Oleh . Huzera Ben
New York. Sejak awal tahun 2021 dunia tidak henti diserang Covid 19 walau pelbagai langkah pencegahan seperti vaksin sampai Dos Penggalak Ketiga namun jangkitan dan kematian terus melonjak di negara negara maju tanpa mampu mengawalnya sehingga masa kini.
Kes kematian seluruh dunia sehingga ke hari ini melebihi 5,321,450 orang manakala jumlah jangkitan meningkat sehingga 270,168,815 orang sehingga masa kini.
Bagi negara Amerika Syarikat jumlah kematian serangan Covid 19 dari 2019 sehingga masa kini lebih 817,956 orang disusuli negara Brazil lebih 616,941 orang manakala negara India lebih 475,636 orang.
Negara Rusia merekodkan kematian serangan Covid 19 dari 2019 sehingga hari ini lebih 290,604 orang, disusuli negara Mexico lebih 296,672 orang, United Kingdom lebih 146,439 orang, Perancis lebih 120,431 orang, Iran lebih 130,722 orang, Itali lebih 134,831 orang dan Jerman lebih 106,331 orang.
Bagi negara Colombia kematian serangan Covid 19 dari 2019 sehingga masa kini lebih 129,107 orang, dituruti negara Indonesia lebih 143,948 orang, negara Peru lebih 201,650 orang dan Afrika Selatan lebih 90,137 orang.
Dalam kes seumpama ramai masyarakat dunia menyarankan hanya penjarakan diri lebih 5 kaki tiap seorang disamping Malai pelitup hidung dan mulut setiap kali berada dikhalayak ramai tanpa lalai mampu memutuskan rantaian covid 19 dengan lebih berkesan disamping jangan sesekali bersalaman atau bersentuhan tangan ditempat orang ramai serta sentiasa mencuci tangan jika menyentuh apa juga barangan di supermarket mahupun pelbagai kedai runcit tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan