Isnin, 27 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau
RANG UNDANG UNDANG HUKUM HUDUD BUKAN UNTUK AGAMA LAIN
Sabah. Semua agama lain dalam negara ini khususnya dalam Sabah tidak sesuai mencampuri perundangan syariah agama Islam jika agama lain tidak suka saudara saudara Islam membidas agama agama lain tiap hari, rang undang undang HUDUD yang termaktub dalam al. Quran saudara saudara Islam tidak pantas dijadikan isu politik orang orang bukan Islam demi menjaga kedaulatan syariah agama mereka sendiri tanpa melibatkan penganut agama lain dalam negara ini.    Sebagai ahli politik bukan Islam tidak wajar menyuarakan isu RANG UNDANG UNDANG HUDUD melibatkan Akta Mahkamah Syariah RUU355 memandangkan terpakai untuk umat Islam yang bersalah sahaja tanpa melibatkan orang bukan Islam apa tak lagi cuba mempertikaikan pembentangan tersebut bagai tak masuk akal, sesiapapun yang cuba membangkitkan isu isu politik perlu mengkaji cara pubilisiti politik agar tidak mencampuri perundangan melibatkan syariah Islam demi menjaga hati dan perasaan umat Islam terutama dalam negeri Sabah yang berbilang bangsa dan agama terutama sekali keluarga yang telah berkhawin dengan umat Islam sejak sekian lama tidak wajar mempertikaikan nya.  Mr. Egol Onsim Basintal Mantan Ketua Bahagian PBS  N.24 Membakut berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua MCA Datuk Francis Goh dalam sebuah akbar tempatan Sabah beberapa hari lepas bagai mencampuri rumah orang lain, bagi rakyat Sabah tidak suka mencampuri undang undang agama lain sebab warga asli dalam negeri ini unik ramai keluarga berbilang agama tinggal pula berjiran sekampung terasa pedih hati juga jika agama saudara mara dipertikai perundangan mereka demikian juga sebaliknya jika keluarga Islam mempertikaikan perundangan agama lain ujar beliau.  Mr. Egol Onsim Basintal mengajak seluruh rakyat Sabah menyerahkan kepada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan Islam mencari jalan penyelasaian rang undang undang tersebut diluluskan atau sebaliknya memandangkan ia hanya terpakai bagi saudara kita yang beragama Islam,  sejajar dengan teguran ini tidak berniat menyinggung perasaan mana mana pihak namun sekadar memperbaiki hubungan semua kaum dan agama apa tak lagi tersentuh perasaan saudara mara kita semua pastinya cukup mengguris hati dan perasaan kita seluruh rakyat sejagat Sabah.  MR. EGOL ONSIM BASINTAL YAKIN HUKUM HUDUD JIKA DILULUSKAN OLEH PARLIMEN MALAYSIA  IANYA SEKADAR DIPERUNTUK OLEH PENGANUT AGAMA ISLAM TANPA MELIBATKAN PENGANUT AGAMA LAIN, SETIAP ORANG BERAGAMA MEMILIKI PERUNDANGAN AGAMA MASING MASING DEMI PANDUAN MENGEKANG PELBAGAI PERLAKUAN YANG MELANGGAR PERUNDANGAN AGAMA MASING MASING NAMUN SAUDARA MARA ISLAM KITA TIDAK PERNAH BERSUARA MEMBIDAS PERUNDANGAN BERKENAAN CARA UMUM DEMI MENJAGA HATI NURANI  SESAMA ORANG KITA DISABAH JELASNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan