Selasa, 17 April 2018

PENGEMIS BANDARAYA K.K DIDALANGI WARGA ASING
Sabah. Warga asing mendalangi pengemis didepan lorong lorong kedai sekitar bandar raya Kota Kinabalu tanpa mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan disamping perkara pinjam wang dari ALONG dengan kadar bayaran terlalu tinggi dikuasai orang luar, masaalah pengemis jalanan dinegeri Sabah cukup merunsingkan warga asli dimana ianya bagai satu pelan terancang bagai terlepas pandang dikalangan petugas tempatan.
Selain dari pengemis jalanan turut membimbangkan warga asli Sabah ialah penjual pelbagai barangan berupa tiruan secara bergerak juga dimonopoli oleh warga asing bergerak dipelusuk tamu mingguan, ini didedahkan oleh Jumilis Abdullah sebagai renungan para pemimpin politik Sabah agar melakukan tindakan jika terpilih menjadi wakil rakyat dan bukan nya diam membisu seperti yang berlaku sejak 10 tahun lalu terlalu banyak orang asing menjadi peniaga dan penjaja secara bergerak ujar beliau.
Oleh. Basron Kirwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan