Jumaat, 31 Disember 2021

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022. Kepada Seluruh Pelanggan Kami Walau Dimana Sekalipun Berada Didalam Dan Luar Negara Amnya. Semoga Tahun Baharu 2022 Ini  Dapat Memperbaiki Taraf Kehidupan, Memberi Perlindungan Dan Memperkasa Segala Kehidupan Yang Lebih Baik Dari Tahun Tahun Tahun Sebelumnya Dengan Lanjutan Usia Penuh Kekuatan. 

Daripada. MEDIA TERKINI ONLINE (EDISI SABAH) Serta Seluruh KRU Kakitangan Azom Productions House Kuala Lumpur. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Kenali Bahasa Asli Sabah 

1. Pedih Urung (Samah) Ertinya Sakit Hidung 2. Luman Betis (Samah) Ertinya  Jalan Kaki 3. Amu Kanyoh (Lotud) ErtinyaTidak Katanya  4. Makaloh (Bisaya) Ertinya Besar 5. Tagado (Bisaya) Ertinya Tebang  6. Otumbazan Zou (Kadazan) Ertinya Saya Percaya  7. Kendidip (Samah) Ertinya Macis  8. Semaung (Samah) Ertinya Esok  9. Modtungangis (Dusun) Ertinya Berehat 10. Manambalai (Dusun) Ertinya Tuan Rumah 

Dikelolakan Oleh Norafzah Dollah. Sebarang penyertaan hubungi Talian 0194827829 dan 01138554026 Masa Pejabat Sahaja. 





 Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

TAMBAH PEMBIAKAN IKAN SUNGAI 

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta. Kementerian bahagian Perikanan sedang mempertingkatkan langkah langkah bagi menambah pelbagai jenis  anak ikan dibeberapa kawasan sungai air tawar dan kolam  peliharaan terpilih   bagi pembiakan ikan berganda dari masa ke semasa.

 Langkah kerajaan serupa merupakan satu usaha bagi mempertingkatkan hasil perikanan air tawar demi kegunaan negara sendiri mahupun dieksport kepada antara bangsa. 

Berapa ramai negara menjejaki langkah terbaik Indonesia berserah kepada wawasan setiap negara mempertingkatkan hasil pengeluaran iklan air tawar dalam jangkamasa panjang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Production House  Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Khamis, 30 Disember 2021


 Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022. Kepada Seluruh Bekas Bekas Tentera Malaysia Dimana Juga Berada Dalam Dan Luar Negara. Semoga Tahun 2022 Ini Semua Bekas Tentera Dimurahkan Reziki Dipanjangkan Usia Diberi Kesihatan Yang Terbaik Agar Memudahkan Menjalankan Kerjaya Seharian.

Daripada Seluruh Ahli Seumur Hidup Persatuan Bekas Bekas Perajurit Sabah. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

COVID 19 TERUS MEMBUNUH 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Virus Covid 19 yang terus membunuh manusia sehingga masa kini tidak mampu dibendung oleh golongan negara negara maju apa tak lagi bertambah tambah jenis virus terbaru covid 19 lebih pantas membunuh walaupun pelbagai jenis jenama vaksin negara maju masa kini.

Dalam perkembangan terbaru kes Covid 19 sejak 2019 sehingga kini lebih 5,421,976 kematian dunia manakala jumlah kes jangkitan meningkat lebih 281,562,209 orang. 

Amerika Syarikat  mencatat kematian serangan Covid 19 lebih dari 839,605 orang, disusuli  negara Brazil lebih dari 618,575 orang, negara India lebih 480,290 orang, negara Rusia lebih 306,090 orang, negara United Kingdom lebih 148,003 orang dan Perancis lebih 122,898 orang.

Negara Jerman  lebih 111,304 orang  meninggal dunia akibat serangan Covid 19 dari tahun 2019 sehingga masa kini, disusuli negara Iran lebih 131,474 orang, negara Itali lebih 136,753 orang, negara Argentina lebih 117,066 orang, negara Colombia  129,798 orang, negara Mexico lebih 298,819, negara Indonesia lebih 144,071 orang, negara Ukraine lebih 95,105 orang dan negara Afrika Selatan lebih 90,829 orang sejak 2019 sehingga masa kini. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memyat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions Kuala Lumpur. Pengarang 


 

 

Rabu, 29 Disember 2021

PERGOLAKAN PARTI POLITIK 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Bahang pilihan raya negeri Sabah bagai terasa dengan kemunculan ahli ahli parti politik menawarkan berjuang membela rakyat dalam negeri ini jika diberi sokongan menjadi wakil rakyat. 

Ada juga pemimpin yang sudah disokong masih gagal memberi khidmat bakti pada rakyat penuh kesempurnaan seperti yang di ungkap sebelum pilihan raya dahulu terutama orang orang yang memerlukan bantuan dari mana mana pemimpin parti  politik pemerintah.

Antara yang panas diperkatakan oleh golongan  ahli ahli parti politik masa kini bagi meraih sokongan rakyat diseluruh negeri Sabah walaupun PRU ke 15 belum pasti bila diadakan.

Majoriti ahli parti politik saling mendepani rakyat jelata bagi meraih sokongan namun segala masaalah rakyat jelata tidak ramai yang mampu menghulur bantuan melainkan mengharap memperolehi jawatan wakil rakyat dan wakil parlimen baharu membela rakyat jelata ujar rakyat Sabah yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

 Selamat menyambut tahun baharu 2022. Kepada saudara mara, seluruh yang mengenali kami walau dimana juga berada Sabah, Malaysia dan luar negara amnya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi oleh Allah swt sepanjang masa dalam menjalankan kerjaya seharian. 

Daripada. 

Mr. Richard Tulis Kg. Berentian Tawau Sabah dan seisi keluarga. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


Selasa, 28 Disember 2021


 Bicara Wara Indonesia akan dikelolakan oleh Helary Sukiono bermula 31 Dec 2021 bagi merungkai cerita menarik dinegara tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami Media Terkini Online (Edisi Sabah) masa pejabat sahaja di 0194827829 dan 01138554026.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus Penyiaran  dan Pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 Kami mempromosikan LONGAN Brazil dengan harga yang. Bersesuaian.

Tempahan boleh dibuat kepada Gilbert Paulus ditalian pejabat 01138554026 dan 0194827829 (Masa Pejabat Sahaja) 






Nota. Dilarang .membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


PARTI BARU BAGAI CENDAWAN ? 
Oleh. Williem Anak Lagau 
Menjelang tahun baru 2022 beberapa ahli parti politik giat mendaftar parti parti baru serta mengambilalih parti parti lama yang kurang berfungsi demi persediaan bagi menghadapi pilihan raya parlimen akan datang. 

Cabaran ini dapat dilihat rakyat Sabah berikutan pelbagai cerita dilaman sosial berhubung kewujudan beberapa parti politik baharu, walaupun terlalu banyak sudah parti parti politik masa kini namun masih ramai ahli parti politik berpindah bagi mencari tempat yang mengharap sokongan rakyat terhadap parti parti politik yang baharu. 

Terbaru dilaporkan ramai ahli ahli parti politik berusaha membina parti politik baharu dilaporkan persediaan dalam pilihan raya kali ke 15 akan datang ujar penduduk asli Sabah
yang ditemui hari ini. 








 Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Isnin, 27 Disember 2021

Akbar ini milik penuh Syarikat Azom Productions House Kuala Lumpur. 

Media Terkini Online (Edisi Sabah) merupakan penyiaran harian Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapore. 

Sebarang pertanyaan Hubungi Editorial Ditalian  0194827829 atau 01138554026 masa pejabat sahaja. 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



 

KENALI BAHASA ASLI SABAH 

1. Tembam ((Samah) Ertinya Tinggal 2. Daeing (Samah) Ertinya Ikan  3. Beriuu (Samah) Ertinya Angin 4. Urung Nei (Samah) Ertinya Hidung Nya 5. Pedih Impon (Samah) Ertinya Sakit Gigi 6. Beluang (Samah) Ertinya Pintu 7. Sembilan Gibang (Samah) Ertinya Sebelah Kiri 8. Sembilan Kewangan (Samah) Ertinya Sebelah Kanan 9. Sembiren (Samah)  Ertinya Bila 
 10.  Gaba (Samah) Ertinya Ombak 




Siaran ini dikelolakan oleh Norafzah Dollah. Sebarang penyertaan dan penyertaan hubungi 01139554026 dan 0194827829 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 




INDAH PERMAI DINI HARI 

Oleh. Jopis


 Anak Lagau 

Sepanggar. Pekan Indah Permai yang terletak dikawasan Parlimen Sepanggar padat dengan kedai dan perkampungan sekelilingnya sehingga menarik perhatian peniaga peniaga luar daerah malah ada juga dari luar negara berniaga dikawasan tersebut. 

Banyak juga rumah rumah penduduk berbilang bangsa dan agama disekeliling Indah Permai namun ada yang dilaporkan terdapat warga asing menyembunyikan diri mereka sekitar payah bakau kawasan berhampiran Indah Permai jelas orang asli dikawasan tersebut. 

Menurut penduduk tempatan Indah Permai  merupakan satu kawasan yang terletak dalam kawasan Sepanggar yang kini sedang membangun dengan pesatnya ujar penduduk setempat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan  niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang


Ahad, 26 Disember 2021

Media Terkini Online (Edisi Sabah) bakal berwajah baru sempena tahun baru 2022.  
Azom Productions House Kuala  Lumpur  pemilik akbar ini akan berusaha bagi menambah baik penyiaran setiap hari bagi memenuhi kehendak pembaca didalam dan luar negara.

Sebarang  pertanyaan boleh berhubung terus dengan kami ditalian 0194827829 dan 01138554026 masa pejabat sahaja. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

ADA ORANG POLITIK SOMBONG ?

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah.  Menjelang tahun baru 2022 terdapat beberapa ahli parti politik sombong dan bongkak bagaikan mereka lah yang sangat berpengaruh  dengan tidak menghiraukan suara orang lain. 

Ahli parti politik terbabit juga dilaporkan tidak mahu menerima pandangan orang lain semasa melawat dikampung kampung apa tak lagi jika ada yang cuba memohon sumbangan bantuan langsung tidak menghiraukan suara rakyat jelata. 

Antara luahan penduduk kampung bagi mendedahkan ahli parti politik yang sombong dan taksub semasa berhadapan dengan rakyat jelata yanKKg berpendapatan rendah namun tunduk dengan tekanan orang orang yang lebih berkuasa serta berpengaruh daripada mereka. 

Tidak hairan lah ahli parti politik seumpama bukan senang mahu mendapat sokongan dari rakyat jelata dikawasan mereka masing masing akibat ditolak rakyat yang sering dikecewakan malah ada yang terguris hati juga dengan perkataan golongan ahli parti politik sombong dan taksub serta angkuh tidak bertempat. 




Nota.  Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Oleh. Jasly Dollah 

MENTERI TURUN PADANG ? 

Inanam. Penduduk luar bandar terus menerima kunjungan Menteri Sains Inovasi Negeri Sabah Datuk Yakub Khan yang juga   merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N. 16 Kerambunai dibeberapa perkampungan sekitar N. 18 Inanam baru baru ini. 

Usaha beberapa pemimpin UMNO dalam menyelami hati rakyat memerlukan kerjasama dikalangan pemimpin PBS, MCA, STAR, PBRS dan MIC demi meraih sokongan seluruh ahli ahli parti tersebut agar sedia berganding bahu memenangi pilihan raya ke 15 akan datang.

Penduduk dalam kawasan Inanam dan Darau sangat mengharapkan gerakan seiring semua parti didalam GRS bagi mendampingi rakyat jelata dikawasan mereka setiap masa agar  segala kelemahan dalam apa juga kedudukan dapat diatasi dengan pantas dan tanpa ada yang keciciran kelak. 

Hanya dengan kombinasi bermaufakat seiring langkah bersama menemui rakyat dalam kawasan masing masing  sahaja boleh memberi kejayaan dan sokongan rakyat tanpa  berbelah bahagi ujar masyarakat setempat. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

DUNIA PENUH MISTERI 

Oleh. Norafzah Dollah

Sejak kebebasan laman sesawang didunia bermula pelbagai bahan cerita dipaparkan termasuklah mengikat rambut dengan seekor ular dan menjual kentut didalam botol. 

Jika ini benar pihak pelaku haruslah tampilkan nama penuh serta alamat bagi memudahkan masyarakat  menemui mereka sebagai merealisasikan fakta ular hidup pengikat rambut serta penjualan kentut walaupun berada diluar negara. 

Isu isu seumpama merupakan cerita yang menjadi sebaran dilaman sosial dengan menjadi bahan bacaan golongan generasi muda Mudi tanpa kesahihan Yan sebenar. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Sabtu, 25 Disember 2021

Penulis Tamu. Tedung Selar, Gason Dumiri, Helary Sukiono, Norafzah Dollah, Jaitos Dumiri, Kuijol Hairol, Gifkir Aming 

Wartawan. Huzera Ben Luar Negara, Williem Anak Lagau, Jasly Dollah 

Penolong Pengarang.  Jopis Anak Lagau 

Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang. Encik Arman Karim @ Doriso 

Ketua Pengarah Penyiaran Dan CEO Azom Productions House. Dato' Azhar Haji Omar 

Media Terkini Online (Edisi Sabah) Diurusniagakan Oleh Azom Productions House Kuala Lumpur. Tel 0194827829 01138554026 Masa Pejabat sahaja. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam dunia berulangkali menyuntik vaksin kepada pelbagai lapisan masyarakat dipelbagai negara negara maju tidak ada sebarang petanda Covid 19 berakhir malah pelbagai virus terbaru yang timbul seperti timur tengah serta Algeria yang lebih mengganas dengan tidak ada gejala awal mampu dikesan dengan kepantasan membunuh mangsa lebih ganas dari virus awal Covid 19. 

Dalam konteks kematian serangan Covid 19 masa kini sejak 2019 lebih 5,385,510 orang manakala jangkitan dalam tempoh yang sama melebihi 276,377,356 orang diseluruh dunia. 

Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan Covid 19  lebih 830,990 orang, Brazil  lebih 617,991 orang, India lebih 478,325 orang, negara United Kingdom lebih 147,433 orang dan disusuli negara Rusia lebih 300,269 orang.

Bagi negara Perancis terus mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 21,946 orang sejak 2019 sehingga masa kini, disusuli negara Jerman lebih 109,863 orang manakala negara Iran lebih 131,211 orang serta negara Itali juga lebih 135,931 orang sementara negara Argentina mencatatkan kematian lebih 116,953 orang. 

Dalam cabaran negara negara seluruh dunia menggandakan suntikan vaksin tiga hingga empat kali bertukar vaksin namun harus dilihat betapa bertambah jenis virus yang lebih ganas bagai tidak takut dengan berapa kali pun suntikan vaksin pada setiap lapisan masyarakat Covid 19 terus juga membunuh terutama golongan yang melanggar segala SOP dan tidak memakai pelitup muka pada hidung dan mulut setiap kali berada ditempat orang awam. 

Negara Colombia merekodkan kematian serangan Covid 19 sejak tahun 2019 sehingga kini lebih 129,534 orang, disusuli negara Mexico lebih 298,161 orang, Indonesia lebih 144,034 orang dan Afrika Selatan lebih 90,488 orang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Bunga bunga Botani Borneo diurusniagakan oleh Kelab Bekas Perajurit Sabah. Pelbagai jenis bunga bunga

 yang disemai mengikut tempahan pelanggan didalam dan luar negara. Semua harga bergantung kepada tempahan yang menempah namun bersesuaian mengikut jenis bunga yang dikehendaki. 

Tempahan sila hubungi Gilbert Paulus ditalian 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Jumaat, 24 Disember 2021


 APAKAH WARGA INI BUAT ? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sepanggar. Penduduk anak negeri kawasan Menggatal meminta kerajaan negeri mengkaji apakah yang dibuat  warga yang  berdudukan setiap hari dikawasan perkarangan kedai pekan Menggatal tanpa kerjaya yang dilakukan penuh jelas.

Golongan terlibat juga mencurigakan sebilangan penduduk anak negeri berikutan kumpulan terlibat ramai berdudukan setiap hari namun tidak ada kerja yang mereka lakukan bagi mendapat kewangan demi menghidupkan seluruh keluarga mereka tegas penduduk anak negeri yang menemui Media Terkini Borneo hari ini. 

Menurut penduduk anak negeri lagi, tidak dapat dipastikan dimanakah kumpulan berdudukan sekitar perkarangan kedai pekan Menggatal tinggal tanpa kelihatan kerjaya mereka yang sebenar tegas mereka. 

Media Terkini dimaklumkan kumpulan berdudukan bebas tanpa kerja telah berada dikawasan perkarangan kedai pekan Menggatal bertahun lamanya namun tidak ada seorang pun penduduk anak negeri tahu kegiatan yang mereka lakukan. 





Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


Khamis, 23 Disember 2021


 Media Terkini Online (Edisi Sabah) Milik Penuh Azom Productions House Kuala Lumpur mempromosikan Iklan Ucapan Tahun Baru 2022 Kepada Pelanggan Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapore sebelum 29 Dec 2021.

Tempahan Dan Pertanyaan Hubungi Jopis Anak Lagau Ditalian 0194827829 dan 01138554026 Masa Pejabat Sahaja.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

BERSATU CAWANGAN 
LOPUTUNG AGIH BANTUAN 
Oleh. Gifkir Aming 
Tampaluri. Dalam mendepani 
serangan Covid 19 masa kini masyarakat yang kurang berkemampuan telah menerima sumbangan bungkusan makanan yang diuruskan oleh kepimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cawangan Kg. Loputong Tampaluri En. Paranting Lipayan  Paranting Lipayan. 
Antara penerima bantuan tersebut ialah 1. Lumpihoi Rambangan 92 tahun 2. Kontihoi Longis 71 tahun 3. Kelambu Maaf 75 Tahun 4. Cindai Ungkilan 70 tahun 5. Julian Honda 77 tahun 6. Tenom Badeh 76 tahun  7. Sindayam Golongan 71 tahun 8. Kongsi Gumbaris 70 tahun 9. Bimbingan Lipatan 69 tahun 10. Bontot Kinsui 70 tahun 11. Murid Sungkolid 78 tahun 12. Zibin Paranting (OKU) 48 tahun 133. Linuie Ginda 69 tahun. 

Semua penerima sumbangan bungkusan makanan bersama beras ini merupakan warga emas, uzur sakit dan tidak mampu menambah pendapatan sara hidup mereka apa tak lagi mendepani Covid 19 yang masih mengganas diseluruh dunia masa kini jelas Paranting Lipayan.

Kepimpinan PPBM cawangan Kg. Loputong Tampaluri juga sentiasa berusaha membantu rakyat yang sukar memperbaiki kehidupan terutama berpenyakit dan terdiri dari orang orang tua yang hidup dalam kedaifan harus dibantu dalam mempertingkatkan kehidupan keluarga mereka tegas PPBM Kg. Loputong hari ini. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Rabu, 22 Disember 2021


 Kami akan membongkar laporan rakyat Sabah dipermainkan sebilangan ahli parti politik yang menemui mereka bermula 1 Januari 2022.

Ruangan Khas ini dikendalikan En. Williem Anak Lagau mengikut suara rakyat yang melakukan aduan sebagai contoh teladan agar dapat disedari semua orang dalam kawasan DUN mahupun Parlimen diseluruh negeri Sabah serta luar negara khususnya.

Sebarang penyertaan dan pertanyaan boleh berhubung dengan 0194827829 atau 01138554026 masa pejabat sahaja.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

PENGGUNA KESAL LORI QUARRI ROSAKAN JALAN 

 RAYA 

Oleh. Koijul Hairul 

Pengguna jalan raya dari Kedai Telipok Sehingga Jalan Timbok dan Jalan TAMALANG Bawah sentiasa rosak akibat laluan lori lori yang mengangkut batu Quari melebihi 20 tan satu lori dengan jumlah yang banyak pengeluaran  lori  setiap hari. 

Kes seumpama kurang menarik perhatian pihak berkuasa tempatan melainkan rungutan pengguna jalan raya setiap hari bagi kawasan tersebut walaupun silih berganti pegawai kerajaan melihat lori lori terlibat setiap hari melintasi bangunan kedai Telipok secara konvoi setiap masa ujar orang ramai. 

Kedegilan para pemandu lori lori kuari ini jelas menakutkan orang ramai melakukan teguran dalam aspek kelajuan dan tidak bertimbang rasa pada pemandu lain semasa ditengah jalan raya disebabkan kuat menengking bila dapat teguran halus dikalangan pemandu kenderaan lain ujar orang ramai.  





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 







MAMPUKAH BN KEMBALI KEGE
MILANGAN? 

Oleh. Koijul Hairul 

Sepanggar. Dalam gerakan menjejaki semua lapisan rakyat diluar bandar mampukah Barisan Nasional meraih sokongan golongan generasi muda Mudi dalam menghadapi pilihan raya ke 15 akan datang?.

Ini lah cabaran kepimpinan BN Sepanggar bagi mendepani pilihan raya ke 15 akan datang dimana BN hanya menawan DUN Kerambunai sahaja manakala DUN Inanam (PKR) dan DUN Darau (Warisan) sudah pasti terlalu besar cabaran BN menawan semula  kerusi  Parlimen Sepanggar dalam pilihan raya akan datang.

Dalam usaha menawan semula kerusi Parlimen Sepanggar UMNO, PBS, STAR, PBRS, MCA harus  berganding bahu mendepani seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pemilih dikawasan tersebut bermula dari sekarang seperti langkah kanan yang dibuat oleh Datuk Haji Yakub Khan Menteri Sains Inovasi Sabah merangkap Adun Kerambunai yang santai bersama rakyat di Kg. Kebayau TAMALANG sehingga berjaya menawan Heiking Bulu Kebayau bersama generasi muda kampung tersebut beberapa hari lalu. 

Menurut masyarakat kawasan Parlimen Sepanggar jika pemimpin semua parti seperti STAR, PBS, MCA, PBRS bersatu dan berganding bahu mendampingi rakyat jelata tidak ada yang mustahil BN mampu menawan kerusi Parlimen tersebut dalam pilihan raya akan datang. 

Sehingga hari ini  terlalu sukar meramal bagaimana langkah PBS, STAR, PBRS dan MCA dalam menggerak kempen mendekati seluruh pengundi bagi kawasan DUN Inanam dan DUN Darau sebagai jentera bagi menawan Parlimen Sepanggar tegas rakyat kawasan tersebut yang ditemui. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Selasa, 21 Disember 2021

Selamat Menyambut Hari Krismas Tahun 2021. Kepada, Seluruh Saudara Mara, Sahabat Handai, Semua Kenalan Dan Rakan Rakan Yang Mengenali Kami Sekeluarga Walau Dimana  Juga Berada. Semoga Krismas Tahun Ini Tuhan Memberi Kita Reziki Dan Melindungi Kesihatan Seluruh Keluarga Kita Bersama. 

Daripada, Sikibon Julis Sekeluarga Kg. Limbungan Tampaluri Sabah.






Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarag 
 

SIAPA PEMINTA SEDEKAH INI ?

Oleh. Gifkir 

Aming 

Sabah. Ratusan orang melintasi Peminta Sedekah


 ini setiap hari namun tidak ada yang tahu siapa dan dari mana asal usul mereka berselerakan meminta sedekah setiap hari tanpa seorang pun bertanya asal usul dan suku etnik mereka yang sebenar menyebabkan kumpulan terlibat bebas bergerak Kemana sahaja mereka bergerak meminta sedekah setiap hari.

Kebebasan peminta sedekah ini menjadi tanda tanya siapa kah pelindung mereka dan pembawa bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain semata mata mengaut hasil dari simpati orang ramai diseluruh negeri Sabah soal beberapa kumpulan aktivis masyarakat yang menghubungi kru Media Terkini Borneo hari ini. 

Anehnya sebilangan besar peminta sedekah ini tidak fasih berbahasa Melayu membuatkan aktivis masyarakat Sabah meramalkan peminta sedekah ini mungkin orang asing yang dibawa melakukan kerja meminta sedekah walau dengan apa cara sekalipun tegas mereka
 
Semua kegiatan peminta sedekah ini harus diberi perhatian pihak kerajaan Sabah masa kini agar ianya tidak terus mencemar nama baik seluruh Sabah dimata pelancong seluruh dunia dalam jangkamasa panjang 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan membuat iklan niaga didalam  akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Press Kuala Lumpur. Pengarang 




 Penulis Tamu. Tedung Selar, Gason Dumiri, Norafzah Dollah, Jaitos Dumiri, Koijul Hairul, Gifkir Aming, Helary Sukiono

Wartawan. Huzera Ben Luar Negara, Williem Anak Lagau, Jasly Dollah 
Penolong Pengarang. Jopis Anak Lagau  

Pengarah Urusan Pengiklanan Dan Ketua Pengarang. En. Arman Karim @ Doriso 

Ketua Pengarah Penyiaran Dan CEO Azom Productions House. Dato' Azhar Haji Omar 

Media Terkini Online (Edisi Sabah


Isnin, 20 Disember 2021

PEMINTA SEDEKAH DIKAWAL? 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Kota Kinabalu. 

Menyelusuri peminta sedekah di Kota Kinabalu perlu berhati hati jika mahu merakam gambar mereka tidak sampai 2 minit pasti ada yang melanggar dari belakang bagi cubaan menjatuhkan kamera atau vedio jika tidak berwaspada atau bersendirian sahaja jelas warga kota yang ditemui dekat sini hari ini. 

Anehnya dalam kejadian hari ini cubaan melanggar jurugambar dilakukan oleh seorang wanita gempal namun jurugambar terlibat tidak goyang dan kamera yang dibawa tak bergerak sedikit pun membuatkan wanita terlibat bergerak laju bagi menyelamatkan diri dari dikesan jurugambar terlibat namun perempuan terlibat gagal menjatuhkan kamera jurugambar  berkenaan.

Mungkin kah peminta sedekah berkenaan dikawal dari jauh golongan etnik warga asing demi melindungi perbuatan mereka atau sebaliknya tidak seorang pun tahu perancang terlibat malah wang yang dikumpul juga entah milik siapa setiap hari ratusan orang menderma mereka tanpa terhitung jumlahnya. 







 

Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom 
Productions  House Kuala  Lumpur. Pengarang 

PERPARITAN GELAP DITENGAH BANDAR 

Oleh. Norafzah Dollah 

Kota Kinabalu. Sesiapa datang ke bandaraya ini pasti pertama akan melihat parit besar berwarna gelap disamping mengeluarkan bau tidak menyenangkan semasa melintasi berhampiran. 

Perparitan ini tidak diketahui mengapa air hitam mengalir dan bau tidak menyenangkan terhadap setiap yang melintasi kawasan berhampiran setiap hari.

Diharap kerajaan Sabah dapat memperbaiki keadaan air tersebut serta mengurangkan bau yang tidak menyenangkan setiap orang yang melintasi kawasan berhampiran. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

BENARKAH RUMPUT INI MAKANAN DI THAILAND ? 

Oleh. Koijul Hairol  

Gempar

lagi bila laman sesawang menghebahkan rumput
ini merupakan berasal dari Thailand sebagai Sayuran yang berkhasiat dalam pembentukan kesihatan diri namun ramai yang merasa curiga memandangkan hanya pengakuan dalam laman sesawang serta watshap group yang menyiarkan nya sebagai daya tarikan masyarakat bagi memakan sayor tersebut. 

Sebilangan wargatua yang ditemui mendakwa rumput tersebut jarang cerita  moyang  dahulu memakan nya memandangkan tidak ada seorangpun tahu jenama rumput tersebut sehingga masa kini. 

Rumput tersebut tumbuh meliar yang ada dimana mana namun peliknya tidak ada yang mengenali jenama sebenar tumbuhan tersebut jelas warga desa yang ditemui hari ini. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Ahad, 19 Disember 2021

Pengumuman.

Media Terkini Online  (Edisi Sabah) Milik Penuh Azom Productions House Kuala Lumpur Mengingatkan Bahawa  Semua Persiaran Berita Tertakluk Kepada Sidang Editorial Dan Bukan Ikut Naluri Individu Yang Menghantar Bahan Berita Untuk Siaran.

Ini Akan Dilaksanakan Bermula 25 Dec 2021 Sebagai Langkah Perubahan Baharu. 






 Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

Kami mempromosikan LONGAN Brazil yang lazat dan tebal isi. 

Sesiapa yang membuat tempahan boleh berhubung dengan George Paulus ditalian 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarag 
 

SERANGAN COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dunia terus diserang Covid 19 tanpa henti sejak 2019 sehingga ke hari ini sehingga jangkitan lebih 273,903,192 orang manakala kematian telah melebihi 5,361,490 orang tanpa henti walau vaksin sampai tiga hingga empat dos sudah diagih namun Covid 19 terus bertambah virus nya dengan jenama baharu. 

Amerika Syarikat merekodkan kematian serangan Covid 19 sejak dari 2019 sehingga hari ini lebih 826,719 orang, disusuli negara Brazil lebih 617,647 orang dalam tempoh yang sama, India merekodkan kematian lebih 477,158 orang manakala negara United Kingdom lebih 147,173 orang pada masa yang sama. 

Bagi negara Rusia Covid 19 telah membunuh lebih 296,180 orang sejak 2019, disusuli Perancis lebih 121,333 orang, negara Jerman merekodkan kematian lebih 108,720 orang, negara Iran juga sudah mencapai lebih 131,033 orang.

Bagi negara Argentina sudah merekodkan kematian serangan Covid 19 melebihi  116,892 orang dari 2019 sehingga masa kini, disusuli oleh negara Itali lebih 135,544 orang kematian, negara Colombia dengan kematian serangan Covid 19 lebih 129,345 orang. 

Sungguhpun negara negara maju berkeupayaan menyediakan vaksin dengan pelbagai kaedah perubatan namun covid 19 semakin bertambah serangan kematian termasuklah pertambahan jenama virus yang lebih berbahaya tanpa menunjuk sebarang simptom permulaan petanda jangkitan terhadap setiap orang dijangkiti.

Bagi negara Indonesia kematian serangan Covid 19 lebih  143,998 orang, disusuli negara Mexico lebih 297,567 orang sejak tahun 2019 hingga ke hari ini manakala negara Afrika Selatan lebih 90,297 orang kematian serangan Covid 19 sehingga masa kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

SANTAI PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT 

Ahli Dewan Undangan Negeri N.16 Kerambunai Merangkap Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah  Datuk Yakub Khan berjaya menawan NULU KEBAYAU TAMALANG dalam misi program  Heiking Majlis Santai bersama warga kampung hari ini Ahad 19 Dec 2021. 


Datuk Yakub Khan yang juga Menteri Sains  Teknologi Dan Inovasi Sabah 

turun padang meninjau rakyat dalam kawasan DUN Kerambunai agar kekeluargaan dapat dipereratkan tanpa memilih kefahaman politik didalam bandar mahupun luar bandar amnya tegas beliau. 

Datuk Yakub Khan  turut berdailog dengan wakil wakil penduduk Kg. KEBAYAU TAMALANG demi mengetahui pelbagai permasaalahan warga kampung dengan isu utama penambahbaikan bekalan air graviti yang bersih, PENGASPALAN jalan raya Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang Atas  disamping membaikpulih jalan raya dari Kg. Tamalang Atas menuju ke Kg. Seri Melidan yang berulangkali dibuat dengan kepimpinan kawasan Inanam dahulu (sebelum wujud DUN Kerambunai) namun tidak juga boleh digunakan sehingga ke hari ini ujar penduduk kampung terlibat. 

Datuk Yakub Khan menolak untuk berjanji namun akan berusaha berkerja mengemukakan semua permohonan penduduk Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang Atas supaya dapat dibantu kerajaan secara berperingkat peringkat demi kemudahan para penduduk kampung tersebut. 

Menurut Datuk Yakub Khan, pemimpin kampung tersebut perlu aktif mengemukakan pelbagai permohonan keperluan masyarakat kampung  melalui Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kerambunai agar tidak ada yang keciciran dalam pelan pembangunan kerajaan dalam jangkamasa panjang. 

Santai bersama rakyat KDMR ONSOI TAKAU yang dianjurkan hampir sepanjang hari dengan pelbagai acara cukup terjaga SOP seperti pemeriksaan suhu pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri yang cukup teratur.

Dalam sepanjang acara tersebut disertai beberapa kru Media Terkini Malaysia secara spontan tanpa disedari jawatankuasa penganjur  kampung malah bagi mereka tidak ada siapa yang hadir selain dari Datuk Yakub Khan dan rombongan  walaupun   Media Terkini termasuklah orang kanan Media Terkini Malaysia Mr. Arman Karim @ Doriso  selaku Pengarah Urusan Pengiklanan  dan Ketua Pengarang Kumpulan selamba  bersahaja tidak menonjolkan diri  sehingga acara berakhir. Oleh. Jopis Anak Lagau 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang