Oleh. Williem Anak Lagau
Sejak beberapa bulan lalu sehingga hari ini pergolakan politik bahagian dan cawangan rakan rakan UMNO dilapor sukar dalam mendampingi rakyat jelata bukan sahaja diluar bandar malah menawan pengundi didalam bandar sekalipun terlalu sukar menjelang pilihan raya parlimen juga bukan perkara muda.
Ramai ahli parti MCA, PBS, STAR, PBRS yang ditemui mengaku bukan senang mendepani pilihan raya parlimen kali ke 15 berikutan pelbagai kekangan dari sebilangan pemimpin bahagian mahupun cawangan melibatkan bantuan terhadap rakyat yang memerlukan.
Kru Media Terkini yang cuba menjejaki beberapa pemimpin Bahagian serta cawangan bagi mendapat maklum balas berbeza beza dimana ramai yang mengaku tidak ada sumber dana kewangan bagi membantu rakyat yang benar benar memerlukan namun masih mahu menerajui kepimpinan dalam parti mereka.
Bahang politik sudah mula terasa dibeberapa kawasan didalam negeri ini khususnya dalam kawasan kubu Pakatan Harapan dan Warisan yang cuba ditawan pemimpin bahagian dan cawangan gabungan BN serta GRS namun masih lagi samar sambutan rakyat berbilang kaum sehingga masa kini.
Apapun perjalanan para pemimpin parti politik Sabah masa kini tidak boleh menjadikan kekurangan dana kewangan serta kekurangan jentera bagi memperkasa keyakinan rakyat terhadap perjuangan semua parti yang diwakili bagi mendepani jentera Pakatan Harapan serta Warisan menjelang pilihan raya parlimen akan datang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan