Khamis, 12 April 2018

Biar siapapun diri kita tapak langkah masih berpijak dibumi Tuhan maha berkuasa, kita manusia biasa tidak akan berpijak tapak dilangit biru apa tak lagi perilaku diri bagi terbang diawang awangan seolah olah tidak ada lagi manusia lebih jaguh dari empunya diri, maka hati hati dengan orang disekeliling kita jika ianya tidak berbuat jahat hargai lah diri individu bergelar manusia, tatkala berdepan dengan rakyat jelata khususnya orang kampung selidik dahulu apakah pengalaman dan tugasan terdahulu yang dilaluinya mereka agar tidak ada yang sakit hati berikutan pandangan ego dari individu bergelar "orang kuli rendah"  status penduduk kampung walaupun yang memandang rendah tu sekadar status pegawai rendah kerajaan dahulu.
Anehnya mereka yang berkelakuan ego dan sombong ini sekadar setiausaha kerja parti politik dipejabat bahagian dan ada yang baru dilantik pengurusi PDM sesuatu kawasan mukim namun fullamak lagak menakutkan pengundi orang kampung, dalam kontek serupa ini kuasa ditangan, " kami rakyat yang berdaftar pengundi bebas mengundi calon yang baik hati", bukan calon yang menyimpan petugas sombong angkuh bongkak dan penuh ego meninggi diri dalam pilihan raya ke 14 sebagai rakyat penuh kebebasan jelas orang kampung yang ditemui.
Sebagai penggalas tugas media di Borneo kadangkala juga terserampak orang kampung bersoal jawab dengan jentera bawahan orang politik akibat dengan keceluparan segelintir petugas bawahan orang politik namun sebaik dicabar orang kampung berpengalaman terutama golongan pencen Angkatan Bersenjata Malaysia tersipu sipu juga menghilangkan diri, sebagai sesama manusia mahluk Allah swt jangan lah ego bongkak dan angkuh demi meraih undi rakyat kepada calon terbaik kepimpinan tidak kira dari mana parti politik  yang diwakili dalam negara Malaysia khususnya bagi Sarawak dan Sabah.
LAKUKAN KEBAIKAN UNTUK SELURUH RAKYAT BERDAFTAR SEBAGAI PEMILIH JIKAN BERTEKAD MAHU MERAIH UNDI DARI SELURUH RAKYAT DALAM NEGARA INI.
Pengarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan