Ahad, 19 Februari 2017

Oleh. Williem Anak Lagau 
SIAPA PESAING GEMPUR BN?
Kota Belud. Dalam mendepani pilihan raya ke14 dijangka tahun ini siapakah pesaing BN yang mendepani calon calon diempat kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu Parlimen yang menjadi kubu kuat UMNO DAN BN sejak beberapa tahun yang lalu namun kini ramai pemimpin parti pembangkang setempat beranggapan mereka mampu meraih undi seluruh kawasan Kota Belud tanpa sebarang masaalah, dua kerusi Dun Tempasuk dan Dun Usukan adalah milik Umno manakala Dun Kadamaian merupakan kouta PBS yang telah ditawan Parti Keadilan pada PRU ke13 yang lalu akibat protes rakyat tidak bersetuju calon pilihan PBS sehingga memberi kemenangan pada parti Keadilan yang kini telah menyertai PBRS salah satu parti kompenan BN selepas memenangi kerusi DUN atas kerusi Parti Keadilan parti pembangkang terkuat di Sabah. 
Sejak setahun lalu bahang politik Sabah khususnya parti tempatan yang bergabung dalam pakatan USA membayangkan mahu menawan kerusi Dun Tempasuk, kadamaian dan Usukan serta Pintasan kerusi Dun Baru disamping kerusi Parlimen Kota Belud yang mungkin bakal ditandingi gabungan Parti Keadilan serta parti sendirian Warisan dan beberapa parti kecil lain yang mungkin juga akan bertanding dalam masa PRU ke 14, namun bagi beberapa penganalisis politik Sabah menyifatkan bukan muda mahu menumbangkan BN UMNO jika pembangkang berlawan sesama sendiri apa tak lagi dalam semua parti pembangkang Sabah masa kini serba kekurangan dalam apa juga keperluan kos perjalanan kempen terpaksa penyokong parti mereka yang memberi derma kewangan bagi mencapai misi menukar kerajaan berbanding kerajaan BN UMNO yang memberi pelbagai bantuan kewangan kepada rakyat miskin tanpa membebankan derma rakyat disetiap perjumpaan parti politik mereka.
Bagi DUN Kadamaian percaturan BN dari PBS adalah tokoh setia PBS hampir 30 tahun PPM Daimin Sulukan (Gambar Berkot Hitam) serta Ketua PBS Bahagian Kadamaian Dimis Rumanti (tidak bergambar) diramal berdepan Parti Keadilan, Parti Warisan dan Parti Gabungan USA dari gabungan Solideriti Tanah Air Ku En. Rubin Guriba (Bertopi gambar berbaju getah) diramal cadangan calon bagi menentang BN dari PBS dan akan dibantu oleh Harapan, PCS, SAPP dengan sekurang kurangnya tiga atau empat penjuru bersama BN, bagi kerusi Parlimen Kota Belud pula jika Datuk Abdul Rahman Dahlan (MP sekarang) dikekalkan calon UMNO BN juga bakal berhadapan dengan Parti Keadilan serta rakan pakatan nya disamping Parti Warisan dan lagi parti USA gabungan Sabah juga diramal dari parti gabungan Solideriti En. Jolumin Bayogoh ( Gambar bertopi koboi) aktif jelajah gabungan Sabah diseluruh Sabah juga terkenal seluruh parlimen Kota Belud dalam penampilan politik dimana mewakili kaum Dusun beragama Islam dan peramah.
Percaturan politik 3 atau 4 penjuru bagi seluruh kawasan Parlimen Kota Belud sukar untuk memilih undian rakyat apa tak lagi dalam kesempitan pelbagai sumber kewangan dan jentera memangnya terlalu banyak cabaran jika gagal menghadiri setiap pertemuan rakyat dipelusuk kawasan tersebut boleh merubah pendirian rakyat terhadap calon yang bertanding.
Antara ulasan disampaikan oleh Juinies Abdullah seorang penduduk kawasan Kota Belud bagi mendedahkan percaturan politik daerah Kota Belud antara kekuatan BN berhadapan dengan 3 hingga 5 parti pembangkang yang bercita cita mahu mendapat kedudukan pentabdiran kerajaan negeri mungkin sukar jika gagal penyediaan semua jentera, manakala bagi Dun Kadamaian BN khususnya UMNO wajar mendengar suara rakyat Kadamaian yang mahukan PPM Daimin Sulukan sebagai calon pada PRU ke 14 diramal tahun ini jika mahukan kemenangan besar jelas beliau.
Juinies Abdullah menambah, PPM Daimin Sulukan merupakan pemipin PBS yang kebal semangat tidak pernah meninggalkan PBS walau apa keadaan sekalipun disamping memiliki hubungan akrab dengan semua kepimpinan Parti kompenen BN terutama UMNO diseluruh Parlimen Kota Belud serta memiliki pengaruh semua kaum tanpa mengira bangsa dan agama, sesuatu kesilapan memilih calon bukan kehendak rakyat DUN Kadamaian boleh memberi ruang kemenangan kepada parti pembangkang sama apa yang berlaku dengan DUN Kadamaian pada PRU ke 13 Calon PBS bukan kehendak suara rakyat maka Parti Keadilan menang dengan muda dimana tidak mungkin BN mahu berulang perkara yang sama dalam PRU ke 14 dalam masa terdekat ini terang beliau.
Sementara itu seorang aktivis sosial&politik Mr. Kanul Gindol (gambar bawah sekali) membayangkan perhitungan politik BN dan PEMBANGKANG kali ke 14 ini cukup getir dimana jika semua jentera kedua pihak mengena perbezaan undi dijangka terlalu kecil walau siapa juga dikalangan mereka yang menang namun segalanya bergantung kepada keupayaan jentera parti mahu mendengar suara rakyat atau tidak, politik tidak boleh dipisahkan dengan pandangan suara ramai apa tak lagi seluruh rakyat di kawasan Kota Belud mahupun negeri Sabah amnya jika golongan pemacu politik itu tahu menghargai pandangan rakyat jelata yang sentiasa memerhati semua agenda politik mereka sepanjang masa demi kesinambungan pembelaan taraf hidup rakyat berbilang kaum dalam Sabah katanya. SIAPAPUN PILIHAN CALON BN DALAM KAWASAN DUN KADAMAIAN TERPULANG PADA PBS DAN UMNO NEGERI BAGI MENCAPAI KEMENANGAN DAN KUASA JUGA TERLETAK DITANGAN MEREKA BAGI MENDEPANI CABARAN PARTI PEMBANGKANG YANG NEKAD MAHU MENUKAR KERAJAAN SABAH CARA PILIHAN RAYA, SUNGGUHPUN PARTI PEMBANGKANG SERBA KEKURANGAN DALAM SEGI MATERIAL NAMUN TEKAD DAN AZAM MERUPAKAN SEMANGAT MEREKA DALAM MENGHARUNGI CABARAN PILIHAN RAYA KE 14 TANPA MENYERAH KALAH LEBIH AWAL DEMI KEHENDAK PENYOKONG MEREKA DIPERINGKAT BAWAHAN KEARAH PERJUANGAN SABAH UNTUK SABAH SLOGAN PARTI PEMBANGKANG TEMPATAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan