Ahad, 19 Disember 2021

SERANGAN COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dunia terus diserang Covid 19 tanpa henti sejak 2019 sehingga ke hari ini sehingga jangkitan lebih 273,903,192 orang manakala kematian telah melebihi 5,361,490 orang tanpa henti walau vaksin sampai tiga hingga empat dos sudah diagih namun Covid 19 terus bertambah virus nya dengan jenama baharu. 

Amerika Syarikat merekodkan kematian serangan Covid 19 sejak dari 2019 sehingga hari ini lebih 826,719 orang, disusuli negara Brazil lebih 617,647 orang dalam tempoh yang sama, India merekodkan kematian lebih 477,158 orang manakala negara United Kingdom lebih 147,173 orang pada masa yang sama. 

Bagi negara Rusia Covid 19 telah membunuh lebih 296,180 orang sejak 2019, disusuli Perancis lebih 121,333 orang, negara Jerman merekodkan kematian lebih 108,720 orang, negara Iran juga sudah mencapai lebih 131,033 orang.

Bagi negara Argentina sudah merekodkan kematian serangan Covid 19 melebihi  116,892 orang dari 2019 sehingga masa kini, disusuli oleh negara Itali lebih 135,544 orang kematian, negara Colombia dengan kematian serangan Covid 19 lebih 129,345 orang. 

Sungguhpun negara negara maju berkeupayaan menyediakan vaksin dengan pelbagai kaedah perubatan namun covid 19 semakin bertambah serangan kematian termasuklah pertambahan jenama virus yang lebih berbahaya tanpa menunjuk sebarang simptom permulaan petanda jangkitan terhadap setiap orang dijangkiti.

Bagi negara Indonesia kematian serangan Covid 19 lebih  143,998 orang, disusuli negara Mexico lebih 297,567 orang sejak tahun 2019 hingga ke hari ini manakala negara Afrika Selatan lebih 90,297 orang kematian serangan Covid 19 sehingga masa kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan