Sabtu, 4 Disember 2021

KUASA MEREKA BESAR ? 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Semua rakyat asli dalam negeri ini menggelar Pemandu Bus Mini Berkuasa Besar sehingga mampu menjadikan semua perhentian Bus atau BUS STOP ditengah jalan sebagai Terminal tetap mereka tanpa merujuk kerajaan Sabah. 

Semua Bus Stop bagi Pantai Barat Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Luyang, Likas, Inanam, Menggatal, Telipok, Telipok Ria, Rugading telah dijadikan terminal tetap pemandu bus mini tanpa pemantauan kerajaan Sabah kesesakan perbuatan mereka sehingga kenderaan lain tidak boleh menurunkan penumpang mereka dimana mana ada Bus Stop jelas orang asal Sabah yang ditemui. 

Kerajaan Sabah masa kini wajar turun padang bagi menyelesaikan kes kesesakan seumpama demi mengelak sebarang kemalangan disamping  pergaduhan dengan pemandu bus mini yang banyak menggertak  pemandu lain jika singgah mana mana Bus Stop tempat mereka berbaris konon nya itu tanah geran mereka. 

Ini lah situasi Kota Kinabalu masa kini Pemandu Bus Mini lebih berkuasa dari kerajaan negeri dengan sesuka hati menjadikan semua perhentian Bus sepanjang jalan sebagai TERMINAL MEREKA sepanjang masa. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan