungan golongan wanita betapa lelaki tergolong hartawan tidak mampu mencari wanita sejati sebagai pasangan hidup mereka sepanjang masa. Jauhi perbuatan seumpama memandangkan masih ramai wanita terbaik dan berilmu keagamaan masing masing jika dipilih menjadi pasangan hidup yang memahami kedudukan lelaki terbaik sebagai ketua keluarga walau miskin harta benda namun kaya dengan ilmu tauhid dan prinsip beragama pembentuk keluarga bahagia. Oleh. Basron Kirwan
BANDAR INI TERCANTIK DIDUNIA
Singapore. Sungguhpun negara ini kecil namun siapa yang menduga ia telah terpilih sebagai bandar tercantik didunia, ini lah dia bandar CHANGI Singapore negara paling kerdil namun nenjadi pujian pelancong dunia kenegara tersebut dengan jolokan nama bandar terbaik tempat dikunjungi. Oleh Basron Kirwan

Selasa, 28 Mei 2019

Oleh. Bujie Tukarang
HAIWAN IMPORT DIBELAI ANAK DIBUAI TANGIS TAK SUDAH
Tamparuli. Perbidalan Haiwan Import Dibelai Anak Dibuai Tangis Tak Sudah kata kata yang sesuai diungkapkan pada kisah Tamparuli setiap hari rabu Tamu Mingguan berikutan peniaga kecil kecilan anak negeri terus terpinggir walau mampu menaik industri etnik mereka jika direalisasikan, selain dari itu adalah menjadi tanda tanya etnik anak negeri Tamparuli tidak mengenali etnik mereka sendiri dengan mendambakan peniaga luar berbanding etnik mereka sendiri sehingga dilaporkan peniaga luar mampu meraih untung ratusan ringgit seorang sehari.
Dipaparkan oleh Duwisin Tongkoliham (enggan disiar gambar)  bagi merumuskan situasi  sebenar kes berlaku industri perniagaan kecil kecilan etnik anak negeri setempat berbanding peniaga dari luar dan asing amnya tanpa ada kesedaran yang jelas,  perkara ini amat membimbangkan dikalangan etnik anak negeri yang berusaha memajukan warga anak negeri namun tidak berdaya akibat kekangan anak negeri setempat yang dengki orang mereka sendiri maju dalam perniagaan sehingga mendokong peniaga asing maju di Tamparuli ujar beliau.
Dalam tinjaun Media Terkini juga jelas jika etnik asli Sabah berniaga di Tamparuli mencari RM50.00 pun susah, sebaliknya warga luar dan peniaga asing berniaga sambil berjalan mampu meraih RM600.00 keatas dalam seorang sehingga orang asing berani kata emas bah Tamparuli bosku.
Pandang ke depan dan berfikir sejenak dimana lalainya etnik anak negeri setempat tetap ada jawapan yakni buangkan hasad dengki pada etnik sendiri pasti ada jawapan nya jelas Duwisin Tongkoliham mengakhiri perbualan.
PEMANTAUAN PERLU DIPERHEBAT DALAM NEGERI INI
Oleh. Jasly Dolah
Sabah. Semua pihak perlu membuka mata dan mencari jalan penyelasaian kearah memastikan Buday samseng serta ragut rompak sehingga mengorbankan nyawa orang yang tidak berdosa, selain dari itu ada lah penting juga satu rang undang undang dibentuk bagi meluluskan pendedahan suku kaum pelaku jenayah berat seperti bunuh agar masyarakat Sabah sentiasa berhati hati dengan suku etnik berkenaan setiap kali langkah mereka diluar rumah memandangkan bandaraya dan sekitar Kota Kinabalu ibu negeri Sabah kini umpama dikuasai oleh masyarakat yang diragui status kerakyatan sebenar mereka.
Pendedahan Pajiri Lomiding seorang aktivis masyarakat bagi renungan seluruh masyarakat yang mahu merenung kedudukan Sabah semasa terkini, diharapkan seluruh warga Sabah boleh bersatu dan berfikir segala yang didedahkan ini agar tidak terbiar tanpa mengetahui segala sejarah dihadapan bandar daerah mahupun pekan yang tergolong dikuasai anak negeri suatu masa dahulu katanya.
Oleh. Williem Anak Lagau
PEMINAT MEDIA TERKINI BERCETAK
Sabah. Akbar Media Terkini Bercetak yang kini memperbaharui penyiaran di MEDIA TERKINI ONLINE EDISI SABAH boleh dilayari walau dimana juga negara merupakan satu perkembangan luar biasa dalam industri penyiaran, antara perkembangan terbaru yang dikelolakan Azom Productions House hasil kerjasama Dato' Azhar Haji Omar dan Tuan Arman Karim membentuk kerjasama merealisasikan penyiaran dinamik berani bertanggongjawab tanpa dikuasai pengaruh politik semasa.
Antara pembaca yang kekal data rekod tersimpan dalam unit penyiaran kami termasuk lah pilihan utama WKAN EINUS ANGUN,  MR. BENJAMIN DAN MR. EGOL BASINTAL dimana semasa akbar kami bercetak mereka lah kerap kali menempah pengiklanan kami.
Sesungguhnya penambahbaikan penyiaran media terkini ini adalah hasil kerjasama seluruh pelanggan kami disamping usaha gigih para kakitangan Azom Productions House Malaysia sejak tahun 1998 lagi dan hasilnya kini pelanggan kami boleh melayari kami disegenap pelusuk tanpa masaalah.

Semua pelanggan kami boleh hubungi kami ditalian 01138554026 atau 0145748469 waktu pejabat

Isnin, 27 Mei 2019

SOMBONG BERJUMPA HARIMAU?
Oleh. Hujera Ben
Inanam. Pelayan sebuah kedai makan tersilap langkah baru baru ini apabila berlagak macam tauke silap menghantar pesanan pelanggan dengan gelagat marah marah namun loghat bahasa amat mengelirukan bukan bahasa Malaysia yang asli, ketika marah marah dengan pelanggan dalam kedai terlibat kru media terkini berhampiran dipanggil pelanggan kedai berkenaan jelas pelayan terlibat ketakutan dan mengelak dipetik gambar namun sempat juga gambar wanita berkenaan digambar.
Berdasar maklumat pelanggan mereka memesan Teh 0 Kau kurang manis panas kepada pekedai berkenaan namum yang dihantar ialah Teh 0 kau ping menyebabkan pelanggan menegur supaya menjaga perasaan pelanggan lain sebaliknya ego menumpakan air Teh O Kau ping diatas meja, ini membuatkan setiap pelanggan memerhatikan pelayan yang mirip bagai taukeh rupanya sekadar pelayan makan dan minuman dalalam namun lanya umpama berkedudukan tinggi dan naik tochang serupa tauke kedai pula jelas pelanggan yang ditemui.
PESAN PELAYAN KEDAI TERLIBAT AGAR BELAJAR JADI ORANG BAIK DEMI MENJAGA HATI GOLONGAN PELANGGAN SETEMPAT.
SUMBANGAN RAMADHAN SILIH BERGANTI
Oleh. Jusdi Kurdih
Telipok. Umat Islam bersyukur bagi kawasan Kebayau, Tamalang dan Lawa Mondou berikutan setiap tahun dibulan ramadhan pasti
silih berganti penyumbang hamper makanan terhadap golongan umat Islam dan saudara baru serta mereka yang benar benar serba kekurangan sepanjang ramadhan dan menjelang hari raya aidilfitri, sumbangan seumpama hanya sekali dalam setahun dan menjadi satu kesyukuran dikalangan para penerima demi keseimbangan kehidupan tanpa ada yang disisihkan dikalangan mereka yang sangat memerlukan apa tak lagi warga emas, oku, pesakit kronik, dan golongan mualaf yang terpilih sejajar tanggongjawab dalam keagamaan memberi sumbangan yang sewajarnya.
Menurut sumber maklumat orang Islam daerah Kota Kinabalu terdapat umat Islam sanggup bermegah mengaut keuntungan menerima bantuan berulangkali walaupun mereka mampu mengurus kehidupan penuh kesihatan berbanding orang warga emas, oku,  pesakit kronik yang terbiar tanpa mencukupi sara kehidupan berbanding mereka yang bermegah mengaut sumbangan dua ke tiga kali bantuan dalam masa seminggu dalam kawasan yang sama tanpa berterus terang dengan kemampuan dan sumbangan yang sudah diterima ujar orang ramai.
Apapun orang ramai yang ditemui yakin umat Islam yang mengetahui hukum sumbangan memahami penerimaan mereka dalam bentuk sumbangan dan bukan bermegah megah berulangkali menerima berlebihan reziki yang diterima berbanding rakan rakan sekeliling mereka yang belum terima sumbangan namun ada pula tersenyum dengan tangisan rakan seagama mereka yang belum menerima sebarang bantuan tentu sekali menitis air mata dibulan ramadhan dan menyambut aidilfitri jelas orang Islam yang ditemui.


KENALI BAHASA ASLI SABAH
(Pengenalan)
1. Orang Ertinya Lobuh (Sungoi)
2. Orang Ertinya Jomoh (Samah)
3. Orang Ertinya 3 (Kadazan)
4. Pisang Ertinya Saging (Samah)
5. Gadis   Ertinya Sumandak (Dusun)
6. Ikan  Ertinya  Deing (Samah)
7. Bintang Ertinya Butitin (Murut)
8. Sebelah Ertinya Dembila (Bisaya)


Ruang bahasa ini ditaja oleh. Minamasok Aki Tambunan
Disusun oleh Buji Tukarang
Tel. 01138554026
BERSATU BERGOLAK DITAMPARULI
Oleh. Jopis Anak Lagau
Tamparuli. Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Tamparuli kini dalam kedudukan bergolak berikutan berlaku perebutan ketua penaja dikalangan penduduk kawasan Tuaran dengan penduduk kawasan Tamparuli, kes ini timbul setelah dilaporkan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Mohd.  Noor meletak kepercayaan kepada Paranting Lipayan sebagai Pengurusi Penaja parti Pribumi Bersatu Malaysia beberapa minggu lalu namun dalam pada itu ada pula seseorang wanita bekas calon pada PRU ke 14 lalu bagi Parlimen Tuaran meyebarkan dakwaan bahawa beliau bakal menjadi Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi DUN Tamparuli jelas penyokong Bersatu yang keciwa.
Dalam konteks ini Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Mohd.  Noor tidak dapat dihubungi bagi mendapat ulasan lebih lanjut memandangkan Paranting Lipayan juga enggan ditemui berhubung kes perebutan Pengurusi Penaja Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

 Oleh. Williem Anak Lagau
Dalam negeri Sabah kawalan keselamatan persendirian dilaporkan lebih fukos golongan rakyat yang meragukan mengikut loghat bahasa penuh keganjilan dan sukar difahami.
 MISI MEDIA
Himpunan pembaca setia semasa media terkini bercetak, namun kini telah bertukar Media Terkini Online Edisi Sabah dan bacaan pantas setiap hari.
 Pengurusi Surau Kg.  Kebayau En. Badin Emat terlalu rapat dengan kru media terkini dalam apa juga program pasti beliau akan menjemput membuat liputan keagamaan.
WKN. Einus Angun berterima kasih dengan keupayaan media Terkini bertahan sejak 1998 hingga kini yang diterajui gabungan Sarawak Sabah dan Semananjung Malaysia.

Ahad, 26 Mei 2019

MEDIA TERKINI ONLINE EDISI SABAH, Milik penuh Azom Productions House Malaysia Kuala Lumpur kini memberi ruang penyiaran dan PENGIKLANAN bagi seluruh pelanggan kami di BRUNEI, SINGAPORE, INDONESIA dan MALAYSIA.
HUBUNGI KAMI 01138554026
0145748469 Waktu Pejabat sahaja.
Oleh. Hujera Ben
KELAYAKAN TERIMA BANTUAN BUKAN KIRA UMUR
Tuaran. Tindakan penelitian semua aspek bagi menyenaraikan penerima bantuan bukan tertumpu kepada usia semata mata malah ianya perlu diambil kira kesihatan orang pesakit kronik seseorang, golongan asnaf agar tidak ada yang tercicir dari bantuan kerajaan badan badan ngo serta syarikat syarikat berkeupayaan membantu, tindakan beberapa pihak yang hanya menyenaraikan warga emas sihat dan pesakit menerima bantuan tanpa mengkaji dari sudut lain hanya merugikan pihak kerajaan hanya merugikan rakyat yang berkelayakan apa tak lagi pesakit kronik dan golongan asnaf pasti sepanjang hayat merasai kerugian dalam hidup golongan terlibat sepanjang masa.
En. Badin Emat Amil lantik dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Cawangan Tuaran merangkap Pengurusi Surau Kg. Kebayau Telipok berkata demikian semasa penyerahan sumbangan dari badan IKRAM Sabah dan Islamic Relief  kepada golongan asnaf,  wargatua, pesakit kronik dan golongan OKU serta ibu tunggal tidak berkemampuan di Surau Kg.  Kebayau Telipok, sebagai Pengurusi Surau Kg.  Kebayau Telipok semua penduduk yang layak menerima bantuan beragama Islam dalam kawadan tersebut tidak ada yang ditinggalkan selagi diterima oleh pihak penyumbang demi memberi sinar kehidupan terhadap golongan yang menerima sumbangan katanya.
Bdin Emat juga berterima kasih kepada semua penduduk Kg.  Kebayau Tamalang yang turut hadir pada majlis tersebut walaupun alakadar dan serba kekurangan namun memberi makna besar terhadap para penerima seramai 20 keluarga disamping tetamu undangan Media Terkini Malaysia yang sempat membuat liputan ringkas program tersebut katanya.

UMNO PAS SABAH
PERLU DEKATI RAKYAT
Oleh. Noorafzah Dolah
Sabah. Dalam konteks politik sebagai parti pembangkang seharusnya kurangkan keberadaan ditahap seperti kerajaan terdahulu sebaliknya turun padang mendampingi rakyat jelata sebagai mengekalkan ketaatan setia mereka dan bukan nya bercakap banyak namun rakyat sudah kepenyokong setia parti lain, ini jelas diluahkan sebilangan rakyat jelata selepas sahaja UMNO BN tewas pada pilihan raya ke 14 yang lalu tanpa diduga oleh mereka bergelar pemimpin semasa lebih 60  tahun dahulu dipercayai kegagalan pada konsep bawahan yang dipercayai gagal menyatupadukan rakyat seumpama mengakibatkan undi rakyat jelata berpusing kepada pihak lawan agar pemimpin yang lalai jelas orang ramai.
Hanya Pas Umno sahaja yang mampu berfikir halatuju perjuangan mereka
meraih undi seluruh lapisan rakyat jelata berdaftar sebagai pemilih.

Sabtu, 25 Mei 2019

Pekej Pengiklanan Media Terkini Online Edisi Sabah Diuruskan oleh Azom Productions House Malaysia.
Sesiapa yang membuat tempahan sila hubungi kami di.  01138554026  atau  0145748469 Waktu Pejabat Sahaja.
PERGINYA WARGA TERTUA
Oleh Basron Kirwan
Indonesia. Terkejut itu lah ungkapan penduduk Kg. Blitar Jawa Timur berikutan kematian tua Arjo Suwito yang direkodkan pada kelahiran 19 Januari 1825, penduduk kampung tersebut terkejut dalam usia 193 tahun wargatua ini tidak kelihatan setua usianya yang direkodkan dalam papan kenyataan di Balai Raya kampung Blitar Jawa Timur ujar masyarakat setempat.

Oleh. Norzaitie Kirwan
USAHA TIDAK BERNOKTHA
Telipok. Bagi mengimarah Surau atau Masjid apa juga keperluan didalam nya boleh memohon kepada pihak berkuasa tempatan demi keperluan seluruh jemaah yang menggunakan Surau atau Masjid setempat, tidak ada istilah kekurangan atau dhaif selagi mampu mencari jalan penyelasaian tanpa mementingkan diri seperti mana tanggongjawab menyebarkan agama Islam dengan sempurna berdasarkan setiap kampung dalam tanggongjawab yang diamanahkan.
Wakil Imam (Amil)  merangkap Pengurusi Surau Kampung Kebayau Badin Emat berkata demikian semasa menerima sumbangan Pembesar Suara, Almari Rak dan Tikar dari Baitul Mal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah hari ini, kita bersyukur dibulan Ramadhan ini Allah swt telah memberi sebahagian dari keperluan didalam Surau Kg. Kebayau walaupun sesetengah umat Islam setempat merupakan Mualaf (Saudara Baru)  namun sentiasa bersinar dengan semangat mereka terus belajar al Quran jelas beliau.
Badin Emat berterima kasih dengan sumbangan Baitul Mal Jabatan Hal Eheal Agama Islam Negeri Sabah menghulurkan kelengkapan serupa pada musim bulan Ramadhan al mubarak ini demi kepentingan umat Islam yang menggunakan Surau setempat katanya.
Bagi umat Islam Kg.  Kebayau yang sempat ditemui berharap En.  Badin Emat dipanjangkan usia sebagai terus memimpin Agama Islam setempat tanpa galang ganti nya buat masa kini ujar umat Islam setempat yang ditemui.

Jumaat, 24 Mei 2019

Oleh. Jopis Anak Lagau
SULTAN BERJIWA BESAR
Brunei. Tekanan kepimpinan dunia merupakan cabaran Sultan Hasnal Bolkiah bagi menghadapi perjuangan memimpin negaranya sebagai memperjuangkan Islam sebagai teraju perjuangan perundangan negaranya, berdasarkan kepada hak dan kuasa kepimpinan negara Brunei darussalam sememangnya negara negara asing tidak berhak mencanpuri urusan mentabdir negara berkenaan namun apabila melibatkan tekanan urusniaga ekonomi negara negara serantau ianya satu perkara mustahil boleh dihadapi secara bersendirian sehingga ijajah Univerisiti dari negara British dikembalikan oleh Sultan Hasnal Bolkiah baru baru ini.
Apapun perundangan negara Brunei gunakan berdasarkan kepada Ugama Islam ianya bidang kuasa perundangan negara terlibat dan campur tangan negara asing tidak perlu,  isu hidup songsang LGBT yang dipertahankan pemimpin negara negara kuasa besar seharusnya senang sahaja penyelasaian nya dimana jika kumpulann songsang LGBT tidak setuju kekangan negara pimpinan Islam berhijrah sahaja kenegara negara melindungi LGBT tanpa melibatkan kuasa pemerintahan Islam sesebuah negara tegas rakyat Brunei menyokong Sultan mereka.

Oleh. Basron Kirwan
Pelabuhan Nusantara Pare Pare dijangka akan lebih sesak menjelang akhir cuti aidilfitri  2019 jika TKI di Sabah dan Sarawak balik kampung berhari raya, saat saat akhir menjelang aidilfitri ini juga diramal sesak berikutan TKI mungkin akan mendapat cuti disaat saat akhir dari majikan mereka terutama golongan bermajikan dan berkeluarga yang juga sama sama menetap dalam negara ini. SELAMAT VERCUTI BALIK KE KAMPUNG HALAMAN SEMOGA DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT.


Khamis, 23 Mei 2019

ANGKARA MAHU PERCUMA URUSNIAGA DIKUASAI PENIAGA ASING
Sabah.  Semua bidang urusniaga terbesar dalam negeri ini terus dikuasai oleh peniaga asing berikutan sebilangan besar masyarakat tempatan gemar berurusniaga termurah malah lebih ranai yang minta berurusan secara percuma termasuklah para pegawai kerajaan negeri, kes seumpama bukan perkara baru malah sudah berpuluh tahun ianya berleluasa didalam negeri ini sehingga apa juga sudut urusniaga besar terus dikuasai warga asing kecuali lah jualan kecil kecilan buah buahan sayor sayoran kueh mueh air tebu air ais batu dan paling besar panggang ikan dan sayap ayam.
Gedung kedai kain, Gedung pembinaan perumahan, perindustrian, pengangkutan dan perniagaan besar besaran majoriti orang luar Sabah yang memilikinya.
Sungguhpun kisah benar ini berlaku didepan mata mereka anak negeri namun tidak langsung ada kesedaran mereka  anak negeri melainkan lagak diri yang terus menuntut urusniaga percuma tanpa wujud kesedaran semangat peluang berniaga sehingga orang luar jadi jutawan dinegeri Sabah jolokan rakyat anak negeri. 
Membaca rencana ini guna istilah tepuk dadah tanya dalam hati dan diri sendiri mengapa ketinggalan peniaga asing. PENGARANG

 Oleh. Hujera Ben
Brunei. Gula gula ini dilaporkan dari negara Brunei memiliki Gelatin Babi (Proten Babi) namun masih senyap bagi Tanah Melayu dan Sabah, kes ini telah menarik perhatian kerajaan Sarawak dimana telah mengumumkan bakal melakukan kajian bagi menentu sahkan kesahihan dakwaan tersebut berikutan makanan tersebut berasal dari China dimana menurut laporan ianya adalah makanan digemari ramai antara pelbagai kaum di Malaya dan Sabah sejak berpuluh tahun lalu.
Misteri KAYU  KERAS yang tumbuh meliar didalam hutan tanpa dipelihara sekadar dibersihkan agar tidak ditutupi rumput menjalar.
Suatu masa dahulu Timothy Lim (Pemangku Ketua Bahagian) namun kini tidak dapat dipasti adakah beliau masih lagi KEADILAN atau sebaliknya. K
Pas dan UMNO bakal memetarai persefahaman selepas aidilfitri akan datang menurut kedua dua pemimpin parti berkenaan.
TERPEDAYA WATSHAP GROUP DAN FICEBOK
Oleh. Bujie Tukarang
Sabah. Puluhan orang terpedaya iklan sukahati tanpa tapisan dari group ficebok dan watshap kerugian puluhan hingga ratusan ribu ringgit namun masih lagi masyarakat Sabah tidak sedar dan terus menjadi pelanggan setia group berkenaan,  malah pengiklanan dalam industri persuratkabaran berlesen dan memiliki tapisan terperinci dari Sidang Pengarang (Editorial) bagai kurang dilanggani berbanding IKLAN SESUKA HATI BEBAS terus diikuti tak kira rugi wang ringgit atau terpaksa korban nyawa menjauhi hospital terpengaruh iklan SESUKA HATI walaupun sakit ditanggong menanti maut.
Didedahkan B. Peter G. Paulus sebagai memberi kesedaran orang Sabah yang suka tertipu IKLAN SESUKA HATI WATSHAP GROUP dan FECEBOK dengan pelbagai tawaran janji manis cepat DAPAT WANG BANTAK,  HERBA UBAT TRADISIONAL LEBIH BISA DARI HOSPITAL KERAJAAN dimana akhirnya rugi MACAU SKIM dan MELAYANG NYAWA tidak makan ubat DR HOSOITAL KERAJAAN BAGI ditukar herba iklan sesuka hati, B. Peter menjelaskan penyebar iklan tidak berlesen sememangnya tidak mahu berurusan dengan syarikat pengiklanan berlesen bukan sahaja kedekut membayar iklan malah mereka juga takut perkara yang memperdaya orang ramai meraih keuntungan besar dari produck tidak diketahui jualan mereka termasuklah macau skim menipu dan herba sekadar makanan tambahan dan bukan didaftar sebagai ubat penyembuh pentakit ujar beliau.
Menurut B. Peter G. Paulus bayangkan pesakit yang kronik diarah doktor makan 5 hingga 8 jenis ubat berdaftar tiba tiba penjual herba makanan tambahan menukar dengan produk mereka berbulan bulan apa jadi pesakit terlibat? , ini jelas mampu membunuh pesakit kronik jika penipuan para penjual dalam watshap group serta ficebok tidak ditolak ketepi oleh masyarakat negeri Sabah yang terpelajar dan mampu menilai sendiri ubat dan makanan tambahan disamping macau skim namun sukar untuk mengubah sikap, dengan pendedahan ini orang dalam negeri ini mendengar dan mengikuti berita serta iklan yang dilesenkan siaran seperti semua kenyataan pihak berkuasa seperti kementerian kesihatan dan perubatan termasuklah nasihat pihak Polis bagi mengelak mangsa penipuan semata mata memburu keuntungan peribadi penjual katanya.

SYARIKAT AZOM PRODUCTIONS HOUSE PEMILIK MEDIA TERKINI ONLINE EDISI SABAH menawarkan pengiklanan sempena PESTA MENUAI DAN HARI RAYA AIDILFITRI untuk pembaca Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia sebelum 28 Mei 2019. Kadar harga sedarhana.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 01138554026 atau 0145748469 waktu pejabat sahaja.

Rabu, 22 Mei 2019

Oleh. Williem Anak Lagau
TAMU TAMPARULI DIBANJIRI ORANG ASING?
Tamparuli. Setiap hari rabu Tami Pemandu Tamparuli dipenuhi warga asing menjadi ahli perniagaan ditamu Serta berjalan Japan mengelilingi keluar masuk dalam kedai seumpama mereka ini warga asli Sabah dan Sarawak amnya.
Dalam tinjauan media terkini mendapati penjual penjual ini cukup angkuh temberang dan berkumpulan bagai nak cari gaduh jika ada masyarakat menegur atau bertanya lesen kebenaran import masuk barangan mereka dari negara jiran masuk sebagai jualan dalam kawasan Tamparuli termasuk warga yang memegang barangan mereka jika tidak dibeli pasti mereka (penjual) marah.
Kemelut warga Tamparuli yang sebilangan dari mereka terlalu menyokong penjual dipercayai warga asing juga pendorong mereka warga asing membanjiri setiap tamu Tamparuli tegas penduduk anak negeri setempat.

 Oleh. Hujera Ben
IKLAN SEMBUNYI BERTAMPAL
Sabah. Pihak berkuasa gagal mengawal iklan sembunyi percuma sejak kerajaan negeri Sabah yang baru berkuasa terutama kawasan bandar dan pekan setiap hari bertambah sehingga dinding bangunan penuh tampalan iklan kertas setinggi enam kaki tanpa ada sebarang tindakan pihak berkuasa, ada juga pemilik kedai merungut melihat dinding kedai mereka dengan tampalan iklan perseorangan dengan tidak menggunakan syarikat pengiklanan akbar dilesenkan demi meyakinkan seluruh rakyat Malaysia Sarawak dan luar negara terlibat.

Oleh. Norafzah Dollah
PARTI BARU TIMBUL LAGI
Kuala Lumpur.  Dalam kemelut politik masa kini yang dilaporkan masih belum stabil wujud pula satu parti baru pimpinan Datuk Ibrahim Ali Dinamakan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia yang ditanda tangani kelulusan nya Masyanti Abang Ibrahim bertarikh 8 Mei 2019 lepas.
Perkembangan ini titik permulaan Melayu terlalu banyak pilihan parti membuatkan Cina sebuluh perjuangan dalam DAP bagi menguasai dan mengimbangi politik seluruh Tanah Melayu termasuk Sarawak dan Sabah.
Apakah benar pengundi Melayu dan bumiputera dalam pertumbuhan parti politik pimpinan orang Melayu terpulang lah kepada rakyat Melayu dan bumiputera menentukan halatuju sokongan undi politik mereka.

 KESELAMATAN INDONESIA TANGANI PERUSUH
Oleh. Basron Kirwan
Jakarta. Pasukan keselamatan Indonesia dijangka mampu tangani rusuhan warga Indonesia yang dilaporkan provokasi ahli ahli politik tempatan yang wujud rasa tidak puas hati berhubung kemenangan Jokowi sebagai presiden Indonesia, ketegangan ini memuncak selepas Jokowi diumum sebagai presiden Indonesia pada 21 Mei 2019 lalu dimana sumber maklumat polis ada yang membayar upah dikalangan perusuh selepas menemui sampul surat berisi wang dengan siap bertulis nama penerima semasa beberapa siri tangkapan semasa rusuhan tegas mereka.
Menurut Aminudin Rais tidak ada tanda tanda polis melakukan tembakan senjata api memandangkan sepanjang operasi mencegah rusuhan polis hanya membawa persenjataan gas pemedih mata dan tembakan air bagi menyurai rusuhan, semua kejadian tembakan senjata api berupa pistol dipercayai didalangi kumpulan kumpulan perusuh hasil arahan orang orang yang dengki dengan kemenangan Presiden Jokowi pemimpin yang diterima seluruh rakyat Indonesia tanpa sikap pilih kasih sepanjang satu penggal beliau memegang tampuk Presiden ujar beliau.
 Senarai terpilih mengisi ruangan khas 4 June 2019 pelanggan tetap Media Terkini Online Edisi Sabah dengan diskaun yang dipilih Editorial kami.
Pelanggan tetap yang berminat hubungi kami ditalian 01138554026 atau 0145748469 Masa Pejabat.
Pastikan tuan puan menjadi pelanggan iklan kami sejak mula akbar bercetak kami dan Onaline kami tanpa henti.
Pihak yang bukan pelanggan tetap kami akan dikenakan harga asal.
Jangan lepas mengikuti ruang keluaran khas kami ini. PENGARANG


Oleh. Basron Kirwan
INDONESIA BERGOLAK
Jakarta. Rakyat negara Malaysia yang berada di Indonesia wajib menjauhi kawasan panas bergolak tunjuk perasaan menurut kenyataan kedutaan Malaysia di Indonesia, situasi beberapa kawasan yang terlibat dalam pengiraan dan penjumlahan dan pengumuman keputusan pilihan raya Indonesia penunjuk perasaan protes bantahan jelas kelihatan menggerunkan menyebabkan Polis anti rusuhan sesejali menggunakan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang ramai dan padat benteng barisan mereka.
Sehingga berita ini ditulis penunjuk perasaan masih lagi kelihatan dibeberapa kawasan sekitar bandar tertentu di Indonesia namun sumber Polis Indonesia memaklumkan ianya masih  terkawal.

Menjelang June 2019 Azom Productions House Malaysia memberi peluang menyampaikan UCAPAN AIDILFITRI dalam MEDIA TERKINI ONLINE EDISI SABAH tatapan MALAYSIA, SINGAPORE, INDONESIA dan BRUNEI setiap hari.
Pelanggan boleh hubungi Pejabat Pengiklanan dan Penyuntingan ditalian  01138554026, 0145748469 Waktu Pejabat sahaja.