Ahli Dewan Undangan Negeri N.16 Kerambunai Merangkap Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berjaya menawan NULU KEBAYAU TAMALANG dalam misi program Heiking Majlis Santai bersama warga kampung hari ini Ahad 19 Dec 2021.
turun padang meninjau rakyat dalam kawasan DUN Kerambunai agar kekeluargaan dapat dipereratkan tanpa memilih kefahaman politik didalam bandar mahupun luar bandar amnya tegas beliau.
Datuk Yakub Khan turut berdailog dengan wakil wakil penduduk Kg. KEBAYAU TAMALANG demi mengetahui pelbagai permasaalahan warga kampung dengan isu utama penambahbaikan bekalan air graviti yang bersih, PENGASPALAN jalan raya Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang Atas disamping membaikpulih jalan raya dari Kg. Tamalang Atas menuju ke Kg. Seri Melidan yang berulangkali dibuat dengan kepimpinan kawasan Inanam dahulu (sebelum wujud DUN Kerambunai) namun tidak juga boleh digunakan sehingga ke hari ini ujar penduduk kampung terlibat.
Datuk Yakub Khan menolak untuk berjanji namun akan berusaha berkerja mengemukakan semua permohonan penduduk Kg. Kebayau dan Kg. Tamalang Atas supaya dapat dibantu kerajaan secara berperingkat peringkat demi kemudahan para penduduk kampung tersebut.
Menurut Datuk Yakub Khan, pemimpin kampung tersebut perlu aktif mengemukakan pelbagai permohonan keperluan masyarakat kampung melalui Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kerambunai agar tidak ada yang keciciran dalam pelan pembangunan kerajaan dalam jangkamasa panjang.
Santai bersama rakyat KDMR ONSOI TAKAU yang dianjurkan hampir sepanjang hari dengan pelbagai acara cukup terjaga SOP seperti pemeriksaan suhu pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri yang cukup teratur.
Dalam sepanjang acara tersebut disertai beberapa kru Media Terkini Malaysia secara spontan tanpa disedari jawatankuasa penganjur kampung malah bagi mereka tidak ada siapa yang hadir selain dari Datuk Yakub Khan dan rombongan walaupun Media Terkini termasuklah orang kanan Media Terkini Malaysia Mr. Arman Karim @ Doriso selaku Pengarah Urusan Pengiklanan dan Ketua Pengarang Kumpulan selamba bersahaja tidak menonjolkan diri sehingga acara berakhir. Oleh. Jopis Anak Lagau
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan