Rabu, 1 Februari 2017

Oleh. Jasly Dol
PERHUBUNGAN JALAN RAYA BANJIR BESAR
SOOK. Kerajaan BN Sabah diminta turun padang bagi meninjau permasaalahan saliran perparitan seluruh jalan raya meliputi Rancangan Penempatan Belia Tiulon Sook Keningau yang kerap menenggelamkan jalan raya laluan penduduk setempat untuk ke pekan Sook atau Keningau dimusim hujan, banyak jalan raya setempat tidak dapat dilalui jika berlaku hujan lebih dari 9 jam tanpa henti apa tak lagi jika berlaku melebihi dari 2 hari pasti semua kenderaan ringan akan berkurung dirumah bagi mengelak berlaku kerosakan akibat ditenggelami banjir laluan diatas jalan raya tiap hari.
Sejak beberapa hari lalu penduduk rancangan penempatan belia Tiulon Sook Keningau resah apabila kenderaan kecil mereka gagal menyeberangi jalan raya kampung yang tidak diselenggera dengan baik baik oleh pihak pemimpin kerajaan walaupun menjadi laluan utama setiap hari, malah ramai pegawai kerajaan setempat juga sering melalui jalan terlibat namun tidak nampak sebarang usaha pegawai kerjaan melakukan aduan rasmi masaalah seumpama terhadap pihak berkuasa tempatan sebagai membela kemudahan orang kampung tersebut.
Demikian satu kenyataan penduduk Rancangan Belia Tiulon Keningau yang dikemukakan pada media terkini sabah sebagai bersuara demi kemudahan harian pelbagai lapisan masyarakat kawasaan sejak beberapa tahun yang lalu, jurucakap yang sekadar memperkenalkan diri sebagai BROTHER mengharapkan kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri membuktikan usaha mereka kearah memperbaiki perparitan jalan raya berkenaan dalam tahun ini juga agar tidak ada orang keciwa kes seumpama jelas beliau.
Media Terkini Sabah yang melakukan lawatan mengejut kawasan Rancangan Belia Tiulon Sook juga mendapati semua jalan raya masih TANAH MERAH cuma dibubuh batu kelikir sedikit, dengan pendedahan ini setiap bergelar pemimpin wajar turun padang melihat dan sekurang kurangnya membantu memperbaiki sekadar termampu memperbaiki saliran perparitan utama agar tidak berulang banjir besar dijalan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan