Rabu, 15 Disember 2021

Berita Ringkas 

SIAPA LAWAN TIDAK GUNA PELITUP MUKA? 

Oleh. Williem 

Anak Lagau 

Sabah. Isu degil tidak memakai pelitup muka setiap kali berada dikhalayak ramai menjadi persoalan siapa mereka yang sebenar didalam negeri ini setiap hari tanpa mendapat teguran dari pihak berkuasa tempatan walaupun Covid 19 masih melanda tinggi seluruh dunia. 

Isu tidak ada penjarakan diri dan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna dikawasan bandar dan pekan dalam negeri ini dilaporkan berlaku hampir setiap hari lebih sebulan yang lepas namun tidak ada sebarang penguatkuasaan pun dari pihak berkuasa tempatan jelas orang ramai yang takut penularan Covid 19. 

Menurut orang ramai yang ditemui, jika perkara seumpama dibiarkan tidak mustahil Covid 19 akan terus meningkat semula akibat kelalaian orang yang melanggar SOP dan tidak memakai pelitup muka pada hidung dan mulut dikhalayak ramai setiap hari.

Sehubungan dengan pendedahan ini semua pihak perlu mematuhi penjarakan diri dikhalayak ramai setiap hari serta memakai pelitup muka menutup hidung dan mulut setiap masa ditempat orang ramai termasuklah warga asing yang berada didalam negeri ini demi memutuskan penularan Covid 19 dari masa ke semasa. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan