Ahad, 26 Disember 2021

Oleh. Jasly Dollah 

MENTERI TURUN PADANG ? 

Inanam. Penduduk luar bandar terus menerima kunjungan Menteri Sains Inovasi Negeri Sabah Datuk Yakub Khan yang juga   merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N. 16 Kerambunai dibeberapa perkampungan sekitar N. 18 Inanam baru baru ini. 

Usaha beberapa pemimpin UMNO dalam menyelami hati rakyat memerlukan kerjasama dikalangan pemimpin PBS, MCA, STAR, PBRS dan MIC demi meraih sokongan seluruh ahli ahli parti tersebut agar sedia berganding bahu memenangi pilihan raya ke 15 akan datang.

Penduduk dalam kawasan Inanam dan Darau sangat mengharapkan gerakan seiring semua parti didalam GRS bagi mendampingi rakyat jelata dikawasan mereka setiap masa agar  segala kelemahan dalam apa juga kedudukan dapat diatasi dengan pantas dan tanpa ada yang keciciran kelak. 

Hanya dengan kombinasi bermaufakat seiring langkah bersama menemui rakyat dalam kawasan masing masing  sahaja boleh memberi kejayaan dan sokongan rakyat tanpa  berbelah bahagi ujar masyarakat setempat. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan