Khamis, 19 April 2018

PENGARUH POLITIK BERDASAR WIBAWA PRIHATIN
Keningau. Rakyat kawasan Dun Tambunan sudah pasti menilai kemampuan para pemimpin yang sayangkan rakyat kearah masa depan yang lebih terjamin tanpa sebarang ancaman kuasa dari luar apa tak lagi menerusi zaman IT yang canggih sentiasa berubah setiap masa apa tak lagi generasi muda mudi hari ini terdiri dari golongan cendikiawan, kredebeliti para pemimpin masa kini bukan satu ukuran penting bagi golongan warga desa melainkan kemampuan membantu rakyat dengan pelbagai termasuklah memberi bantuan dana pertanian bantuan status kemiskinan dimana perkara seumpama kurang diselami kepimpinan muda dan baru walaupun amat diperlukan oleh masyarakat luar bandar dan kawasan terpencil.
Terbaru media sosial dan media media tempatan dalam Sabah meramalkan 3 beradik bakal bertembung di Dun Tambunan mahupun Parlimen Keningau dengan mewakili parti PBS, STAR dan WARISAN dengan pelbagai agenda menawan hati rakyat masing masing,  seperkara yang kurang diperaktikan  golongan tokoh politik  ialah isu isi hati seluruh rakyat jelata terutama kawasan luar bandar serta status kurang berkemampuan malah golongan terlibat seringkali terlepas pandang dikalangan pemain politik generasi muda mudi ujar warga asli Tambunan.
Beberapa wargatua kawasan Tambunan yang ditemui meramalkan jika pertembungan calon melebihi 4 hingga 5 penjuru pasti harapan BN untuk menang cerah dan mungkin pesaingnya hanyalah Star dimana pengalaman cukup luas menghadapi calon calon lain yang berupaya membela rakyat suara seharian mereka, namun kelebihan BN jika BN mempertahankan kerusi Dun Tambunan semua jentera perlu dikerah menemui rakyat jelata jika mengekalkan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan sebagai calon yang berwibawa untuk menang jika pembangkang tidak bersatu menentang BN setempat.
Bagi parti pembangkang jika seorang sahaja dipilih iaitu Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan sebagai calon Dun Tambunan berhadapan abangnya Huguan Siou rakyat Tambunan meramalkan harapan untuk memenangi kerusi Dun tersebut besar tanpa perpecahan undi sesama pembangkang.
Oleh. Jasly Anak Dollah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan