Rabu, 22 Februari 2017

Oleh. Bujie Tukarang / Williem Anak Lagau
MENYAMAR PELINDUNG LOGHAT BAHASA ASING MENAKUTKAN

INANAM. Polis DiRaja Malaysia diminta menggandakan kawalan ronda sekitar Inanam Taipan berikutan beberapa individu berloghat bahasa melayu asing (Negara Jiran Terdekat Malaysia) bergerak meminta pejedai menggunakan khidmat mereka yang memiliki hubungan dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bernula 19 Febuari 2017 lalu, walaupun setakat ini golongan terlibat belum lagi meminta bayaran namun berdasarkan kepada loghat bahasa mereka menyerupai bahasa asing amat membimbangkan jika golongan terlibat meminta wang bayaran pada suatu masa terutama diwaktu malam.
Kejadian tersebut berlaku jam 7.00 malam 19 Febuari 2017 lelaki dalam lingkungan 30 tahun umur berbadan tegap gempal dan dipercayai memiliki rakan subahat lain dengan memerhati tindakan peniaga dari sesuatu sudut yang tersembunyi, ramai peniaga merasa takut jika golongan terlibat datang meminta bayaran perlindungan ketika hanya golongan pekerja sahaja pada waktu malam, selain dari itu firma kawalan keselamatan kawasan Taipan juga wajar bijak melakukan kawalan dan risikan dalam sesuatu kejadian apa tak lagi diwaktu malam demi menjaga keselamatan seluruh peniaga Taipan disamping pelawat dalam kawasaan tersebut setiap masa apa tak lagi golongan kaum wanita.
Demikian penjelasan seorang peniaga kawasan Inanam Taipan yang mahu dikenali Mohd. Akmal semasa menemui media terkini sebagai memberi peringatan seluruh peniaga kawasan Inanam Taipan mahupun negeri Sabah amnya jika didatangi golongan terlibat setiap masa, dalam mendengar loghat bahasa golongan terlibat merupakan warga asing yang cuba memperdaya memberi perlindungan sedangkan Polis ada dan Pengawal Keselamatan kawasan Taipan pun ada jelas sekali golongan terlibat cuba memperdayakan peniaga dan mungkin akan mengenakan bayaran jika ada yang bersetuju tegas beliau.
Dalam tinjauan media terkini kawasan Inanam sememangnya terlalu ramai warga asing berkeliaran dimana menurut maklumat orang ramai golongan lelaki sukar mendapat kerja manakala isteri isteri mereka pula kerja pembersih kedai atau menjual kueh mueh cara bergerak, golongan lelaki pula duduk dikedai kopi atau kedai Billiard sepanjang hari dan isteri lah yang memberi wang jika suami memerlukan wang minum atau makan sepanjang hari jelas orang ramai yang ditemui. SEHUBUNGAN DENGAN PENDEDAHAN INI SEMUA LAPISAN MASYARAKAT KAWASAN INANAM TAIPAN ATAU PELAWAT SETEMPAT BERKERJASAMA MEMERANGKAP GOLONGAN YANG MENYAMAR MENJADI PELINDUNG AGAR DAPAT DISERAHKAN KEPADA POLIS DEMI SIASATAN LEBIH LANJUT, BUKAN SAHAJA KAWASAN INANAM PERLU BERWASPADA DENGAN KEGIATAN WARGA ASING YANG BANYAK MENAKUTKAN RAKYAT ASLI NEGERI SABAH AGAR TIDAK MASUK PERANGKAP GOLONGAN PENIPUAN SEGELINTIR WARGA ASING YANG BEBAS BERGERAK BUKAN SAHAJA INANAM MALAH NEGERI SABAH AMNYA. (Gambar Kedai Permis Perniagaan Kawasan Inanam Taipan Tempat Gerakan Warga Asing Ditemui)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan