Jumaat, 17 Februari 2017



 Oleh. Bujie Tukarang
GABUNGAN SABAH VS BN SIAPA PILIHAN?
SABAH. Rakyat terus berteka-teki siapa yang berkelayakan menjadi wakil rakyat dalam setiap kawasan DUN dan PARLIMEN ke 14 antara gabungan pakatan Sabah, gabungan DAP KEADILAN AMANAH BERSATU PERPADUAN yang turut ditentang WARISAN PERPADUAN serta kompenan BN, jika pertembungan serupa dalam pilihan raya ke 14 antara DUN dan PARLIMEN sudah pasti rakyat jelata luar bandar akan keliru dan mungkin ada yang tidak keluar mengundi bila hilang keyakinan parti pembangkang yang berlawan sesama sendiri akibat memburu kedudukan peribadi tanpa agenda masa depan membela rakyat dan memelihara tanah air.
Sejak beberapa bulan yang lepas semua orang politik masing masing mengetengahkan dasar perjuangan politik mereka kepada rakyat Sabah yang berbilang kaum dengan jelajah rakyat disetiap daerah bagai bahang pilihan raya ke 14 sudah hampir, namun bagi semua parti kompenan BN tidak memiliki masaalah dalam aspek pelbagai jentera menawan sokongan rakyat keatas agenda kerajaan masa kini walaupun masih lagi wujud musuh dalam selimut setiap parti yang cuba mempromosi diri meraih sokongan.
Bagi semua Presiden parti parti yang bergabung dalam (Gabungan Sabah USA) tidak ada masaalah mendapat sokongan dalam kerusi DUN atau PARLIMEN mereka namun sukar memberi jaminan dikalangan Ketua Ketua Bahagian jika  berhasrat maju bertanding dalam PRU ke 14 diramal tahun ini, antara kebimbangan rakyat adalah sikap sebilangan Ketua Ketua Bahagian yang mendabik dada bagai penuh yakin penyokong BN memihak mereka tanpa mengambil kira BN dan pembangkang dari Malaya juga berusaha meraih undi diseluruh DUN dan PARLIMEN Sabah dengan apa cara sekali pun.
Cabaran politik dikalangan Ketua Ketua bahagian parti gabungan Sabah ialah kurang perhubungan dengan pengamal media nasional serta berhadapan parti pakatan KEADILAN, DAP, AMANAH, BERSATU, WARISAN, PKS dan parti gergasi KOMPENAN BN yang sehingga kini bijak mengatur langkah mendepani rakyat dan musuh politik mereka, penjawat ketua ketua bahagian dikalangan parti pembangkang haruslah bijak mencari alternetif media saluran penyebaran sesuai dengan kehendak isi hati rakyat yang memerlukan maklumat tepat dah sahi disamping gerakan mendekati rakyat jelata lebih proaktif dengan susunan jentera yang rapi disetiap kawasan melalui pemimpin bersih berani dan jujur bukan hipokrit pada rakyat.
Demikian pandangan Veckey Beoleverd pemerhati politik dari Wilayah Persekutuan Labuan sebagai mengulas senario pertembungan politik Sabah masa kini antara pembangkang dengan Kerajaan BN dimana memiliki kuass menang menang berbanding pembangkang saling mempamerkan kekuatan masing masing, malah jika parti pembangkang gagal betsatu diperingkat bahagian dan cawangan serta sikap mendabik dada berkuasa dikalangan ketua ketua bahagian sehingga pilihan raya BN Sabah tidak mempunyai masaalah bagi mendapat sokongan undi dari seluruh rakyat pengundi yang mahu kan pemimpin mereka jujur bertanggongjawab.
VECKEY BEOLEVERD OPTIMIS DATUK HAJI MOHD. NOOR MANSUR (GAMBAR SEMANGAT BERUCAP) MAMPU MEMBENTUK KETUA KETUA BAHAGIAN GABUNGAN SABAH BERBAIK RAKYAT PENGUNDI DISAMPING MEDIA MEDIA NASIONAL DAN ANTARA BANGSA DEMI RUJUKAN UMUM, SEBALIKNYA MANA MANA KETUA BAHAGIAN PARTI PEMBANGKANG KESELURUHAN MASIH LAGAK ANGKUH MEREKA TANPA KONSEP MENANG MENANG SEMUA PIHAK ADALAH LEBIH BAIK BERDIAM DIPEJABAT PARTI DAN MENCARI PENGGANTI YANG BERKELAYAKAN DIMATA RAKYAT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan