Sabtu, 25 Disember 2021

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam dunia berulangkali menyuntik vaksin kepada pelbagai lapisan masyarakat dipelbagai negara negara maju tidak ada sebarang petanda Covid 19 berakhir malah pelbagai virus terbaru yang timbul seperti timur tengah serta Algeria yang lebih mengganas dengan tidak ada gejala awal mampu dikesan dengan kepantasan membunuh mangsa lebih ganas dari virus awal Covid 19. 

Dalam konteks kematian serangan Covid 19 masa kini sejak 2019 lebih 5,385,510 orang manakala jangkitan dalam tempoh yang sama melebihi 276,377,356 orang diseluruh dunia. 

Amerika Syarikat mencatatkan kematian serangan Covid 19  lebih 830,990 orang, Brazil  lebih 617,991 orang, India lebih 478,325 orang, negara United Kingdom lebih 147,433 orang dan disusuli negara Rusia lebih 300,269 orang.

Bagi negara Perancis terus mencatatkan kematian serangan Covid 19 lebih 21,946 orang sejak 2019 sehingga masa kini, disusuli negara Jerman lebih 109,863 orang manakala negara Iran lebih 131,211 orang serta negara Itali juga lebih 135,931 orang sementara negara Argentina mencatatkan kematian lebih 116,953 orang. 

Dalam cabaran negara negara seluruh dunia menggandakan suntikan vaksin tiga hingga empat kali bertukar vaksin namun harus dilihat betapa bertambah jenis virus yang lebih ganas bagai tidak takut dengan berapa kali pun suntikan vaksin pada setiap lapisan masyarakat Covid 19 terus juga membunuh terutama golongan yang melanggar segala SOP dan tidak memakai pelitup muka pada hidung dan mulut setiap kali berada ditempat orang awam. 

Negara Colombia merekodkan kematian serangan Covid 19 sejak tahun 2019 sehingga kini lebih 129,534 orang, disusuli negara Mexico lebih 298,161 orang, Indonesia lebih 144,034 orang dan Afrika Selatan lebih 90,488 orang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan