Rabu, 22 Februari 2017

Oleh. Jopis Anak Lagau/Jasly Dol
MAMPUKAH GABUNGAN SABAH MERAIH SOKONGAN RAKYAT?
SABAH. Parti pembangkang dalam negeri ini saling bersaing mendapat sokongan seluruh rakyat berbilang kaum dengan gerak kerja jelajah seluruh pelusuk kampung tanpa mengira masa dan tempat asalkan ada  rakyat temui mereka, ada juga orang terlibat politik terus meramalkan hanya parti politik mereka yang mendapat sokongan seluruh rakyat jelata dan paarti politik lain akan tidak mendapat sokongan rakyat walau dengan apa cara sekalipun namun segelintir rakyat jelata yang ditemui pula menafikan andaian pemimpin politik seumpama. Sejak kebelakangan ini ahli ahli parti WARISAN ghairah menyebarkan dilaman sesawang bahawa hampir semua rakyat Sabah telah menjadi ahli dan penyokong mereka sejak gerak jelajah mereka dijalankan seluruh negeri ini, bagi parti gabungan Sabah pula sekadar bersahaja dengan gerak jelajah dalam kumpulan puluhan hingga ratusan orang sahaja namun jika gerak jelajah Parti Kompenan BN pula setiap rakyat yang hadir akan mendapat manafaat bantuan dari kerajaan BN mengikut keperluan mendesak rakyat.
Senario politik Sabah sejak dua bulan awal tahun ini cukup sengit antara sesama parti pembangkang bersaing sesama sendiri dimata rakyat jelata setiap kali perjumpaan dijalankan dimana saling mempengaruhi rakyat jelata menyertai mereka yang berpengaruh boleh menukar kerajaan BN dalam pilihan raya, namun semua rakyat jelata mendakwa 
para pemimpin parti pembangkang yang ditemui mengaku sekadar diberi kata kata manis jika diberi sokongan undi dalam pilihan raya bagi memperbaiki dasar kerajaan BN masa kini walaupun terlalu banyak bantuan kerajaan yang rakyat kecapi masa kini berbanding sebilangan pemimpin pembangkang (BUKAN GABUNGAN SABAH) yang berkemampuan namun tidak menderma.   Bagi sesetengah pemimpin parti politik dalam gabungan Sabah walaupun tidak memiliki sumber kewangan namun sekadar menghulur Seratus Dua Ratus Ringgit masih mampu untuk rakyat yang benar benar memerlukan bantuan kecemasan jauh berbeza dengan pemimpin parti politik Sabah yang diberi mandat oleh para pemimpin parti pembangkang dari Semananjung Malaysia dimana dianggap pilihan terbaik, bagi rakyat Sabah pula pemimpin parti politik yang sombong enggan menghulur bantuan pada rakyat luar bandar tidak layak dipilih atau diundi dalam pilihan raya yang dipercayai sekadar memburu jawatan dalam kerajaan yang diundi rakyat jelata dalam pilihan raya kelak.  Pendedahan Gudalin Jumidir sebagai mengulas percaturan para pemimpin parti pembangkang Gabungan Sabah dengan parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia yang saling bergerak jelajah meraih sokongan ahli ahli baru yang mahu menyertai perjuangan mereka yang berhasrat mahu menukar kerajaan Sabah jika menang dalam pilihan raya ke 14 akan datang jika benar mereka mendapat sokongan penuh rakyat, BN juga tidak mungkin berdiam diri tanpa berjuang bersama memperkasakan sokongan rakyat  keatas kerajaan BN yang disifatkan rakyat banyak menghulur bantuan buat rakyat yang miskin yang jarang dilaksanakan oleh golongan pemimpin parti pembangkang melainkan mereka yang benar benar prihatin pada orang yang susah tegasnya.   Gudalin Jumidir menambah, rakyat jelata masa kini perlu bijak berfikir dan bertindak dengan percaturan pemimpin politik diperingkat bahagian agar tidak terjebak menjadi khadam berkerja tanpa dibayar gaji akibat janji manis jika menang dalam pilihan raya yang tidak ada sebarang surat perjanjian hitam putih untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan, berjanji pada rakyat jelata bagi membuat kerja demi meraih sokongan rakyat agar menang dalam pilihan raya amat senang namun membayar elaun atau gaji kepada pekerja amat licik berdalih menerusi pelbagai kata bicara manis tanpa memikir perasaan pekerja yang menanggong sara hidup keluarga setiap hari membuatkan rakyat bosan politik segelintir parti pembangkang katanya.  Dalam tinjauan media terkini bersama Gudalin Jomidir memang ramai pemimpin parti pembangkang aktif menggerak jelajah untuk rakyat namun ramai pekerja tidak mendapat sagu hati walaupun berjemur dan berjalan kaki menemui rakyat sekadar buang tenaga tanpa hasil, ini jelas diakui penyokong parti terlibat tidak memiliki gaji dengan kerja kerja mereka tiap hari mengedar risalah dalam jelajah bersama rakyat jelata namun bila pulang semua kering kontang sedangkan ketua yang memimpin ada hasrat mahu tanding merebut jawatan wakil rakyat dalam situasi pekerja kebulur ujarnya. PENDEDAHAN INI TIDAK MENJATUHKAN IMEJ MANA MANA PARTI POLITIK NAMUN MATLAMAT UTAMA ADALAH MENGINGATKAN GOLONGAN KETUA KETUA PEMIMPIN DISETIAP BAHAGIAN DALAM SABAH SARAWAK AGAR JUJUR DAN TELUS MEMBERI GAJI ATAU SAGUHATI TERHADAP SETIAP PETUGAS YANG MENYERTAI JELAJAH KEMASYARAKATAN AGAR ADA DIBAWA PULANG UNTUK KELUARGA, JIKA SEMUA PEKERJA DIBAWA BEKERJA SECARA SUKARELA SETIAP HARI ALAMAT SETIAP KELUARGA YANG TURUN BEKERJA AKAN BERTELAGA SUAMI ISTERI ATAU ANAK DENGAN  PERSELISIHAN KETUA POLITIK DENGAN RAKYATJELATA YANG BERKERJA UNTUK CARI SESUAP NASI BERSAMA SEISI KELUARGA TERANGNYA        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan