Selasa, 28 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol
DUA KERUSI DUN CABARAN GETIR BN?
Tuaran. Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menghadapi cabaran getir dengan parti pembangkang jika tidak memulakan jelajah rakyat kampung dari sekarang memandangkan pemimpin pembangkang telah memulakan jelajah serupa hampir setahun lalu, diantara yang aktif jelajah rakyat ialah Parti SOLIDERITI, HARAPAN, PCS, SAPP dan PERPADUAN yang telah membentuk Gabungan Sabah disamping Parti Warisan Sabah (Bersendirian) serta Pakatan Keadilan, Dap, Amanah dan Bersatu yang berhasrat mahu menukar kerajaan BN akan datang.  Bagi beberapa parti tempatan Sabah seperti USNO, PARTI KEBANGSAAN SABAH dan PARTI DAMAI SABAH dilaporkan cuba mencari penyokong agar boleh diterima rakyat dalam pilihan raya ke 14 diramal tahun ini tanpa berkongsi gabungan dengan HARAPAN, SAPP, PCS, PERPADUAN dan SOLIDERITI,  ini menimbulkan kegusaran dikalangan kepimpinan BN dalam DUN Tamparuli serta Kiulu apa tak lagi dilaporkan sukar mendapat calon berpotensi bagi berhadapan dengan kekuatan pengaruh parti pembangkang Sabah mahupun Malaysia amnya yang aktif bersemuka dengan seluruh raktat jelata tanpa mengira bangsa dan agama.  Pendedahan J. Sammy Monsoud dalam pertemuan Media Terkini dipekan Kiulu sebagai mengulas percaturan politik kawasan Tamparuli dan Kiulu sejak beberapa bulan lepas berikutan kebangkitan politik generasi muda yang yakin merosot sokongan keatas BN demi menaik perjuangan parti pembangkang, selain dari itu juga ramai keluarga pemimpin BN setempat telah meniup semangat memperjuangkan PARTI PEMBANGKANG agar BN setempat mampu ditewaskan pada pilihan raya yang menentukan masa depan calon parti pembangkang dikawasan Tamparuli dan Kiulu pada pilihan raya ke 14 jika BN gagal memilih calon kelak katanya.  J. Sammy Monsoud percaya Tamparuli dan Kiulu sukar ditawan BN jika pencarian Calon tidak membuat perubahan sejak sekarang apa tak lagi sesetengan pemimpin bahagian bagai tidak kenal rakyat atau rakan rakan didepan mata setiap hari, apapun pendedahan ini sekadar memberi kesedaran dan peringatan seluruh orang politik serta halatuju seluruh orang politik kawasan setempat menjelang pilihan raya ke 14 dijangka sepanjang tahun 2017 ini ujarnya.

Isnin, 27 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
RANG UNDANG UNDANG HUKUM HUDUD BUKAN UNTUK AGAMA LAIN
Sabah. Semua agama lain dalam negara ini khususnya dalam Sabah tidak sesuai mencampuri perundangan syariah agama Islam jika agama lain tidak suka saudara saudara Islam membidas agama agama lain tiap hari, rang undang undang HUDUD yang termaktub dalam al. Quran saudara saudara Islam tidak pantas dijadikan isu politik orang orang bukan Islam demi menjaga kedaulatan syariah agama mereka sendiri tanpa melibatkan penganut agama lain dalam negara ini.    Sebagai ahli politik bukan Islam tidak wajar menyuarakan isu RANG UNDANG UNDANG HUDUD melibatkan Akta Mahkamah Syariah RUU355 memandangkan terpakai untuk umat Islam yang bersalah sahaja tanpa melibatkan orang bukan Islam apa tak lagi cuba mempertikaikan pembentangan tersebut bagai tak masuk akal, sesiapapun yang cuba membangkitkan isu isu politik perlu mengkaji cara pubilisiti politik agar tidak mencampuri perundangan melibatkan syariah Islam demi menjaga hati dan perasaan umat Islam terutama dalam negeri Sabah yang berbilang bangsa dan agama terutama sekali keluarga yang telah berkhawin dengan umat Islam sejak sekian lama tidak wajar mempertikaikan nya.  Mr. Egol Onsim Basintal Mantan Ketua Bahagian PBS  N.24 Membakut berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua MCA Datuk Francis Goh dalam sebuah akbar tempatan Sabah beberapa hari lepas bagai mencampuri rumah orang lain, bagi rakyat Sabah tidak suka mencampuri undang undang agama lain sebab warga asli dalam negeri ini unik ramai keluarga berbilang agama tinggal pula berjiran sekampung terasa pedih hati juga jika agama saudara mara dipertikai perundangan mereka demikian juga sebaliknya jika keluarga Islam mempertikaikan perundangan agama lain ujar beliau.  Mr. Egol Onsim Basintal mengajak seluruh rakyat Sabah menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan Islam mencari jalan penyelasaian rang undang undang tersebut diluluskan atau sebaliknya memandangkan ia hanya terpakai bagi saudara kita yang beragama Islam,  sejajar dengan teguran ini tidak berniat menyinggung perasaan mana mana pihak namun sekadar memperbaiki hubungan semua kaum dan agama apa tak lagi tersentuh perasaan saudara mara kita semua pastinya cukup mengguris hati dan perasaan kita seluruh rakyat sejagat Sabah.  MR. EGOL ONSIM BASINTAL YAKIN HUKUM HUDUD JIKA DILULUSKAN OLEH PARLIMEN MALAYSIA  IANYA SEKADAR DIPERUNTUK OLEH PENGANUT AGAMA ISLAM TANPA MELIBATKAN PENGANUT AGAMA LAIN, SETIAP ORANG BERAGAMA MEMILIKI PERUNDANGAN AGAMA MASING MASING DEMI PANDUAN MENGEKANG PELBAGAI PERLAKUAN YANG MELANGGAR PERUNDANGAN AGAMA MASING MASING NAMUN SAUDARA MARA ISLAM KITA TIDAK PERNAH BERSUARA MEMBIDAS PERUNDANGAN BERKENAAN CARA UMUM DEMI MENJAGA HATI NURANI  SESAMA ORANG KITA DISABAH JELASNYA.

Ahad, 26 Februari 2017

Oleh. Bujie Tukarang 
TAMU MINGGUAN GAYA KG AIR ADA TERSEMBUNYI?
Kota Kinabalu. Pelawat Tamu mingguan Jalan Gaya dan Lorong Bangunan Kedai serta Lot Parking Kg. Air sememangnya teruja dengan keunikan pelbagai produk jualan disamping keramahan warga Sabah yang menjadi peniaga dikawasan tersebut setiap minggu walaupun keunikan pelbagai suku kaum mampu bergaul mesra sepanjang hari menjadi peniaga dikawasan tersebut, kehadiran pelawat dalam negara mahupun pelancong luar negara tidak dapat disangkal jumlah peningkatan setiap bulan dan disebabkan kebanjiran pengunjung ini lah pelbagai gelagat masyarakat peniaga dikawasan tersebut demi mahu mengaut keuntungan wang dengan cara yang paling senang walaupun keluarga pelanggan mereka bakal berhadapan dengan azab seksa melibatkan nyawa jika terhenti rawatan hospital kerajaan.  Antara yang tersembunyi kawasan Tamu Mingguan Jalan Gaya serta Lot Parking kawadan Kg Air ialah penjual pelbagai herba dalam pendaftaran namun apa bila menjual ditamu mingguan baru lah diubah risalah atas kertas penyakit kronik semua mampu diubati termasuklah pelbagai jenis penyakit dalam tubuh manusia  mampu sembuhtanpa menyambung rawatan hospital kerajaan,  namun apabila diteliti kotak kotak herba terlibat sekadar didaftar makanan tambahan bagi pencegahan agar tidak terkena dengan pelbagai jenis penyakit namun perlu juga mendapat rawatan susulan dari hospital kerajaan untuk memperolehi penjelasan doktor pakar sebenar supaya semua lapisan masyarakat tidak terperangkap dengan dakyah golongan penjual.  Selain menjual HERBA makanan tambahan sekadar pencegahan jangkitan penyakit Tamu Gaya dan Kg. Air dicemari juga dengan penjualan TANGKAL AJIMAT pelbagai jenis dengan harga puluhan ringgit hingga ribuan ringgit sejenis walaupun tidak ada kesahihan pengguna terutama siapa yang pernah berjaya melanggani TANGKAL AJIMAT berkenaan  sampai sekarang semengnya sukar ditemui, tidak hairan lah jika ramai pengunjung Tamu Gaya dan Lot Parking Kg. Air  terkilan golongan penjual serupa tahan bertahun dengan cukup derita walaupun  tak mampu menjual sejenis produk berdaftar mereka perguna produk TANGKAL AZIMAT dengan harga ratusan hingga ribuan ringgit mengaburi  minda pelanggan terutama golongan yang amat memerlukan sesuatu yang berkaitan tanpa kesahihan. Kes ini diperolehi dalam tinjauan edisi siasat media terkini bagi merungkai apa yang tersembunyi sekitar Tamu Mingguan jalan gaya dan Lot Parking Kg. Air dekat sini hari ini tanpa disedari golongan penjual skuad edisi siasat memerhati produk mereka yang mampu mempengaruhi puluhan hingga ratusan orang setiap hari menjadi pelanggan mereka, pendedahan ini sekadar renungan bersama agar golongan peniaga yang memegang agama masing masing jangan sampai memperdaya orang ramai demi kepentingan peribadi tanpa menghiraukan kerugian pelanggan yang mahu menyelamatkan nyawa keluarga mereka ujar pelanggan yang ditemui dalam kawasan tersebut.


Rabu, 22 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau/Jasly Dol
MAMPUKAH GABUNGAN SABAH MERAIH SOKONGAN RAKYAT?
SABAH. Parti pembangkang dalam negeri ini saling bersaing mendapat sokongan seluruh rakyat berbilang kaum dengan gerak kerja jelajah seluruh pelusuk kampung tanpa mengira masa dan tempat asalkan ada  rakyat temui mereka, ada juga orang terlibat politik terus meramalkan hanya parti politik mereka yang mendapat sokongan seluruh rakyat jelata dan paarti politik lain akan tidak mendapat sokongan rakyat walau dengan apa cara sekalipun namun segelintir rakyat jelata yang ditemui pula menafikan andaian pemimpin politik seumpama. Sejak kebelakangan ini ahli ahli parti WARISAN ghairah menyebarkan dilaman sesawang bahawa hampir semua rakyat Sabah telah menjadi ahli dan penyokong mereka sejak gerak jelajah mereka dijalankan seluruh negeri ini, bagi parti gabungan Sabah pula sekadar bersahaja dengan gerak jelajah dalam kumpulan puluhan hingga ratusan orang sahaja namun jika gerak jelajah Parti Kompenan BN pula setiap rakyat yang hadir akan mendapat manafaat bantuan dari kerajaan BN mengikut keperluan mendesak rakyat.
Senario politik Sabah sejak dua bulan awal tahun ini cukup sengit antara sesama parti pembangkang bersaing sesama sendiri dimata rakyat jelata setiap kali perjumpaan dijalankan dimana saling mempengaruhi rakyat jelata menyertai mereka yang berpengaruh boleh menukar kerajaan BN dalam pilihan raya, namun semua rakyat jelata mendakwa 
para pemimpin parti pembangkang yang ditemui mengaku sekadar diberi kata kata manis jika diberi sokongan undi dalam pilihan raya bagi memperbaiki dasar kerajaan BN masa kini walaupun terlalu banyak bantuan kerajaan yang rakyat kecapi masa kini berbanding sebilangan pemimpin pembangkang (BUKAN GABUNGAN SABAH) yang berkemampuan namun tidak menderma.   Bagi sesetengah pemimpin parti politik dalam gabungan Sabah walaupun tidak memiliki sumber kewangan namun sekadar menghulur Seratus Dua Ratus Ringgit masih mampu untuk rakyat yang benar benar memerlukan bantuan kecemasan jauh berbeza dengan pemimpin parti politik Sabah yang diberi mandat oleh para pemimpin parti pembangkang dari Semananjung Malaysia dimana dianggap pilihan terbaik, bagi rakyat Sabah pula pemimpin parti politik yang sombong enggan menghulur bantuan pada rakyat luar bandar tidak layak dipilih atau diundi dalam pilihan raya yang dipercayai sekadar memburu jawatan dalam kerajaan yang diundi rakyat jelata dalam pilihan raya kelak.  Pendedahan Gudalin Jumidir sebagai mengulas percaturan para pemimpin parti pembangkang Gabungan Sabah dengan parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang saling bergerak jelajah meraih sokongan ahli ahli baru yang mahu menyertai perjuangan mereka yang berhasrat mahu menukar kerajaan Sabah jika menang dalam pilihan raya ke 14 akan datang jika benar mereka mendapat sokongan penuh rakyat, BN juga tidak mungkin berdiam diri tanpa berjuang bersama memperkasakan sokongan rakyat  keatas kerajaan BN yang disifatkan rakyat banyak menghulur bantuan buat rakyat yang miskin yang jarang dilaksanakan oleh golongan pemimpin parti pembangkang melainkan mereka yang benar benar prihatin pada orang yang susah tegasnya.   Gudalin Jumidir menambah, rakyat jelata masa kini perlu bijak berfikir dan bertindak dengan percaturan pemimpin politik diperingkat bahagian agar tidak terjebak menjadi khadam berkerja tanpa dibayar gaji akibat janji manis jika menang dalam pilihan raya yang tidak ada sebarang surat perjanjian hitam putih untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan, berjanji pada rakyat jelata bagi membuat kerja demi meraih sokongan rakyat agar menang dalam pilihan raya amat senang namun membayar elaun atau gaji kepada pekerja amat licik berdalih menerusi pelbagai kata bicara manis tanpa memikir perasaan pekerja yang menanggong sara hidup keluarga setiap hari membuatkan rakyat bosan politik segelintir parti pembangkang katanya.  Dalam tinjauan media terkini bersama Gudalin Jomidir memang ramai pemimpin parti pembangkang aktif menggerak jelajah untuk rakyat namun ramai pekerja tidak mendapat sagu hati walaupun berjemur dan berjalan kaki menemui rakyat sekadar buang tenaga tanpa hasil, ini jelas diakui penyokong parti terlibat tidak memiliki gaji dengan kerja kerja mereka tiap hari mengedar risalah dalam jelajah bersama rakyat jelata namun bila pulang semua kering kontang sedangkan ketua yang memimpin ada hasrat mahu tanding merebut jawatan wakil rakyat dalam situasi pekerja kebulur ujarnya. PENDEDAHAN INI TIDAK MENJATUHKAN IMEJ MANA MANA PARTI POLITIK NAMUN MATLAMAT UTAMA ADALAH MENGINGATKAN GOLONGAN KETUA KETUA PEMIMPIN DISETIAP BAHAGIAN DALAM SABAH SARAWAK AGAR JUJUR DAN TELUS MEMBERI GAJI ATAU SAGUHATI TERHADAP SETIAP PETUGAS YANG MENYERTAI JELAJAH KEMASYARAKATAN AGAR ADA DIBAWA PULANG UNTUK KELUARGA, JIKA SEMUA PEKERJA DIBAWA BEKERJA SECARA SUKARELA SETIAP HARI ALAMAT SETIAP KELUARGA YANG TURUN BEKERJA AKAN BERTELAGA SUAMI ISTERI ATAU ANAK DENGAN  PERSELISIHAN KETUA POLITIK DENGAN RAKYATJELATA YANG BERKERJA UNTUK CARI SESUAP NASI BERSAMA SEISI KELUARGA TERANGNYA        
Oleh. Bujie Tukarang / Williem Anak Lagau
MENYAMAR PELINDUNG LOGHAT BAHASA ASING MENAKUTKAN

INANAM. Polis DiRaja Malaysia diminta menggandakan kawalan ronda sekitar Inanam Taipan berikutan beberapa individu berloghat bahasa melayu asing (Negara Jiran Terdekat Malaysia) bergerak meminta pejedai menggunakan khidmat mereka yang memiliki hubungan dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bernula 19 Febuari 2017 lalu, walaupun setakat ini golongan terlibat belum lagi meminta bayaran namun berdasarkan kepada loghat bahasa mereka menyerupai bahasa asing amat membimbangkan jika golongan terlibat meminta wang bayaran pada suatu masa terutama diwaktu malam.
Kejadian tersebut berlaku jam 7.00 malam 19 Febuari 2017 lelaki dalam lingkungan 30 tahun umur berbadan tegap gempal dan dipercayai memiliki rakan subahat lain dengan memerhati tindakan peniaga dari sesuatu sudut yang tersembunyi, ramai peniaga merasa takut jika golongan terlibat datang meminta bayaran perlindungan ketika hanya golongan pekerja sahaja pada waktu malam, selain dari itu firma kawalan keselamatan kawasan Taipan juga wajar bijak melakukan kawalan dan risikan dalam sesuatu kejadian apa tak lagi diwaktu malam demi menjaga keselamatan seluruh peniaga Taipan disamping pelawat dalam kawasaan tersebut setiap masa apa tak lagi golongan kaum wanita.
Demikian penjelasan seorang peniaga kawasan Inanam Taipan yang mahu dikenali Mohd. Akmal semasa menemui media terkini sebagai memberi peringatan seluruh peniaga kawasan Inanam Taipan mahupun negeri Sabah amnya jika didatangi golongan terlibat setiap masa, dalam mendengar loghat bahasa golongan terlibat merupakan warga asing yang cuba memperdaya memberi perlindungan sedangkan Polis ada dan Pengawal Keselamatan kawasan Taipan pun ada jelas sekali golongan terlibat cuba memperdayakan peniaga dan mungkin akan mengenakan bayaran jika ada yang bersetuju tegas beliau.
Dalam tinjauan media terkini kawasan Inanam sememangnya terlalu ramai warga asing berkeliaran dimana menurut maklumat orang ramai golongan lelaki sukar mendapat kerja manakala isteri isteri mereka pula kerja pembersih kedai atau menjual kueh mueh cara bergerak, golongan lelaki pula duduk dikedai kopi atau kedai Billiard sepanjang hari dan isteri lah yang memberi wang jika suami memerlukan wang minum atau makan sepanjang hari jelas orang ramai yang ditemui. SEHUBUNGAN DENGAN PENDEDAHAN INI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT KAWASAN INANAM TAIPAN ATAU PELAWAT SETEMPAT BERKERJASAMA MEMERANGKAP GOLONGAN YANG MENYAMAR MENJADI PELINDUNG AGAR DAPAT DISERAHKAN KEPADA POLIS DEMI SIASATAN LEBIH LANJUT, BUKAN SAHAJA KAWASAN INANAM PERLU BERWASPADA DENGAN KEGIATAN WARGA ASING YANG BANYAK MENAKUTKAN RAKYAT ASLI NEGERI SABAH AGAR TIDAK MASUK PERANGKAP GOLONGAN PENIPUAN SEGELINTIR WARGA ASING YANG BEBAS BERGERAK BUKAN SAHAJA INANAM MALAH NEGERI SABAH AMNYA. (Gambar Kedai Permis Perniagaan Kawasan Inanam Taipan Tempat Gerakan Warga Asing Ditemui)

Isnin, 20 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol/Bujie Tukarang
MAMPUKAH PEMBANGKANG TAWAN KAWASAN SEPANGGAR?
Kota Kinabalu. Barisan Nasional tidak mungkin menyerahkan kerusi Dun dan Parlimen kawasan Sepanggar terhadap asakan pembangkang dari pelbagai sudut penjuru tanpa berjuang dengan pelbagai jentera menjelang pilihan raya je 14 dijangka tidak lama lagi, semua parti kompenan BN dalam kawasan Parlimen Sepanggar juga serupa dengan seluruh parti pembangkang yang sentiasa mendampingi rakyat jelata dimana juga berada khususnya golongan yang telah mendaftar sebagai pemilih demi memastikan semua pengundi tidak bertaburan menyokong pelbagai arus parti pembangkang dalam kawasan tersebut.  Antara parti pembangkang yang  menjalankan kempen dikawasan Sepanggar ialah gabungan USA dari SOLIDERITI HARAPAN, PCS SAPP, dengan didepani, WARISAN, dan gabungan Malaya dari KEADILAN, DAP, AMANAH,BERSATU, PKS dan mungkin ada lagi parti parti lain seperti USNO BARU yang senyap ketika berita ini ditulis, bagi jentera BN seperti PBS, UMNO, UPKO, PBRS, LDP, MCA,, MIC tidak ada henti mereka berjuang mendampingi rakyat sepanjang tahun berbanding sebilangan kecil parti pembangkang yang bermusim bagai musim buah setahun sekali menabur janji manis bagaikan gula namun apa derita rakyat tidak mampu menghulur bantuan.
Kawasan Parlimen Sepanggar adalah kerusi UMNO Datuk Jumat Haji Idris manakala Dun Kerambunai juga UMNO Datuk Jainab DSP Ahmad Ayed manakala Dun Inanam merupakan kerusi Parti Keadilan Rakyat Dr. Roland Chia dan tidak mungkin para penyandang kerusi tersebut sebagai Wakil Rakyat menyerah tanpa pertahan demi parti dan penyokong mereka, bagi kerajaan BN yang telah banyak memberi bantuan kepada rakyat termasuklah sebilangan dari pemimpin parti politik pembangkang setempat masa lalu adalah mustahil mereka tidak fikir setiap diberi peranan kerja mesti dibayar gaji mengikut kerja yang diberi kepada setiap orang yang kena kerja membantu memberi keman orang politik pembangkang.
Bagi penyokong PBS, UPKO, UMNO, PBRS kawasan mukim Inanam, Menggatal, Telipok serta Kelombong mengaku En. Lukin Taliban Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Inanam mampu mendapat undi rakyat berbilang kaum apa tak lagi berhadapan Parti WARISAN (PERSENDIRIAN) Parti KEADILAN (gabungan DAP, AMANAH, PKS, BERSATU) yang juga akan berlawan dengan satu gabungan USA  HARAPAN, PCS, SAPP, PERPADUAN RAKYAT SABAH dalam suara pengundi bawahan tidak diabaikan terutama penyokong BN diseluruh Dun Inanam mahupun Sepanggar amnya tanpa cabaran setiap calon yang bertanding memandangkan masih lagi 85 % rakyat menyokong BN jelas mereka.
Seorang penyokong kerajaan BN di Menggatal yang mahu dikenali Mamai Chris mendakwa WARISAN tidak lah berpengaruh sangat dikawasan Menggatal darat melainkan individu yang hilang arah politik terdahulu dan kini cuba mencari politik tempat memulihkan jawatan sebagai pemimpin kerajaan baru, demikian juga dikawasaan Inanam Darat  serupa juga sekadar mendapat pengaruh politik kearah mendapat jawatan jika menang bertanding pilihan raya ke 14 mungkin berjalan tahun ini dengan bahang bagai mampu menewaskan BN kearah mahu meraih sokongan rakyat setiap parti parti politik yang dilaporkan saling mencurigai antara satu sama lain tegasnya.
SEHINGGA BERITA INI DITULIS PENGUNDI DUN INANAM YAKIN JIKA PBS DAN PARTI KOMPENAN BN MENCALONKAN EN. LUKIN TALIBAN DIKAWASAN DEWAN UNDANGAN NEGERI INANAM SEMUA PARTI KOMPENEN BN PARLIMEN SEPANGGAR SENTIASA MEMBERI SOKONGAN JENTERA KEMPEN KEMENANGAN, MALAH SETIAP KALI BELIAU EN. LUKIN TALIBAN BERJALAN MELAWAT KAWASAN DUN INANAM TIDAK PERNAH BERSENDIRIAN MALAH SENTIASA DIKELILINGI PENYOKONG KERAJAAN BN TANPA MENGIRA JANTINA (GAMBAR BAWAH SEKALI) WALAUPUN PEMBANGKANG DILAPORKAN KUAT.
SATU GAMBAR DISERTAKAN ADALAH DILAPORKAN PENYOKONG PEMBANGKANG DIBAWA DARI LUAR PARLIMEN SEPANGGAR BAGI MEMERIAHKAN PERJUMPAAN KAWASAN TERSEBUT AGAR MENGGERUNKAN PIHAK KERAJAAN YANG BERJUANG UNTUK RAKYAT, JADI JIKA BN TIDAK MAHU TEWAS DI DUN INANAM PADA PRU KE 14 AKAN DATANG DENGAR LAH SUARA RAKYAT BAGI MEMILIH EN. LUKIN TALIBAN SELAKU CALON PILIHAN RAYA DUN INANAM JELAS ORANG RAMAI.


Ahad, 19 Februari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau 
SIAPA PESAING GEMPUR BN?
Kota Belud. Dalam mendepani pilihan raya ke14 dijangka tahun ini siapakah pesaing BN yang mendepani calon calon diempat kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu Parlimen yang menjadi kubu kuat UMNO DAN BN sejak beberapa tahun yang lalu namun kini ramai pemimpin parti pembangkang setempat beranggapan mereka mampu meraih undi seluruh kawasan Kota Belud tanpa sebarang masaalah, dua kerusi Dun Tempasuk dan Dun Usukan adalah milik Umno manakala Dun Kadamaian merupakan kouta PBS yang telah ditawan Parti Keadilan pada PRU ke13 yang lalu akibat protes rakyat tidak bersetuju calon pilihan PBS sehingga memberi kemenangan pada parti Keadilan yang kini telah menyertai PBRS salah satu parti kompenan BN selepas memenangi kerusi DUN atas kerusi Parti Keadilan parti pembangkang terkuat di Sabah. 
Sejak setahun lalu bahang politik Sabah khususnya parti tempatan yang bergabung dalam pakatan USA membayangkan mahu menawan kerusi Dun Tempasuk, kadamaian dan Usukan serta Pintasan kerusi Dun Baru disamping kerusi Parlimen Kota Belud yang mungkin bakal ditandingi gabungan Parti Keadilan serta parti sendirian Warisan dan beberapa parti kecil lain yang mungkin juga akan bertanding dalam masa PRU ke 14, namun bagi beberapa penganalisis politik Sabah menyifatkan bukan muda mahu menumbangkan BN UMNO jika pembangkang berlawan sesama sendiri apa tak lagi dalam semua parti pembangkang Sabah masa kini serba kekurangan dalam apa juga keperluan kos perjalanan kempen terpaksa penyokong parti mereka yang memberi derma kewangan bagi mencapai misi menukar kerajaan berbanding kerajaan BN UMNO yang memberi pelbagai bantuan kewangan kepada rakyat miskin tanpa membebankan derma rakyat disetiap perjumpaan parti politik mereka.
Bagi DUN Kadamaian percaturan BN dari PBS adalah tokoh setia PBS hampir 30 tahun PPM Daimin Sulukan (Gambar Berkot Hitam) serta Ketua PBS Bahagian Kadamaian Dimis Rumanti (tidak bergambar) diramal berdepan Parti Keadilan, Parti Warisan dan Parti Gabungan USA dari gabungan Solideriti Tanah Air Ku En. Rubin Guriba (Bertopi gambar berbaju getah) diramal cadangan calon bagi menentang BN dari PBS dan akan dibantu oleh Harapan, PCS, SAPP dengan sekurang kurangnya tiga atau empat penjuru bersama BN, bagi kerusi Parlimen Kota Belud pula jika Datuk Abdul Rahman Dahlan (MP sekarang) dikekalkan calon UMNO BN juga bakal berhadapan dengan Parti Keadilan serta rakan pakatan nya disamping Parti Warisan dan lagi parti USA gabungan Sabah juga diramal dari parti gabungan Solideriti En. Jolumin Bayogoh ( Gambar bertopi koboi) aktif jelajah gabungan Sabah diseluruh Sabah juga terkenal seluruh parlimen Kota Belud dalam penampilan politik dimana mewakili kaum Dusun beragama Islam dan peramah.
Percaturan politik 3 atau 4 penjuru bagi seluruh kawasan Parlimen Kota Belud sukar untuk memilih undian rakyat apa tak lagi dalam kesempitan pelbagai sumber kewangan dan jentera memangnya terlalu banyak cabaran jika gagal menghadiri setiap pertemuan rakyat dipelusuk kawasan tersebut boleh merubah pendirian rakyat terhadap calon yang bertanding.
Antara ulasan disampaikan oleh Juinies Abdullah seorang penduduk kawasan Kota Belud bagi mendedahkan percaturan politik daerah Kota Belud antara kekuatan BN berhadapan dengan 3 hingga 5 parti pembangkang yang bercita cita mahu mendapat kedudukan pentabdiran kerajaan negeri mungkin sukar jika gagal penyediaan semua jentera, manakala bagi Dun Kadamaian BN khususnya UMNO wajar mendengar suara rakyat Kadamaian yang mahukan PPM Daimin Sulukan sebagai calon pada PRU ke 14 diramal tahun ini jika mahukan kemenangan besar jelas beliau.
Juinies Abdullah menambah, PPM Daimin Sulukan merupakan pemipin PBS yang kebal semangat tidak pernah meninggalkan PBS walau apa keadaan sekalipun disamping memiliki hubungan akrab dengan semua kepimpinan Parti kompenen BN terutama UMNO diseluruh Parlimen Kota Belud serta memiliki pengaruh semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama, sesuatu kesilapan memilih calon bukan kehendak rakyat DUN Kadamaian boleh memberi ruang kemenangan kepada parti pembangkang sama apa yang berlaku dengan DUN Kadamaian pada PRU ke 13 Calon PBS bukan kehendak suara rakyat maka Parti Keadilan menang dengan muda dimana tidak mungkin BN mahu berulang perkara yang sama dalam PRU ke 14 dalam masa terdekat ini terang beliau.
Sementara itu seorang aktivis sosial&politik Mr. Kanul Gindol (gambar bawah sekali) membayangkan perhitungan politik BN dan PEMBANGKANG kali ke 14 ini cukup getir dimana jika semua jentera kedua pihak mengena perbezaan undi dijangka terlalu kecil walau siapa juga dikalangan mereka yang menang namun segalanya bergantung kepada keupayaan jentera parti mahu mendengar suara rakyat atau tidak, politik tidak boleh dipisahkan dengan pandangan suara ramai apa tak lagi seluruh rakyat di kawasan Kota Belud mahupun negeri Sabah amnya jika golongan pemacu politik itu tahu menghargai pandangan rakyat jelata yang sentiasa memerhati semua agenda politik mereka sepanjang masa demi kesinambungan pembelaan taraf hidup rakyat berbilang kaum dalam Sabah katanya. SIAPAPUN PILIHAN CALON BN DALAM KAWASAN DUN KADAMAIAN TERPULANG PADA PBS DAN UMNO NEGERI BAGI MENCAPAI KEMENANGAN DAN KUASA JUGA TERLETAK DITANGAN MEREKA BAGI MENDEPANI CABARAN PARTI PEMBANGKANG YANG NEKAD MAHU MENUKAR KERAJAAN SABAH CARA PILIHAN RAYA, SUNGGUHPUN PARTI PEMBANGKANG SERBA KEKURANGAN DALAM SEGI MATERIAL NAMUN TEKAD DAN AZAM MERUPAKAN SEMANGAT MEREKA DALAM MENGHARUNGI CABARAN PILIHAN RAYA KE 14 TANPA MENYERAH KALAH LEBIH AWAL DEMI KEHENDAK PENYOKONG MEREKA DIPERINGKAT BAWAHAN KEARAH PERJUANGAN SABAH UNTUK SABAH SLOGAN PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN.

Jumaat, 17 Februari 2017



 Oleh. Bujie Tukarang
GABUNGAN SABAH VS BN SIAPA PILIHAN?
SABAH. Rakyat terus berteka-teki siapa yang berkelayakan menjadi wakil rakyat dalam setiap kawasan DUN dan PARLIMEN ke 14 antara gabungan pakatan Sabah, gabungan DAP KEADILAN AMANAH BERSATU PERPADUAN yang turut ditentang WARISAN PERPADUAN serta kompenan BN, jika pertembungan serupa dalam pilihan raya ke 14 antara DUN dan PARLIMEN sudah pasti rakyat jelata luar bandar akan keliru dan mungkin ada yang tidak keluar mengundi bila hilang keyakinan parti pembangkang yang berlawan sesama sendiri akibat memburu kedudukan peribadi tanpa agenda masa depan membela rakyat dan memelihara tanah air.
Sejak beberapa bulan yang lepas semua orang politik masing masing mengetengahkan dasar perjuangan politik mereka kepada rakyat Sabah yang berbilang kaum dengan jelajah rakyat disetiap daerah bagai bahang pilihan raya ke 14 sudah hampir, namun bagi semua parti kompenan BN tidak memiliki masaalah dalam aspek pelbagai jentera menawan sokongan rakyat keatas agenda kerajaan masa kini walaupun masih lagi wujud musuh dalam selimut setiap parti yang cuba mempromosi diri meraih sokongan.
Bagi semua Presiden parti parti yang bergabung dalam (Gabungan Sabah USA) tidak ada masaalah mendapat sokongan dalam kerusi DUN atau PARLIMEN mereka namun sukar memberi jaminan dikalangan Ketua Ketua Bahagian jika  berhasrat maju bertanding dalam PRU ke 14 diramal tahun ini, antara kebimbangan rakyat adalah sikap sebilangan Ketua Ketua Bahagian yang mendabik dada bagai penuh yakin penyokong BN memihak mereka tanpa mengambil kira BN dan pembangkang dari Malaya juga berusaha meraih undi diseluruh DUN dan PARLIMEN Sabah dengan apa cara sekali pun.
Cabaran politik dikalangan Ketua Ketua bahagian parti gabungan Sabah ialah kurang perhubungan dengan pengamal media nasional serta berhadapan parti pakatan KEADILAN, DAP, AMANAH, BERSATU, WARISAN, PKS dan parti gergasi KOMPENAN BN yang sehingga kini bijak mengatur langkah mendepani rakyat dan musuh politik mereka, penjawat ketua ketua bahagian dikalangan parti pembangkang haruslah bijak mencari alternetif media saluran penyebaran sesuai dengan kehendak isi hati rakyat yang memerlukan maklumat tepat dah sahi disamping gerakan mendekati rakyat jelata lebih proaktif dengan susunan jentera yang rapi disetiap kawasan melalui pemimpin bersih berani dan jujur bukan hipokrit pada rakyat.
Demikian pandangan Veckey Beoleverd pemerhati politik dari Wilayah Persekutuan Labuan sebagai mengulas senario pertembungan politik Sabah masa kini antara pembangkang dengan Kerajaan BN dimana memiliki kuass menang menang berbanding pembangkang saling mempamerkan kekuatan masing masing, malah jika parti pembangkang gagal betsatu diperingkat bahagian dan cawangan serta sikap mendabik dada berkuasa dikalangan ketua ketua bahagian sehingga pilihan raya BN Sabah tidak mempunyai masaalah bagi mendapat sokongan undi dari seluruh rakyat pengundi yang mahu kan pemimpin mereka jujur bertanggongjawab.
VECKEY BEOLEVERD OPTIMIS DATUK HAJI MOHD. NOOR MANSUR (GAMBAR SEMANGAT BERUCAP) MAMPU MEMBENTUK KETUA KETUA BAHAGIAN GABUNGAN SABAH BERBAIK RAKYAT PENGUNDI DISAMPING MEDIA MEDIA NASIONAL DAN ANTARA BANGSA DEMI RUJUKAN UMUM, SEBALIKNYA MANA MANA KETUA BAHAGIAN PARTI PEMBANGKANG KESELURUHAN MASIH LAGAK ANGKUH MEREKA TANPA KONSEP MENANG MENANG SEMUA PIHAK ADALAH LEBIH BAIK BERDIAM DIPEJABAT PARTI DAN MENCARI PENGGANTI YANG BERKELAYAKAN DIMATA RAKYAT.

Khamis, 16 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
PPRS PERJUANG PEMBANGKANG SABAH FOR SABAHAN
 Sabah. Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) kekal berjuang falam agenda suara rakyat dalam negeri ini sejajar dengan matlamat penubuhan nya penuh berliku hampir tujuh tahun menanti kelulusan kini nekad bersama sama dengan parti pembangkang yang tidak memiliki hubungan parti dari luar Sabah, mana mana parti pembangkang yang berjuang bersama parti pembangkang yang bergabung dengan parti dari luar Sabah tidak akan berkongsi perjuangan dengan PPRS demi mengekalkan kehendak perjuangan rakyat orang Sabah yang memerlukan kejujuran keberanian dan keiklasan walau bersendiri.
Berjuang teguh dalam konsep 25 Parlimen dan berjaya menerajui 73 kawasan DUN setakat ini masih menanti keputusan dari rakan rakan parti gabungan Sabah (Pembangkang) USA pimpinan Datuk Haji Mohamad Noor Mansur sebagai pemangkin kepimpinan muda muka baru diseluruh Sabah,  malah tidak akan sekali kali menjalinkan kerjasama dengan mana mana parti pembangkang dari luar Sabah termasuk lah WARISAN jika mereka masih bergabung dengan parti dari Semananjung Malaysia demi memelihara tuntutan kepimpinan akar umbi khususnya rakyat jelata pelbagai kaum dalam negeri Sabah.
PPRS juga sentiasa berkongsi pandangan dengan parti pembangkang SOLIDERITI, SAPP, HARAPAN dan PCS sejajar memantapkan perjuangan mahu menukar kerajaan BN dibawa kepimpinan UMNO agar orang Sabah boleh mengurus tabdir negeri mereka sendiri tanpa dikongkong oleh pemimpin yang berpaksikan telunjuk mereka tanpa mendengar rintihan sebenar rakyat Sabah, selain dari itu PPRS sudah memperkasa jentera diperingkat akar umbi hasil sokongan rakyat dari pelbagai suku kaum dan agama sejak beberapa tahun yang lalu walaupun memiliki pengalaman berliku bukan bermakna kepimpinan  PPRS patah semangat dalam perjuangan keatas rakyat dan negeri Sabah amnya. Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah Datu Mohd. Arshad Datu Abdul Mualap berkata demikian dalam satu sidang Hos Sidang Media Terkini Sabah disalah sebuah hotel terkemuka dekat sini disaksikan lebih 100 orang pemimpin PPRS meliputi seluruh negeri Sabah, malah parti tersebut digandingi kepimpinan tertinggi Timbalan Presiden kaum Dusun En. Dusi Gingging Timbalan Presiden kaum Cina Mr. Ho Kin Hoon berganding bahu mendampingi rakyat Sabah tanpa sempadan disamping banyak menonjolkan muka muka baru cara terbuka asalkan mampu menggalas tanggongjawab membantu rakyat penuh kesungguhan. Sementara itu Ketua Bahagian PPRS  Dun Tamparuli En. Paranting Lipayan menyokong agenda perjuangan Datu Presiden bergabung dengan USA memandangkan parti politik akan mendapat kekuatan menerusi kerjasama gabungan pakatan Sabah tanpa campur tangan dari gabungan parti pembangkang luar Sabah, malah tohmahan dari gabungan USA mendakwa kami pro BN UMNO wajib dibuang selepas kami PPRS mengistiharkan bergabung dengan mereka (USA) menerusu sepucuk surat rasmi yang dikemukakan kepada 4 Presiden Parti Gabungan USA melalui Datu Presiden PPRS ujar beliau.
 Bagi bahagian Tamparuli, Paranting Lipayan berjanji atas bantuan seluruh gandingan kepimpinan PPRS akan bergerak kerja bersama gabungan (USA) dari PCS, SOLIDERITI, HARAPAN dan SAPP seluruh Parlimen Tuaran selepas diterima surat penggabungan, beliau juga bangga disebabkan Timbalan Presiden En. Dusi Gingging merupakan penduduk Dun Kiulu yang banyak menimba ilmu pengetahuan dalam dan luar negara disamping gandingan kepimpinan muda muka muka baru Parlimen Tuaran dan Sabah amnya. Paranting Lipayan yakin cadangan nya bagi menubuhkan jawatankuasa kaji selidik bersama gabungan USA dalam menilai prestasi pemilihan calon boleh menang berdasarkan kehendak rakyat seluruh kawasan mampu digunapakai demi menukar kerajaan masa kini, suara majoriti rakyat berdaftar sebagai pengundi harus digunapakai demi memenangi pilihan raya ke 14 diramal tahun ini 2017, dalam memenangi hati seluruh berdaftar sebagai pengundi pelbagai rangka gerak kerja bakal disusun sebagai persediaan menangkis pelbagai serangan politik musuh antara kompenen BN dengan Parti Pembangkang gabungan pakatan harapan Sabah dari DAP, KEADILAN, AMANAH, BERSATU dan WARISAN yang masih bersandar pakatan parti pembangkang dari Semananjung Malaysia yang berusaha menerajui kerajaan negeri kelak tegasnya.
SETINGGI UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA SELURUH AHLI PPRS YANG BERJAYA MENYEMPURNAKAN PROGRAM SIDANG MEDIA DENGAN LUAR BIASA MENERUSU KERJASAMA DATU PRESIDEN. SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA MEDIA YANG MEMBANTU MEMBERI RUANG PADA SUARA PPRS DIKETENGAHKAN KEPADA RAKYAT SABAH AMNYA SEMOGA HUBUNGAN MEDIA DENGAN KAMI PPRS AKAN TERUS BERKEKALAN. DARIPADA, EN. PARANTING LIPAYAN DAN SELURUH AJK PPRS N.9 TAMPARULI SABAH MAHUPUN SELURUH PPRS NEGERI SABAH.

Rabu, 15 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol/Bujie Tukarang
CABARAN PEMBANGKANG BERLIKU
Tuaran. Percaturan politik pembangkang dalam kawasan Parlimen Tuaran bukan muda berikutan pertembungan parti tempatan gabungan dengan parti nasional gabungan serta beberapa parti tempatan bersendirian yang nekad semua mahu bertanding bagi menumbangkan Kerajaan BN keseluruhan dalam negeri ini, semangat para bakal bakal yang mahu menjadi calon pilihan raya berkobar kobar membayangkan diri mereka bakal mendapat sokongan padu seluruh rakyat Sabah berikutan kemasukan seorang dua ahli parti kompenan BN yang keciwa atau tidak mendapat kedudukan dalam BN sertai pembangkang.
Selain dari itu sebilangan bakal mengimpikan calon pembangkang juga ghairah sehingga tidak langsung mengenali pemerhati senario perjumpaan politik mereka dan mengharap semua tetamu yang menghadiri ceramah politik golongan penyokong tegar mereka, anehnya golongan bakal bakal calon pembangkang seluruh parlimen dan dun kawasan Tuaran yakin rakyat jelata kawasan tersebut akan berkerja sukarela tanpa gaji bagi membantu mereka menumbangkan BN kawasan Tuaran pada pilihan raya dijangka tidak lama lagi.
Demikian rumusan beberapa pemimpin muda yang mengimpikan mendapat kedudukan terpilih sebagai calon dalam pilihan raya ketika tinjauan media misteri dalam satu jelajah parti gabungan Sabah di Tamparuli dekat sini hari ini dianggarkan lebih 50 orang mengelilingi Tamparuli hari ini, sememangnya jelajah rakyat berkenaan disertai dari pemimpin SAPP, HARAPAN RAKYAT, PCS dan SOLIDERITI dengan langkah langkah bagai sudah mendapat kemenangan seluruh kawasaan tanpa mengira kekuatan Kerajaan BN dan Pembangkan Nasional ujar orang ramai yang ditemui.
Kehadiran Ketua Pengarang Media Terkini Borneo juga tidak disedari para pemimpin muda parti pembangkang kawasan Dun Kiulu dan Dun Tamparuli yang ghairah berarak seluruh pekan Tamparuli yang pemimpin muda pembangkang anggap rakan biasa mereka, bagi orang ramai dan para pekedai yang ditemui sekadar bersuara "tunggu masa undi ma" bermakna gerak langkah dan senyuman bukan pengukur untuk menang jika setiap hari kita jumpa orang dengan tangan kosong jelas orang kampung.
PARLIMEN TUARAN MEMILIKI DUN KIULU, DUN TAMPARULI, DUN SULAMAN DAN DUN DALIT DIMANA BESAR KEMUNGKINAN BAKAL DITANDINGI PAKATAN KEADILAN, DAP, AMANAH, BERSATU (ANTARA SATU WAKIL) JUGA SOLO PARTI WARISAN SABAH JUGA BERTANDING, BAGI GABUNGAN PAKATAN SABAH PULA AKAN MEMILIH ANTARA SATU PARTI SOLIDERITI, SAPP, HARAPAN RAKYAT DAN PCS AKAN BERHADAPAN BN YANG CUKUP JENTERA DAN TIDAK MEMBEBAN PEKERJA PARTI TANPA GAJI DIKALANGAN RAKYAT JELATA UJAR PEMERHATI POLITIK.

Selasa, 14 Februari 2017

Oleh. Arman Karim
SOLIDERITI JELAJAH TAMPARULI
 TAMPARULI. Seluruh penyokong parti gabungan pakatan Sabah boleh menyertai jelajah SOLIDERITI dipekan Tamparuli 15 Feb 2017 menurut kenyataan Jolumin Bayogoh yang menghubungi media terkini Sabah hari ini, jelajah tersebut dijangka akan diketuai Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan ADUN Bingkor merangkap Presiden Parti Solideriti Tanah Air ku (SOLIDERITI) disamping merasmi pejabat Solideriti bahagian Tamparuli serta perasmian bersama bahagian SOLIDERITI Tamparuli dan Kiulu.
Jelajah Solideriti bagi menemui warga kampung yang secara kebetulan keluar bertamu dipekan Tamparuli setiap Rabu diawal pagi hingga lewat tengahari dan memudahkan mendekati warga kampung orang asal Sabah, masyarakat Dun Tamparuli mahupun Dun Kiulu boleh datang menyertai jelajah Solideriti tanpa mengira etnik dan agama juga dialu alukan kehadiran mereka terutama kumpulan gabungan pakatan Sabah bagi merealisasikan perjuangan Sabah Tanah Air Ku.

Ahad, 12 Februari 2017

Oleh. Weillem Anak Lagau 
PCS MELEBAR SAYAP KE TAMPULAN
Inanam. Agenda Sabah yang akan dilaksanakan oleh gabungan Sabah jika disokong membentuk kerajaan Sabah kini mendapat sambutan berikutan pelancaran Cawangan PCS Kg. Tampulan Telipok pada 11 Febuari 2017 dirumah seorang penduduk kampung tersebut, majlis penyerahan borang keahlian hampir 50 orang diketuai oleh Mr. Tingku Sombuling mantan pemimpin veteran politik setempat disaksikan oleh Datuk Kalakau Untol Dr. Anthony Tibok,  Dr. Nickholas J. Guntobon Ketua PCS Bahagian DUN Inanam dan En. Nicklos Wayan Setiausaha PCS Bahagian DUN Inanam. Antara matlamat PCS membuka sayap di Kg. Tampulan Telipok adalah melaksanakan 15 Piagam dalam gabungan Sabah disamping merealisasikan agenda hak hak rakyat Sabah disamping mempertingkatkan ekonomi seluruh warga Sabah tanpa membiarkanan pendapatan aset negeri ini diambil pada kuasa kuasa yang setaraf dengan Sabah pada 1963 sehingga hari ini tidak ada lagi yang tinggal pada orang orang Sabah jelas pemimpin PCS bersama gabungan pada majlis tersebut. Bagi Nicklos Wayan perjuangan PCS bersama gabungan Sabah dari SAPP, SOLIDERITI dan HARAPAN RAKYAT Sabah tidak terbilang pengorbanan mereka cuba mengembalikan hak hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam agenda 1963 namun kini bukan senang mahu nelaksanakan nya jika rakyat Sabah tidak memberi sokongan sehingga parti gabungan Sabah menawan kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada PRU ke 14 yang dijangka tidak lama lagi tanpa menghiraukan parti yang tidak berkerjasama dengan gabungan Sabah akibat pelbagai agenda yang tersembunyi.
Menurut pemimpin PCS yang menemui penduduk Kg. Tampulan Telipok hanya rakyat yangberdaftar sebagai pemilih sahaja mampu mengembalikan kuasa kuasa yang telah hilang akibat pemimpin yang tidak mengutamakan hak hak orang Sabah seperti agenda 1963, sudah pasti rakyat masa kini sudah sedar dan membuka mata kemana perjuangan yabg mampu membela serta melaksanakan hak hak Sabah yang telah diketepikan oleh ketajaan BN sejak 1976 dimana dihentikan pengagihan apa yang terkandung dalam agenda 1863 jelas mereka. Kg. Tampulan Telipok merupakan kubu PBS BN sejak sekian lama dimana tidak pernah membuka parti lain secara umum namun atas kesedaran orang kampung apa yang berlaku pada masa kini maka warga kampung tersebut nekad menjemput seluruh pemimpin PCS mewakili gabungan menerima sokongan mereka demi mendapat hak hak rakyat yang tertinggal sejak 1976 lalu, jika rakyat jelata mahu mengemvalikan hak setara Sabah Sarawak dengan Malaya seperti yang termaktub dalam pembentukan Malaysia maka satu sahaja pilihan ialah memberi kemenangan PCS, SAPP, SOLIDERITI dan PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH tanpa termakan gula gula pasukan pembangkang yang lain apa tak lagi berpusat dari luar Sabah jelas ahli ahli PCS Kg. Tampulan Telipok. "SEKALONG UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH DIATAS SOKONGAN MORAL DAN KERJASAMA SELURUH KG. TAMPULAN TELIPOK MAHUPUN RAKAN RAKAN GABUNGAN YANG HADIR MENJAYAKAN PELANCARAN CAWANGAN PCS KG. TAMPULAN SEMOGA KITA SEMUA MAMPU MENCAPAI KEMENANGAN DALAM PILIHAN RAYA JE 14 AKAN DATANG . DARIPADA EN. NICKLOS WAYAN".

Oleh. Bujie Tukarang
ADA INDIVIDU WARISAN GUNA PCS RAKAN MEREKA?
Sabah. Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing diminta menjelaskan beberpa dakwaan juru kempen Parti Warisan Sabah yang mengaitkan nama beliau bakal menimbang mahu bergabung dengan Warisan dalam jangkamasa terdekat sebagai langkah perjuangan yang kukuh tanpa berbelah bahagi, malah golongan jurukempen Parti Warisan terlibat menyebarkan dakwaan mereka secara lisan dalam gerak kerja jelajah bersama rakyat diseluruh negeri tanpa ada rasa keraguan walaupun tidak ada wakil PCS menyertai mereka setiap jelajah dipelusuk negeri ini melainkan gerak solo mereka. Jentera gerak jelajah Warisan yang mengaitkan Datuk Seri Panglima Welfred M. Bumburing sebaliknya menafikan SAPP, HARAPAN RAKYAT serta SOLIDERITI walaupun PCS secsetemaktat dari rang terangan melainkan sekadar berbisik dengan orang orang kampung tanpaterbuka, kes seumpama sekadar mengaburi mata rakyat luar bandar kaum KDM demi mendapat sokongan rakyat asli dalam negeri Sabah tanpa berani mengakuu agenda sebenar. Demikian pendedahan beberapa penyokong PCS dan Pakatan Gabungan Sabah kepafa media terkini sebagai mengingatkan semua Presiden Parti Parti Gabungan Sabah agar memberi penjelasan pada rakyat berhubung taktik kotor parti lawan menarik sokongan warga KDM diseluruh negeri Sabah, sehingga berita ini ditulis orang orang kempen Parti Warisan masih menggeruni kekuatan PCS sehingga mereka kempen bawahan Warisan terus mengaku mendapat sokongan PCS diseluruh Sabah namun menafikan HARAPAN RAKYAT, SAPP dan SOLIDERITI walaupun semua parti tersebut merupakan gabungan mantap tanpa boleh dipecah belahkan. SEMUA GABUNGAN PARTI PAKATAN SABAH PERLU SENTIASA BERGERAK SEIRING BAGI MEMBERI PENJELASAN RAKYAT AGAR TIDAK SENANG DIPERDAYA TOKOH POLITIK PEMBANGKANG LAIN DALAM MENUMPUKAN AGENDA SEBENAR DENGAN RAKYAT ASLI SABAH.    Gambar Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin bersama Datuk Edward Linggu, En. Jasmin Dulin, Mr. Gaibin Ransoi dan beberapa pemimpin gabungan parti pakatan Sabah semasa di Tamparuli baru baru ini bagi jayawara rrakyat yang semuanya menemui rakyat jelata setempat.

Sabtu, 11 Februari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
RAKAN TAK SEBULU PUNCA BERUNDUR?
Sabah. Akibat rakan seperjuangan tidak seiring dalam parti yang berkonsep maufakat demi negeri Sabah langkah terbaik adalah meninggalkan HARAPAN RAKYAT dan berehat seketika bagi memikirkan halatuju perjuangan terbaik untuk masa depan negeri Sabah, meninggalkan HARAPAN RAKYAT bukan bersara dalam politik namun memilih langkah terbaik bagi mencari parti yang semua pejuang sebulat suara bagi melakukan perbincangan demi kekuatan dan mendapat sokongan rakyat tanpa mengetepikan sesuatu pandangan terbaik hasil kajian dari ilham sanubari seluruh lapisan rakyat negeri ini.
Sepanjang usia sebulan dalam parti HARAPAN RAKYAT SABAH bermula 9 Januari 2017 hingga 9 Febuari 2017 pelbagai gerak kerja telah disumbang bakti demi masa depan perjuangan keatas tanah air dan masyarakat Sabah amnya, selain dari itu pada peringkat mula menyertai parti ada cahaya kebaikan kearah masa depan parti manakala berundur dari parti juga disuluh cahaya kebaikan diri sendiri serta parti HARAPAN RAKYAT amnya tapa menjatuhkan mana mana pihak agar parti akan terus meneruskan perjuangan tanpa diri saya.
Mr. Kanul Gindol berkata demikian pada media-terkini-sabah.blogspot.com sebagai penjelasan beliau berrehat dari politik selaku Ahli Majlis Tertinggi Parti Harapan Rakyat Sabah hari ini tanpa membuat kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti dari masyarakat sekeliling, beliau juga mengaku akan terus berjuang dalam politik selepas berehat menenangkan fikiran agar tidak lagi disalah anggap oleh rakan rakan dalamdalam politik yang secara berterusan tanpa memberi nama tidak baik terhadap partiparti memandangkan politik sebati dalam diri katanya.
Mr. Kanul Gindol merupakan pemimpin yang Lee, tegas, peramah disamping senang didampingi rakyat jelata walaupun setara dengan golongan tokoh tokoh politik Sabah masa kini namun sukar disaingi masa bertemu rakyat jelata yang tidak ada jurang perbezaan, selain dari itu beliau juga merupakan aktif dalam media masa pemberitaan sejak sekian lama tanpa ada perwatakan sombong atau membelakangi golongan rakyat yang amat memerlukan pemimpin yang berwibawa disamping belajar politik matang dan tahu halatuju tegasmya.
KANUL GINDOL MEMILIKI RANGKAIAN BAIK TERTERBAIK PADA RAKYAT JELATA MAHUPUN GROUP MAHUPUN BEBERAPABEBERAPA BEBERAPA PENGAMAL MEDIA DALAM MEDIA CETAK SERTA MEDIA SOSIAL YANG SANGAT DIGERUNI GENERASI MUDA MUDI  TANPA ADA PERBEZAAN DENGAN MASYARAKAT MASA KINI.

Khamis, 9 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
HARAPAN RAKYAT DIMATA MASYARAKAT
Sabah. Masyarakat peribumi dalam negeri ini harus memiliki ketabahan yang kuat bagi menghadapi pelbagai tuduhan pihak parti lawan sebaik sahaja parti Harapan Rakyat Sabah menyerti Gabungan Pakatan Sabah, dalam perjuangan memelihara tanah air Sabah semua dugaan perlu ditempuhi dengan tabah dan bersatu dalam parti parti gabungan yang telus memperjuangkan suara rakyat , harapan rakyat Slabah juga bersama dalam rakan rakan gabungan wajar menjadi contoh  kepada semua parti pembangkang betapa pentingnya berganding bahu dan sepakat dalam perjuangan dan bukan bersaing sesama parti pembangkang jika tidak memiliki muslihat lain demi kepentingan peribadi yang tersembunyi.
Kemampuan Harapan Rakyat mampu bergabung dengan SOLIDERITI, PCS dan SAPP merupakan satu misi membulatkan tekad mahu menyatupadukan rakyat Sabah dalam satu perjuangan tanpa bergantung parti dari Semananjung Malaysia, namun kemelut berpolitik memburu kedudukan peribadi tidak mampu dibendung apa tak lagi jika ada tukang pegang remut yang hanya menunggu signal pihak ketua agar gabungan pakatan Sabah yang kerdil mampu ditarik semua penyokong mereka jika pemimpin gabungan Sabah terlepas pandamg dalam kes tersebut.
Satu kenyataan Linos Lumbog aktivis politik veteran membuat pandangan isu gabungan Sabah yang menjadi pilihan warga asli dalam negeri ini bagi memelihara masyarakat sejagat namun perlu gerak kerja seiring setiap masa, amalan politik berpuak puak tidak releven jika nekad mahu membentuk kerajaan Sabah sebagaimana impian rakyat dalam negeri ini bagi merealisasikan kuasa kuasa yang termaktub dalam perjanjian 1963 disamping hal hal masaalah negeri ini ujarnya.
Sementara itu dalam tinjauan media terkini bagi kawasan parlimen Sepanggar bersama Linos Lumbog kerusi 1 parlimen dan 3 dun tersebut turut direbut oleh Pakatan Parti Gabungan dari Semananjung Malaysia (pembangkang) dan Warisan serta BN, gabungan Sabah dari HARAPAN RAKYAT, SAPP,SOLIDSOLIDERITI,PCSPCS  akan berhadapan dengan parti gergasi yang serba lengkap dengan pelbagai jentera umpama askar siap dengan kelengkapan tempur bagi menawan musuh jelas penduduk setempat.
Siapapun berjuang dalam parlimen Sepanggar hanya penduduk sekitar sahaja mampu memilih pejuang mereka yang berwawasan prihatin serta benar benar membantu rakyat dan bukan memburu jawatan peribadi kearah mengaut keuntungan semata mata, namun suara suara orang kampung dan kumpulan peniaga peniaga tempatan meramalkan mereka mampu melihat kemana halatuju sokongan mereka dengan minda bebas terbuka bagi mencari  peneraju kepimpinan Sepanggar yang tahu kesusahan rakyat jelas mereka.
APAPUN PRISEDEN HARAPAN RAKYAT DATUK SERI PANGLIMA LAJIM HAJI UKIN BOLEH MENARIK NAFAS LEGA MEMANDAGKAN RAMAI AHLI AHLI UMNO (LIHAT GAMBAR PENYOKONG UMNO MENYARUNGKAN T'SHIRT HARAPAN) MENANDAKAN KEYAKINAN MEREKA UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN DALAM SABAH PADA PILIHAN RAYA KE 14 YANG MUNGKIN TIDAK LAMA LAGI DENGAN LEGASI SABAHAN.
Oleh. Bujie Tukarang
SIAPAKAH MEREKA PEMINTA SEDEKAH INI?
Sabah. Bertahun tahun sudah gejala peminta sedekah dalam negeri ini dengan pelbagai ragam serta bertambah setiap hari tanpa mampu berbahasa loghat asli dalam negeri ini apa tak lagi bahasa Melayu sememangnya terlalu jauh dan dipercayai percakapan mereka adalah daro negara jiran terdekat Sabah, orang orang asli dalam Sabah juga hairan mengapa mereka ini terlalu bebas meminta sedekah dalam negeri ini apa tak lagi sekitar bandaraya Kota Kinabalu bagai ada kekebalan tak kelihatan pihak berkuasa tempatan terutama wakil rakyat mahupun ahli parlimen tidak kira apa juga parti yang berkuasa. Sebagai wakil rakyat yang diberi kuasa oleh rakyat yang mengundi mereka sudah menjadi tanggaongjawab mencari jalan penyelasaian bagi menghalang perlakuan seumpama walau dengan pelbagai cara mengikut garis undang undang yang telah diperuntukkan dalam kes seumpama apa tak lagi jika golongan peminta sedekah ini terdiri orang asing sudah pasti tidak wajar dibiarkan berkejalan setiap masa dipelusuk negeri ini khususnya bandaraya Kota Kinabalu, masaalah peminta sedekah ini juga melibatkan kanak kanak kecil yang dibawa 4 tahun dalam kumpulan ramai tak pasti pula anak anak siapa yang dipinjam setiap peminta sedekah yang bergerak bebas sehingga ramai orang asal Sabah merasa kesal dengan perbuatan pengemis mengganggu ketenangan masyarakat sekeliling dengan pelbagai bau yang tidak menyenangkan dikalangan orang asal Sabah melintasi kawasan laluan mereka. Demikian pendedahan Puligas Jomihin semasa menemui media-terkini-sabah.blogspot.com bagi menyedarkan orang asal dalam negeri ini agar tidak terlalu pemurah bagi menghulurkan wang ringgit pada orang yang minta sedekah berkumpulan dan sihat tubuh badan seolah olah Sabah lubuk pengemis, beliau juga meminta semua pihak terutama NGO mahupun pasukan keselamatan dan pelbagai agensi kerajaan agensi yang lain agar pennemis tidak bertahan mengemis tanpa pendapatan tetap setiap masa jika tidak mendapat sumbangan  dari orang orang sekeliling Sabah. Dalam tinjauan mediaterkini bersama Poligas Jomihin amat jelas pengemis berkumpulan terlalu ramai memperalatkan kanak kanak bagi meraih simpati dari masyarakat berbilang kaum dalam Sabah dengan sikap muda simpati, namun dalam kes seumpama "rasa simpati tidak lagi boleh dipakai memandangkan tambah dibagi tambah bertambah peminta sedekah berkeliaran dalam Sabah dengan tidak ada penghalang bagi yang telah merekod jumlah  pengemis jalanan dalam Sabah ap tak lagi ujar beliau.

Rabu, 8 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau (9 Feb 2017 Khamis)
HARAPAN RAKYAT NEKAD TAWAN SEPANGGAR
Telipok. Perjuangan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat Sabah) bersama dengan  parti parti gabungan Sabah seperti SOLIDERITI, PCS DAN SAPP akan berjuang bersama merebut kerusi Parlimen Sepanggar Dun Inanam dan Dun Kerambunai serta Dun Darau pada pilihan raya ke 14 tidak lama lagi, malah gabungan Sabah juga tidak terlibat dengan tohmahan parti parti pembangkang lain mengaitkan pakatan Sabah dengan BN UMNO tanpa bukti yang jelas apa tak lagi penyebaran tersebut menjatuhkan imej perjuangan gabungan Sabah yang berusaha membela masa depan kearah merealisasikan agenda 63, sudah tiba masanya rakyat kawasan Parlimen Sepanggar memilih parti tempatan yang memiliki rakan rakan seperjuangan agar kuat mantap dan berintegriti memajukan ekonomi rakyat Sabah disamping mencari jalan bagi mengawal pelbagai anasir luar yang masuk kedalam negeri ini walaupun pelbagai usaha kerajaan masa kini mengawalnya masih lagi warga asing pendatang tanpa izin mampu membolosinya tanpa dikesan arah mana lubuk mereka memasuki negeri ini apa tak lagi sekitar pesisir laut sekitar Sempadan keliling kawasan dalam negeri ini sejak sekian lama namunbelum lagi mampu membendung kes seumpama.  Perjuangan Harapan Rakyat Sepanggar juga tidak bersendirian dimana ada rakan gabungan seperti Solideriti, Parti Cinta Sabah dan Parti Maju Sabah kearah perjuangan menukar kepimpinan masa kini yang gagal merealisasikan segala usul rakyat jelata dalam semua hal berkaitan masaalah negeri asalkan seluruh Sabah mampu dikawal secara bermaufakat umpama satu rumah 15 keluarga mendudukinya. Mr. Miasin Mion (dalam gambar) berkata demikian semasa jelajah Tamu Pekan Telipok hari ini sebagai misi mendekati rakyat berbilang kaum dan agama agar tidak lagi boleh diperdaya dengan pelbagai dakyah politik yang tidak memberi manafaat kepada masyarakat setempat sejak sekian lama,  gabungan parti parti pakatan Sabah juga tidak berhenti bagi memberi penerangan semua rakyat jelata ternasuk lah diperkampungan terpencil sejajar mahu kemenangan dalam pilihan raya ke 14 dijangka tidak lama lagi. Mr. Miasin Mion juga optimis boleh menang jika rakyat diberi kefahaman sejujurnya agenda perjuangan Harapan serta gabungan parti SAPP, SOLIDERITI mahupun PCS yang seperjuangan menukar kerajaan BN masa kini yang sedaya upaya mempengaruhi rakyat dengan pelbagai cara meraih sokongan rakyat terutama Parlimen Sepanggar serta Dun Kerambunai Dun Darau serta Dun Inanam.  Dalam perjumpaan bersama masyarakat mukim Telipok Laut, Mukim Telipok Darat sekitar Tamu Pekan Telipok Mr. Miasin Mion turut bersama dengan Ketua Bahagian Harapan Rakyat Sabah Haji Hasyim Jemat serta kepimpinan bahagian, Pemuda dan Wanita bagi mengagihkan kalender (haribulan 2017) terhadap orang kampung dan pekedai setempat amnya tanpa memilih kaum mahupun agama dalam kawasan tersebut bermula jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi. SELAMAT MENYAMBUT CAP GOH MEH (GONG XI FATT CAI 2017. KEPADA KAUM TIONGHUA KAWASAN PARLIMEN SEPANGGAR SERTA NASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN AGAMA SELURUH SABAH AMNYA. SEMOGA KITA MAMPU BERSATU MEMELIHARA MEMPERJUANGKAN GABUNGAN PAKATAN SABAH DEMU TANAH AIR SABAH DALAM JANGKA PANJANG. DARIPADA, MR. MIASIN MION NAIB KETUA BAHAGIAN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH BAHAGIAN SEPANGGAR.
Miasin Mion mengangkat kalender Harapan Rakyat

Selasa, 7 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol/Williem Anak Lagau
RAKYAT TERUS PILIH GABUNGAN ASAS PERJUANGAN
Sepanggar. Rakyat hanya akan memberi sokongan kepimpinan parti politik bersatupadu dalam gabungan asli tempatan Sabah tanpa dipengaruhi golongan luar apa tak lagi mereka yang sekadar memburu jawatan dan kuasa tanpa sumbangan pada rakyat jelata, pemimpin parti politik yang tumbuh bagaikan cendawan masa kini tidak ubah mencari tangga untuk menduduki kerusi DUN atau PARLIMEN  namun melihat rakyat jelata akan bersembunyi bagai takut menerima pelbagai isu yang disuarakan demi kepentingan umum.
Berpolitik bersendirian atau bergantung penuh dengan pengaruh politik dari luar negeri merupakan satu budaya tidak yakin pada kebolehan perjuangan sendiri dan sekadar mahu menumpang pada rumah orang lain, pemimpin serupa juga tidak boleh melenting atau menyalahkan rakyat jelata jika mendapat teguran dari masyarakat orang asal Sabah yang mula mrnyedari betapa perlunya tanahair ditabdir oleh para pemimpin orang asal Sabah tanpa bergantung pengaruh dari luar.
Demikian pandangan Linos Lumbog mewakili warga KDM Mukim Menggatal Darat semasa ditemui dalam lawatan rombongan Kepimpinan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang diketuai oleh Haji Hasyim Jemat Ketua Bahagian Harapan Rakyat dipekan Menggatal hari ini, Linos Lumbog optimis dengan gabungan Sabah yang telus berani berwawasan dan memelihara asal usul mampu meyakinkan serta memelihara kepentingan generasi muda mudi dalam negeri ini dalam jangkamasa panjang tegas beliau.
Sungguhpun Linos Lumbog belum menyertai mana mana parti sehingga hari ini (berita ditulis) namun beliau lebih berminat bercakap politik gabungan Sabah yang diterajui HARAPAN RAKYAT, SOLIDERITI, PCS dan SAPP yang jelas mahu memperjuangkan hak hak dan masa depan orang asal Sabah, gabungan tersebut tidak akan menggadaikan perjuangan mereka tanpa halatuju sebemar yang direstui rakyat Sabah apa tak lagi dituduh pelbagai tuduhan pihak parti lawan yang sekadar mahu kuasa namun berlagak tinggi menggunung berdepan orang orang kampung dengan tidak disokong katanya.
Media Terkini Sabah secara lawatan biasa ke Tamu Mingguan Menggal mendapat pelbagai komen rakyat jelata melibatkan sikap angkuh segelintir golongan pemimpin berkelulusan tinggi namun impian sekadar memburu jawatan utama tanpa keutamaan membamtu rakyat, jika ini lah sebagai agenda golongan parti pembangkang persendirian sudah pasti rakyat jelata akan merubah pendirian mereka dalamdalam masa pilihan raya ke 15 yamg dijangla dalam masa terdekat kearah mengumdi parti gabimg tenaga ujar penduduk setempat


Jumaat, 3 Februari 2017

SEKALONG UCAPAN TAKZIAH KEPADA  DAIMIN SULUKAN (PPM DUN KADAMAIAN) DAN SELURUH KELUARGA DIATAS PEMERGIAN AYAHANDA BELIAU "SULUKAN BIN TAKA" PADA3 FEBUARI 2017 BUAT SELAMA LAMANYA DALAM USIA 93 TAHUN. SEMOGA TUHAN MEMBERI KEBERKATAN PEMERGIAN DAN PERJALANAN MENDIANG SEBAGAI ORANG YANG BERIMAN.  DARIPADA, 1. DONIUS BULANGOU  2. MARINO AHMAD  3. EGOL ONSIM BOSINTAL  4. MR. KANUL GINDOL 5. MEJAR (K) ARMAN KARIM "PBPS"

Khamis, 2 Februari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PAKATAN SABAH PILIHAN RAKYAT
Pedalaman. Rakyat kawasan pendalaman tidak lagi sanggup berputih mata melihat parti politik dari luar Sabah mahu menguasai pengaruh dengan ibarat kunci rumah semua dipegang oleh MR. SOLDADU diluar negeri ini demi konsep kuasa besar, jika tidak diselami lebih mendalam hala tuju politik dalam Sabah maka generasi muda mudi akan datang tetap dengan kuasa taklukan politik tanpa memberi ruang berkuasa apa tak lagi berserah tanpa berjuang demi masa depan.
Kebangkitan kekitaan dalam politik Sabahan oleh pemimpin yang berwawasan telah membuka minda anak anak watan Sabah bergabung dalam satu pakatan Sabah demi menjadikan Sarawak sebagai idola kematangan berfikir kearah generasi akan datang, malah bukan sahaja pemimpin Sabahan yang wajar bersatu malah menjadi keutamaan adalah rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih bergabung dalam sebuah rumah yang kukuh tanpa dikongkong orang seberang.
Masyarakat pendalaman juga harus bijak menyertai pembangkang yang asli bersatu dalam gabungan Sabah tanpa dimainkan oleh politik dari luar Sabah apa tak lagi taring yang sedia mencengkam kekuasaan dibumi Sabah jika mendapat kuasa penuh selepas piihan raya ke 14 tidak lama lagi, namun rakyat berdaftar sebagai pemilih juga kena bijak menilai setiap calon pilihan raya yang prihatin dan tidak sombong setiap kali menemui rakyat terutama calon yang sombong dan kedekut bila sebilangan rakyat meminta bantuan dimana mampu kah calon bertanding menjadi pemimpin rakyat.
Mr. Gosibin Yosundang berkata demikian dalam kenyataan pada media-terkini-sabah. Sebagai mengulas sebenar agenda orang orang politik masa kini terutama bagi kawasan Sabah yang bersaing mempromosikan diri namun sukar merealisasikan permohonan keperluan rakyat jelata, ada juga golongan tertentu berhajat mahu menjadi calon pilihan raya namun menghulur seringgit pada orang kampung bagai menyimpan barang kemas berharga ratusan ribu ringgit apa tak lagi individu yang benar benar dhaif umpama tidak pernah wujud dalam kawasan mereka ujar beliau.
Menurut Mr. Gosibin Yosundang, ada juga orang politik masa kini mengharapkan dibeli oleh pemimpin parti  pihak lawan jika memiliki penyokong diperingkat akar umbi demi mencari wang keuntungan walaupun rakyat jelata gagal membaca tujuan perjuangan mereka, tidak hairan lah jika orang politik masa kini berebut rebut menjadi calon sebagai langkah kanan mereka walaupun sukar mendapat liputan meluas dikalangan mediamedia cetak mahupun media eletronik sebagai paparan menambat hati golongan pengundi ujarnya.
Dalam tinjauan media terkini sabah bersama Mr. Gaibin Yosundang kawasan yang menjadi kubu pakatan Sabah ialah Tambunan, Keningau, Sook, Apin Apin, Nabawan, Tenom dandan Pensiangan dimana gabungan HARAPAN RAKYAT, SOLIDERITI, PARTI MAJU SABAH DAN PARTI CINTA SABAH jika calon dipilih atas suara masyarakat setempat, namun jika pemilihan berlaku disebalik suara masyarakat setempat jangan kata menang dapat dicapai malah mungkin ada CALON TERJUN bakal hilang wang pertaruhan sama juga seperti pilihan raya masa lalu dimana akan menguntungkan Barisan Nasional ujar orang kampung.

Rabu, 1 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol
PERHUBUNGAN JALAN RAYA BANJIR BESAR
SOOK. Kerajaan BN Sabah diminta turun padang bagi meninjau permasaalahan saliran perparitan seluruh jalan raya meliputi Rancangan Penempatan Belia Tiulon Sook Keningau yang kerap menenggelamkan jalan raya laluan penduduk setempat untuk ke pekan Sook atau Keningau dimusim hujan, banyak jalan raya setempat tidak dapat dilalui jika berlaku hujan lebih dari 9 jam tanpa henti apa tak lagi jika berlaku melebihi dari 2 hari pasti semua kenderaan ringan akan berkurung dirumah bagi mengelak berlaku kerosakan akibat ditenggelami banjir laluan diatas jalan raya tiap hari.
Sejak beberapa hari lalu penduduk rancangan penempatan belia Tiulon Sook Keningau resah apabila kenderaan kecil mereka gagal menyeberangi jalan raya kampung yang tidak diselenggera dengan baik baik oleh pihak pemimpin kerajaan walaupun menjadi laluan utama setiap hari, malah ramai pegawai kerajaan setempat juga sering melalui jalan terlibat namun tidak nampak sebarang usaha pegawai kerjaan melakukan aduan rasmi masaalah seumpama terhadap pihak berkuasa tempatan sebagai membela kemudahan orang kampung tersebut.
Demikian satu kenyataan penduduk Rancangan Belia Tiulon Keningau yang dikemukakan pada media terkini sabah sebagai bersuara demi kemudahan harian pelbagai lapisan masyarakat kawasaan sejak beberapa tahun yang lalu, jurucakap yang sekadar memperkenalkan diri sebagai BROTHER mengharapkan kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri membuktikan usaha mereka kearah memperbaiki perparitan jalan raya berkenaan dalam tahun ini juga agar tidak ada orang keciwa kes seumpama jelas beliau.
Media Terkini Sabah yang melakukan lawatan mengejut kawasan Rancangan Belia Tiulon Sook juga mendapati semua jalan raya masih TANAH MERAH cuma dibubuh batu kelikir sedikit, dengan pendedahan ini setiap bergelar pemimpin wajar turun padang melihat dan sekurang kurangnya membantu memperbaiki sekadar termampu memperbaiki saliran perparitan utama agar tidak berulang banjir besar dijalan raya.