Ahad, 5 Disember 2021

WARGA YAKIN PARLIMEN TUARAN MAJU ? 

Oleh. Norafzah Dollah 

 Tuaran. Ketabahan penduduk seluruh parlimen Tuaran dijangka mampu menerima projek pembangunan memperbesarkan jalan raya selekoh Tampaluri Kiulu dan Jalan Lama Berungis ke Pekan Tuaran jika terus memberi sokongan padu kepada Perikatan Nasional (Bersatu) dalam masa pilihan raya parlimen akan datang. 

Antara kerusi Bersatu ialah DUN Sulaman, UMNO DUN Dalit manakala PBS ialah DUN Kiulu dan DUN Tampaluri  masing masing memiliki agenda bagi mencapai kemenangan jika terpilih  menjadi calon Parlimen akan datang. 

Masyarakat kawasan Parlimen Tuaran juga optimis semua pemimpin dikawasan empat Dewan Undangan Negeri yang termasuk dalam kawasan tersebut boleh membangunkan masaalah jalan raya Berungis ke pekan Tuaran serta Tampaluri menuju Kiulu yang terlalu selekoh dan membahayakan setiap pemandu yang menggunakan jalan raya tersebut. 

Sejak beberapa minggu lalu beberapa penyokong BERSATU yakin Parlimen Tuaran bakal ditandingi calon dari parti mereka walaupun belum dinamakan namun jentera diperingkat bawahan sudah bergerak mendampingi rakyat jelata ujar mereka. 

Ahli ahli Bersatu kawasan DUN Tampaluri dan DUN Kiulu optimis Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Pengurusi Bersatu Sabah merangkap Ketua Menteri Sabah sedang berusaha memperbaiki kedudukan jalan raya Berungis Tuaran dan Tampaluri menuju Dun Kiulu  tegas mereka. 

Parlimen Tuaran dimenangi  oleh Datuk Madius Tangau dari UPKO semasa berada dalam kompenan Barisan Nasional namun kini UPKO telah menyertai Pakatan Harapan yang dijangka bakal mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya parlimen akan datang.n










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan