Ahad, 12 Disember 2021

AGIHAN BANTUAN PERLU SELARI 

Oleh. Jaitos Dumiri 

Dalam konteks pengagihan sumbangan berupa makanan badan badan NGO perlu meneliti golongan yang sangat memerlukan tanpa memilih orang yang rapat dengan badan badan NGO itu sahaja sebagai menyalurkan bantuan sampai kepada sasaran yang sebenar. 

Ramai badan NGO yang bersaing menghulurkan derma diperkampungan luar bandar namun sekadar menunggu di Dewan Serbaguna atau Balai Raya menyebabkan individu yang tergolong orang susah dan sukar berjalan jauh dari rumah kediaman mereka hanya terabai tanpa kehadiran penyampai bantuan telus ikhlas sampai kerumah orang yang susah dalam kehidupan. 

Ini disuarakan oleh warga miskin sekitar luar bandar sebagai mengulas bantuan makanan yang tidak sampai kepada golongan sasar akibat pelbagai halangan ditengah jalan ujar mereka.

Sejak beberapa bulan lepas ramai orang miskin mengeluh diluar bandar akabat gagal memperolehi bantuan bungkusan makanan terhadap mereka yang berbatu jauh tanpa jalan raya dari Balai Raya atau Mini Dewan yang menjadi persinggahan badan NGO menanti orang susah menemui mereka. 







Nota

 Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan