Ahad, 1 April 2018

 BERITA RINGKAS
MUNGKIN KAH UMNO BN SABAH TIDAK BERTARING?
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sabah. Kabar angin yang UMNO BN hilang taring pada PRU ke 14 tahun ini sekadar senjata golongan pemimpin parti pembangkang meraih sokongan undi dari segenap lapisan masyarakat berbilang kaum agar mempercayai propaganda politik mereka yang mahu menumbang kekuatan BN setempat demi mereka meraih kemenangan besar dalam pilihan raya, namun berdasarkan kepada sokongan rakyat miskin pada hari ini terutama kawasan luar bandar tidak ada sebab rakyat jelata menolak kerajaan BN berikutan masih banyak keperluan rakyat dari sumber bantuan kerajaan BN Umno terutama pelbagai kepentingan semua orang orang kampung khususnya Jalan Raya Rumah Rumah Termiskin yang tidak pernah diutamakan para pemimpin terdahulu.
Bagi Dun Inanam serta Parlimen Sepanggar seluruh jentera BN Umno khususnya PBS UPKO jentera bawahan mereka memerlukan kepimpinan rendah diri dan menghormati rakyat jelata jika berhasrat mahu meraih sokongan undi dikalangan seluruh pengundi berdaftar bagi kawasan tersebut, segelintir rakyat berdaftar pemilih kawasan Parlimen Sepanggar dan Dun Inanam mengeluh beberapa kelompok pemimpin BN diperingkat mukim serta kampung yang bagaikan lebih tinggi dari menteri jawatan mereka langsung memilih rakyat yang mahu dibantu serta didekati setiap hari menyebabkan lebih ramai rakyat pengundi protes dengan memilih duduk berbincang parti pembangkang meredakan kekeciwaan.
Kru media terkini yang sempat membuat tinjauan sekitar Likas, Inanam, Menggatal, Insah Permai, Telipok, Tuaran dan Tamparuli mendapati ada asas dakwaan beberapa rakyat berdaftar sebagai pengundi setempat yang turut menemani kru media betapa ada berjawatan rendah dipetingkat mukim dan kampung (berpakaian seragam rasmi) tidak menegur rakyat jagaan mereka, cubaan kru media terkini memperkenalkan diri sebagai pemberita kanan disapa nada sinis, "Kamu tukang gambar bah kan?", begitu sekali anggapan mereka pegawai rendah kerajaan dikawasan kampung dan mukim pekan tanpa menyambut ungkapan perkenalan kami bersama rakyat jelata dalam jagaan pegawai rendah kerajaan walaupun dalam situasi mass kini kuan hampir pilihan raya yang sewajarnya menghormati dan rendah diri terhadap rakyat jelatanya apa tak lagi kru media yang meninjau situasi sokongan rakyat jelata.
DIHARAP KEPIMPINAN BN YANG MENJAGA PARLIMEN SEPANGGAR DAN DUN INANAM  TURUN PADANG MEMBERSIHKAN STATUS KERJA PEGAWAI RENDAH MEREKA YANG MEMILIH RAKYAT JELATA DISENANGI TERUTAMA PEMIMPIN POLITIK BAHAGIAN YANG LANGSUNG BUANG MUKA PENDUDUK KAMPUNG SENDIRI UJAR RAKYAT SAYANGKAN BN DALAM PILIHAN RAYA KALI KE 14 UJAR MEREKA.

KEDUA DUA PEMIMPIN INI  TAN SRI PANDIKAR AMIN HAJI MULIA DAN DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXSIMUS J. ONGKILI DIPERCAYAI BERWIBAWA DAN BERKELIBER BAGI MEMASTIKAN SABAH TIDAK SENANG  DIPERKOTAK KATIK OLEH PARTI PEMBANGKANG YANG BERUSAHA MEREBUT UNDI RAKYAT MENJADI KERAJAAN SELEPAS PILIHAN RAYA KE 14.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan