Isnin, 30 April 2018



WAJAH PEMBUNUH DR. FADI MR A L BATSH

PEMBUNUH BERPINDAH RANDAH DAN SEWA KENDERAAN
Kuala Lumpur. Tragedi yang dilaporkan pembunuh upahan warga asing tinggal berpindah randah serta menyewa kenderaan masyarakat tempatan perlu dijadikan iktibar agar berwaspada terhadap warga asing yang memasuki dalam negara ini sama ada bekerja atau tidak kedua duanya memerlukan pemantauan, menggandakan kesedaran semua pihak dalam negara ini berhubung tragedi tersebut boleh memberi kesan positif bagi mengelak sebarang tragedi seumpama berlaku pada masa hadapan apa tak
lagi mengorbankan nyawa manusia tidak bersalah.
Semua pemilik rumah inap desa, hotel, rumah rumah sewaan, pusat peranginan dan pemilik kenderaan sewaan harus berhati hati dengan para penyewa terutama dari luar negara mahupun dalam negara sendiri supaya mengambil langkah mendaftar nama penuh mengikut nama dalam kad pengenalan mereka atau pasport yang sah agar memudahkan usaha mencari,  sudah sampai masa nya semua generasi muda mudi kita  belajar memantau semua golongan yang datang ketempat kita agar tidak terjebak memberi bantuan penjenayah semata mata disamping mengelak kita subahat melindungi golongan terlibat setiap masa.
Ringkasan Berita Borneo
SORAKAN WARISAN UBAH SABAH BERGEMA
Dimana juga ada bandera Warisan disitu lah bergema laungan Warisan Ubah Sabah bagaikan kekuatan parti tersebut terserlah  anehnya sebilangan dari yang melaungkan slogan tersebut dilaporkan duduk dipenempatan pelarian rakyat asing dan ada juga sumber maklumat golongan yang gemar bersorak Ubah Sabah adalah pemegang pas warga asing jelas maklumat yang diperolehi penduduk tempatan yang berkerja dengan orang asing.
Dalam konteks ini semua pemimpin parti politik pembangkang atau Barisan Nasional harus mengelak dari bersekongkol dengan pemegang pas pelarian bagi mengelak keraguan orang asli dalam Malaysia dan Sabah amnya, Pendedahan ini sekadar memperbaiki tanggapan masyarakat keatas diri dan rakan rakan seperjuangan dalam parti yang diwakili khususnya warga asli dalam negeri ini.
Oleh. Basron Kirwan
 Berita berita ringkas
PARLIMEN TUARAN SIAPA DIHATI RAKYAT?
Isu perebutan calon Parlimen Tuaran disandang Datuk Madius Tangau masing masing meraih sokongan rakyat jelata tidak kira apa juga cara mereka meraih sokongan seluruh pengundi berdaftar namun kadangkala ada calon yang terlepas pandang apabila ghairah dengan sorakan masyarakat sekeliling yang menemui golongan calon tanpa disedari ada media antarabangsa berada disekeliling mereka yang langsung tidak ditegur sapa oleh calon calon tertentu.
Berikutan kes seumpama terjadi peranan calon mesra rakyat sudah keciciran dan berlaku lah pelbagai andaian calon parti pihak lawan demi meraih sokongan undi yang tinggi dari rakyat jelata terhadap calon yang tidak memilih status rakyat jelata tegas mereka. Oleh. Jasly Anak Dollah

MENCUBA SOKONGAN RAKYAT CALON BARU
Calon muka baru bagi menentang Datuk Madius Tangau ialah Datuk Kalakau Untol, Chrisnadia Sinam (gambar kanan) dan Mohd. Aminudin Aling dari PAS serta Syra Peter @ P.Gom Parti Harapan Rakyat Sabah berusaha merebut undi seluruh rakyat diparlimen Tuaran, kebanyakan calon tersebut sukar didekati oleh media luar Sabah entah mengapa tidak ada seorangpun yang mengetahui punca mereka kurang bersemuka dengan orang dari news antara bangsa yang memuat status perwatakan orang politik setempat jelas orang kampung. Oleh. Noor Abdullah

 DUN KIULU DUA BERENTAP SENGIT?
Kiulu. Pertembungan Calon BN Datuk Joniston Bangkuai (PBS) dengan Jo. Anne Sue Henley Rampas PARTI WARISAN SABAH, Terence Sinti dari Star dan Gaibin Ransoi dari Parti Cinta Sabah (PCS) merupakan saingan yang panas memandangkan tokoh politik veteren Kiulu Datuk Louis Rampas pakcik kepada Jo. Anne Sue Henley Rampas dilaporkan selamba mengiringi jentera kempen bersama BN  Datuk Joniston Bongkuai (gambar bawah yang berkerja keras mendekati seluruh pengundi dikawasaan DUN Kiulu sehingga 8 Mei 2918 ini. Oleh. Bujie Tukarang


Ahad, 29 April 2018

 Berita Ringkas.
MAMPUKAH CABARAN MENAWAN PARLIMEN PANAS INI?
Calon dari Gabungan Sabah Parti Harapan Rakyat Sabah (GS) dilaporkan En. Miasin Mion @ Iward Muin (gambar) dipertanggongjawabkan  berhadapan dengan calon BN Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak seorang pemimpin berpengalaman berserta dengan calon dari Parti WARISAM, PAS, bagi merebut kerusi tersebut pada 9 Mei 2018. Oleh. Bujie Tukarang




PARLIMEN KENINGAU SIAPA MERAIH SOKONGAN?
Parti Solideriti Tanah Air Ku STAR mencuba sekali lagi bagi menawan kerusi Parlimen Keningau disamping berusaha menawan kerusi baru Dun Tambunan dilaporkan kubu kuat PBS BN pada pru ke 13 oleh abang beliau Tan Seri Pairin Kitingan dan kini terus dipertahankan oleh Huguan Siou berkenaan kali ini berhadapan dengan parti Warisan sebagai 3 penjuru. Oleh Noor Abdullah


 POLITIK VETERAN MENCUBA NASIB DIDUN KUNDASANG
Datuk Henrynus Amin Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah mencuba kekuatan parti beliau dengan mendapat rakan kerjasama dari Parti Cinta Sabah berhadapan calon PARTI KEBANGSAAN SABAH, Warisan, BN, SAPP rakan Gabungan Sabah berentap pada 9 Mei 2018. Oleh. Basron Kirwan


BEKAS CALON DAP SEPANGGAR BERTANDING PARTI STAR
Jeffery Kumin (gambar) yang bertanding atas parti DAP pada pru ke 13 lalu dengan undi lebih kurang 13,000 kini bersaing sekali lagi atas parti STAR berdepan dengan BN, WARISAN, PCS, dan PKS yang menanti saat getir pada 9 Mei 2018, mampukah Jeffery Kumin meraih sokongan Undi Cina berikutan DAP dan KEADILAN berkempen membantu calon Warisan secara habis habisan terserah dengan jentera beliau dan GS yang dilapor bergerak selamba sahaja. Oleh Williem Anak Lagau

Sabtu, 28 April 2018

Berita Ringkas
DUN KUNDASANG SIAPA DIMATA PENGUNDI?
Ranau. Kerusi Dewan Undangan Negeri Kundasang mula menjejaki rakyat bagi meraih sokongan undi agar akan terpilih seseorang yang benar benar berjuang membela pelbagai permasalahan rakyat diketengahkan kepada Dewan Undangan Negeri meminta kelulusan menghulurkan bantuan yang amat diperlukan semua kepentingan masyarakat setempat, satu yang menarik perhatian PRU ke 14 ini bagi pertandingan pilihan raya adalah kemunculan seorang calon dari generasi warga mukim Timbua dilaporkan memiliki pengundi yang ramai bagi DUN Kundasang jelas membuka mata semua masyarakat setempat disamping calon dari mukim Timbua mempunyai perhubungan baik dengan semua orang termasuk masyarakat mukim Bundu Tuhan sejak puluhan tahun dahulu lagi.
Calon yang diyakini menarik perhatian masyarakat mukim Timbua dan mukim Bundu Tuhan ialah Jinus Sodiong (gambar tengah 3 orang) merupakan bukan calang calang hormati seluruh rakyat seluruh Dun Kundasang dan negeri Sabah serta Malaysia amnya, namun Jinus juga masih ditandingi oleh Datuk Henrynus Amin calon Parti Anak Negeri gabungan dari PCS seorang pemimpin politik berpengalaman bagi Dun Kundasang tegas penduduk setempat semasa kunjungan media dikawasan Kundasang baru baru ini. Antara calon bertanding di Dun Kundasang ialah 1. Jinus Sodiong Parti Kebangsaan Sabah (PKS) 2. Datuk Dr. Joachim Gunsalam (BN) 3. Japiril Suhaimin (GS) 4. Siriman Basir (Warisan) 5. Datuk Henrynus Amin (Anak Negeri Cinta Sabah)
Jinus Sodiong senang dihubungi rakyat mukim Timbua mahupun mukim Bundu Tuhan jika diberi sokongan menjadi wakil rakyat DUN Kundasang selepas 9 Mei 2018. Oleh Basron Kirwan

2

Jumaat, 27 April 2018

 Berita Ringkas 28 April 2018
PENAMAAN CALON PARLIMEN SEPANGGAR
Jumlah penyokong calon Keadilan dan Warisan melebihi daripada pengiring BN di Dewan Kingfisher sejak pagi lagi bagaikan semangat mereka mampu menawan Parlimen Sepanggar dan Dun Inanam, bagi  calon BN pula ada  kesukaran menemui sebelum penamaan calon memandangkan diberi kawalan ketat oleh para penyokong masing masing sehingga orang kanan media pun tidak mereka penyokong benarkan menemui calon diluar dewan bagaikan dibimbangi orang lain mendekati calon BN mereka.
Golongan calon calon yang mewakili mana mana parti dalam kompenan BN atau Parti Pembangkang bagi negeri Sabah dan Sarawak wajar memberi makluman kepada seluruh jentera parti mereka agar tidak menghalang media nenemui calon calon yang bertanding, jika perkara aeumpama berlaku setiap kali pilihan raya jelas lah lepas pilihan raya para petugas calon yang menang akan terus membelakangi rakyat jelata yang hendak bersemuka dengan wakil rakyat mereka sepanjang 5 tahun tanpa dihiraukan golongan tidak berjawatan.
Media Terkini berharap semua calon yang layak bertanding diseluruh Sabah dan Sarawak agar memberi ruang kakitangan media menemui mereka sepanjang masa berkemoen dengan menasihati jentera tidak berlagak sombong demi sokongan rakyat pengundi dalam masa membuang undi pada 9 Mei 2018. Oleh Basron Kirwan dan Jasly Anak Dollah


Editorial Media Terkini Telipon 01138554026  0145748468 Malaysia.

 Berita Pendek
PARLIMEN TUARAN SIAPA YANG DIDOKONG RAKYAT?
Rakyat yang berdaftar sebagai pemilih kawasan Parlimen Tuaran masih lagi tercari cari siapa yang perlu disokong undi pada 9 Mei 2018 jika pemimpin sekitar berebut rebut menjadi calon terutama parti parti pembangkang tanpa permaufakatan, jika selepas penamaan calon pada 28 April 2018 kekal parti pembangkang bertembung sebanyak 4 hingga 5 penjuru lawan 1 BN ia akan menjadi laluan senang bagi calon BN meraih kemenangan pada 9 Mei 2018 tanpa kesukaran yang nyata.
 Siapapun yang menjadi calon pada 28 April 2018 terpulang lah kepada seluruh pengundi kawasan Tuaran jelas masyarakat  setempat.

Khamis, 26 April 2018


Berita Ringkas
DAFTAR PEMILIH TAGIH JALAN RAYA TERABAI SEJAK 2005 DITELIPOK DARAT
Dun Inanam. Pengundi kawasan Telipok darat menagih kepada pemimpin kerajaan sejak 2005 mengapa jalan raya Telipok Darat dari simpang Logkou Baru menuju ke Kebayau Tamalang dan terus ke Melidan tidak diaspal dengan sempurna sebagai laluan utama setiap hari orang kampung sekitar, kini sudah melaksanakan tanggongjawab mengundi tahun 2018 pilihan raya ke 14 semua calon yang bertanding di Dun Inanam mewakili semua parti berdaftar tidak pernah datang bersemuka orang kampung terlibat bagi menjelaskan masaalah jalan terbiar lebih 12 tahun menyebabkan rakyat jelata keciwa dengan calon calon yang mahu bertanding merebut WAKIL RAKYAT.
Sehubungan dengan ini pengundi Kg. Logkou Baru, Kg. Kebayau, Kg. Tamalang dan Kg. Seri Melidan Telipok serta kampung kampung yang menggunakan jalan raya tersebut minta semua calon turun padang melihat gambar jalan raya yang disiarkan orang kampung agar dapat diaspal dalam pilihan raya ini demi kesenangan rakyat asli Sabah jelas penduduk sekitar.
Oleh. Basron Kirwan/Jopis Anak Lagau
 RINGKASAN BERITA SEMASA
POLITIK MASA KINI DAFTAR PEMILIH UNDI SIAPA?
Sabah. Selepas hampir keseluruhan calon BN dan Pembangkang telah diumum hari ini sudah jelas rakyat sudah mengenali raut wajah calon yang bertanding bagi kawasan mereka masing masing, apakah sejarah setiap calon terlibat 4 tahun sebelum bubar pilihan raya ke 14 ini disetiap yang mereka tandingi antara parlimen dan dun yang mampu meraih sokongan seluruh pengundi setempat khususnya kerja kemasyarakatan atau amal dengan masyarakat setempat.
KRU Media Terkini Malaysia mendepani rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi memaklumkan ada calon calon masa kini yang mereka (rakyat) tidak kenali apa tak lagi menemui setahun sebelum bubar dun dan parlimen bagaikan calon terlibat sudah membisu dari bersemuka dengan rakyat jelata, tidak kurang juga rakyat jelata yang ditemui mendakwa sebelum diumum sebagai calon rakyat hubungi pun tidak disambut malah mesej sahaja menjawab, "sibuk" swpanjang masa apa tak lagi menemui orang kampung bertanya kabar terang penduduk yang ditemui.
Beberapa golongan senarai calon antara pembangkang dan bn yang bertanding pada pru ke 14 cuba dihubungi rakyat jelata juga sukar sehingga beberapa jurugambar bebas cuba menghubungi talian telipon rakyat jelata beri namun tidak dijawab sampai tamat panggilan, ini menjadi keraguan rakyat jelata jika golongan terlibat menang menjadi wakil rakyat sudah pasti bukan senang Wakil Rakyat menerima panggilan atau kunjungan golongan orang kampung yang tidak segak macam orang berkhidmat dalam kerajaan jelas mereka.
Pengundi berharap dengan teguran dan pendedahan mereka (rakyat pengundi) menerusi Media Terkini Malaysia di Sabah calon calon memberi penjelasan pada kami masyarakat pengundi anak anak asli Sabah didalam Media Terkini tatapan dan suara kami disiarkan, tidak ada unsur membidas pihak calon calon yang disenarai bakal bertanding dalam pru ke 14 antara BN dan Pembangkang namun sekadar rakyat jelata orang orang kampung berharap suara mereka didengari walaupun setahun sekali terang rakyat kampung yang ditemui.
GAMBAR YANG DISIARKAN SEKADAR HIASAN
Oleh. Noor Abdullah/Basron Kirwan/Jopis Anak Lagau

Rabu, 25 April 2018


PBS KADAMAIAN AKAN BERJUANG DEMI MASA HADAPAN
Kota Belud. Seluruh ahli ahli PBS bahagian DUN Kadamaian akan bersatu bagi memperkasa perjuangan mereka dengan mendaftar ahli ahli dikalangan belia dan beliawanis setempat demi pemimpin pelapis mereka dimasa akan datang, cabaran dalam politik hari ini akan berubah menjelang tahun 2022 dan jika tidak bersedia dari sekarang kepimpinan parti PBS Kadamaian bakal kehabisan pemimpin yang lebih berkeliber dan berani menghadapi cabaran dalam apa juga cabaran yang ditempuhi tanpa berjuang demi parti dan tanah air.
Kesefakatan seluruh ahli ahli PBS Kadamaian tidak mampu digugat walaupun terdapat seorang dua yang sekadar mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi dalam PBS namun ianya bakal berganti jika muda mudi menerajui parti berkenaan, malah seluruh ahli ahli PBS Kadamaian telah bersatu meminta Datuk Herbert Timbun Lagadan mantan wakil rakyat Kadamaian agar terus mempertahankankan jawatan beliau sebagai Penolong Setiausaha Agong PBS Negeri Sabah demi jembatan penghubung PBS Kadamaian keperingkat pusat agar terus mantap perjuangan parti tanpa mementingkan keperluan peribadi.
Demikian usul seluruh ahli ahli PBS DUN Kadamaian dalam satu perjumpaan rasmi di Dewan Toginambur hari ini 25 April2018 sebagai mengulas nasib PBS yang dilaporkan bakal diganti dengan calon UPKO pada PRU ke 14 pada 28 April 2018 akan datang, kehadiran hampir 100 orang ahli ahli PBS termasuk beberapa pemimpin Bahagian PBS Kadamaian serta para pemimpin masyarakat membuktikan mereka PBS terus bersatu dalam BN walaupun sakit umpama ditikam dari belakang oleh beberapa kerat dalam kompenan BN namun itu adalah pembakar semangat berjuang dalam parti bagi memikirkan perjuangan jauh kehadapan dimasa akan datang jelas mereka.
Semua ahli ahli PBS DUN Kadamaian yang hadir cuma berasa janggal berikutan dalam situasi perjumpaan mereka membincang nasib PBD yang diambil kedudukan calon dari rakan kompenan lain Ketua Bahagian PBS Kadamaian Demis Rumanti tidak kelihatan dalam Dewan tersebut, seluruh ahli ahli PBS Kadamaian menyuarakan seharusnya Ketua PBS Bahagian yang memimpin mereka mendepani situasi seumpama namun ianya tidak terjadi malah mereka ahli ahli PBS Kadamaian terpaksa menjemput Datuk Herbert Timbun Lagadan dan Daimin Sulukan bagi meluahkan serta berbincang segala sakit yang membuku didalam dada mereka masing masing apabila mendengar wakil dari UPKO akan dicalonkan dikawasan tersebut pada 28 April ini ujar mereka.
Oleh. Bujie Tukarang dan K.Man

Selasa, 24 April 2018


GEMPAR HIMPUNAN PROTES PBS KADAMAIAN

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman diminta mengembalikan calon DUN Kadamaian di kembalikan kepada Parti Bersatu Sabah yang berkelayakan sebagai mengekalkan undi BN dalam PRU ke 14 ini,  Ketua Menteri Sabah juga memiliki kuasa sebagai Pengurusi BN Sabah bagi mengembalikan calon tersebut pada PBS demi memperkasakan kekuatan BN bagi kawasan Kadamaian demi meraih undi yang lebih besar ujar penyokong PBS Kadamaian hari ini 25 April 2018 di Dewan Taginambur Kadamaian Kota Belud. Oleh Basron Kirwan
 Berita Berita Ringkas
WANITA DIUJI PARLIMEN SELANGAU
Sarawak. BN telah menyerahkan tanggongjawab kepada seorang calon wanita Rita Sarimah Insol (gambar kanan) mencapai kemenangan di Parlimen Selangau pada 9 Mei 2018, malah sumber rakyat dikawasan Selangau tidak bermasaalah BN memenanginya sejak pelbagai peningkatan pembangunan dan ekonomi masyarakat berhampiran agar gandaan ekonomi rakyat jelata seluruh Selangau terus mara kehadapan jelas masyarakat sejagat. Oleh. Jopis Anak Lagau

 MENTERI PERTAHANAN ISRAEL KEJAM DIMATA UMAT ISLAM
Mesir. Tindakan Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieber Man cuba meminta pihak berkuasa Mesir menghalang mayat Dr. Fadi MR Albatsh untuk tatapan seisi keluarga sebelum dikebumikan dikampung halaman perkampungan Dr. Fadi jelas tidak berperikemanusiaan dan mengguris perasaan seluruh umat Islam dalam dunia apa tak lagi dalam masa keluarga Dr. Fadi bersedih masa kini dengan doa dan harapan semoga rohnya dicucuri rahmat setiap masa. Oleh Basron Kirwan

PAS UJI NASIB POLITIK SABAH
Sabah. Parti Pas dalam PRU ke 14 sedang mencuba sokongan rakyat berbilang kaum dan agama bagi mengundi calon pilihan parti bertanding dalam Dun serta Parlimen tertentu. Oleh. Noor Abdullah.

Isnin, 23 April 2018

Oleh. Basron Kirwan
MAMPUKAH PBS KADAMAIAN PERTAHAN KERUSI DUN?
Kota Belud. Percaturan kerusi DUN Kadamaian menjadi panas apabila desas desus UPKO berhasrat mahu menukar kerusi tersebut dengan DUN Bingkor pada PRU ke 14 ini ditambah pula dilaporkan sukar mencari calon yang boleh menang BN dalam kawasan tersebut, dalam percaturan politik terbaru muncul pula calon parti PAS En. Satail Mojungkat (gambar baju hijau Pas) dipilih menjadi calon PAS Dun Kadamaian etnik Rungus bukan Islam  seolah olah penduduk Kadamaian sudah berubah haluan memilih calon Pas bukan orang Islam memimpin mereka selepas pilihan raya jika PAS menang dalam pilihan raya ke 14 kali ini tanpa sebarang keraguan.
Barisan kepimpinan PBS bahagian Kadamaian  (gambar berkumpulan) tampil menuntut DUN Kadamaian dikekalkan untuk PBS melihatkan PAS sudah mempamerkan kesungguhan mereka mahu memenangi DUN Kadamaian sebagai kubu kuat BN walaupun telah tewas dengan PKR pada PRU ke 13 yang lepas kepada calon PKR yang kini YB nya menyertai PBRS dalam parti kompenan BN,  rakyat kawasan DUN Kadamaian tentunya bijak memilih setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya ke 14 ini walaupun diramal bakal pertembungan ramai menawarkan diri mahu menjadi calon dalam pru ke  14 ini agar dapat  berkhidmat kepada seluruh rakyat jelata di Dun Kadamaian sebaik dimaklumkan calon parti yang menang sebaik diumum SPR bakal menjadi wakil rakyat jika akan menang dalam pilihan raya  kelak.






Gambar AJK kepimpinan PBS DUN Kadamaian yang mesyuarat tergempar  baru baru ini.

Ahad, 22 April 2018

 Berita Ringkas
PBS MEMBERSIHKAN NAMA DARI BERITA PALSU
Sabah. Setiausaha Agong PBS Datuk Johnny Mositun dan penyokong parti ditemani peguam telah membuat laporan Polis bagi menafikan berita palsu yang menyiarkan PBS keluar dari kompenan BN bagi menghadapi PRU ke 14 ini, berita seumpama sengaja direka bagi menjatuhkan reputasi pemimpin serta nama baik beliau (Datuk Johnny Mositun) dan keluarga tanpa kesahihan berita yang disiarkan menyebabkan PBS tampil meminta Polis menyiasat berita palsu tersebut agar pihak tidak bertanggongjawab diheret kemuka pengadilan demi nama baik kepimpinan PBS dimana juga ahli mereka. Oleh. Noor Abdullah

BN PANTAI TIMUR SABAH TAK GOYAH
Tawau. Datuk Ramli Marhaban menyifatkan kekuatan UMNO BN seluruh kawasan pantai timur Sabah tidak goyah walaupun Parti Pembangkang mendakwa kekuatan penyokong mereka luar biasa, malah rakyat berdaftar sebagai pemilih sekitar pantai timur Sabah yakin UMNO dan BN sahaja mampu membela status kehidupan masyarakat berbilang kaum namun memerlukan mereka yang benar benar berjuang demi masa depan kemajuan masyarakat setempat. Oleh. Williem Anak Lagau


Jumaat, 20 April 2018

 PEMBUNUHAN TERANCANG SEMUA PIHAK BERWASPADA
Kuala Lumpur. Pembunuhan Dr. Fadi Mr Albatsh Fatma 35 tahun dipercayai perbuatan agensi perkhidmatan rashia Israel MOSSAD perlu menjadi iktibar disamping membuka mata dikalangan umat Islam dipelusuk dunia agar dapat dikekang dari berulang dimasa akan datang,  masyarakat dalam negara Malaysia juga perlu berwaspada disekeliling mereka terutama golongan warga asing dan rakan rakan subahat warga asing agar sebarang kemungkinan dapat ditangani pada peringkat awal sebelum sampai ketahap pembunuhan.
Demikian pendedahan Ketua Jihad Islam Plasten Khalid Al Batash sebagai mengulas sebenar tragedi pembunuhan Dr. Fadi Mr Albatsh (gambar) yang tinggal si Malaysia sejak tahun 2011 lalu dan dilapor memiliki permastautin tetap di Malaysia, dalam konteks seumpama kesiapsiagaan seluruh masyarakat dalam negara ini sangat penting bukan sahaja menjaga keselamatan orang lain malah penting juga untuk diri sendiri setiap masa memandangkan kita tidak kenal siapa warga asing yang berkeliaran disekeliling kita.
Adalah menjadi harapan semua pihak agar setiap warga asing yang memasuki negara ini dipantau lebih jetat dimasa akan datang bagi mengelak berlaku lagi pembunuh upahan  dari negara asing memasuki negara ini bagi melakukan perbuatan seumpama.





Khamis, 19 April 2018

PENGARUH POLITIK BERDASAR WIBAWA PRIHATIN
Keningau. Rakyat kawasan Dun Tambunan sudah pasti menilai kemampuan para pemimpin yang sayangkan rakyat kearah masa depan yang lebih terjamin tanpa sebarang ancaman kuasa dari luar apa tak lagi menerusi zaman IT yang canggih sentiasa berubah setiap masa apa tak lagi generasi muda mudi hari ini terdiri dari golongan cendikiawan, kredebeliti para pemimpin masa kini bukan satu ukuran penting bagi golongan warga desa melainkan kemampuan membantu rakyat dengan pelbagai termasuklah memberi bantuan dana pertanian bantuan status kemiskinan dimana perkara seumpama kurang diselami kepimpinan muda dan baru walaupun amat diperlukan oleh masyarakat luar bandar dan kawasan terpencil.
Terbaru media sosial dan media media tempatan dalam Sabah meramalkan 3 beradik bakal bertembung di Dun Tambunan mahupun Parlimen Keningau dengan mewakili parti PBS, STAR dan WARISAN dengan pelbagai agenda menawan hati rakyat masing masing,  seperkara yang kurang diperaktikan  golongan tokoh politik  ialah isu isi hati seluruh rakyat jelata terutama kawasan luar bandar serta status kurang berkemampuan malah golongan terlibat seringkali terlepas pandang dikalangan pemain politik generasi muda mudi ujar warga asli Tambunan.
Beberapa wargatua kawasan Tambunan yang ditemui meramalkan jika pertembungan calon melebihi 4 hingga 5 penjuru pasti harapan BN untuk menang cerah dan mungkin pesaingnya hanyalah Star dimana pengalaman cukup luas menghadapi calon calon lain yang berupaya membela rakyat suara seharian mereka, namun kelebihan BN jika BN mempertahankan kerusi Dun Tambunan semua jentera perlu dikerah menemui rakyat jelata jika mengekalkan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai calon yang berwibawa untuk menang jika pembangkang tidak bersatu menentang BN setempat.
Bagi parti pembangkang jika seorang sahaja dipilih iaitu Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan sebagai calon Dun Tambunan berhadapan abangnya Huguan Siou rakyat Tambunan meramalkan harapan untuk memenangi kerusi Dun tersebut besar tanpa perpecahan undi sesama pembangkang.
Oleh. Jasly Anak Dollah


 Tamparuli mampu menarik perhatian ramai jika diwujudkan satu daya tarikan khazanah pelancongan pelbagai pusat peranginan disamping khazanah bangunan lama yang menarik, tinjauan para pemerhati bangunan lama mendakwa jika bangunan kedai lama Tamparuli ini (gambar) dimajukan sebagai khazanah pelancongan daerah sudah pasti ianya memiliki sejarah berharga untuk diwarisi. Oleh. Noor Abdullah


 Parti Cinta Sabah rakan seperjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri PAN sedang rancak menjejaki rakyat jelata dikawasaan yang mereka tandingi pada pilihan raya ke 14 bertarikh 9 Mei 2018, tekad mereka mahu menawan sedaya upaya kerusi yang bakal mereka tandingi jika seluruh rakyat berdaftar sebagai pemilih boleh memberi sokongan.
Media Terkini gagal mendapat jawapan dari Presiden PCS walaupun telah dihantar melalui watshap namun tidak ada jawapan.
Oleh. Pengarang



Kedudukan BN di 3 kerusi DUN Sulaman, Tamoaruli dan Kiulu bersama dengan Kerusi Parlimen Tuaran masih menjadi teka teki adakah mampu dipertahankan oleh BN atau bakal ditawan calon calon parti pembangkang PRU ke 14, teka teki ini bergantung ditangan kepimpinan BN Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Mohd. Noor berserta Datuk Madius Tangau bagi meraih sokongan padu para pengundi berdaftar dikawasan tersebut namun kepimpinan BN setempat sukar dihubungi kru media terkini sejak tahun lalu.
Oleh. Jopis Anak Lagau

Rabu, 18 April 2018

 PBS MENDEPANI CABARAN GETIR PRU 14?
Sabah. Parti Bersatu Sabah diuji sekali lagi apabila MCA berusaha memohon penukaran Parlimen Kota Kinabalu yang dipimpin PBS  dengan bertukar ke DUN Luyang kini dipegang MCA menerusi Datuk Dr. Hiew King Chew wakil rakyat Luyang masa kini selepas meninggalkan DAP bagi menyertai MCA dekat sini, malah selain MCA dilaporkan juga ada pemimpin Umno yang cuba meminjam kerusi DUN Matunggong kepada Umno namun mendapat bantahan meluas dikalangan kepimpinan PBS seluruh  Sabah demi memelihara kawasan yang telah diagihkan sejak sekian lama.
Parti Bersatu Sabah juga kena memperhalusi tinjauan diperingkat akar umbi bagi memperkasa kepimpinan agar dalang dalang perosak perhubungan antara pemimpin bawahan dengan ahli ahli amnya penduduk bumiputera yang menyanjung perjuangan PBS namun disebabkan wujud kepimpinan bawahan yang rapuh mengakibatkan ada parti lain berusaha mengambil kawasan berharga bagi PBS, dalam konteks PBS Parti yang berpengaruh dan berusia lama sudah tiba masa nya kepimpinan tertinggi PBS membentuk unit penggempur parti bagi memantau perilaku kepimpinan bawahan yang banyak menyakitkan hati rakyat jelata demi kekuatan PBS sepanjang masa jelas para penyokong PBS yang ditemui.



DAP TANDING PARLIMEN TENOM
Sabah. Parti DAP melebarkan sayapnya bagi bertanding di Parlimen Tenom walaupun mereka tahu ianya kawasan kerusi KDM sejak dahulu lagi namun kini DAP terpaksa mempertaruhkan calon masyarakat KDM bagi menawan dari kubu kuat BN kata pemimpin DAP Sabah dekat sini, sejauh mana kah kekuatan BN mempertahankan kerusi Parlimen Tenom bukan perkara senang jika tidak diperkasakan jentera pada peringkat bawahan seluruh parti kompenan BN antara PBS, UPKO dan PBRS serta UMNO yang dianggap parti pembangkang Sabah tidak menambat jiwa rakyat jelas penyokong DAP.
 Ringkasan berita
DATUK MAHA GURU TANDING BEBAS
Raja Bomoh Malaysia suatu ketika dahulu bakal bertanding Bebas PRU 14 Dun dan Parlimen,
ini didedahkan pelbagai laman sesawang bagi membolehkan penyokong parti pembangkang bakal berpecah jika pertembungan dengan BN melebihi 4 parti pembangkang  ujar para pemerhati veteran politik.
Oleh. Williem Anak Lagau
KDM MASIH PERLU HUGUAN SIOU DEMI GENERASI MEREKA
Keningau. Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan masih diperlukan oleh masyarakat KDM bagi mengemudi PRU ke 14 bagi kawasan PBS demi mencapai kemenangan penuh bersama BN, jika huguan siou pun bersara rakyat jelata KDM mohon jasabaik agar mengemudi jentera PBS pada PRU ke 14 diseluruh kawasan KDM yang ditandingi berhadapan parti pembangkang yang banyak bercakap kurang sumbangan pada rakyat jelata dikawasan luar bandar.
Oleh. Bujie Tukarang

Selasa, 17 April 2018


Oleh. Noor Abdullah
KEKUATAN PARTI KDM PERLU PEMERKASAAN DIAKAR UMBI
Sabah. Kepimpinan perpaduan kesatuan parti dalam KDM perlu pemerkasaan sehingga keakar umbi rakyat jelata berbilang kaum asal berdaftar sebagai pemilih masa kini, jika jentera diperingkat akar umbi rapuh dan kekal memilih buluh dikalangan seluruh penduduk setiap kampung natijahnya masih calon PRU ke 14 hilang undi sokongan pengundi berdaftar sebagai pemilih.
Kemasukan 400 orang ahli ahli parti pembangkang kedalam BN dikawasan Kota Belud (gambar bersama Datuk ah Haji Jamli) juga tidak akan menjamin undi mutlak kemenangan jika kepimpinan bawahab BN setempat tidak diperkasa peringkat bawahan seperti pembelaan dan hubungan baik seluruh lapisan rakyat jelata berbilang bangsa dan agama, dalam konteks ini setiap pemimpin parti kompenan BN bawahan khususnya jentera Pengurusi PDM mewakili setiap parti politik wajar muhassabah diri agar disanjung serta diundi calon yang dipertandingkan setiap kawasaan DUN dan PARLIMEN ke 14 ini jika jentera mereka diperkasa yang terbaik.
Dalam tinjauan media terkini dibeberapa pusat daerah mengundi yang telah diwujudkan beberapa kawasan masih terdapat  pengurusi PDM gemar memandang rendah rakyat orang kampung termasuk lah sehingga Pengurusi PDM tersilap memandang rendah Pengurus Cawangan Media Borneo merangkap Editor Siaran harian, warkah pandangan PDM perbaiki sikap didepan rakyat berdaftar undi agar mereka menghormati semua pemimpin kompenan BN, jika ketua ketua PDM tidak ubah diri angkuh dan sombong natijahnya rakyat pengundi akan membuat pilihan memindahkan undi kepada pimpinan pembangkang yang manis kata walaupun  tidak mampu membantu rakyat jelata masa kini namun manis tutur bicara jelas beberapa rakyat jelata.

PENGEMIS BANDARAYA K.K DIDALANGI WARGA ASING
Sabah. Warga asing mendalangi pengemis didepan lorong lorong kedai sekitar bandar raya Kota Kinabalu tanpa mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan disamping perkara pinjam wang dari ALONG dengan kadar bayaran terlalu tinggi dikuasai orang luar, masaalah pengemis jalanan dinegeri Sabah cukup merunsingkan warga asli dimana ianya bagai satu pelan terancang bagai terlepas pandang dikalangan petugas tempatan.
Selain dari pengemis jalanan turut membimbangkan warga asli Sabah ialah penjual pelbagai barangan berupa tiruan secara bergerak juga dimonopoli oleh warga asing bergerak dipelusuk tamu mingguan, ini didedahkan oleh Jumilis Abdullah sebagai renungan para pemimpin politik Sabah agar melakukan tindakan jika terpilih menjadi wakil rakyat dan bukan nya diam membisu seperti yang berlaku sejak 10 tahun lalu terlalu banyak orang asing menjadi peniaga dan penjaja secara bergerak ujar beliau.
Oleh. Basron Kirwan

Ahad, 15 April 2018

 Oleh. Jopis Anak Lagau
ANCAMAN DARI LUAR PERLU DITELITI
(JANGAN SILAP MAIN SOKONG POLITIK)
Sabah. Percaturan politik yang terlalu banyak dalam negeri ini memerlukan penelitian rapi dikalangan rakyat jelata terutama masyarakat anak negeri diluar bandar dimana jika tersilap pilih mampu merugikan generasi keturunan mereka, apa yang kita lihat masa kini pergolakan diluar negara ialah kemelut penindasan orang yang tidak berdosa ini kan pula tanah air Sabah yang kerdil mampu menahan tekanan orang luar jika kita tersilap pilih pemimpin yang sedia ada bertungkus lumus mengekang kebanjiran orang luar tidak bernegara namun masih tidak habis dinegeri ini.
Kajian beberapa pesara keselamatan tanah air menyifatkan BN masa kini berada dilandasan benar membela serta memajukan negeri Sabah walaupun bukan dalam sekelip mata namun jelas nampak ketelusan perjuangan mereka khususnya Sarawak dan Sabah, namun bagi segelintir pemimpin parti pembangkang pula terlalu jauh melihat misi dan visi perjuangan mereka dengan tidak menumpukan sumbangan orang kampung walaupun mereka meminta undian dalam pilihan raya demi mencapai target impian sebagai wakil rakyat.
Isu pendedahan Herdeing Ansulok pesara keselamatan dalam pertemuan dipekan Keningau hari ini sebagai mengulas percaturan politik Sabah masa kini walaupun pelbagai usaha kerajaan BN membangun rakyat tanpa mengira bangsa namun masih ada orang tempatan Sabah sanggup menidak segala usaha pemimpin kerajaan terkini demi mencapai agenda jawatan mereka, sungguhpun ada pegawai rendah kerajaan BN masa kini yang memilih rakyat untuk dibantu namun ianya hanya 0.1% sahaja dan boleh ditukar ganti jika rakyat jelata bersatu membuat penyingkiran golongan terlibat menerusi aduan kepihak atasan berpandukan pada bukti bukti yang jelas tegas beliau.
Media Terkini difahamkan sungguhpun pelbagai kawalan ketat kerajaan BN berhubung PATI namun sentiasa juga tangkapan kemasukan mereka ke Sabah setiap bulan akibat ada tempat berteduh dalam Sabah tanpa susah payah menyewa, PATI memasuki negeri ini memiliki pelindung saudara mara mereka yang sudah menjadi warganegara atau penduduk tetap dengan pelbagai helah melindungi mereka termasuklah berpakaian ketayap jubah supaya dianggap warak dengan pengetahuan agama walaupun ianya sekadar melindungi orang tanpa dokumen yang sah.
Beringatlah memilih pemimpin parti politik menerajui kerajaan negeri ini  dalam jangka masa panjang supaya seluruh rakyat jelata terpelihara  termasuk lah diperingkat luar bandar disamping memperkasa pembangunan dan ekonomi tanah air Sabah.
Gambar pendatang tanpa izin dari Indonesia tertangkap dikawasan Tawau, peperangan di Syiria bukan kepalang akibat pergolakan dalam negara mereka dengan campur tangan orang luar, dan Gambar peminta sedekah golongan pelancong asing melambak seluruh Sabah.



Sabtu, 14 April 2018

 BERITA BERITA PENDEK HARI INI
Sebuah Kapal Terbang Terbesar didunia mendarat di Lapangan Terbang  KLIA hari ini, negara luar masih memiliki hubungan baik dengan negara Malaysia walaupun pelbagai tular yang dipergunakan pihak tertentu bagi motif tujuan pengaruh politik yang berjalan pada 9 Mei 2018 akan datang.
Oleh. Basron Kirwan 














Mampukah para pemimpin tertinggi Parti
Bersatu Sabah mengembalikan kegemilangan
Para penyokong parti seperti diperingkat mula
Kegemilangan penubuhan parti tersebut?, ahli
ahli diperingkat bawahan yang tidak berjawatan
diperingkat cawangan mencadangkan supaya
kepimpinan bahagian serta cawangan dipantau
supaya tidak memilih ahli ahli yang diberi per-
hatian dan bukan nya cara terbuka mencurah
khidmat, ini menyebabkan ramai ahli ahli parti
keciwa serta meninggalkan parti bagi menyertai
parti pembangkang lain kearah memberi
kemenangan.
Oleh. Noor Abdullah






Masyarakat Sabah hairan mengapa terlalu banyak peminta sedekah dipercayai golongan pelancong dari luar negara berdasarkan kepada loghat bahasa yang dipertururkan, golongan terlibat juga bukan lah orang susah jika diperhatikan dari segi pemakaian dan yang amat ketara sekali ialah telipon bimbit berjenama canggih namun tebal muka juga minta sedekah, diharap pihak berkuasa tempatan menggandakan usaha mereka membasmi kegiatan serupa tanpa menggunakan terlepas pandang.
Oleh. Bujie Tukarang