Isnin, 23 April 2018

Oleh. Basron Kirwan
MAMPUKAH PBS KADAMAIAN PERTAHAN KERUSI DUN?
Kota Belud. Percaturan kerusi DUN Kadamaian menjadi panas apabila desas desus UPKO berhasrat mahu menukar kerusi tersebut dengan DUN Bingkor pada PRU ke 14 ini ditambah pula dilaporkan sukar mencari calon yang boleh menang BN dalam kawasan tersebut, dalam percaturan politik terbaru muncul pula calon parti PAS En. Satail Mojungkat (gambar baju hijau Pas) dipilih menjadi calon PAS Dun Kadamaian etnik Rungus bukan Islam  seolah olah penduduk Kadamaian sudah berubah haluan memilih calon Pas bukan orang Islam memimpin mereka selepas pilihan raya jika PAS menang dalam pilihan raya ke 14 kali ini tanpa sebarang keraguan.
Barisan kepimpinan PBS bahagian Kadamaian  (gambar berkumpulan) tampil menuntut DUN Kadamaian dikekalkan untuk PBS melihatkan PAS sudah mempamerkan kesungguhan mereka mahu memenangi DUN Kadamaian sebagai kubu kuat BN walaupun telah tewas dengan PKR pada PRU ke 13 yang lepas kepada calon PKR yang kini YB nya menyertai PBRS dalam parti kompenan BN,  rakyat kawasan DUN Kadamaian tentunya bijak memilih setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya ke 14 ini walaupun diramal bakal pertembungan ramai menawarkan diri mahu menjadi calon dalam pru ke  14 ini agar dapat  berkhidmat kepada seluruh rakyat jelata di Dun Kadamaian sebaik dimaklumkan calon parti yang menang sebaik diumum SPR bakal menjadi wakil rakyat jika akan menang dalam pilihan raya  kelak.






Gambar AJK kepimpinan PBS DUN Kadamaian yang mesyuarat tergempar  baru baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan